About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Mati Yang Baik ( Husnul Khatimah ) : Syahid Kecil Dan Syahid Besar

Jika ada 20 tanda-tanda berikut, mati seseorang adalah mati yang baik (Husnul Khatimah)



1) Dapat mengucap kalimah tauhid (La ilaha illaLlah). Dalilnya hadis dari Muaz bin Jabal r.a (sesiapa yang akhir ucapannya ialah La ilaha illaLlah maka ia dapat masuk Syurga- Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim). Justeru itu, hendaklah kita mentalqin orang kesayangan kita ketika sakratul maut supaya dia sempat mengucap.



2) Mati hari jumaat. Dalilnya hadis riwayat Abdullah bin Amru bin al-Ash (Mana2 Muslim yang mati di siang hari Jumaat atau malam Jumaat, niscaya Allah selamatkankan dia dari fitnah kubur -HR Ahmad dan Termidzi). Walau bagaimanapun hal bukanlah bererti mati di hari selain jumaat tidak baik kerana baginda SAW sendiri wafat pada hari Isnin.



3) Percikan peluh di dahi (Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahinya -HR Ahmad, Termidzi, an-Nasa`iy, Ibn Majah, dan al-Hakim.)



4) Mati syahid di medan Jihad. (Barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah mati syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, maka ia mati syahid-Muslim). Terbunuh (Mati syahid di medan perang jihad) mungkin susah buat kita umat Melayu, kecuali mereka yg berada di medan Palestin, Iraq



5) Mati di jalan Allah. Ada hadis yang menyebut bahawa (barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah mati syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, dia mati syahid- Muslim). Contohnya wanita Muslimah yang mati di Jerman, dibunuh hanya kerana dia bertudung.



6) Mati kerana wabak taun. Pada zaman dahulu wabak yang dikenali hanya taun. Pada masa sekarang, terdapat banyak lagi wabak yang dikenali seperti selsema burung, SARS dan sebagainya. Sesiapa yang mati kerana dilanda wabak berkenaan, matinya termasuk dalam kesudahan yang baik



7) Mati kerana lemas (al-gharq) seperti mereka yang lemas kerana banjir, tsunami dan sebagainya



8) Mati kerana sakit zat al-janb (paru-paru). Zat al-Janb maksudnya sakit tumbuk rusuk atau sakit sesak nafas, orang zaman dulu namakan ia zat alJanb, sekarang dikenali dgn pneumonia atau sakit paru-paru berair. Maka mereka yg mati disebabkan oleh komplikasi paru-paru adalah mendapat husnul khatimah.



9) Mati kerana komplikasi perut. Mati kerana komplikasi perut ni banyak jenis melibatkan perut dan intestines (usus), yang paling biasa ialah appendix dan kanser usus. Jadi jika seseorang membawa maut kerana ada komplikasi perut dan usus, maka ia mendapat husnul khatimah, dapat syahid



10) Mati kerana kebakaran. Sering kita membaca akhbar orang Islam yg mati kerana kebakaran baik rumah atau kenderaan yang terlibat dgn kecelakaan jalanraya yg bertukar menjadi kebakaran. Mereka ini juga termasuk dalam mati yg baik. Berilah berita gembira kepada keluarganya.



11) Mati kerana ditimpa keruntuhan seperti ditimpa batu, tanah runtuh dan sebagainya.



12) Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya. Dengan penjagaan kesihatan dan polisi kerajaan, ditambah dengan kecanggihan teknlologi perubatan yang moden, jumlah kematian akibat kelahiran agak menurun di negara kita sekarang. Namun jika ada mana-mana ibu yang meninggal kerana bersalin, dia mendapat syahid.



13) Mati kerana batuk kering. (dan mati kerana batuk kering adalah syahid- tabraniy).



14) Mati kerana menjaga harta. (Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya dia mati syahid- Muslim)



15) Mati kerana mempertahankan agama. Dari Said bin Zaid (Barangsiapa yg mati kerana mempertahankan agamanya, maka dia syahid- Termizi).



16) Mati kerana mempertahankan diri dan keluarga. (barangsiapa yang mati kerana mempertahankan darahnya (nyawanya) dia syahid, juga yang mati kerana mempertahankan nyawa ahli keluarganya- tarmizi). Perompak memecah masuk dan selepas melakukan rompakan, mereka hendak memperkosa anak dan isterinya, maka ketika itu dia melawan, lalu dibunuh, maka itu adalah tanda mati syahid atau mati baik.



17) Mati ketika berkawal, menjaga sempadan dan bertugas. Hal ini khusus utk tentera dan mujahidin. (Berkawal sentri sehari semalam lebih baik daripada berpuasa sebulan dan mendirikan malamnya. Sekiranya ia mati, mengalir kpdnya pahala amalan yg telah dikerjakannya, berterusan rezki kepadanya dan aman dari fitan (azab kubur-Muslim).



18) Mati ketika sedang mengerjakan amal soleh. Dari Hudzaifah r.a, Nabi bersabda (Barangsiapa mengucap syahadah dgn ikhlas, lalu mati, dia masuk syurga. Sesiapa yg berpuasa sehari dgn ikhlas, lalu mati, dia masuk syurga. Sesiapa bersedeqah dgn satu sedeqah dgn ikhlas lalu dia mati ketika itu, dia masuk syurga- Ahmad). Seseorang yang meninggal ketika sedang mengerjakan amal soleh, maka dia mati dengan petanda yang baik.



19) Meninggal di kota Madinah. Ibnu Umar r.a berkata bahawa Nabi SAW bersabda (barangsiapa yang mampou mati di Madinah, hendaklah dia mati di situ kerana sesungguhnya aku akan memberi syafaat terhadap sesiapa yang mati di situ- Ahmad, Termizi, Ibn Majah, Ibn Hibban)



20) Mati dibunuh oleh pemerintah yang zalim. Dari Jabir r.a (penghulu syuhada’ ialah Hamzah abdul Muttalib dan lelaki yang berdiri kepada penguasa yang zalim, maka dia menyeru dan menegah penguasa tersebut lalu dia dibunuh- al-Hakim).



MAKLUMAN



1) 20 perkara ini merupakan tanda-tanda mati yang baik, yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang pelbagai. Timbul persoalan, apakah seorang yang kufur dan syirik juga mendapat syahid hanya kerana mati pada hari jumaat? Atau hanya kerana mati lemas? Sedangkan kufur dan syirik merupakan sebesar-besar dosa. Tanda-tanda ini diibaratkan seperti keuntungan yang berlipat ganda dan menggiurkan namun bagaimana kita inginkan keuntungan berkenaan jika kita tidak berniaga dan tidak mempunyai modal asas. Apa yang penting, kita hendaklah terlebih dahulu menyediakan tapak dengan mengerjakan solat, puasa, zakat dan perintah Allah yang lain serta meninggalkan larangaNYA. Kemudian sama-samalah kita berdoa semoga kita semua mendapat mati dalam keadaan yang baik.



2) para ulama telah membahagikan syahid kepada syahid besar dan kecil. Syahid besar (ada juga menyebutnya sebagai syahid dunia akhirat) ialah mereka yang mati di dalam peperangan menegakkan agama Allah. Mereka tidak perlu dimandi dan dikapankan. Sementara syahid kecil (disebut juga sebagai syahid akhirat) merujuk kepada mereka yang mati dalam keadaan husnul khatimah selain daripada kes mati dalam perang. Contohnya seperti mati kerana sakit perut, mati kebakaran, mati lemas, wanita yang mati bersalin dan sebagainya.



Wallahualam…






IlyTrolak:
"Sahidkah Aku???"



Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Solat Jumaat 40 Jemaah, Mula Jumaat ini

KOTA BHARU – Kelantan membenarkan jemaah solat Jumaat ditambah kepada 40 orang berbanding sebelum ini hanya 12 individu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).



Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran tersebut berkuatkuasa pada 5 Jun ini.



Beliau berkata, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan selaku Ketua Agama Islam Negeri sebagaimana peruntukkan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan telah mengampuni perkenan agar solat Jumaat di negeri ini dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan ianya terkawal sebagai langkah membendung penularan koronavirus (Covid-19).



Tambahan bilangan jemaah daripada 12 orang kepada 40 orang terdiri daripada Imam Tua, Imam Muda, Bilal, Siak, Ahli Jawatankuasa masjid dan anak-anak mukim yang terpilih setelah mendapat pandangan Mufti Negeri Kelantan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.



“Diingatkan agar pelaksanaan Solat Jumaat ini mestilah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan untuk mengelak berlakunya penularan virus Covid-19 di negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian pada 3 Jun.



Beliau berkata, pastikan Pegawai-pegawai masjid (Imam Tua, Imam Muda, Bilal dan Siak), Ahli Jawatankuasa Masjid dan anak-anak mukim terpilih sahaja dibenarkan serta tidak melebihi jumlah 40 orang.



“Sediakan senarai dan maklumat jemaah yang terpilih dan mendaftarkan kehadiran di dalam buku pendaftaran.



“Saringan suhu kepada para jemaah yang hadir perlu dibuat. Mereka yang mempunyai bacaan suhu lebih 37.40 darjah celsius adalah tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid,” katanya.



Beliau sekali lagi mengingatkan bahawa, Ahli Jawatankuasa dan anak-anak mukim yang berumur 70 tahun ke atas serta bergejala batuk, demam selain sakit tekak juga tidak dibenarkan hadir.



Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa pintu pagar masjid dibuka 20 minit sebelum azan dan memastikan khutbah dan solat Jumaat diselesaikan dalam tempoh 20 minit setelah azan Jumaat.



“Kebenaran pelaksanaan solat Jumaat ini tertakluk kepada kepada kehadiran sekurang-kurangnya seorang anggota polis di setiap masjid.



“SOP sebagaimana di atas hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid. Tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini.



“MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan ini. Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa ALLAH S.W.T pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua,” katanya. – Sinar Harian





Sumber: YADIM @ http://www.yadim.com.my/v2/solat-jumaat-40-jemaah-bermula-jumaat-ini/





IlyTrolak: "Alhamdulillah, Kelantan dah mula"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Puasa Hari Putih

Apakah Puasa Hari Putih?



Puasa Hari Putih merupakan puasa selama tiga hari di pertengahan bulan yang telah dianjurkan oleh sunnah sebagai suatu bentuk puasa sunat tambahan.



Puasa Hari Putih ini dilakukan pada hari ke 13, 14 dan 15 setiap bulan dalam kalendar Qomariah.



Ia dipanggil juga sebagai puasa Ayyamul Bidh (Hari Putih) kerana pada pada malam-malam tersebut adalah waktu bulan purnama dengan sinaran bulan yang putih.



Ia ada disebut melalui sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Dzar, iaitu:



يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ



“Wahai Abu Dzar, jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijrah).”

(Hadis Riwayat Tirmidzi)


Pahala puasa ini digambarkan sama jika kita berpuasa selama setahun. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis daripada Abdullah ibn ‘Amru, iaitu:



صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ



Maksud: “Puasa pada tiga hari setiap bulannya adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (Hadis Riwayat Bukhari)


Hadis riwayat Bukhari-Muslim menyebut, orang yang melaksanakan puasa Ayyamul Bidh tiap bulannya akan diberikan pahala sebesar sepuluh kali ganda. Berikut bunyi hadisnya:



وَإِنَّ بِحَسْبِكَ أَنْ تَصُومَ كُلَّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فإن لك بِكُلِّ حَسَنَةٍ عَشْرَ أَمْثَالِهَا فإن ذلك صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ



Ertinya: "Sungguh cukup bagimu berpuasa selama tiga hari dalam setiap bulan, sebab kamu akan menerima sepuluh kali ganda atas setiap kebaikan yang kau lakukan. Maka dari itu, puasa Ayyamul Bidh sama dengan berpuasa setahun penuh,"




Asal Usul Puasa Putih



Asal muasal puasa sunnah ini merujuk pada kisah Nabi Adam AS. Menurut riwayat Ibu Abbas, tubuh Nabi Adam AS terbakar matahari hingga hitam dan kelihatan terbakar sewaktu baru diturunkan ke bumi.



Kemudian, Allah SWT menurunkan wahyu padanya untuk berpuasa selama tiga hari, iaitu pada 13-15. Setelah berpuasa selama tiga hari, seluruh badan Nabi Adam AS kembali menjadi putih bersih.





Niat Puasa Putih



Lafaz niat bagi puasa hari putih adalah seperti berikut:



نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى



Nawaitu sauma ayyaamal bidh sunnatan lillahi ta’ala



Maksudnya:



Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah Taala.




Keutamaan Puasa Putih



1. Melaksanakan Wasiat Rasulullah SAW



Dikutip dari Muslim.or.id, Rabu (11/12/2019), dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,



أَوْصَانِى خَلِيلِى بِثَلاَثٍ لاَ أَدَعُهُنَّ حَتَّى أَمُوتَ صَوْمِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَصَلاَةِ الضُّحَى ، وَنَوْمٍ عَلَى وِتْرٍ



“Kekasihku (yaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) mewasiatkan padaku tiga nasehat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati: 1- berpuasa tiga hari setiap bulannya, 2- mengerjakan shalat Dhuha, 3- mengerjakan shalat witir sebelum tidur.” (HR. Bukhari no. 1178)


2. Melaksanakan Anjuran Rasulullah SAW



Dari Abu Dzar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda padanya,



يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ



“Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15 (dari bulan Hijriyah).” (HR. Tirmidzi no. 761 dan An Nasai no. 2425. Abu ‘Isa Tirmidzi mengatakan bahwa haditsnya hasan).


Sangat jelas bahwa waktu pelaksanaan pasa Ayyumul Bidh yaitu tanggal 13, 14, dan 15 pada bulan Hijriyah.



3. Seperti Puasa Sepanjang Tahun



Dikutip dari NU.or.id, barang siapa menjalankan puasa tiga hari Ayyamul Bidh, maka sama dengan puasa selama sebulan.



Sedangkan jika dilakukan setiap bulan, maka sama dengan puasa selama setahun penuh.



وَإِنَّ بِحَسْبِكَ أَنْ تَصُومَ كُلَّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فإن لك بِكُلِّ حَسَنَةٍ عَشْرَ أَمْثَالِهَا فإن ذلك صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ



“Sungguh, cukup bagimu berpuasa selama tiga hari dalam setiap bulan, sebab kamu akan menerima sepuluh kali lipat pada setiap kebaikan yang Kaulakukan. Karena itu, maka puasa ayyamul bidh sama dengan berpuasa setahun penuh,” (HR Bukhari-Muslim).



صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ



“Puasa pada tiga hari setiap bulannya adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (HR. Bukhari no. 1979).




Tata Cara Melaksanakan Puasa Putih



  1. Niat puasa putih boleh dilakukan setelah terbit fajar asalkan belum makan, minum dan melakukan hal-hal yang membatalkan puasa lainnya.

    Berbeda dengan puasa wajib yang harus melakukan niat sebelum terbit fajar.


  2. Seorang isteri tidak boleh berpuasa sunnah ketika bersama suaminya, terkecuali sudah mendapat keizinan suami.


  3. Lebih dianjurkan ketika tidak bepergian

    Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata,

    كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُفْطِرُ أَيَّامَ الْبِيضِ فِي حَضَرٍ وَلَا سَفَرٍ

    “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada ayyamul biidh ketika tidak bepergian maupun ketika bersafar.” (HR. An Nasai no. 2347. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan).


  4. Tidak dilaksanakan di tanggal 13 Dzulhijah

    13 Dzulhijah merupakan bagian dari hari tasyriq, sehingga tidak dianjurkan untuk melaksanakan puasa putih.





Manfaat Puasa Putih



  1. Detoksifikasi Tubuh

    Puasa Ayyamul Bidh dapat bermanfaat untuk detoksifikasi tubuh atau proses pembuangan racun. Racun dikeluarkan dari dalam tubuh melalui keringat, urine, atau saat buang air besar. Tubuh pun akan sehat dengan terbuangnya racun-racun dalam tubuh.



  2. Mengurangi Lemak

    Puasa dapat mengurangi kadar lemak dalam tubuh kita. Karena dengan berpuasa, energi dalam tubuh kita dihasilkan oleh pembakaran sisa glukosa dalam tubuh. Jadi selain mendapat pahala, puasa juga dapat bermanfaat untuk menurunkan berat badan.






  3. Meningkatkan Imunitas Tubuh

    Dengan puasa, sistem imunitas tubuh akan meningkat. Agar sistem imunitas tubuh meningkat, dianjurkan untuk makan makanan bergizi.






  4. Mengistirahatkan Saluran Pencernaan

    Selama kita puasa, saluran pencernaan kita beristirahat sejenak. Setelah berbuka puasa, saluran pencernaan kita dapat bekerja lebih optimal lagi


Penutup

Puasa sunat adalah salah satu ibadah sunat yang sangat digalakkan. Allah sangat menyukai orang yang berpuasa kerana Allah, sehinggakan Allah telah menjanjikan gerbang khusus di syurga bagi yang suka berpuasa, iaitu Ar-Rayyan.” — Hadis Riwayat Muslim


Sumber:

- Puasa Sunat Ayyamul Bidh (Hari Putih), Puasa HAri ini Dapat Tiga Pahala (Kashoorga.com) di https://www.kashoorga.com/puasa-sunat-ayyamul-bidh-hari-putih-puasa-hari-ini-dapat-tiga-pahala/
- Ketahanan Badan Meningkat Dengan Mengamalkan Puasa Hari Putih (tzkrh.com) di https://tzkrh.com/ketahanan-badan-meningkat-dengan-mengamalkan-puasa-hari-putih/
- Niat Puasa Hari Putih (Ayyamul Bidh) (Aku Islam) di https://akuislam.com/blog/ibadah/puasa-hari-putih/
- Puasa Ayyamul Bidh: Asal-usul, Niat, Kelebihan, dan Manfaatnya (Kumparan.com) di https://kumparan.com/berita-heboh/puasa-ayyamul-bidh-asal-usul-niat-kelebihan-dan-manfaatnya-1sPrnp5tool/full
- Niat Puasa Ayyamul Bidh, Keutamaan dan Manfaatnya (Detik News) di https://news.detik.com/berita/d-4816484/niat-puasa-ayyamul-bidh-keutamaan-dan-manfaatnya
- Arif Fajar Nasucha, Keutamaan Puasa Ayyamul Bidh, Dilengkapi Niat dan Tata Cara Melaksanakannya (Tribun News) di https://www.tribunnews.com/nasional/2019/12/11/keutamaan-puasa-ayyamul-bidh-dilengkapi-niat-dan-tata-cara-melaksanakannya?page=4


IlyTrolak: "Marilah kita cuba amalkan."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri

Solat Jumaat 12 jemaah : Mana Asasnya?

Oleh Dr. Nik Rahim Nik Wajis



Terdapat sedikit kekecohan di medan media sosial apabila ada beberapa negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak mula membenarkan solat Jumaat diadakan kembali setelah beberapa minggu tidak dibenarkan akibat penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.



Isu yang dibincangkan bukan hanya berkisar tentang kebenaran untuk kembali mendirikan solat Jumaat yang merupakan syiar Islam yang dihidupkan saban minggu, tetapi kepada jumlah ahli jemaah yang dibenarkan menghadiri solat Jumaat yang bakal diadakan. Persoalan yang hangat diperdebatkan ialah tentang jumlah jemaah yang dibenarkan hadir iaitu seramai 12 orang sahaja.



Jangan taasub



Suasana ini timbul disebabkan ia norma baru yang tidak pernah dihadapi oleh penduduk Malaysia yang beragama Islam. Sejak sekian lama rata-rata umat Islam berpegang kepada mazhab Syafie yang menjadikan jumlah 40 orang sebagai syarat sahnya solat Jumaat. Penulis masih teringat suatu ketika dahulu semasa di kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang tuan imam terpaksa mengira jumlah ahli jemaah sebelum memulakan solat Jumaat bagi memastikan jumlahnya mencukupi 40 orang. Ada kalanya, solat Jumaat terpaksa ditukar kepada solat zuhur kerana jumlah jemaah tidak mencukupi 40 orang.



Ia satu gambaran bahawa di Malaysia suatu ketika dulu, umat Islam sangat patuh kepada mazhab Syafie. Namun itu semua mungkin sudah tinggal sejarah. Kini umat Islam sudah semakin terdedah kepada pelbagai maklumat dan informasi dan ini menjadikan mereka lebih terbuka dan tidak terlalu ‘taasub’ kepada mazhab. Tidak ‘taasub’ mazhab bukan bermaksud mereka tidak lagi berpegang kepada mazhab Syafie, tetapi mereka boleh memahami jika terdapat perbezaan pandangan serta amalan yang dilakukan oleh pengamal mazhab yang lain daripada mazhab-mazhab yang diiktiraf di Malaysia.



Asas 12 jemaah



Solat Jumaat dengan 12 jemaah sebenarnya ada asasnya namun ia bukan daripada pandangan Imam Syafie. Menurut mazhab Syafie jumlah minimum bagi solat Jumaat ialah 40 orang. Hujah ini berdasarkan kepada satu hadis dari Ka’ab bin Malik yang dikatakan sering memuji Sa’d bin Zurarah ketika azan dikumandangkan. Lalu beliau ditanya: “Mengapa engkau selalu memuji Sa’d bin Zurarah ketika mendengar azan?” Ka’ab lalu menjelaskan bahawa: "Sa’ad bin Zurarah adalah orang pertama yang mengumpulkan kami untuk mendirikan solat Jumaat." Lalu beliau ditanya:



“Berapa ramaikah bilangan kamu ketika itu? Ka’ab lalu menjawab: "40 orang.” (HR Abu Daud)



Di sisi mazhab Maliki pula jumlah yang wajib hadir bagi solat Jumaat ialah 12 orang tidak termasuk imam. Mereka berhujah dengan sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah yang menceritakan bagaimana ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah, tiba-tiba datang kafilah dagangan dari luar ke Madinah yang menyebabkan ramai sahabat meninggalkan Nabi yang sedang berkhutbah. Kata Jabir: “Lalu mereka (jemaah solat) berpaling (untuk pergi) ke kafilah dagangan tersebut sehinggakan yang tinggal bersama dengan Rasulullah hanyalah 12 orang sahaja.” (HR al-Bukhari)



Harus bertalfiq



Jadi berdasarkan kepada pandangan ini, jelaslah bahawa pandangan mazhab Maliki telah diambil sebagai sandaran kepada jumlah jemaah yang dibenarkan untuk solat Jumaat iaitu seramai 12 orang. Pengambilan mazhab lain yang bukan mazhab yang menjadi pegangan seseorang dipanggil talfiq. Sebagai contoh seseorang mengambil wuduk ikut cara Mazhab Hanafi tetapi solat pula mengikut cara mazhab Syafie.



Menurut pandangan ulamak, talfiq dalam bentuk sebegini adalah diharuskan kerana kedua-dua amalan iaitu wuduk dan solat telah sempurna dilakukan menurut mazhab tertentu. Adapun talfiq yang tidak dibenarkan ialah talfiq dalam kes yang melibatkan perkahwinan. Sebagai contoh seseorang berkahwin tidak menggunakan wali kerana menurut mazhab Hanafi, wanita boleh mengahwinkan dirinya sendiri tanpa wali. Saksi juga tidak diperlukan berdasarkan kepada mazhab Maliki. Jadi yang tinggal cuma, lelaki dan wanita yang hendak berkahwin.



Talfiq jenis ini diharamkan kerana ia boleh membawa kepada perzinaan kerana setiap kali pasangan yang ditangkap atas kesalahan khalwat sebagai contoh boleh menggunakan alasan berkahwin menggunakan kaedah talfiq ini bagi melepaskan diri daripada didakwa atas kesalahan ini.



Talfiq sebenar telah diamalkan oleh masyarakat Islam sama ada disedari atau tidak. Sebagai contoh zakat fitrah. Membayar zakat fitrah dengan wang sebenarnya tidak dibolehkan (tidak sah) menurut Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali. Membayar zakat fitrah dalam bentuk wang hanya dibenarkan menurut Mazhab Hanafi dan ini telah pun diamalkan sejak sekian lama tanpa sebarang pertikaian.



Jadi tidak timbul masalah untuk ikut mazhab lain atau talfiq khususnya dalam keadaan tertentu yang dianggap terdapat keperluan mendesak seperti situasi yang kita hadapi hari ini.



Sumber: BERNAMA



Dr Nik Rahim Nik Wajis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)



IlyTrolak: "Semoga menjadi pencerahan di atas persoalan yang dibangkitkan."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Orang Berpuasa Akan Masuk Pintu Khas Di Syurga, Rebutlah Pahala Sepanjang Tahun Dengan Puasa Enam

IBADAH puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam.



Selain puasa fardu yang dilaksanakan di bulan Ramadan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat pada bulan-bulan lain.



Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada Isnin dan Khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari di bulan Syawal).



Orang-orang yang berpuasa dengan keimanan dan keikhlasan mereka layak untuk mendapat pelbagai kenikmatan daripada Allah.



Diantara nikmat yang sungguh hebat untuk mereka yang berpuasa adalah satu syurga yang dikhaskan untuk orang-orang yang berpuasa sahaja.



Ini berdasarkan sebuah hadis baginda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya di syurga ada sebuah pintu yang disebut dengan ar-Rayyaan, yang akan dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak ada yang memasukinya, kecuali orang yang berpuasa.



Ada yang berkata : “Di mana orang-orang yang berpuasa?”, maka mereka berdiri, tidak ada seorang pun yang memasukinya, selain mereka, jika mereka sudah masuk, maka pintu itu tertutup, dan tidak ada seorang pun yang boleh masuk ke dalamnya”. (Al-Bukhari : 1896)



Di dalam hadis yang lain sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. (Al-Bukhari : 2840)



Kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal



Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” (Muslim : 1164)



Kefahaman daripada hadis ini Rasulullah menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadan akan diberikan pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.



Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.



Puasa 30 hari di bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari.



Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.



Sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendakiNya.



Hukum puasa enam



Puasa enam merupakan amalan sunat. Telah berkata Imam An-Nawawi : “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).



Bilakah Puasa sunat enam Syawal perlu dilakukan?



Puasa sunat enam paling awal boleh dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidilfitri dan umat Islam dilarang daripada berpuasa pada hari tersebut.



Abu Hurairah ra berkata: “Nabi SAW melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.” (Bukhari no: 1991).



Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut atau secara berasingan?



Tidak menjadi kesalahan jika ia dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal.



Ini kerana apabila Rasulullah menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa menentukan hari-harinya.



Adakah puasa sunat enam hari di bulan Syawal dibuat sebelum menggantikan puasa Ramadan?



Terdapat perbincangan dalam kalangan para fuqaha’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu masih belum menggantikan puasa Ramadan atau tidak menjadi masalah untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal dahulu? Perbincangan ini menghasilkan dua pendapat.



Pandangan Pertama : Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu digantinya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang.



Aisyah ra berkata: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu menggantikannya kecuali pada bulan Sya’ban”. (Muslim no: 1146)



Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal.



Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang menggantikan puasa Ramadan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.



Menurut Imam An-Nawawi, Mazhab Maliki, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan menggantikannya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya”. (Syarah Sahih Muslim 8/22).



Pendangan Kedua: Tidak boleh, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri.



Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”



Rasulullah meletakkan syarat 'berpuasa Ramadan' terlebih dahulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal.



Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadannya.



Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diganti terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.



Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam



Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah dibolehkan menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qada dan puasa enam hari di bulan Syawal.



Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?



Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardu dan tidak bagi yang sunat.



Sementara itu, ada dalam kalangan ulama Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. (Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428).



Maka sebaik-baiknya lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredaan Tuhannya.



Sumber: www.mstar.com.my



IlyTrolak: "Artikel ialah karya Dr. Nur Mohammad Hadi yang merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Artikel telah diterbitkan dalam MStar bertarikh 6 Jun 2019"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Detik-Detik Terakhir Madrasah Ramadhan 1441

Detik-detik saat terus berlalu, seakan membiarkan sahaja apa yang berlaku. Dalam perkiraannya hanya tinggal beberapa ketika sahaja madrasah Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita.



Dalam pada ketika ini, ramai yang sedang bertungkus lumus membuat persiapan untuk Syawal. Ramadhan seakan tidak dihiraukan.



Ada yang sibuk di dapur, ada yang sibuk di ruang tamu, ada yang sibuk di luar rumah, ada yang sibuk dengan barang niaganya, ada yang sibuk di pasaraya-pasaraya, khuatir persiapan untuk Syawal tidak lengkap.



Ramadhan hanya mampu memerhati apa yang berlaku.



Adakah Ramadhan bersedih, kerana para pelatih madrasahnya dalam masa terhampir ini akan keluar bertebaran untuk mempraktikan segala pelatihan yang diterima dalam madrasah Ramadhan ini.



Ramadhan juga pada tempat lainnya sedang bergembira dengan potensi hamba Allah yang masih tekun untuk memperkemaskan diri untuk saat-saat terakhir ini.



Bertungkus lumus dengan amal kebaikannya, bertungkus lumus dengan kitab suci Al-Quran, bertungkus lumus dengan zikir-zikir yang tidak pernah putus, bertungkus lumus dengan solat-solat sunat sebelum Asar menjelang.



Ramadhan yang dilalui bukan hanya dilhat sebagai medan puasa tetapi Ramadhan menjadi pengukuhan dan peningkatan dalam amalan-amalan soleh yang lain.



Hamba Allah yang sedang bertungkus lumus dengan amal ini, akan merasai kesedihan untuk berpisah dengan Ramadhan.



Kerana selepas Ramadhan ini, pastinya Ramadhan pada masa akan datang, sama ada dapat dipertemukan atau mungkin ini Ramadhan yang terakhir.



Dua situasi berbeza yang dinyatakan di atas, mempunyai penceritaannya di sebaliknya.



Adakah Ramadhan yang dilalui dapat dihayati sepenuhnya atau Ramadhan hanya berlalu dengan menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja.



Ramadhan yang dapat dihayati dengan sebaiknya akan memberi impak yang besar kepada manusia. Ramadhan yang menjadi bulan penyucian jiwa ini juga akan memberi penambaikan terhadap jiwa, sikap, sifat dan tingkah laku manusia.



Tingkatan amal yang dilakukan akan menjadi satu pelatihan yang amat berkesan dan akan dapat dipraktikkan dalam bulan-bulan lainnya, yang merupakan medan sebenar dalam pelaksanaan kehidupan.



Pastinya selepas ini, dugaan dan cabaran akan lebih besar.



Jika dalam Ramadhan Syaitan dan Iblis dibelenggu, tidak untuk bulan-bulan yang lainnya.



Maka selepas ini adakah pelatihan yang diterima dalam Ramadhan akan dapat dikekalkan amalan pelatihan tersebut dengan lebih baik atau sebaliknya dalam bulan-bulan yang lainnya.



Sesungguhnya manusia yang bersungguh-sungguh dengan amalan soleh dalam Ramadhan akan menjadi insan yang lebih baik darjatnya dalam segenap unsur jiwa selepas berakhirnya Ramadhan.



- Catatan selepas Asar.



ALPA HARI PERPISAHAN RAMADHAN



Pada 30 Ramadhan,

Ada insan yang sibuk,

Dalam banyak hal perkara...



Bersama lemang dan ketupat,

Bersama kuih muih yang pelbagai,

Bersama hiasan di sini sana,

Bersama pakaian baru di papan seterika,

Bersama persiapan itu dan ini.



Masih juga yang ada di pasaraya,

Masih ada di jalanan dengan haluannya,

Masih ada di jalanan tanpa destinasinya,

Masih ada memilih itu ini.



Khuatir Syawal tanpa persiapan,

Khuatir Syawal masih dijalanan,

Khuatir Syawal tanpa pakaian baru,

Khuatir Syawal tanpa hidangan tetamu.



Tidakkah merasai?

Salam perpisahan sedang berlaku,

Kerana segalanya akan berakhir.



Semalam...

Maghrib terakhir dalam Ramadhan,

Isyak terakhir dalam Ramdhan,

Terawikh terakhir pada tahun ini.



Hari ini dalam Ramadhan,

Solat Subuh terakhirmu,

Hening jiwa membungkam hati,

Solat Zohor terakhir,

Meniti separuh hari,

Solat Asar terakhir dalam Ramadhan,

Saat perpisahan semakin hampir,



Selepas Asar ini...

Tiada lagi solat-solat sunat dalam Ramadhan.

Meniti detik laungan Azan Maghrib

Berpisahlah Ramadhan Terimalah Syawal

Hari ini berbuka dalam Syawal.



Tiada tarawikh selepas Isyak,

Tiada lagi laungan selawat mengiringi tarawih.



Salam perpisahan Ramadhan kali ini

Semoga bertemu di tahun hadapan.



IlyTrolak: "Ya Allah, ketemukan aku dengan Ramadhan di tahun hadapan dan ampuni segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan diriku hambaMu yang lebih baik tingkatan imannya di sisiMu."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Kit Panduan Sambutan Aidilfitri

YAB Perdana Menteri pada 10 Mei 2020 mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Ini bermakna, semua peraturan dan Standard Operational Procedure (SOP) yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB sebelum ini akan kekal berkuat kuasa menjelang Syawal 1441H.



YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyarankan umat Islam supaya menyambut Hari Raya Aidilfiri pada tahun ini secara sederhana pada hari raya pertama di rumah masing-masing sahaja dengan menangguhkan sambutan berbentuk tradisi.



Justeru, Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah Semasa PKPB ini disediakan sebagai panduan umum kepada umat Islam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah masing-masing dengan amalan-amalan yang dituntut dalam syariat Islam.





Klik Sini Untuk Muat Turun Kit


Sumber: islam.gov.my





IlyTrolak: "Semoga usaha ini menjadi panduan untuk semua. Beraya sambil berusaha memutuskan rangkaian Covid-19"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Panduan Solat Aidilfitri dan Aidiladha

Diriwayatkan dari Abu Said, ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar ke mushalla ( padang untuk solat ), maka pertama yang beliau kerjakan adalah solat, kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada manusia sedang manusia masih duduk tertib pada Saf mereka, lalu beliau memberi nasihat dan wasiat (khutbah ) apabila beliau hendak mengutus tentera atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah beliau putuskan, beliau perintahkan setelah selesai beliau pergi. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )



Telah berkata Jaabir (R.A.): Saya menyaksikan solat 'ied bersama Nabi (S.A.W.). Beliau memulai solat sebelum khutbah tanpa azan dan tanpa iqamah, setelah selesai beliau berdiri bertekan atas Bilal, lalu memerintahkan manusia supaya bertaqwa kepada Allah, mendorong mereka untuk taat, menasihati manusia dan memperingatkan mereka, setelah selesai beliau turun mendatangi saf wanita dan selanjutnya beliau memperingatkan mereka. (H.R : Muslim )



Diriwayatkan dari Ibnu Umar (R.A.). ia berkata : Umar mendapati pakaian tebal dari sutera yang dijual, lalu beliau mengambilnya dan membawa kepada Rasulullah (S.A.W.). lalu berkata : Ya Rasulullah belilah pakaian ini dan berhiaslah dengannya untuk hari raya dan untuk menerima utusan. Maka beliaupun menjawab : Sesungguhnya pakaian ini adalah bagian orang-orang yang tidak punya bagian di akhirat (yakni orang kafir). ( H.R Bukhary dan Muslim )



Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah (R.A.). ia berkata : Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan kami keluar pada Aidilfitri dan Aidiladha semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Adapun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari mushalla (tempat solat 'ied ), mereka meyaksikan kebaikan dan mendengarkan dakwah kaum muslimin (mendengarkan khutbah ). Saya berkata : Yaa Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda: Supaya saudaaranya meminjamkan kepadanya dari jilbabnya. (H.R : Jama'ah)



Diriwayatkan dari Anas bin Malik (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). Tidak berangkat menuju mushalla kecuali beliau memakan beberapa biji kurma, dan beliau memakannya dalam jumlah bilangan ganjil. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )



Diriwayatkan dari Burayaidah (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) keluar untuk solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada solat Aidiladha sehingga beliau kembali dari solat 'ied. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)



Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (R.A.). ia berkata : Bahwasanya Nabi (S.A.W.). keluar untuk solat Aidilfitri dua raka'at, tidak solat sunah sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (H.R : Bukhary dan Muslim )



Diriwayatkan dari Jaabir (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) apabila keluar untuk solat 'ied ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan (yakni waktu berangkat melalui satu jalan dan waktu kembali melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhary )



Diriwayatkan dari Yazid bin Khumair Arrahbiyyi (R.A.). ia berkata : Sesungguhnya Abdullah bin Busri seorang sahabat nabi (S.A.W.). keluar bersama manusia untuk solat Aidilfitri atau Aidiladha, maka beliau mengingkari keterlambatan imam, lalu berkata : Sesungguhnya kami dahulu ( pada zaman Nabi (S.A.W.) pada jam-jam seperti ini sudah selesai mengerjakan solat 'ied. Pada waktu ia berkata demikian adalah pada solat Dhuha. (H.R. : Abu Daud dan Ibnu Majah)



Diriwayatkan dari Abi Umair bin Anas, diriwayatkan dari seora)ng pamannya dari golongan Anshar, ia berkata: Mereka berkata: Karena tertutup awan maka tidak terlihat oleh kami hilal Syawal, maka pada pagi harinya kami masih tetap puasa, kemudian datanglah satu kafilah berkendaraan di akhir siang, mereka bersaksi di hadapan asulullah (S.A.W.).bahawa mereka kelmarin melihat hilal. Maka Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan semua manusia ( ummat Islam ) agar berbuka pada hari itu dan keluar menunaikan solat 'ied pada hari esoknya. (H.R. : Lima kecuali At-Tirmidzi)



Diriwayatkan dari Azzuhri, ia berkata : Adalah manusia (para) sahabat) bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah-rumah mereka menuju tempat solat 'ied sampai mereka tiba di mushalla ( tempat solat 'ied ) dan terus bertakbir sampai imam datang, apabila imam telah datang, mereka diam dan apabila imam bertakbir maka merekapun ikut bertakbir. (H.R.: Ibnu Abi Syaibah)



Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'ud (R.A.). bertakbir pada hari-hari tasyriq dengan lafadz sbb: (artinya): Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada Illah melainkan Allah dan Allah maha besar, Allah maha besar dan bagiNya segala puji. (H.R. Ibnu Abi Syaibah dengan sanad shahih )



Diriwayatkan dari Amru bin Syu'aib, dari ayahnya, dari neneknya, ia berkata : Sesungguhnya Nabi (S.A.W.). bertakbir pada solat 'ied dua belas kali takbir. dalam raka'at pertama tujuh kali takbir dan pada raka'at yang kedua lima kali takbir dan tidak solat sunnah sebelumnya dan juga sesudahnya. (H.R. : Amad dan Ibnu Majah )



Diriwayatkan dari Samuroh, ia berkata: Adalah Nabi (S.A.W.). dalam solat kedua hari raya beliau membaca: Sabihisma rabbikal A'la dan hal ataka haditsul ghosiah. (H.R. : Ahmad )



Diriwayatkan dari Abu Waqid Allaitsi, ia berkata : Umar bin Khaththab telah menanyakan kepadaku tentang apa yang dibaca oleh Nabi (S.A.W.). Waktu solat 'ied . Aku menjawab : beliau membaca surah (qtarabatissa'ah ) dan ( Qaaf walqur'anul majid). (H.R. : Muslim )



Diriwayatkan dari Zaid bin Arqom (R.A.). ia berkata : Nabi (S.A.W.). Mendirikan solat 'ied, kemudian beliau memberikan ruhkshah / kemudahan dalam menunaikan solat Jumaat, kemudian beliau bersabda : Barang siapa yang mahu solat Jumaat, maka kerjakanlah. (H.R. : Imam yang lima kecuali At-Tirmidzi )



Diriwayatkan dari Abu Hurairah (R.A.). bahwasanya Nabi (S.A.W.). bersabda pada hari kamu ini, telah berkumpul dua hari raya (hari Jumaat dan hari raya), maka barang siapa yang suka solat Jum'at, maka solatnya diberi pahala sedang kami akan melaksanakan solat Jum'at. (H.R: Abu Daud )



KESIMPULAN



Hadits-hadits tersebut memberi pelajaran kepada kita tentang adab-adab solat hari raya sbb : Pakaian pada saat mendirikan solat kedua hari raya disunnahkan memakai pakaian yang paling bagus. (Dalil: 3 )



Makan



a. Sebelum berangkat solat Aidilfitri disunnahkan makan terlebih dahulu, jika terdapat beberapa butir kurma, jika tidak ada maka makanan apa saja.



b. Sebaliknya pada Aidiladha, disunahkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai solat Aidiladha. (Dalil: 5 dan 6 )



Melaungkan takbir



a. Pada hari raya Aidilfitri, takbir dilaungkan sejak keluar dari rumah menuju ke tempat solat dan sesampainya di tempat solat terus dilanjutkan takbir dilaungkan sampai solat dimulai. (Dalil : 11 )



b. Pada hari raya Aidiladha, takbir boleh dilaungkan sejak Subuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari tasyriq ( 13 Dzulhijjah ). (Dalil: 12)



Jalan yang dilalui Disunnahkan membezakan jalan yang dilalui waktu berangkat solat hari raya dengan jalan yang dilalui di waktu pulang dari solat 'ied ( yakni waktu berangkat melalui satu jalan, sedang waktu pulang melalui jalan yang lain ). (Dalil: 8 )



Bila terlambat mengetahui tibanya hari raya Apabila datangnya berita tibanya hari raya sudah tengah hari atau petang hari, maka hari itu diwajibkan berbuka sedang pelaksanaan solat hari raya dilakukan pada hari esoknya. (Dalil : 10 )



Yang menghadiri solat 'ied



Solat 'ied disunnahkan untuk dihadiri oleh orang dewasa, baik lelaki maupun wanita, baik wanita yang suci dari haid maupun wanita yang sedang haid dan juga kanak-kanak baik laki-laki maupun wanita. Wanita yang sedang haid tidak ikut solat, tetapi hadir untuk mendengarkan khutbah 'ied. (Dalil: 4 )



Tempat solat 'ied



Solat 'ied lebih afdhal (utama) diadakan di mushalla iaitu suatu padang yang di sediakan untuk solat 'ied, kecuali ada uzur hujan maka solat diadakan di masjid. Mengadakan solat 'ied di masjid pada hal tidak ada hujan sementara lapangan (padang ) tersedia, maka ini kurang afdhal karena menyelisihi amalan Rasulullah (S.A.W.). yang selalu mengadakan solat 'ied di mushalla (padang tempat solat ), kecuali sekali dua kali beliau mengadakan di masjid karena hujan. (Dalil: 1 dan 8 )



Cara solat 'ied



a. solat 'ied dua rakaat, tanpa azan dan iqamah dan tanpa solat sunnah sebelumnya dan sesudahnya. (Dalil: 1,2 dan 7 )



b. Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihraam sebelum membaca Al-Fatihah, ditambah 7 kali takbir. Sedang pada raka'at yang kedua sebelum membaca Al-Fatihah dengan takbir lima kali. (Dalil: 13 )



c. Setelah membaca Fatihah pada rakaat pertama di sunnahkan membaca surah (sabihisma rabbikal a'la/surat ke 87 ) atau surat iqtarabatissa'ah / surat ke 54 ). Dan setelah membaca Al-Fatihah pada raka'at yang kedua disunnahkan membaca surat (Hal Ataka Haditsul Ghaasyiyah/surat ke 88 ) atau membaca surat (Qaaf walqur'anul majid/surat ke 50 ).(Dalil : 15)



d. Setelah selesai solat, imam berdiri menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan wasiat-wasiat, atau perintah-perintah penting.



e. Khutbah hari raya ini boleh diadakan khusus untuk laki-laki kemudian khusus untuk wanita.



f. Khutbah hari raya ini tidak diselingi duduk. (Dalil: 1 dan 2 )



Waktu solat



Solat 'ied diadakan setelah matahari naik, tetapi sebelum masuk waktu solat Dhuha. (Dalil: 9 )



Hari raya jatuh pada hari Jum'at. Bila hari raya jatuh pada hari Jum'at, maka solat Jum'at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak, tetapi untuk pemuka umat atau imam masjid jami' sebaiknya tetap mengadakan solat Jum'at. (dalil: 16 dan 17 )





Sumber: dakwah2u.blogspot.com/



IlyTrolak: "Musim PKP ni, yang tak terpilih ke masjid atau surau, lakukanlah bersama-sama keluarga di rumah"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Doa Di Akhir Ramadan

Ya Allah, Ya Tuhan kami...kami menadah kedua-dua tangan tangan kami di hari yang terakhir bulan Ramadan al-Mubarak ini Ya Allah...



Ampunkanlah dosa yang kami lakukan sebelum daripada ini Ya Allah...



Jagakanlah diri kami daripada melakukan kepada-Mu di masa akan datang ini Ya Allah...



Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami keberkatan dalam bulan Ramadan al-Mubarak ini Ya Allah...



Jangan Kamu jadikan Ramadan ini terakhir dalam kehidupan kami Ya Allah...



Kurniakanlah kesihatan, kelapangan dan umur yang panjang kepada kami sekiranya ia adalah terbaik bagi kami Ya Allah...



Sempatkanlah kami dengan Ramadan al-Mubarak tahun hadapan dan tahun-tahun berikutnya Ya Allah, ya Arrhamarrohimin...



Ya Allah, kami menadah tangan kami ini Ya Allah... Ampunkanlah dosa kami sempena Ramadan yang terakhir ini Ya Allah



Kerana dosa yang kami lakukan ini terlalu banyak Ya Allah



Sekiranya ada dosa yang kami tidak mengadu, Kamu Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana... Kamu ampunkanlah dosa kami Y Allah...



Ampunkanlah dosa ibu bapa kami Ya Allah. Ampunkanlah dosa ibu bapa kami yang sudah mendahului kami Ya Allah...



Sekiranya ada dosa yang kami ini lakukan ini Ya Allah, ampunkanlah dosa kami dengan ibu bapa kami Ya Allah...



Jagalah ibu bapa kami di alam barzakh Ya Allah...jagalah mereka Ya Allah.



Jika mereka berdosa dengan-Mu Ya Allah, ampunkanlah dosa mereka Ya Allah



Mungkin kehidupan mereka di zaman silap yang jauh dengan agama menyebabkan mereka ini tergelumang dengan dosa...ampunkanlah dosa mereka Ya Allah



Jadikanlah kubur mereka taman-taman syurga-Mu Ya Allah. Jika Kamu mengazabkan mereka...mereka tidak lain kecuali hamba-Mu Ya Allah. Jika Kamu siksa mereka...mereka tidak ada daya upaya Ya Allah...



Jadikanlah perantaraan wasilah kami ini...untuk kami anak-anak mohon keampunan untuk mereka, ampunkanlah dosa mereka Ya Allah...



Ya Allah, ringankanlah beban dan malapetaka di alam barzakh ini Ya Allah. Elakkan mereka daripada ancaman yang sangat berat daripada-Mu ya Allah...



Jadikanlah mereka ini ahli-ahli syurga-Mu ya Alah. Jadikanlah mereka ini teman-teman kepada para syuhadah, para solihin Ya Allah, ya Arrhamarrohimin...



Ya Allah, jadikanlah dunia yang kami harungi ini adalah dunia yang memberi manfaat di hari akhirat Ya Allah...



Jangan Kamu sekali-kali menjadikan perhiasan dunia ini menjadi musuh kepada kami di hari akhirat kelak Ya Allah...



Jadikanlah kami khalifah kepada dunia dan jangan sekali-kali Kamu jadikan dunia ini menjadi khalifah kepada kami



Biarlah kami sedar dengan dunia yang kami ada ini. Jangan kamu sekali-kali jadikan dunia sebagai fitnah kepada kami Ya Allah...



Ya Allah ya Tuhan kami, jagalah anak-anak kami, isteri-isteri kami, keluarga kami Ya Allah... supaya keluarga kami menjadi Mawaddatan Warahmah sebagaimana yang Kamu janjikan di dalam al-Quran



Hindarilah anak-anak kami daripada menjadi manusia yang sentiasa melakukan dosa ya Allah...



Lembutkanlah hati anak-anak kami, cucu-cucu kami, supaya mereka ini menjadi ahli agama-Mu Ya Allah... menjadi manusia yang sentiasa takut kepada Mu Ya Allah... yang cinta kepada syurga-Mu Ya Allah...



Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rezeki yang murah, nikmat kesihatan yang berpanjangan supaya kami dapat mengabdikan diri kepada-Mu berterusan Ya Allah...



Ya Arrhamarrohimin... di akhir Ramadan sebegini Ya Allah... Kamu yang yang lebih mengetahui apa yang lebih baik bagi kami, kurniakanlah kebaikan ini Ya Allah



Ya Allah, kami mohon kepada-Mu supaya Kamu mencabut nyawa kami dalam keadaan husnol khotimah. Biarlah kami meninggal dunia bertemu dengan-Mu dengan kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH



Jadikanlah masa depan kami ini berada di taman syurga-Mu di alam barzakh Ya Allah...



Ya Allah, jadikanlah hidup dengan selesa di alam mahsyar-Mu Ya Allah...



Jadikanlah kami berkekalan di alam syurga-Mu Ya Allah...



Amin Ya Rabbal Alamin



Dipetik daripada kuliah subuh terakhir Ramadan oleh Ustaz Datuk Dr Nik Zawawi Salleh di Masjid Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan





Sumber: hmetro.com.my



IlyTrolak: "Tak terasa Ramadhan yang dilalui ketika ini... tak sempat untuk melakukan yang terbaik"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Yang Perlu Dan Yang Jangan DiLakukan Semasa Aidilfitri

Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.



Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramadhan.



Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya telah mendapat keputusan ‘gagal', malah telah berjaya terkena doa laknat oleh Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan', merbahayalah imannya pada bulan-bulan yang mendatang. Nau'zubillah.



Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka



Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.



"waste of time!!" katanya lagi.



Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).



Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.



Sebagaimana kata-kata hukama :-



الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ



Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)





BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?



Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.



Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.



Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :



دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد



Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)



Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.



Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :



من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ



Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )



Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).



Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.





MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?



Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.



Bergembiralah Orang Yang Membersihkan Hatinya di RamadhanSecara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-



  1. Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

  2. .
  3. Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

  4. .
  5. Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

  6. .
  7. Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

  8. .
  9. Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)

    Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.





TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI



Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.



Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.



Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya.



Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.



Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.



RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA



Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-



  1. Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

    Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

  2. Menjamah makanan sebelum keluar.

    Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

  3. Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

    Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

  4. Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

    Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".



    Disebut dalam sebuah riwayat :



    قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك



    Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

  5. Memakai pakaian terbaik yang ada ;

    Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.



    Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

  6. Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

    Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

  7. Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

    Nabi pernah bersabda :



    مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه



    Ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)





RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA



Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-



  1. Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

  2. Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

  3. Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

  4. Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

  5. Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

  6. Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

  7. Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating lelaki perempuan, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.



Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.



Selamat Hari Raya Idil Fitri



"Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"



Sekian dahulu,



Zaharuddin Abd Rahman





Sumber: zaharuddin.net





IlyTrolak: "Pada kali ini Aidilfitri disambut dalam musim PKPB. Membunyi had-had dan batasan tertentu yang perlu dipatuhi."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Koleksi Khutbah Aidilfitri Tahun 2020

Hari 25 Ramadhan, bermakna tidak beberapa hari lagi, Ramadhan akan berlalu dan Syawal akan bertandang. Pada ketika ini, terdapat manusia yang begitu tekun untuk membuat amal ibadah, ada yang membuat sekadar termampu dan ada yang masih tidak merasai bertandangnya Ramadhan.



Seusai Ramadhan pasti Syawal akan disambut dengan pelbagai cara mengikut cara sambutan masing-masing. Pastinya, seawal pagi akan bersiap-siap untuk ke masjid dan surau kepada yang terpilih. Kerana, pada ketika musim PKPB ini, bilangan jemaah untuk sesuatu surau dan masjid agak terhad.



Tidak kira apa keadaan, laksanakanlah solat sunat Aidilfitri, jika tidak di masjid atau surau, lakukanlah di rumah masing-masing bersama ahli keluarga. Tak lupa, walau berapa bilangan jemaahnya ketika itu, bacalah juga khutbah Aidilfitri.



Bersama-sama ini disertakan pautan untuk khutbah Aidilfitri yang dibina oleh Jabatan Agama Islam di negeri-negeri di Malaysia.



Khutbah Aidilfitri JAKIM

Masjid & Surau [ Jawi ] [ Rumi ] [ Slaid ]

Keluarga [ Jawi ] [ Rumi ]



Khutbah Aidilfitri Negeri Johor [ Klik Sini ]



Khutbah Aidilfitri Negeri Kedah



Khutbah Aidilfitri Negeri Kelantan [ Jawi ] | [ Rumi ]



Khutbah Aidilfitri Negeri Melaka [ Klik Sini ]



Khutbah Aidilfitri Negeri Sembilan [ Klik Sini ]

Khutbah Aidilfitri Untuk Keluarga [ Klik Sini ]



Khutbah Aidilfitri Negeri Pahang [ Khutbah Pertama ] | [ Khutbah Kedua ]



Khutbah Aidilfitri Negeri Perak [ [Jawi] | [Rumi] ]

Khutbah Aidilfitri Untuk Keluarga [Jawi] | [Rumi]



Khutbah Aidilfitri Negeri Perlis [ Klik Sini ]



Khutbah Aidilfitri Negeri Pulau Pinang [ Klik Sini ]



Khutbah Aidilfitri Negeri Sarawak [ Klik Sini ]



Khutbah Aidilfitri Negeri Sabah [ Klik Sini ]



Khutbah Aidilfitri Negeri Selangor [ Jawi ] | [ Rumi ]



Khutbah Aidilfitri Wilayah Persekutuan



Khutbah Aidilfitri Negeri Terengganu





IlyTrolak: "Pelatihan diri untuk sesuatu yang lain."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Rebutlah 10 Malam Terakhir Ramadan

Kehidupan di dunia ini sebenarnya adalah satu perjalanan menuju ke alam akhirat. Ia umpama seorang musafir di tengah padang pasir gersang yang sedang menuju ke destinasinya, lalu tiba-tiba bertemu dengan satu kebun yang begitu subur.



Di kebun subur itu terdapat mata air yang cukup segar, dipenuhi dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan segala macam keperluan yang diperlukan oleh seorang musafir untuk memenuhi keperluannya sebelum meneruskan perjalanannya yang masih panjang.



Di kebun itu pula terdapat dua pintu, satu di hadapan dan satu lagi di bahagian belakang kebun.



Di pintu masuk bahagian hadapan kebun, pemiliknya berdiri sambil mengalu-alukan kedatangan sang musafir sambil berkata “ Silalah masuk, ambillah apa sahaja yang kamu inginkan untuk keperluan kamu ketika bermusafir. Ini pintu masuk dan di hujung sana pintu keluar “.



Begitulah perumpamaannya untuk bulan Ramadhan yang mulia ini. Ramadan ialah umpama kebun pahala kepada umat manusia yang sedang bermusafir menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.



Pemilik Ramadan ialah Allah SWT yang senantiasa mengalu-alukan hamba-hambanya yang beriman untuk merebut kelebihan beribadat dan pahala di bulan yang mulia ini.



Kita sekarang berada pada 10 hari terakhir dalam keseluruhan bulan Ramadhan. Ianya adalah kemuncak Ramadan kepada umat Islam untuk meningkatkan amal ibadah mereka kepada Allah.



Terdapat padanya satu malam yang cukup mulia dan jika dilaksanakan amal ibadah, maka kelebihan dan pahalanya adalah sama dengan seribu bulan atau 83 tahun.



Adakalanya kita umat Islam di zaman ini berasa irihati dengan umat-umat terdahulu kerana mereka dikurniakan oleh Allah SWT dengan umur yang cukup panjang sehingga mencapai ratusan tahun, malah ada yang mencapai ribuan tahun.



Bagi kita umat Islam dekad ini, majoritinya hanya berumur sekitar 60 tahun sahaja, bahkan di zaman ini cukup ramai yang mati seawal usia remaja dan muda kerana berpenyakit, kemalangan, bencana alam dan sebagainya.



Umat zaman dahulu umur mereka cukup panjang, contohnya umat Nabi Nuh A.S. yang dikurniakan umur ratusan bahkan ribuan tahun.



Kita sudah tentunya berfikir alangkah beruntungnya mereka kerana mempunyai masa yang cukup panjang untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT.



Akan tetapi Allah itu Maha Adil khususnya kepada umat Nabi Muhammad SAW yang dijadikan semulia-mulia umat dari kalangan seluruh umat manusia. Allah telah mengurniakan kepada umat Nabi Muhammad SAW masa-masa, hari-hari, bulan-bulan dan malam yang dilipat gandakan pahalanya di sisi Allah SWT.



Maka sudah tentulah daripada kesemua itu kemuncaknya adalah Malam Qadar yang disebut kelebihannya oleh Allah SWT khusus di dalam surah al-Qadr.



Pada 10 malam yang terakhir ini, amalan Rasulullah SAW adalah contoh dan teladan yang terbaik untuk diikuti. Baginda adalah manusia yang paling banyak beribadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada malam-malam sebegini walaupun Baginda adalah Nabi yang maksum dari segala dosa.



Oleh itu bermujahadahlah mencari Malam Qadar dan bukan bersungguh-sungguh mencari tanda-tanda pelik yang berlaku pada malamnya seperti pokok kelapa tunduk ke bumi sebagaimana difahami oleh segelintir masyarakat hari ini.



Dengan bersusah payah hanya untuk mencari tanda-tandanya tetapi tidak menghidupkannya dengan amal ibadah, maka tiadalah apa pun berguna. Maksud mencari malam Qadar atau Lailatul Qadar ialah dengan dihidupkan amal-ibadah kepada Allah, maka barulah kita semua akan memperoleh fadhilatnya.



Saya tertarik dengan pesanan Imam Masjid Al-Haram, Syeikh Mahir al-Mu’aiqili kepada umat Islam. Kata beliau, umat Islam paling kurang mestilah melakukan tiga perkara pada setiap malam 10 yang terakhir ini.



Pertama, solat sunat dua rakaat. Ini adalah kerana jika bertepatan dengan Malam Qadar, maka pahalanya sama seperti solat selama 83 tahun.



Kedua;,menderma satu riyal/ringgit. Ini adalah kerana jika bertepatan dengan Malam Qadar, maka pahalanya sama seperti menderma selama 83 tahun.



Dan yang ketiganya ialah membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, pahala membacanya sekali sama seperti membaca satu pertiga Al-Quran. Maka jika dibaca sebanyak tiga kali, maka pahalanya sama seperti membaca seluruh Al-Quran.



Ayuh umat Islam sekalian, marilah kita sama-sama bermujahadah di malam – malam yang mulia ini untuk memperolehi fadhilat yang sangat besar ini.



‘Pintu’ keluar Ramadan sangat hampir dengan kita. Rebutlah sebaik – baiknya peluang beribadah untuk mengumpulkan pahala sebanyak mungkin.



Jadikanlah bulan Ramadan pada kali ini umpama Ramadan terakhir yang akan meninggalkan kita buat selama-lamanya.



Usah sia – siakan peluang yang ada, rebutlah ketika nyawa masih ada kerana tiada satu manusia pun tahu bila ajalnya akan menjelang tiba.



YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.

ADUN Batu Buruk. – HARAKAHDAILY 16/5/2020



Sumber: https://harakahdaily.net/



IlyTrolak: "Semoga kita menjadi insan terpilih untuk dianugerahkan Lailatul Qadar"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Sapaan Salam Dalam Budaya Islam

Islam adalah salah satu agama yang paling sempurna sebab agama Islam mengatur seluruh aspek yang terjadi pada kehidupan manusia. Agama yang sangat menitikberatkan adab sopan dan tatasusila sesama manusia.



Memberi salam dan ucapan selamat antara satu sama lain adalah sangat penting bagi kita. Bagi orang Melayu khususnya, ia sudah menjadi budaya yang berakar dalam masyarakat.



Memberi salam sudah menjadi kebiasaannya dilakukan oleh seorang beragama Islam. Ia dilakukan ketika sesi bertemu dan berpisah.



Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda, “Hendaklah orang yang menaiki kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan, orang yang berjalan pula hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang tidak ramai hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai jumlahnya.”



Menurut kitab hadis Riyad as-Salihin karya Imam Nawawi, Nabi Muhammad SAW yang mulia bersabda:



“Orang yang paling dekat dengan Allah adalah orang yang pertama memberi salam.” (Hadis riwayat Abu Dawud r.a., dari Abu Umamah r.a.)



Hadis di atas menunjukkan kepentingan saling memberi salam antara satu dengan yang lain. Dalam hidup ini, kita berusaha untuk mentaati Allah SWT dan cuba dekat dengan-Nya. Dengan cara mengungkap ucapan salam sahaja akan mendekatkan kita kepada Yang Maha Esa, jadi elok dimanfaatkan perkara yang mudah ini.



Di sini, dapat difahami bahawa saling memberi salam atau ucapan selamat sebenarnya adalah semacam satu tugas yang telah diberi sesama Muslim. Salam itu sendiri adalah sesuatu yang sangat istimewa dalam Islam. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran, Surah Ibrahim (14), ayat 23:



“Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu.”



Apabila kita sedar dan faham bahawa ucapan yang sama yang kita gunakan hari ini adalah ucapan syurgawi, kita akan merasakan keistimewaannya di dalam hati. Kita akan lebih peka agar tidak lupa mengucapkannya.



Menurut satu hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Dawud r.a., berjabat tangan dan memberi salam juga merupakan kesempatan yang telah diberkati oleh Allah SWT supaya beberapa dosa kita boleh dihapuskan. Mengucapkan salam akan membantu kita dalam perjalanan mencari syurga.



Al-Quran menyatakan bahawa golongan yang akan diberi jannah oleh Allah SWT akan disambut dengan salam sebelum mereka masuk. Ketika pintu-pintu syurga terbuka, penjaga-penjaga pintu akan menyambut mereka dengan ucapan salam. Ini adalah seperti firman Allah melalui surah Az-Zumar (39), ayat 73:



“Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya” (mereka pun masuk).”



Kita mungkin sering kali terlepas pandang akan pentingnya perkara ini dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, renungkan ayat di atas dan sedari betapa istimewanya amalan mengucapkan salam.



Sumber: today.salamweb.com



IlyTrolak: "Pepagi bila membaca pos dalam group WhatsApp, terbaca satu pos yang menyatakan tentang cara bersalam... Ada sedikit kekeliruan dalam pos yang diberikan. Pos sebenarnya mempertikaikan anjuran budaya dan kaitannya dengan anjuran Islam berkaitan cara bersalaman."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.