About

Nusantara tu apa?

Lagu "Warisan" merupakan lagu yang memberikan semangat patriotisme kepada bangsa Melayu. Lagu "warisan" yang dimaksudkan bukanlah lagu yang dinyanyikan oleh Sudirman Haji Arshad, tetapi lagu oleh Biro Tata Negara, iaitu "Anak kecil main api ....".



Oleh kerana kerapnya aku nyanyikan lagi "Warisan", ketika dalam satu perjalanan di dalam kereta, anak aku juga turut menyanyikan lagu tersebut.



Sedang aku nyanyikan lagu tersebut pada rangkap yang pertama...



"Abah, apa maksudnya?" tanya anakku yang Tahun 4



Akupun menerangkannya satu persatu, sebaris demi sebaris sehingga habis lagu tersebut.



Namun, peneranganku tidaklah sampai menanamkan semangat perkauman. Aku lebih kaitkan tentang cintakan negara.



Tergerak juga di hati aku untuk menerangkan maksudnya sebenarnya. Tapi, suatu masa anakku mungkin akan mengerti dengan sendirinya.



"Anak kecil main api... terbakar hatinya sendiri... Air mata darah bercampur keringat... bumi dipijak milik orang..." Aku kembali menyanyikan lagu tersebut.



Tiba di akhir lagu tersebut,



"Melayukan gagah di Nusantara..."



"Abah... nusantara tu apa?" tanya anak aku yang Tahun 2.



"Nusantara tu rokok kan..." Terkedu aku mendengar jawapan tersebut.



diikuti dengan "Kah! kah! kah!"



Akupun menerangkan makna sebenar perkataan NUSANTARA kepada anak-anakku.



Aku memang mengerti mengapa jawapannya rokok itu diberikan oleh anakku... Rupanya ia perasan dengan kotak-kotak rokok yang bersusun di rumah opahnya... sebab... opahnya merupakan seorang peniaga kedai runcit.





IlyTrolak : Semoga akan datang terdapatnya penguasaan terhadap nama barangan, agar tiada kekeliruan di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar atau rokok dan benda-benda yang tak berfaedah ni diharamkan pengedarannya.



0 Reviews:

Post a Comment