About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label FELDA. Show all posts
Showing posts with label FELDA. Show all posts

Tanah FELDA Umpama Lombong Emas

Dalam satu pertemuan bersama dengan Pengerusi FELDA sebelum Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Slim yang lepas, kalimat "FELDA Adalah Lombong Emas" merupakan slogan yang menjadi pilihan Pengerusi FELDA pada kali ini.



Memang tidak dinafikan kenyataan yang telah diberikan. Namun, keinginan untuk mengetahui secara lebih dalam tentang kandungan berkaitan perkara tersebut, menemukan kepada satu wawancara pihak Berita Harian bersama Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris bin Jusoh.



Berikut disisipkan kembali temubual wartawan tersebut yang disiarkan dalam dalam ruangan Nasional akhbar dalam talian pada Ahad, 19 Julai 2020 pukul 2:49pm.






FELDA mahu menjadi peneraju utama sektor pertanian pintar dan pengeluaran makanan di negara ini dengan memanfaatkan sepenuhnya aset tanah yang dimilikinya. Dengan strategi tepat dan keazaman utuh akan membolehkannya menjadi organisasi global serta tersenarai dalam Fortune 500 pada masa akan datang.


Itu antara aspirasi Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh selepas dilantik menerajui FELDA pada 1 Mei 2020 dan berpendapat, organisasi itu memiliki potensi amat besar, bukan sekadar dalam sektor sawit semata-mata. Bagi beliau, FELDA umpama 'lombong emas' kerana pemilikan tanah terbesar di negara ini dengan keluasan lebih dua juta ekar atau 800,000 hektar boleh membuka banyak peluang baharu, sekali gus memanfaatkan peneroka dan juga negara. Wartawan BH, Mahanum Abdul Aziz berkongsi aspirasi dan visi pengerusi baharu FELDA ini yang komited dalam usaha memastikan agensi berkenaan terus maju dan mencapai pertumbuhan stabil dan lestari.



S: Apa pandangan Datuk Seri mengenai FELDA apabila dilantik menjadi pengerusinya?


J: Sebenarnya sebelum dilantik, saya anggap FELDA ini hanya organisasi berkaitan kelapa sawit. Jadi, kita melihat kelapa sawit, bagaimana kelapa sawit akan tingkatkan pendapatan peneroka, hendak tingkatkan hasil peneroka dan mengurangkan kos. Jadi, kita ingat ia mudah. Namun, apabila datang ke FELDA, ia lebih besar daripada itu. Ini satu tanggungjawab besar. Ramai yang lupa FELDA adalah agensi pembangunan tanah. Bagaimana untuk membangunkan tanah? Tanah simpanan kita besar. Dengan aset yang begitu baik, ia menjadi 'lombong emas'. Emas pula tidak akan kita dapat jika kita tidak gali. Kita kena melihat apa itu FELDA. FELDA potensinya besar. Oleh sebab itu, keluar naratif FELDA itu 'lombong emas'. Sebenarnya kata-kata itu bukan datang daripada saya. Ia daripada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Apabila saya dilantik, saya berjumpa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian dengan semua tokoh berkaitan FELDA. Saya berjumpa semua pihak kerana saya ingin mendalami apa sebenarnya FELDA.






S: Apa yang Datuk Seri maksudkan dengan FELDA lebih besar daripada yang dijangkakan?


J: FELDA mempunyai tanah lebih sejuta ekar, dengan FGV Holdings Bhd pula kita ada sejuta ekar lagi atau lebih 400,000 hektar tanah. Ini bermakna tanah simpanan kita miliki secara keseluruhan lebih dua juta ekar. Dari segi warga FELDA pula, mulanya kita mempunyai 112,638 peneroka. Peneroka asal hampir 46 peratus sudah meninggal dunia dan yang tinggal berusia lebih 60 tahun. Justeru, saya melihat perspektif FELDA, penerokanya ialah orang muda iaitu generasi kedua, ketiga dan keempat. Ia beralih daripada generasi asal kepada generasi kedua. Oleh sebab itu, kita mengembalikan konteks peneroka perintis yang berani, sukakan cabaran dan ia adalah konteks asas yang menjadi kelebihan dalam kemajuan FELDA.



S: Apa kelebihan dengan memiliki aset tanah yang besar?


J: Apabila melihat tanah sebagai aset yang begitu besar sekali, yang harganya terus meningkat. Jadi kita melihat, dengan tanah yang berjuta ekar, penerokanya dengan generasi kedua, ketiga yang hampir dua juta orang. Malah, ada antara mereka yang jadi orang besar, jutawan dan memegang jawatan besar dalam kerajaan. Saya melihat ini potensi besar yang melangkaui apa yang saya fikirkan. FELDA adalah 'lombong emas' kerana potensi harga tanah, aset yang sentiasa naik dan juga warganya yang begitu besar sekali.



S: Bagaimana FELDA boleh memanfaatkan peluang yang ada?


J: Saya selalu berfikir besar. Saya kata, saya mempunyai track record, saya boleh berfikir besar kerana ketika saya di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), ramai yang persoalkan, bolehkah kita berada dalam kedudukan 100 universiti terbaik dunia? Saya berjanji dengan Perdana Menteri pada 2013, beri saya dua tahun, kita akan melepasi kedudukan 100 terbaik. Selepas tiga tahun, kita berjaya. Malah, sekarang kita bukan saja bercakap melepasi kedudukan 100 terbaik. Universiti Malaya kini di tangga ke-59 dunia daripada kedudukan 167. Saya selalu menetapkan sasaran tinggi. Anda boleh lihat kepada peta minda saya, peta minda mengenai apa yang hendak FELDA capai pada masa depan. Dengan tanah yang begitu luas dan nilainya yang sentiasa meningkat serta warga FELDA yang terdiri daripada mereka yang berpangkat besar, jutawan dan hartawan, ahli akademik, pakar bedah, kita hanya perlu untuk mengumpulkan mereka. Setiap hari, saya melihat Menara PETRONAS (setinggi) 88 tingkat. Dalam tempoh 20 tahun akan datang, anda akan melihat FELDA yang berbeza, ada menara 99 tingkat, tersenarai dalam Fortune 500.



S: Apa pendekatan yang ada dalam perancangan Datuk Seri untuk tujuan itu?


J: Seperti yang saya katakan, saya mempunyai track record dalam delivering, tetapi pendekatan orang adalah berbeza. Lazimnya, mereka menggunakan pendekatan untuk masa depan yang lebih kepada struktur, proses. Perlu saya tekankan untuk FELDA, pendekatan ialah human design engineering. Ini berbeza sebab saya melihat perkara dari sudut yang berbeza. Ini adalah pendekatan saya ketika di KPT. Human design engineering adalah sains minda. Jika anda fikir anda boleh lakukan, anda akan cari jalan membuatnya, jika anda fikir tidak boleh buat, anda tidak akan buat. 'Anda adalah apa yang anda fikir, anda adalah apa yang anda rasa, anda adalah apa yang anda kata, anda adalah apa yang anda lakukan.'


S: Adakah pembangunan tanah FELDA akan hanya ditumpukan kepada sawit selepas ini?


J: Tidak. Kita akan beralih daripada satu jenis tanaman saja. Berbalik kepada sejarah, dulu kita tanam getah apabila Lembah Bilut dibangunkan pada 1956. Kemudian, kita beralih kepada kelapa sawit kerana ia adalah tanaman dengan hasil yang tinggi dan mampu memberi pendapatan lebih baik. Justeru, ia tidak bermakna kita tidak boleh berubah. Namun, kita tidak akan buat sewenang-wenangnya kerana kita akan melihat apa yang perlu. Tambahan pula sekarang, dengan ladang pintar, kita tidak perlu tanah yang banyak sangat. Tanaman yang menjana hasil tinggi seperti buah tin, RM100 sekilogram. Kita boleh guna fertigasi, kita guna rumah hijau. Rumah hijau akan mengawal racun serangga, air dan banyak lagi, ia adalah ladang pintar. Kalau hendak tanam durian juga boleh. Kita akan cari benih FELDA, yang mana ia lebih hebat daripada Musang King, Black Thorn. Ini adalah proses, ia bukan boleh terus jadi keesokan harinya. Jadi, kita akan gunakan pendekatan berbeza.



S: Boleh Datuk Seri kongsikan apa perancangan dan pendekatan baharu FELDA?


J: Perancangan strategik kerajaan bagi FELDA memberi penekanan kepada pelan pembangunan sosioekonomi yang komprehensif, meliputi aspek keusahawanan dan prasarana serta pembentukan akhlak dan sahsiah masyarakat peneroka baharu yang progresif, inovatif dan berdaya saing. Malah, pendekatan baharu yang akan diguna pakai oleh FELDA berpandukan matlamat 'pembentukan hasil terbaik' atau well formed outcome yang memberi tumpuan kepada lima tonggak utama, iaitu tadbir urus, peneroka, ladang, pendidikan dan keberkatan.



S: Apa yang ingin FELDA capai menerusi tadbir urus?


J: Aspek tadbir urus memberi penekanan kepada pelaksanaan keseluruhan struktur kumpulan FELDA bagi meningkatkan tahap profesionalisme berasaskan tadbir urus korporat yang terbaik. Ini termasuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber manusia yang optimum serta berintegriti, menyelesaikan isu pewarisan tanah melalui pelaksanaan program pengemaskinian data pemilikan tanah peneroka yang bakal memuktamadkan maklumat pewarisan. Tadbir urus juga merangkumi menangani cabaran kewangan termasuk aliran tunai, penyata hutang peneroka serta menyasarkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1 bilion menjelang 2022.



S: Bagaimana pula dengan peneroka?


J: Pendekatan baharu bagi FELDA adalah aspek yang amat penting iaitu peneroka. Antara tumpuan utama adalah perancangan untuk membantu peneroka mencapai pendapatan melebihi RM5,000 sebulan menjelang 2023, mewujudkan 1,000 usahawan jutawan dalam kalangan peneroka menjelang 2025 serta melaksanakan program dan inisiatif yang bakal menggalakkan pembabitan dan pemerkasaan generasi baharu peneroka. Ini termasuk penambahbaikan infrastruktur sosial dan fizikal dan meningkatkan kualiti pendidikan dan jati diri generasi baharu.



S: Boleh Datuk Seri jelaskan mengenai pendekatan memantapkan ladang?


J: Aspek ladang adalah tonggak ketiga. Antara isu yang harus ditangani serta merta termasuk isu kelemahan pengurusan ladang yang menyebabkan penjanaan hasil yang tidak optimum, menyasarkan pengeluaran hasil sebanyak 25 tan sehektar menjelang 2023, peningkatan kadar perahan minyak (OER) serta penggunaan teknologi moden, mekanisasi, automasi dan pertanian pintar secara bersepadu.



S: Bagaimana pula dengan pendidikan anak FELDA?


J: Pendidikan menjadi tonggak keempat pendekatan baharu FELDA. Usaha akan dipergiatkan dalam pelaburan modal insan bagi memastikan akses yang saksama kepada pendidikan dan latihan yang berkualiti kepada anak peneroka FELDA. Ini termasuk sekolah pintar, latihan kemahiran dan juga neuro linguistic programming yang fokus kepada aspek kesedaran diri dan komunikasi yang berkesan untuk mengubah corak tingkah laku mental dan emosi.



S: Boleh Datuk Seri kongsikan apa yang mahu dilakukan menerusi pendekatan keberkatan?


J: Pendekatan kelima ialah inisiatif yang membawa keberkatan. Antara inisiatif yang dikenal pasti adalah Tabung Wakaf FELDA yang bakal dilaksanakan pada Disember ini. Wakaf adalah satu sektor yang perlu dikembangkan di samping keberkatannya. Wakaf adalah kerangka ekonomi, ramai orang tidak sedar. Kita cadang 30 peratus daripada pendapatan akan diwakafkan. Jika kita ada RM1 bilion dan 30 peratus daripadanya diwakafkan, maka dalam tempoh 10 tahun kita sudah mempunyai dana berjumlah setengah bilion.



S: Pada 7 Julai lalu, Perdana Menteri mengumumkan mengenai penubuhan sebuah pasukan petugas khas untuk mencari kaedah terbaik bagi memastikan kemapanan kewangan dan kelestarian FELDA. Boleh Datuk Seri ulas lebih lanjut?


J: Pasukan petugas khas ini dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar (Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia). Saya dan Tan Sri Mohd Bakke Salleh (bekas Pengerusi FELDA) sebagai (ahli) jawatankuasa. Kita mendengar (suara) peneroka, lembaga pengarah, Pertubuhan Kami Anak FELDA (KAF) dan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM). Kita mendengar daripada semua pihak. Kita akan merangka model perniagaan baharu FELDA untuk melangkah ke depan. Ia adalah menyeluruh. Cadangan akan dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh dua bulan.

-

Sumber: Berita Harian Online


IlyTrolak:
"Walaupun isu yang dikemukakan dah berlalu dalam 2 bulan lepas, sehingga kini masih memerhati apakah gerak kerja yang menjelaskan temubual tersebut, agar tidak menjadi hanya satu slogan. Pastikan manfaat bukan hanya kemegahan negara tetapi manfaat yang dapat dikecapi oleh seluruh warga FELDA, khususnya peneroka dan generasi FELDA


Apa yang tidak selera didengar pada pertemuan bersama Datuk Seri Pengerusi FELDA, hasrat membina menara FELDA setinggi 99 tingkat. Apakah relevannya???


Contohi sahaja KLCC yang menjadi kemegahan Malaysia, berapa ramai rakyat marhain yang dapat membeli belah di tempat tersebut? Jika dilihat peluang pekerjaan, daripada 32 juta penduduk Malaysia kini, berapa banyak peluang perkerjaan yang disediakan untuk warganegara terutama rakyat marhain ini.


Tak perlu jelaskan lagi tentang kenikmatan daripada kemegahan untuk pembinaan bangunan.


Fokus kepada masa depan peneroka dan generasi FELDA perlulah menjurus kepada peningkatan taraf kehidupan kluster tersebut."



Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pengecualian Cukai Di Bawah PENJANA Manfaatkan Industri Minyak Sawit

Oleh Nurul Hanis Izmir



KUALA LUMPUR, 7 Jun -- Pekebun kecil dan syarikat sawit yang terjejas akibat COVID-19 kini boleh menarik nafas lega susulan pengecualian cukai di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bertujuan menguruskan paras stok dan menstabilkan harga minyak sawit mentah (MSM) negara.



Pada Jumaat, kerajaan mengumumkan pengecualian 100 peratus duti eksport ke atas MSM, minyak isirong sawit mentah dan minyak isirong sawit yang diproses mulai 1 Julai, 2020 hingga 31 Dis, 2020.



Mengulas selanjutnya, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata pengecualian cukai itu akan mendorong penggiat industri untuk menjual lebih banyak minyak sawit dan membantu menjana pendapatan lebih tinggi sambil menyelesaikan masalah yang dihadapi, termasuk kos tambahan yang dikenakan ketika tempoh sukar ini.



“Kita boleh mempromosikan lebih banyak eksport khususnya kepada pengguna minyak sayuran utama termasuk India, China dan Pakistan,” kata Ketua Pengarahnya Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir kepada Bernama.



Pengumuman itu juga amat bertepatan dengan langkah India untuk mengimport 1.14 juta tan minyak sayuran pada bulan ini berbanding purata bulanan 865,000 juta tan pada April hingga Mei.



Presiden Persatuan Pengeluar Minyak Sayuran India (IVPA), Sudhakar Desai dilaporkan berkata, berikutan perintah berkurung yang dilonggarkan, purata import minyak sayuran dijangka menokok kira-kira 1.3 juta hingga 1.4 juta tan sebulan mulai Julai hingga September.



Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena webinar yang dihoskan IVPA pada 29 Mei lepas.



Menurut Ahmad Parveez, pengimport India telah menandatangani kontrak dengan pembekal Malaysia untuk penghantaran 200,000 tan MSM pada Jun/Julai.



“Pembelian semula oleh India ini telah didorong oleh stok minyak sayuran domestik yang lembap di negara ini akibat sekatan keluar masuk yang telah mempengaruhi pergerakan barangan.



“Langkah kelonggaran perintah berkurung telah membolehkan pengimport India untuk kembali menyimpan stok komoditi itu. Kami berharap India akan muncul kembali sebagai pelanggan yang dihargai bagi minyak sawit Malaysia,” katanya.



Katanya MPOB berharap jumlah eksport ke India adalah lebih baik pada separuh kedua 2020 berikutan aktiviti perniagaan telah mula beroperasi dalam kebiasaan baharu.



Pengerusi MPOB Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata pengumuman oleh kerajaan itu, sudah pasti akan membantu industri untuk meningkatkan lagi nilai eksport sawit Malaysia ke luar negara, terutamanya India kerana kerajaan negara itu tidak lagi melanjutkan sekatan import terhadap minyak sawit yang ditapis.



“MPOB sentiasa komited dengan segala usaha untuk memastikan industri sawit terus maju dan berdaya saing. Kami sentiasa meletakkan kepentingan pekebun, pihak industri dan negara sebagai keutamaan operasi kami,” katanya.



Jika kesemuanya berjalan lancar, Ahmad Parveez berkata paras stok negara tidak akan mencecah paras tiga juta tan menjelang akhir tahun ini seperti diramalkan pakar-pakar perladangan (daripada jangkaan 2.28 juta tan pada Mei) dan harga purata MSM pada 2020 akan kekal pada RM2,500 satu tan.



Keadaan cuaca yang baik pada tahun ini dijangka mendorong pengeluaran yang memberangsangkan bagi minyak makan di seluruh dunia, justeru, memberi persaingan sengit kepada MSM.



Meskipun Indonesia selaku pesaing terdekat Malaysia meningkatkan duti import sebanyak US$5 kepada US$55, Malaysia berpeluang untuk menarik lebih ramai pembeli minyak sawit dengan harganya yang lebih rendah.



“Ini (pengecualian cukai) merupakan pakej yang menarik dan tepat pada masanya dan akan memanfaatkan keseluruhan industri,” kata Ahmad Parveez.



Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa komoditi itu adalah mencukupi untuk kegunaan di peringkat tempatan.



Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa mengunjurkan Malaysia menerima eksport MSM yang tinggi ke India dan Pakistan.



“Niaga hadapan MSM menerima galakan selepas pengumuman (PENJANA). Malaysia boleh menjangka eksport MSM yang tinggi ke negara-negara seperti India dan Pakistan dan harga eksport MSM Malaysia akan mempunyai kelebihan daya saing berbanding Indonesia,” kata beliau.



Bagaimanapun, beliau menegaskan pengukuhan ringgit berbanding dolar US dijangka mengurangkan kelebihan daya saing itu.



Ketika ditutup pada Jumaat, unit tempatan meningkat semula berbanding dolar US kepada 4.2640/2700 daripada 4.2740/2810 pada Khamis.



Mengulas mengenai rancangan India untuk mempromosikan penanaman sawit di peringkat domestik berikutan menjana hasil tinggi sebanyak empat tan sehektar, Sathia berkata pengeluaran sawit di negara itu adalah kecil sahaja.



“Sebanyak 70 peratus bergantung kepada import minyak makan dengan sawit adalah bahagian terbesar, diikuti minyak kacang soya,” katanya.



Tahun lepas, Malaysia mengeksport 18.46 juta tan minyak sawit berbanding 16.48 juta tan pada 2018. Tiga pembeli utama ialah India iaitu 4.4 juta tan (2018: 2.51 juta tan), China (2.49 juta tan; 2018:1.85 juta tan) dan Pakistan (1.08 juta tan; 2018:1.16 juta tan).





Sumber: BERNAMA @ https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1848960



IlyTrolak: "Semoga dapat merancakkan kembali industri sawit negara"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Langkah Abah Ke Peneroka FELDA

Abahku seorang Peneroka FELDA. Aku tak pasti bagaimana proses sebenar pengambilan untuk menjadi Peneroka FELDA ini.

Daripada cerita lisan abah, cerita bermula apabila perkara ini diuar-uarkan kepada semua penduduk kampung.

Pada ketika itu abah dan emak tinggal di Kampung Masjid, Pulau Tiga Kiri.

Apabila mendengar sebaran mengenai pengambilan peneroka FELDA ini, dengan hasrat untuk mengubah kehidupan keluarga. Abah dan We Hassan (abang Abah) telah pergi ke Ipoh untuk mendapatkan mengisi borang permohonan.

Tak pasti juga, sama ada We Hassan turut mengisi atau pun tidak. Pada bulan April tahun 1973, abah telah dipanggil temuduga.

Itu penceritaan lisan yang diterima sendiri olah Aku.

Apa yang menariknya, sedang aku mengemas rumah, terjumpa suatu lembaran kertas yang kini boleh dikategorikan sebagai peninggalan sejarah, tetapi masih tersimpan.

Lembaran Surat ni sebenarnya telah rosak sedikit (tembuk sana-sini dan terkoyak) telah telah cuba untuk dipulih hara. Lembaran surat tersebut telah diliminate untuk mengekalkan ia tidak rosak lebih teruk.

Di sini dikongsikan Surat Panggilan Menjadi Peneroka FELDA.



Surat yang dipaparkan itu, tiada diletakkan Nombor Kad Pengenalan. Bukannya Abah tiada kad pengenalan, tetapi telah dipadam untuk menjaga keselamatan data peribadi.

Dinyatakan dalam surat bahawa abah perlu menghadiri temuduga tersebut di Pejabat Daerah Parit pada jam 2.00 petang.

Antara perkara yang perlu abah bawa bersama-sama untuk temuduga tersebut ialah:

  1. Kad Pengenalan Abah dan Emak

  2. Sijil Kerakyatan (abah tiada, sebab abah warganegara Malaysia jati)

  3. Surat Nikah

  4. Surat Beranak Anak-anak Saudara

  5. Surat Berhenti Askar (Abah bukan bekas Askar)

  6. Sijil-sijil Pelajaran dan surat-surat lain yang difikirkan perlu.

Menariknya pada perkara terakhir, surat-surat lain yang difikirkan perlu.

Sudah tentu, surat-surat sokongan para ketua kampung, penghulu atau wakil rakyat turut disediakan, sebagai sokongan untuk dipilih menjadi Peneroka FELDA. Tetapi, abah tak dapat dipastikan, sama ada membawa surat-surat lain ini.

Surat Beranak Anak-anak Saudara bermaksud perlu membawa surat beranak atau sekarang lebih masyhur dengan Surat Daftar Kelahiran anak-anak.

Seingat fikiran ini, pada tahun April 1973 ini, bermakna abah dan emak dah memiliki 3 cahaya mata, iaitu Yung, aku dan seorang adik lelakiku.

Pada permulaan aku membawa ayat ini, ingatkan kena bawa surat beranak anak saudara kepada abah. Tetapi, setelah difahamkan, surat rasmi ketika dulu lebih popular menggunakan kata ganti diri Saudara atau Saudari. Pada ketika ini, lebih popular pengguna Tuan.

IlyTrolak: "Sesuatu yang dapat disimpan lama, walaupun hanya untuk orang biasa, sebenarnya akan menjadi bahan sejarah yang amat bernilai."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Strategi, Model Perniagaan Baharu Pulihkan FELDA

Oleh Datuk Zakaria Arshad



Jika kita meneliti organisasi FELDA yang asal, ia tidak ubah seperti sebuah 'koperasi' besar. Anggota koperasi besar ini terdiri daripada peneroka FELDA.



Setiap ahli koperasi mempertaruhkan modal mereka, iaitu sebidang tanah yang diusahakan sendiri. Tanah itu ditanam dengan kelapa sawit ataupun getah dan hasil ladang dijual kepada kilang koperasi.



Keuntungan daripada koperasi ini dipulangkan kepada ahlinya dalam bentuk perumahan, prasarana, pendapatan bulanan serta pelbagai faedah lagi.



Penggerak utama koperasi ini adalah political will atau kuasa politik yang mahu melihat koperasi dan ahlinya berjaya serta keluar daripada kepompong kemiskinan.



Peranan kuasa politik yang dipelopori Allahyarham Tun Abdul Razak ini sangat penting dalam memulakan dan menjayakan koperasi berkenaan, terutama mendahulukan pemberian sebidang tanah yang ditanam dengan sawit atau getah, penyediaan rumah kediaman, kos pembangunan, penyediaan prasarana, pendahuluan sara hidup serta pelbagai faedah lagi kepada ahli koperasi ala FELDA ini.



Tun Abdul Razak yang mempunyai kuasa politik ini, mengenal pasti dan memilih sendiri pengerusi serta pengurusan kanan yang bertindak sebagai pelaksana dan pentadbir kepada program ala koperasi FELDA ini.



Tun Abdul Razak dan kerajaan pada masa itu juga sangat bertuah kerana dapat mengenal pasti tokoh terbaik untuk menduduki jawatan Pengerusi FELDA.



Sementara Pengerusi FELDA pula dapat mengenal pasti pengarah besar, pengurusan kanan dan kakitangan pelbagai peringkat yang sangat baik, berdedikasi serta bekerja keras tanpa mengira waktu demi menjayakan program koperasi ala FELDA ini.



FELDA pada masa itu menjadi contoh koperasi terbaik dunia dan menjadi tempat rujukan. Ahlinya iaitu peneroka pada ketika itu juga penuh disiplin dan memainkan peranan mereka dengan penuh dedikasi serta mengikut arahan FELDA.



Segala peraturan digariskan pentadbir FELDA dipatuhi tanpa banyak persoalan. Pengurus rancangan serta pegawai di tanah rancangan FELDA sentiasa dihormati dan ditakuti ibarat murid menghormati guru disiplin mereka.



Semua hasil ladang peneroka sama ada sawit atau getah dihantar kepada kilang koperasi tanpa banyak kerenah. Kehidupan bermasyarakat peneroka juga sangat kuat dan akrab. Semangat gotong-royong sebagai sebuah keluarga besar sangat dikagumi masyarakat lain.



Tidak hairanlah model FELDA ini menjadi contoh pada peringkat dunia dan mendapat pengiktirafan daripada pelbagai institusi antarabangsa.



Namun lama-kelamaan, kegemilangan institusi FELDA semakin pudar. Sejak kebelakangan ini, FELDA dirundung pelbagai masalah dan yang paling besar adalah hutang yang mencecah RM11 bilion.



Ini bermakna, FELDA memerlukan kira-kira RM600 juta untuk membayar faedah sahaja. Angka ini belum termasuk perbelanjaan untuk membayar gaji kakitangan kira-kira RM250 juta dan perbelanjaan pengurusan lain bernilai sekitar RM550 juta.



Nampaknya, FELDA memerlukan kuasa politik sekali lagi untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong hutang. FELDA boleh dianggap sebagai pesakit yang mempunyai pelbagai penyakit kronik yang kini 'terkena' COVID-19, yang sedang dimasukkan ke dalam ventilator.



Tindakan pantas perlu dibuat jika ingin menyelamatkannya. FELDA memerlukan seorang tokoh politik seperti Tun Abdul Razak untuk memberikan oksigen bagi meneruskan kehidupannya.



FELDA juga tidak bernasib baik kerana tempoh dua tahun kebelakangan ini, mereka mendapat empat pengerusi yang silih berganti. Pengerusi terbaharunya adalah Datuk Seri Idris Jusoh.



Walaupun semua pengerusi itu mempunyai ketokohan, berkaliber dan memiliki rekod bersih, tidak banyak yang dapat mereka lakukan jika tempoh perkhidmatan terlalu singkat.



Seorang pengerusi wajar memegang jawatan sekurang-kurangnya tiga tahun untuk lebih efektif dan dapat melaksanakan strategi yang mereka fikirkan perlu.



Keadaan menjadi lebih sulit apabila pengarah besar serta ramai pengurusan kanannya kini terdiri orang luar yang membawa FELDA ke arah hala tuju baharu yang lebih condong kepada pendekatan komersial dan korporat.



Ini tentu mewujudkan konflik kepemimpinan antara pengurusan yang berlatarbelakangkan komersial dan korporat, dengan berlatarbelakangkan koperasi ala FELDA.



Komposisi Ahli Lembaga FELDA yang mempunyai pandangan dan latar belakang berbeza juga boleh melambatkan rawatan kepada FELDA yang sedang sakit.



Disiplin dan pemikiran peneroka juga kini berubah. Anak mereka sudah membesar dan ramai yang mempunyai pelajaran tinggi serta berjaya dalam kerjaya masing-masing.



Pegawai FELDA bukan lagi menjadi tempat rujukan peneroka seperti dulu. Pakar rujuk utama dan penyelesaian masalah kini dimainkan oleh anak mereka, blog pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Facebook, WhatsApp dan sebagainya.



Hasil ladang mereka juga tidak semestinya dihantar ke kilang FELDA (kini di bawah FGV Holdings Bhd).



Akibatnya FELDA tidak dapat mengutip pendahuluan perbelanjaan yang mereka keluarkan. Ini mencipta satu lagi masalah baharu, iaitu hutang tertunggak.



Bagaimana FELDA mahu keluar daripada ventilator jika peneroka tidak membayar hutang tertunggak mereka. Lantas model perniagaannya harus pantas ditukar supaya dapat segera keluar daripada ventilator.



Model perniagaan lama FELDA sudah tidak boleh diguna pakai lagi kerana senario sekarang jauh berbeza. FELDA juga tidak boleh mengharapkan dividen daripada FGV Holdings Bhd kerana ia juga 'positif' COVID-19 dan sering keluar masuk hospital.



FELDA harus mengambil kira purata usia peneroka sekarang sudah mencapai 68 tahun iaitu umur yang 'rapuh' dan tidak kuat seperti dulu lagi.



Difahamkan Idris sudah membuat brainstorming atau percambahan fikiran membabitkan pakar akademik daripada universiti terkenal tanah air dan mendapatkan beberapa maklumat daripada beberapa sumber luar.



Diharap Idris tidak lupa untuk mendapatkan pandangan daripada pemimpin dan pengurusan lama FELDA, selain pengurusan lama FGV Holdings dan seumpamanya kerana mereka lebih arif dengan situasi FELDA.



Ramai dalam kalangan mereka itu yang bersedia untuk membantu FELDA at no cost (tanpa sebarang imbuhan) dan mempunyai idea yang bernas.



Semoga strategi perniagaan baharu FELDA dapat dibuat segera sebelum ia terlambat.



Penulis adalah Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan FELDA dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FGV Holdings Bhd



Sumber: Berita Harian



IlyTrolak: "Semoga FELDA kembali gah dipersada dunia dan dapat meningkatkan taraf kehidupan para warganya"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Harga MSM Malaysia Mungkin Meningkat, Eksport Harus Kekal Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Mei -- Penanda aras niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) Malaysia mungkin didagangkan lebih tinggi pada bulan Jun dan Julai pada harga RM2,400 satu tan metrikj jika pengeluar minyak makan kedua terbesar di dunia itu mengekalkan jumlah eksportnya yang lebih tinggi, termasuk eksportnya ke India, Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa.



Namun, apabila pengeluaran mencapai puncaknya dari bulan Ogos hingga Oktober, harga komoditi mungkin turun sedikit hingga RM2,200 setan metrik.



"Jumlah eksport dari Malaysia ke India adalah positif pada bulan Mei, kita melihat sokongan terhadap niaga hadapan minyak sawit mentah pada dua minggu lepas," katanya pada sesi webinar global bertajuk “Is Covid-19 a Bull or a Bear for Veg Oils?” anjuran Persatuan Pengeluar Minyak Sayuran India.



India, pembeli utama minyak sawit Malaysia, telah menyambung semula pembelian minyak sawit selepas empat bulan, dalam persekitaran meningkatkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara, kata Sathia.



Contohnya untuk bulan Mac, Malaysia hanya mengeksport 10,806 tan minyak sawit ke India, penurunan 97 peratus berbanding tahun sebelumnya dan jumlah bulanan terendah sejak tahun 2000.



Sathia berkata bagi empat bulan pertama tahun 2020 eksport minyak sawit Malaysia turun sebanyak 25 peratus berbanding tempoh Januari hingga April 2019.



Mengenai pengeluaran, Malaysia dan Indonesia, akan menyaksikan pengeluaran yang lebih rendah ketika menghadapi cabaran penularan COVID-19.



Pengeluaran Malaysia dijangka turun kepada 19 juta tan pada tahun 2020 dari 19.85 juta pada tahun 2019 sementara pengeluaran Indonesia kemungkinan tidak akan berubah, iaitu sebanyak 45 juta tan.



Walaupun Malaysia mengurangkan cukai eksport MSM kepada sifar peratus pada bulan Jun dari 4.5 peratus pada bulan Mei dan Indonesia meningkatkan levi antara US$5 hingga US$ 55, eksport MSM Malaysia akan menikmati potongan harga.



Ini menjadikan MSM Malaysia lebih murah daripada Indonesia antara US$10 hingga US$15, katanya.



"Ini adalah perkara baik untuk Malaysia dalam jangka pendek. Namun, jika Indonesia memutuskan untuk membatalkan levi atau mengurangkan levi, maka segalanya akan berubah dan sebaliknya. (Sekiranya Malaysia memutuskan untuk mengubah cukai eksportnya, MSM Indonesia akan menjadi lebih murah di pasaran global).



"Sementara itu, tatkala perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) masih tidak menentu, China mungkin tidak akan meneruskan pembelian minyak kacang soya dari AS dan beralih ke Brazil. Tetapi ketika COVID-19 telah banyak memberi kesan di sektor pertanian, China mempunyai pilihan untuk membeli minyak makan dari Malaysia dan Indonesia ... dan dengan harganya yang lebih murah, Malaysia mungkin mendapat lebih banyak keuntungan, "katanya.



Dr James Fry dari LMC International Ltd, yang turut serta dalam sesi webinar itu yang berlangsung selama tiga jam dengan jumlah sebanyak 12,000 peserta dalam talian, berkata permintaan biodiesel pasti merosot kerana penggunaan bahan bakar telah terjejas akibat penularan COVID-19.



"Namun, permintaan biofuel ditentukan oleh dasar kerajaan. Mandat sering diumumkan tetapi tidak selalu dilaksanakan. Di Malaysia, kita telah melihat mandat B20 (campuran 20 peratus biodiesel) ditunda beberapa kali, mungkin kerana kerajaan tidak mahu membayar subsidi yang lebih besar atau mahu pemandu (pengguna) membayar lebih banyak untuk bahan bakar.



"Indonesia, dengan mandat B30 yang jauh lebih besar telah menghadapi masalah untuk membiayai mandat tersebut dengan memerlukan pengeluar membayar levi eksport yang tinggi kepada satu dana untuk memastikan biodiesel kekal berdaya saing," katanya.



Sumber: BERNAMA



IlyTrolak: "Semua ini anugerah Allah. Semoga ia bakal terlaksana dan boeh memberi kegembiraan kepada penguasaha kelapa sawit"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Harga Minyak Sawit Mentah Dijangka Meningkat

KUALA LUMPUR , 27 Mei - Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mencecah paras RM2,300 hingga RM2,400 satu tan metrik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.



Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, menerusi kenyataan, memaklumkan peningkatan harga minyak sawit di pasaran bukan sahaja bakal melegakan puluhan ribu pekebun kecil tetapi turut menguntungkan penggiat industri komoditi ini di Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19.



Diperjelaskan kenaikan harga itu, berikutan hubungan diplomatik Malaysia-India yang semakin baik.



Selain, langkah kerajaan India yang tidak melanjutkan sekatan import minyak sawit ditapis dijangka turut membantu meningkatkan eksport Malaysia ke negara berkenaan.



Perkembangan ini, akuinya pasti menggembirakan dan MPOB berharap agar harga terus stabil dan meningkat kepada momentum yang lebih memberangsangkan.



Harga minyak sawit terendah pernah dicatatkan adalah sebanyak RM1,794.50 satu tan metrik pada Disember 2018 dan RM1,879 satu tan metrik pada Julai 2019 bagi tempoh 2016-2019.



Komoditi sawit menyumbang 4.76 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berjumlah RM64.84 bilion.



Beliau berharap harga sawit akan terus melambung tinggi agar dapat dimanfaatkan terutama pekebun sawit di Malaysia bagi membantu menampung perbelanjaan keluarga ketika negara di landa pandemik COVID-19.



Sumber: berita.rtm.gov.my



IlyTrolak: "Kenaikan harga minyak sawit mentah sudah pasti akan mempengaruhi harga kelapa sawit juga. Di harap ia menjadi suatu berita gembira untuk para peneroka FELDA dan generasi.



Generasi FELDA yang kehilangan kerja, sekarang ini bolehlah mengalihkan pandangan untuk berbudi pada tanah pula."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Peneroka FELDA, RISDA, FELCRA Dapat Bantuan Khas RM300

PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini mengumumkan bantuan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM300 kepada 495,000 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dalam kategori B40 dan pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dengan nilai berjumlah RM148 juta.



Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, bantuan khas itu akan memberi manfaat kepada 113,000 peneroka Felda, 90,000 pengusaha Felcra dalam kategori B40 dan 292,000 pekebun kecil RISDA yang mengusahakan tanah tidak melebihi 2.5 hektar.



"Penyaluran Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 akan bermula pada 18 Mei ini. Kerajaan berharap bantuan khas ini dapat meringankan beban mereka terutama dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya di sini hari ini.



Dalam pada itu, kerajaan turut mengambil maklum kedudukan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah yang semakin merosot disebabkan penularan wabak Covid-19.



Situasi tersebut secara langsung menjejaskan pendapatan hampir 500,000 peneroka, peserta dan pekebun kecil yang bernaung di bawah Felda, RISDA dan Felcra di seluruh negara.



Sumber: sinarharian.com.my



IlyTrolak: "Alhamdulillah... satu lagi pemberian untuk Peneroka"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

FELDA Sumbang Bantuan Makanan Asas RM6.7 Juta Kepada Peneroka

KUALA LUMPUR: FELDA sekali lagi tampil membantu meringankan beban peneroka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi agihan bantuan makanan asas bernilai RM5.6 juta kepada 112,638 peneroka melalui kedai D'Mart di kawasan rancangan.



Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr Othman Omar, berkata pek bantuan bernilai RM50 setiap satu merangkumi keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, susu, kurma, biskut dan mi segera.



Bantuan berkenaan boleh diambil dari 6 Mei hingga hingga 13 Mei di kedai-kedai D'Mart di kawasan rancangan.



Biarpun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah berkuat kuasa di beberapa negeri dan orang ramai sudah boleh pergi bekerja, ramai yang masih terjejas dari segi kewangan.



"FELDA sentiasa prihatin dan akan terus berusaha membantu meringankan beban warga peneroka yang terkesan dengan memastikan bantuan bekalan asas tidak terputus dan dikendalikan dengan sebaik mungkin," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Selain itu, FELDA turut menyumbang sebanyak RM953,500 kepada inisiatif Pusat Makanan Komuniti Rancangan (PMKR) yang ditubuhkan pada awal PKP oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP).



Kelab Bolasepak Felda United (FUFC) dengan kerjasama JKPP, Koperasi Pemodalan FELDA (KPF), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), KAF, PUSPANITA FELDA, Persatuan Kakitangan Kanan FELDA (PKKF) dan Kesatuan Pekerja-pekerja FELDA (KPPF) juga dapat mengumpulkan kutipan sumbangan sebanyak RM166,499 untuk tujuan sama.



Jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM1,119,999 akan digunakan untuk membeli dan mengagihkan pek barangan makanan keperluan asas kepada kira-kira 28,000 peneroka dan generasi baru yang layak.



Setakat ini PMKR sudah mengagihkan 131,000 pek barang makanan keperluan asas kepada keluarga peneroka di 317 Rancangan FELDA di seluruh negara.



Sementara itu, Timbalan Pengarah Besar Perladangan dan Pembangunan Peneroka FELDA, Anuar Malek, berkata pihaknya menyedari PKP turut memberi implikasi kewangan kepada warga peneroka.



"Justeru dengan sumbangan ini, peneroka pastinya dapat menarik nafas lega lebih-lebih lagi dalam menyambut bulan Ramadan.



"Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban serta kegusaran warga peneroka dan mereka boleh fokus beribadah dalam bulan penuh barakah ini.



"Terima kasih kerana sentiasa prihatin dan peduli peneroka," katanya.



Sumber: bharian.com.my





IlyTrolak: "Alhamdulillah, turut bersyukur atas bantuan ini..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

FGV in Talks To Sell RM1bil Plantation Assets in Trurich

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd is in negotiations with seven potential buyers to sell its plantation assets worth RM1bil in Trurich Resources Sdn Bhd – its 50:50 joint-venture company with Lembaga Tabung Haji – by end-September.

Trurich owns two estates, totalling to 42,833ha, in Kalimantan, Indonesia.



FGV chief executive officer Datuk Haris Fadzilah Hassan said the group would sell the plantation estates as a package.







“Three out of the seven buyers are interested in both estates, while the remainder four are interested to buy only one estate.



“Preferably, we want to sell both as a whole,” he added.



Haris said the proceeds from the sale would be used in areas related to the group’s core assets while pointing out that Trurich has borrowings of RM700mil.



FGV is on track to achieve RM350mil proceeds from its divestment of non-core and non-performing assets over the next three years.



Earlier this month, FGV chairman Datuk Wira Azhar Abdul Hamid said that the group plans to liquidate and dispose of its 11 non-core subsidiaries over the next 18 months.



By end-2019, the divestments of three non-core assets with an estimated value of RM150mil are expected to be finalised.



“We hope to register some of the value of the disposal of non-core assets by second quarter or third quarter,” he said



FGV reported a net loss of RM3.37mil in the first quarter (Q1) ended March 31, 2019, compared with a net profit of RM1.12mil a year ago largely due to a sharp decline in crude palm oil (CPO) prices, and lower average selling price in the sugar sector.



On FGV’s strategy to return to profitability after four quarterly losses, Haris said the group would focus on the downstream sector, as CPO prices are low.



From the second quarter, FGV’s downstream business would launch four new products namely mass blended oil, industrial margarine, premium blended oil and coconut milk.



Moving forward, Haris said the company planned to strike a balance of the revenue contribution from both upstream and downstream to a 50:50 ratio by 2021 due to the “abnormal CPO price cycle”.



Currently, revenue contribution of the upstream and downstream sector to the company is 60:40, with the upstream sector contributing a majority of the revenue.



On the CPO prices, he expected it to trade between RM1,900 and RM2,200 per tonne in Q2 on US-China trade war, subdued demand from China, and competition from Indonesia.



Read more at The Star



IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Peneroka Felda Diluluskan?

KUALA LUMPUR 30 Mei - Selepas ditekan pelbagai pihak, kerajaan akhirnya memutuskan untuk memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidifitri 2019 kepada setiap peneroka Felda yang selalu diterima mereka menjelang ketibaan Syawal.



Utusan Malaysia difahamkan mesyuarat Kabinet pada 29 Mei lalu telah memutuskan pemberian bantuan khas bagi setiap peneroka sebanyak RM300 kepada lebih 112,000 peneroka Felda.



Juga difahamkan pengumuman tersebut akan dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau pulang dari Jepun selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference).



Ketika ini dikatakan tular dalam pelbagai platform media sosial mengenai surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi tentang keputusan tersebut.



Berdasarkan kandungan surat itu, Felda juga dimohon untuk membuat pembayaran tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil kepada peneroka yang terlibat.



“Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) menyarankan supaya Felda membuat pembayaran Bantuan Khas Hari Raya tersebut dan tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dengan kadar segera sebelum sambutan Hari Raya Aidilftri bagi meringankan beban peneroka untuk menyambut Aidilfitri tahun ini,” menurut surat itu.



Berdasarkan kandungan surat itu, arahan tersebut ditujukan kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Dr. Othman Omar bertarikh 30 Mei 2019.



Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan berkata pentadbiran Pakatan Harapan (PH) lebih berhasrat memberi keutamaan sumber bagi menyelamatkan Felda melalui rancangan pemulihan bernilai RM6.23 bilion yang diumumkan di Parlimen pada 10 April lalu berbanding memberikan bantuan kewangan dan kebendaan.



Kenyataan beliau itu mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak memandangkan peneroka kini hidup tertekan akibat kejatuhan harga komoditi.



Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri meminta kerajaan supaya mempertimbangkan rayuan untuk pemberian insentif Hari Raya Aidilfitri kepada peneroka Felda.



Pada tahun lalu, peneroka Felda di seluruh negara menerima insentif hari raya sebanyak RM450. - UTUSAN ONLINE



IlyTrolak: "Bantuan Khas le namanya...."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Akta Sekat Peneroka Felda Wariskan Tanah, Kata Pensyarah

PENEROKA Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah mereka kerana undang-undang sedia ada menyulitkan proses pindah milik, dakwa seorang pensyarah undang-undang.



Pensyarah Universitti Teknologi Mara (UiTM) Rohayu Majid mendakwa demikian dengan membangkitkan peruntukan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1967, lapor Berita Harian.





Ketika ini, 40 peratus daripada 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara adalah peneroka asal dan daripada jumlah itu, hampir 79,000 adalah generasi kedua dan ketiga.



Sekatan aspek perundangan itu menyebabkan tiada sebarang urusan jual beli, pindah milik, gadaian, sewaan, hibah dan wasiat yang sah boleh dilakukan ke atas tanah itu, melainkan dengan persetujuan bertulis FELDA. Bagaimanapun setakat ini tiada kelulusan pernah dibenarkan.



Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Dr Rohayu Abdul Majid, berkata kajian pihaknya mendapati sekatan itu menyebabkan urusan pindah milik tanah FELDA kepada waris mereka semakin sukar, walaupun peneroka mempunyai geran hak milik selepas premium tanah dijelaskan sepenuhnya.



Peneroka FELDA berisiko hilang hak ke atas tanah



“Walaupun selepas menerima geran individu, tanah itu tetap tidak boleh dianggap milik mutlak peneroka yang boleh diwariskan secara langsung kepada generasi kedua FELDA.



“Keadaan ini berlaku kerana ada perjanjian di antara peneroka asal dan FELDA yang mengikat kedua-dua pihak, sekali gus menghalang milikan sempurna diberikan kepada peneroka terhadap tanah rancangan yang diusahakan,” katanya kepada BH.



Rohayu berkata, ketika ini sekiranya peneroka meninggal dunia, hanya dua waris boleh dilantik sebagai pentadbir untuk menguruskan harta berkenaan dan status mereka bukan pemilik aset terbabit.



“Status pentadbir ini tidak sama dengan pemilik tanah. Peranannya hanya mengurus harta berkenaan secara saksama di antara waris. Maksudnya hasil yang diperoleh wajib diagihkan kepada waris lain mengikut bahagian dipersetujui sama ada melalui sistem faraid atau muafakat.





Tertakluk kebenaran FELDA



“Segala transaksi membabitkan tanah rancangan juga tertakluk kebenaran FELDA. Keadaan ini membimbangkan kerana tidak ada jaminan bahawa tanah berkenaan akan kekal milik generasi keluarga FELDA dan hak waris hanya sebagai pentadbir, tidak sama seperti pemilik tanah,” katanya.



Rohayu berkata, beliau percaya keadaan ini akan memberi kesan jangka panjang ke atas pemilikan aset warga FELDA, ter utama apabila wujud permintaan pembangunan di tanah rancangan terbabit sehingga menuntut pengambilan tanah.



“Jika berlaku pengambilan tanah pada masa hadapan untuk pembangunan misalnya, apakah jaminan kepada waris yang hanya dilantik sebagai pentadbir ini? Pastinya sebagai pentadbir mereka tidak mempunyai ‘suara’, hak dan kuasa seperti mana pemilik tanah.



“Kita bimbang jika perkara ini berlaku hak waris dan generasi FELDA khususnya dinafikan dan tidak mustahil mereka ini juga boleh terlepas hak milikan terhadap tanah rancangan berkenaan. Sekali pun ada pampasan diberikan, apakah jaminan mereka ini akan menerima pampasan yang setimpal seperti mana pemilik asal,” katanya.



Justeru, beliau berkata, satu penyelesaian terhadap isu berkenaan perlu dicari memandangkan ketika ini FELDA sudah merentasi zaman sehingga sebahagian besar sudah diwarisi generasi kedua dan ketiga.



“Sudah tiba masa penambahbaikan dibuat terhadap GSA bagi membolehkan harta pusaka FELDA diwarisi generasi seterusnya, selaras usaha melindungi hak warga peneroka yang sekian lama mengusahakan tanah rancangan itu,” katanya.



Rohayu berkata, kajian pihaknya mendapati tahap kesedaran dalam kalangan peneroka dan waris mereka berhubung isu pewarisan sangat minimum, malah ada yang langsung tidak mengetahui tanah pusaka FELDA tidak boleh diwarisi secara mutlak kepada generasi seterusnya.



Ramai tak tahu status



“Kajian membabitkan 130 responden peneroka dan waris mereka berusia 18 hingga 50 tahun di FELDA sekitar Kedah dan Terengganu, mendapati kesedaran peneroka dan waris mereka berhubung isu berkenaan sangat rendah iaitu 25.6 peratus.



“Kajian ini merangkumi 35 aspek membabitkan lapan komponen utama termasuk kadar pembahagian, dokumen permohonan, ciri-ciri pemohon yang layak menerima harta si mati, bayaran pemprosesan, sijil pengesahan pembahagian, proses permohonan harta, pembahagian harta dan pemahaman konsep harta tanah FELDA,” katanya.



Beliau berkata, daripada soal selidik berkenaan, hanya sembilan aspek iaitu 25.6 peratus yang diambil maklum oleh responden, khususnya berkaitan dokumen penama (peneroka asal) dan pengesahan ke atas dokumen yang diperlukan.



“Ia lebih kepada perkara asas dalam proses pindah milik memandangkan ada di antara mereka yang pernah terbabit dengan proses pindah milik harta tanah biasa. “Namun tahap kesedaran ke atas perkara ini hanyalah pada paras 30 peratus, sedangkan pengetahuan terhadap bahagian pengurusan dokumen, kaedah pembahagian, akta yang berkaitan, kekangan pelaksanaan serta implikasi pindah milik kurang diambil tahu,” katanya.



Akta wajar dipinda segera untuk lindungi aset



Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1967 yang menyekat milikan mutlak peneroka FELDA ke atas tanah rancangan yang diusahakan mereka, perlu dipinda segera selaras kehendak semasa.



Setiausaha Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), Rauzan Esa, berkata selain memastikan status milikan mutlak tanah diberikan kepada peneroka, pindaan juga perlu untuk membolehkan urusan pindah milik dibuat kepada waris atau generasi seterusnya.



“Umum mengetahui tanah ini adalah aset peneroka, hasil titik peluh mereka yang membayar kepada FELDA melalui potongan hasil ladang puluhan tahun sebelum dikurniakan geran. Berdasarkan rekod, sehingga 2016, hampir 85 peratus atau 92,595 peneroka sudah menerima geran hak milik.



Pewaris bukan pemilik



“Bagaimanapun, ketika ini, tiada hak di sisi undang-undang untuk pentadbir memohon apa-apa tuntutan yang berhak, termasuk mendapat milikan mutlak ke atas tanah rancangan itu, terutama dari segi nilai, kerana pewaris bukan pemilik tanah itu.



“Malah isu ‘pemilikan tidak sempurna’ terhadap tanah FELDA ketika ini juga mencetuskan pemahaman berbeza dalam kalangan pengamal undang-undang itu sendiri,” katanya kepada BH.



Rauzan menegaskan GSA 1967 bukan tidak relevan, cuma beberapa bahagian dalam akta terbabit memerlukan penambahbaikan, terutama dalam isu pindah milik harta pusaka.



“GSA 1967 mengundang masalah selepas peneroka meninggal dunia kerana tanah rancangan tidak boleh dipindah milik. Sebaliknya, dua waris dilantik sebagai pentadbir dan menyedihkan status mereka bukan sebagai pemilik tanah.



“Masalah utama berhubung hak milik tanah FELDA ialah ia berstatus pemilikan tidak sempurna, menyebabkan segala transaksi membabitkan tanah terbabit tertakluk kepada kebenaran pihak FELDA.



“Walaupun geran individu dikeluarkan, ia tetap tidak boleh dianggap milikan sempurna kerana ada perjanjian di antara peneroka asal dan FELDA yang mengikat kedua-dua pihak. Namun, pada pandangan kita ia perjanjian bersifat sebelah pihak.



“Justeru, sebelum pindaan dilakukan ke atas GSA, perjanjian asal di antara peneroka dan FELDA perlu dilihat semula dan saya percaya kebanyakan waris atau peneroka FELDA tidak jelas mengenai perjanjian itu.



“Malah, saya juga percaya tidak ramai peneroka FELDA memiliki surat asal perjanjian berkenaan,” katanya.



Mengulas kepentingan pindaan GSA, Rauzan berkata, ia perlu dilaksanakan segera memandangkan status tanah pajakan FELDA 99 tahun sudah tidak panjang dan ada di antaranya sudah berusia 60 tahun.



“Tempoh status pajakan tanah FELDA hanya berbaki kira-kira 30 tahun. Andai tiada pindaan dibuat untuk menyelesaikan isu tanah pusaka FELDA ini, apa jaminan kepada generasi peneroka apabila tempoh pajakan itu tamat?,” katanya. - BERITA HARIAN



IlyTrolak: "Pernah mendengar situasi ini sejak dulu lagi, tetapi berserah sahaja, kerana tanah itu milik ayahanda dan bonda. Sementara menampung kehidupan duniawi, sebelum ke sana"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Kaji Semula Perjanjian Tanam, Galak Peneroka Felda Berdikari - Mazlan Aliman

PETALING JAYA – Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) digesa mengkaji semula perjanjian tanaman semula ladang kelapa sawit dalam usaha menjadikan masyarakat peneroka berdikari dan mengurangkan kebergantungan sara hidup kepada kerajaan.



Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Datuk Mazlan Aliman berkata, langkah itu perlu diberi pertimbangan oleh kerajaan sebagai salah satu cara untuk memajukan tanah rancangan Felda yang kini dibelenggu dengan ketidaktentuan harga sawit di pasaran.



“Amalan sekarang bila saja pokok (sawit) ditebang, mereka sudah sesuai dengan perjanjian tanam semula itu sendiri bahawa mereka akan dapat antara RM1,000 hingga RM1,500 sara hidup dan pendahuluan hasil.



“Felda terpaksa memperuntukkan kos yang begitu besar. Saya yakin dengan kaedah atau model baharu ini tentulah mengambil kira, satu kajian semula terhadap perjanjian tanam semula, akan dilihat semula,



“Selagi perjanjian itu tidak dikaji semula, maka dia jadi statut quo, benda yang sudah ada, maka tanggungjawab Felda, sampai masanya dia kena bagi duit sara hidup, itu tak boleh dielak, kena lihat perjanjian itu,” katanya pada sidang media di Kota Damansara, di sini, hari ini.



Mazlan juga berkata, sekiranya perjanjian itu dirombak, kerajaan perlu mencari kaedah yang lebih sesuai bagi sesetengah peneroka yang memajakkan tanah pertanian mereka kepada pihak ketiga.



“Kalau perjanjian tanam semula dimansuhkan dan diperkenalkan dengan perjanjian baharu ia mesti mempunyai berkaitan dengan isu pajakan atau sewaan tanah.



“Kalau kita kekal dengan statut quo, maka kerajaan terpaksa ambil tanggungjawab ini, kalau tanah itu disewakan atau dipajakkan, saya berpendapat pembangunan semula Felda dalam konteks berdikari itu harus menjadi tumpuan utama yang dimasukkan dalam model baharu,” katanya.



Katanya lagi, sekiranya perjanjian tanam semula itu disemak balik sekalipun, ia tidak bermakna kerajaan lepas tangan terhadap peneroka yang hilang pendapatan sementara.



“Itu bukan bermakna kerajaan akan melepaskan tanggungjawabnya, mekanisme baru kalau kita buat macam pekebun kecil, maka kerajaan berikan dalam bentuk subsidi, input pertanian atau infra jalan pertanian,



“Walaupun kerajaan melepas sebahagian tanggungjawab mereka, tapi kerajaan boleh beri dalam bentuk subsidi dan input pertanian dan itu akan jadi konsep yang menarik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette



IlyTrolak: "Rentetan ramai yang mencari beliau, kini beliau kembali besuara"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Kertas Putih Tidak Selesai Isu Utama FELDA - DMJ

JOHOR BAHRU 5 Mei - Dewan Muda Johor (DMJ) menghargai usaha kerajaan dalam isu Felda dan mengambil ketetapan bersetuju dengan semangat Kertas Putih Felda, namun pada masa sama mereka melihat ia seperti satu ‘senjata’ politik untuk menyalahkan kerajaan terdahulu.



Menurut DMJ, ia dapat dilihat apabila kertas itu tidak memaklumkan terdapatnya usaha yang dilakukan kerajaan sebelum ini terutama selepas pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda bermula pada Februari 2017.



Sebagai contoh, kata DMJ, dalam isu urus tadbir, Tan Sri Shahrir telah melakukan pengasingan kuasa dengan melantik tokoh korporat bagi menerajui FGV, FIC dan Yayasan Felda, namun ia tidak disebut seolah-olah pengasingan kuasa adalah satu isu baharu yang tidak pernah dilakukan kerajaan sebelum ini.



“DMJ tidak berniat untuk mempertahankan kerajaan terdahulu, jauh sekali untuk menyatakan tidak ada isu salah urustadbir dan sebagainya.



“Namun, jika Kerajaan percaya bahawa terdapat isu salah laku dan salah urustadbir di dalam Felda, maka DMJ mengalu-alukan siasatan dan pendakwaan terhadap pihak bertanggungjawab dengan kadar yang segera,” menurut DMJ dalam satu kenyataan di sini hari ini.





Perkara itu dicapai DMJ menerusi satu sidang khas membincangkan Kertas Putih Felda menerusi usul berbunyi “Bahawa persidangan ini mengambil ketetapan bersetuju dengan semangat Kertas Putih Felda” yang dibahaskan 10 pembahas hampir tiga jam di sini semalam.



Dengan itu, DMJ berpendapat kandungan Kertas Putih Felda dibentangkan kerajaan tidak lengkap dan menyeluruh sekali gus ia tidak menjawab kepada permasalahan utama iaitu menangani kos sara hidup peneroka Felda serta penurunan harga kelapa sawit.



DMJ berkata, isu utama Felda adalah hasil dan hutang peneroka yang mana dua isu utama itu tidak ditangani dengan baik melalui pembentangan kertas putih tersebut, malah kerajaan juga tidak menyatakan mekanisme untuk meningkatkan kembali hasil dan pendapatan peneroka.



“Maklum balas yang diterima adalah pendapatan bersih majoriti peneroka Felda ialah pada sekitar RM600 sebelum ditolak perbelanjaan harian, tekanan dan bebanan itu tidak disentuh dengan baik di dalam Kertas Putih Felda itu,” kata kenyataan itu lagi.



DMJ turut mempersoalkan mengapa di dalam Kertas Putih Felda tidak dimaklumkan mengenai sama ada Model Felda 2.0 seperti diguna pakai di Felda Lurah Bilut akan diteruskan atau dihentikan di bawah kerajaan baharu kerana ia merupakan salah satu teknik modenisasi di dalam rancangan Felda.



Justeru, DMJ mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat Felda dan satu Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen bagi memperhalusi dan menambahbaik Kertas Putih Felda yang dilihat terlalu banyak kelompongan dan tidak menyelesaikan isu pokok Felda. - UTUSAN ONLINE.



IlyTrolak: "Melihat kepada pemulihan untuk meningkatkan taraf hidup warga FELDA"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Minyak Sawit Malaysia Masih Banyak Potensi Untuk Cemerlang – Teresa Kok

KUALA LUMPUR 27 April - Minyak sawit Malaysia masih mempunyai banyak potensi untuk cemerlang berbanding pesaingnya seperti minyak kacang soya, sesawi, zaitun dan bunga matahari, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.



Bagaimanapun, katanya peserta industri besar dan kecil perlu memastikan minyak sawit Malaysia lebih baik daripada minyak makan yang lain.



“Kita perlu mematuhi semua peraturan termasuk mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) bagi ladang kita.





“Sehingga 31 Mac, kira-kira 28 peratus daripada ladang kita diperakui MSPO. Kami mahu memastikan menjelang tahun depan, semua pengeksport minyak sawit terutamanya ke Kesatuan Eropah (EU) diperakui. Ini matlamat kami,” katanya pada taklimat bersama media sempena sambutan satu tahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.



Kok berkata kempen Sayangi Sawit dengan slogan ‘Produk Malaysia Lima Bintang’ yang dilancarkan baru-baru ini, menggesa peserta industri untuk meneliti semula cara mereka mengendalikan ladang mereka.



“Dengan menguruskan ladang dengan baik, secara automatik kita akan dapat menangani semua dakwaan terhadap industri ini, termasuk penebangan hutan, membunuh hidupan liar dan kehilangan biodiversiti.



“Itu sebabnya saya pergi ke Sabah. Saya mahu memberi inspirasi kepada semua kerajaan negeri dan peserta industri minyak sawit untuk menanam semula satu juta pokok hutan di seluruh negara.



“Saya turut menemui Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk membincangkan tentang bagaimana kita dapat menghubungkan kembali seluruh koridor hidupan liar supaya ladang kelapa sawit dapat bersama hidupan liar kita. Beri kembali hutan kepada hidupan liar,” katanya.



Sementara itu, mengenai resolusi EU dan cadangannya untuk melarang minyak sawit ke Eropah, menteri itu mengakui bahawa ia akan menjadi ‘perjuangan jangka panjang’.



Beliau berkata walaupun berdekad menangani isu ini, lebih banyak penglibatan diperlukan antara Malaysia dan pemimpin politik EU.



“Kita masih perlu melobi dan berkempen untuk minyak sawit. Mengetahui pada Mei akan terdapat pilihan raya Parlimen Eropah dan perubahan iklim, semua ini menjadi kepentingan politik untuk semua calon yang bertanding dalam pilihan raya itu.



“Oleh itu, ia mungkin amat sukar bagi kami untuk meminta mereka menangguhkan peraturan perwakilan itu, tetapi peraturan tersebut akan dikaji semula pada Jun 2021,” katanya.



Ditanya mengenai potensi kehilangan hasil daripada kehilangan eksport ke blok perdagangan itu disebabkan larangan tersebut, menteri itu berkata tiada angka yang tepat pada peringkat ini berikutan ia masih mengimport minyak sawit Malaysia.



“Mereka akan menghentikan secara berperingkat jumlah import menjelang 2030,” katanya.



Data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia menunjukkan tahun lepas, negara mengeksport sejumlah 1.91 juta tan minyak sawit ke EU, susut empat peratus berbanding 1.99 juta tan dicatatkan pada 2017 dan menyumbang 12 peratus daripada jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada 2018.



EU merupakan pembeli minyak sawit Malaysia kedua terbesar, selepas India.



Sementara itu, China merupakan pengguna ketiga diikuti Pakistan, Filipina, Turki dan AS. Tujuh negara utama ini menyumbang 9.31 juta tan atau 56.5 peratus daripada jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada 2018.



Malaysia turut agresif mencari pasaran baharu dan mengembangkan pasaran semasa.



“Misalnya Rusia, telah menyatakan ia berminat untuk membeli lebih banyak minyak sawit dari Malaysia. Sehubungan itu, Majlis Minyak Sawit Malaysia telah berurusan dengan pihak Rusia. Dan dua hari lepas, timbalan menteri saya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berada di Arab Saudi untuk seminar perdagangan minyak sawit.



“Reaksi daripada komuniti perniagaan Arab terhadap minyak sawit amat menggalakkan dan Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan kita, akan pergi ke Iran dan Rusia di mana beliau juga akan berbincang dengan mereka mengenai minyak sawit Malaysia.



“Oleh itu, pada dasarnya menteri kabinet kita, tidak kira dari kementerian mana, mereka juga akan menjadi jurucakap bagi minyak sawit.



“Saya benar-benar berharap menjelang pertengahan tempoh perkhidmatan saya, saya akan dapat melakukan apa yang saya janjikan semasa mengambil alih portfolio ini pada 2 Julai, 2018, dan saya berharap kita akan mempunyai sekurang-kurangnya 200,000 pokok (daripada sasaran satu juta).



“Semua usaha kita untuk pensijilan MSPO memberi hasil yang positif, dan kilang minyak sawit kita menghasilkan minyak gred premium untuk menolak semua dakwaan,” katanya.



Kok dan kementeriannya (termasuk agensinya) berjanji untuk melaksanakan empat bidang tumpuan utama untuk memastikan komoditi itu kekal menjadi penyumbang utama kepada hasil eksport negara.



Ia termasuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan, terutamanya dengan mewujudkan pendekatan yang mesra pelabur, mesra perniagaan, dan meningkatkan kesejahteraan rakyat (pekebun kecil, pengeluar, tenaga buruh).



Kementerian turut berjanji untuk mengukuhkan pasaran komoditi itu dan menggalakkan industri hiliran.- UTUSAN MELAYU



IlyTrolak: "Mohon konsisten dengan setiap kenyataan yang diberi. Kelapa sawit bukan semata-mata dijadikan minyak sahaja... banyak produk berasaskan sawit ni"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

FGV, JPV Teroka Potensi Makanan Haiwan Dari Hampas Sawit

SEREMBAN 26 April - Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi meneroka potensi dalam pembangunan makanan haiwan berasaskan hampas isirung kelapa sawit (PKC).



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, kerjasama itu adalah sebahagian daripada perancangan strategik untuk menembusi dan memperluaskan produk sisa kepada pendapatan.





“FGV adalah pengeluar terbesar PKC dengan menghasilkan 380,000 tan metrik setahun dengan 97 peratus untuk dieksport. PKC digunakan sebagai bahan asas untuk makanan ruminan seperti lembu dan kambing.



“Dengan kerjasama ini kami harap dapat menawarkan makanan haiwan premium pada harga kompetitif dan membantu penternak mengurangkan kos makanan haiwan mereka,” katanya.



Beliau berkata demikian selepas penyerahan dokumen memorandum persefahaman (MoU) dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Veterinar Sedunia dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dataran Nilai di sini hari ini.



Haris Fadzilah hadir bagi mewakili FGV manakala JPV diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.



Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir.



Menurut Haris Fadzilah, JPV akan membantu strategi makanan haiwan FGV dalam pasaran tempatan dan antarabangsa, panduan program ruminan berkesan, membangunkan model perniagaan penternakan lembu dan nasihat mengenai geran, subsidi dan insentif kerajaan.



“Tujuan meneroka perniagaan berkaitan lembu ini adalah untuk mewujudkan cabang perniagaan baharu kerana kita bergantung terlalu lama kepada satu jenis perniagaan,” ujarnya.



Katanya, Malaysia mengimport 4 juta tan metrik makanan haiwan pada tahun 2017 dengan nilai RM7 juta dan produk PKC FGV berpotensi membangunkan kebergantungan industri pertanian kepada sumber luar. - UTUSAN ONLINE



IlyTrolak: "Komersilkan makanan haiwan daripada hasil sawit"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Dua Kementerian Bergabung Bantu FELDA

KUALA LUMPUR 19 April - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi melaksanakan ‘cash crop’ (tanaman jangka pendek) dalam usaha memulihkan kewangan Felda.



Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, projek bernilai RM 1 bilion itu akan bermula dalam masa terdekat dengan melibatkan beberapa jenis tanaman buah-buah serta sayur-sayuran.



“Saya telah berbincang dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimana langkah seterusnya bagi memulihkan kembali Felda dengan mengemukakan konsep ‘cash crop’ bernilai hampir RM 1 bilion.



“Mungkin tahun ini suku daripada jumlah itu (RM250 juta) akan dilaksanakan. Jadi sememangnya kementerian kita saling berkerjasama bagi membantu Felda dan ini satu cabaran besar untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Hari Bertemu Pelanggan MOA Peringkat Lembang Klang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE





IlyTrolak: "Termampukah tangan-tangan yang berurat tua itu untuk kembali membanting tulang mengusahakan apa yang disarankan"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pembentangan Kertas Putih FELDA

UCAPAN YB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI MENTERI HAL EHWAL EKONOMI SEMASA MEMBENTANGKAN USUL KERTAS PUTIH “KE ARAH KELESTARIAN LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)”



Tuan Yang di-Pertua,



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan sukacitanya saya berdiri di hadapan Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu usul seperti berikut,



“Bahawa Dewan ini,



menyedari akan perlunya diberi penjelasan mengenai isu yang dihadapi oleh FELDA serta pelan pemulihan bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan memastikan kebajikan peneroka terus dibela oleh Kerajaan;



mengambil maklum cabaran dan pemasalahan peneroka, hasil penemuan audit forensik ke atas lapan (8) pelaburan yang dilaksanakan oleh FELDA dan anak syarikat serta prestasi kewangan FELDA, termasuk implikasi perjanjian pajakan tanah, pinjaman kepada peneroka dan pulangan pelaburan; dan



meluluskan dan merestui usaha Kerajaan untuk melaksanakan pelan pemulihan jangka pendek, sederhana dan panjang ke arah kelestarian FELDA seperti yang dibentangkan dalam Kertas Perintah Bil. 6 Tahun 2019.



Bahawa dalam meluluskan Kertas Putih “Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA)”, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama menyokong Kerajaan dalam menjayakan usaha ini.”



Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya bentangkan Kertas Putih “Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA)” untuk dibahaskan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.



Tuan Yang di-Pertua,



PENDAHULUAN



1. Bermula dengan 616 peneroka perintis di Rancangan FELDA pertama pada tahun 1958 di Lurah Bilut, Pahang, FELDA kini telah membangunkan 112,635 peserta di 317 tanah rancangan dengan keluasan 490,000 hektar.



2. FELDA bukan sahaja memenuhi objektif penubuhannya untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar, bahkan kecekapan dan kebertanggungjawaban pengurusan tokoh-tokoh awal FELDA seperti Tan Sri Taib Haji Andak dan YM Raja Tan Sri Muhammad Alias Raja Muhammad Ali telah membangunkan FELDA menjadi sebuah agensi yang mandiri. Namun, tunjang kekuatan yang lalu. FELDA mula merapuh sedekad yang lalu.



SENARIO SEMASA FELDA



3. Jika dahulu FELDA sentiasa duduk di atas khazanah tunai berbilion ringgit, kini aliran tunai FELDA berada pada tahap kritikal. Baki tunai FELDA telah merosot daripada purata RM2.5 bilion dalam tempoh 2007 hingga 2011 kepada hanya RM400 juta pada tahun 2017. Kedudukan baki tunai terus menjunam sehingga RM35 juta sahaja pada 9 Mei 2018.



4. Kekangan aliran tunai ini telah menyebabkan FELDA tidak mampu menampung perbelanjaan operasi, kos penanaman semula dan bantuan serta pinjaman untuk peneroka. Isu defisit aliran tunai ini turut dibangkitkan dalam laporan audit Jabatan Audit Negara sejak tahun 2016.



5. Sebelum penyenaraian FGV, FELDA menjana keuntungan operasi melalui pengurusan ladang komersial milik FELDA seluas lebih kurang 400,000 hektar. Dalam tempoh 2007 sehingga 2011, FELDA mencatatkan keuntungan bersih di antara RM200 juta hingga RM1.1 bilion setahun.



6. Bagi tujuan penyenaraian FGV, FELDA telah menyerahkan pengurusan ladang komersial milik FELDA melalui Land Lease Agreement (LLA) untuk tempoh 99 tahun. Selepas penyenaraian FGV, khususnya mulai tahun 2013, prestasi kewangan FELDA mulai merosot. FELDA melaporkan kerugian secara berterusan sehingga mencatatkan kerugian tertinggi sebanyak RM4.9 bilion pada tahun 2017.



7. Mengikut LLA, FELDA akan menerima bayaran pajakan tanah ladang berjumlah RM248 juta setahun serta perkongsian keuntungan ladang pada kadar 15% setahun sebagai balasan pajakan tanah komersial milik FELDA. Namun, FELDA hanya menerima secara purata RM400 juta setahun daripada FGV berbanding keperluan sekurang-kurangnya RM800 juta setahun untuk mengurus ladang serta menjamin kebajikan peneroka.



8. Penyenaraian FGV telah menjana tunai sebanyak RM10.5 bilion, di mana FELDA telah memperolehi tunai sebanyak RM6 bilion dan baki selebihnya menjadi milik FGV. Perolehan FELDA sewajarnya dimanfaatkan untuk membangun kapasiti masa depan FELDA dan pembangunan ladang serta program modenisasi yang merangkumi teknologi serta R&D. Malangnya, RM1.4 bilion daripada hasil tunai yang diperolehi oleh FELDA melalui penyenaraian FGV telah dibelanjakan untuk membuat pelaburan yang sangat meragukan melibatkan transaksi gelap (shady transactions).



9. Manakala, sejumlah RM2.7 bilion pula telah digunakan untuk meraih sokongan politik menjelang Pilihan Raya Umum.



10. Kedudukan kewangan FELDA bertambah tenat akibat pembaziran berterusan dengan pembelian aset pada kadar yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Sebagai contoh, pembelian Eagle High daripada PT Rajawali Capital International (yang dimiliki oleh Peter Sondakh) pada kadar 96% lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran ketika itu. Pada Mac 2019, pelaburan berjumlah RM2.3 bilion itu hanya mempunyai nilai pasaran RM500 juta.



11. Dato’ Sri Najib Razak yang dikenali sebagai MO1 selepas ini, yang merupakan Menteri Kewangan pada ketika itu, terlibat dalam proses pelaburan ini dengan memberi arahan untuk menyegerakan transaksi tersebut dengan pembiayaan oleh Kementerian Kewangan. Tindakan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab bahkan bersifat jenayah. Kesan tindakan durjana ini menyebabkan FELDA menanggung liabiliti yang tinggi.



12. Situasi FELDA menjadi semakin serius dan parah akibat ‘corporate malfeasance’ atau kedurjanaan urus tadbir korporat.



13. Jumlah hutang FELDA telah meningkat dengan ketara sebanyak 1,100% daripada RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017 berbanding dengan kenaikan nilai aset yang mencatatkan hanya 107%. Manakala, keuntungan FELDA jatuh sebanyak 590% dalam tempoh yang sama. Ini menunjukkan bahawa pinjaman hutang tidak menambah nilai kepada FELDA. Sebaliknya, pinjaman yang dibuat oleh FELDA memberikan impak yang buruk kepada kedudukan kewangan FELDA.



14. Menyedari hal ini, Kerajaan Pakatan Harapan mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan FELDA dari kemelut yang berterusan. Sebagai sebuah kerajaan yang peduli peneroka, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menjalankan kajian holistik tentang kedudukan keseluruhan FELDA dan merangka hala tuju masa depan FELDA.



15. Usaha ini bermula dengan pembentukan satu pasukan khas di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bersama pengurusan baru FELDA dan firma profesional. Pasukan ini memberi fokus kepada penilaian semula kedudukan kewangan, pelaksanaan kajian audit forensik dan pembentukan hala tuju baru FELDA.



16. Dapatan audit forensik menunjukkan kerugian atau penjejasan nilai aset (impairment) berjumlah RM2.2 bilion bagi lapan transaksi urus niaga yang disiasat, iaitu 50% daripada nilai pelaburan asal. Audit forensik juga mendedahkan kepincangan tadbir urus dan kegagalan kawalan dalaman.



17. Audit forensik mendapati konflik kepentingan dalam pengurusan amat ketara apabila Tan Sri Mohd Isa Dato’ Haji Abdul Samad yang selepas ini dikenali sebagai FO1 memegang jawatan Pengerusi dalam FELDA, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dan FGV Holdings Berhad. Pada masa yang sama, FO1 juga memegang jawatan Pengerusi untuk 39 anak syarikat di bawah FELDA dan FGV. Konflik kepentingan bertambah buruk apabila FO1 juga mempunyai kuasa eksekutif sebagai Pengerusi FELDA. Sebagai contoh, pembelian Park City Grand Plaza Kensington di London dibuat oleh FO1 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah FELDA dengan harga yang melebihi kadar pasaran dan gagal mengikut dasar pelaburan yang ditetapkan. FO1 membeli aset ini pada harga RM331 juta sedangkan harga pasaran ketika itu hanyalah RM128 juta.



18. Pengurusan FELDA telah membuat laporan polis terhadap mereka yang terlibat dalam salah laku berdasarkan dapatan audit forensik.



19. Dalam usaha untuk meneliti kedudukan sebenar FELDA, Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan peneroka termasuk hutang peneroka kepada FELDA. Menurut rekod FELDA, baki hutang peneroka telah mencecah RM7.7 bilion pada tahun 2018 yang merangkumi antara lain, kos penanaman semula, Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil.



20. FELDA menghadapi kesukaran untuk mengutip semula hutang peneroka akibat kelemahan proses pengurusan peneroka, kelewatan dalam proses mengemaskini rekod peneroka dan akaun peneroka yang belum dikunci.



21. Kerajaan juga memandang serius di atas tindakan lebih 20,000 peneroka yang merampas kebun dan menghantar hasil kepada peraih dan kilang-kilang persendirian bagi mengelak pemotongan hutang kepada FELDA. Tindakan ini menyebabkan FELDA gagal untuk mengutip semula hutang dari peneroka tersebut. Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada peraih dan kilang-kilang persendirian yang membeli hasil daripada peneroka yang merampas kebun.



22. Untuk menggalakkan peneroka menghantar hasil mereka ke kilang-kilang milik FGV, FELDA dengan kerjasama Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah pun memperkenalkan skim pembayaran tunai dalam projek perintis di FELDA Wilayah Jengka dan akan dikembangkan kepada wilayah-wilayah di seluruh negara.



23. Pada ketika yang sama, Kerajaan mengambil serius di atas aduan peneroka-peneroka berhubung kelemahan pengurusan ladang oleh FELDA Technoplant Sdn Bhd (FTP) yang menyebabkan penjanaan hasil yang tidak optimum. FELDA bersedia untuk melihat kaedah-kaedah penambahbaikan termasuk semakan operasi (operational review). FELDA juga sedang dalam proses menggabungkan FTP dengan Jabatan Perladangan dan Jabatan Hal Ehwal Tanam Semula bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pengurusan, pengurangan kos, mengoptimum produktiviti dan memaksimum hasil kebun peneroka.



24. FELDA turut mendengar rintihan peneroka-peneroka berhubung isu yang berkaitan penyata hutang peneroka. FELDA komited untuk memastikan integriti penyata hutang peneroka melalui proses penambahbaikan penyata tersebut.



HALA TUJU



25. Kelestarian FELDA amat penting bagi menjamin masa depan peneroka. Langkah pemulihan FELDA harus berteraskan usaha-usaha yang lebih gigih dan progresif demi menjamin industri perladangan yang mampan dan melahirkan generasi baru FELDA yang mandiri, kreatif dan inovatif yang berupaya mencipta rangkaian nilai ekonomi negara.



26. Pelan transformasi dan hala tuju FELDA akan memberikan tumpuan kepada penambahbaikan tadbir urus, penstrukturan dan pengukuhan kewangan dan operasi.



Penambahbaikan Tadbir Urus Korporat



27. Tadbir urus korporat yang berasaskan ketelusan dan akauntabiliti begitu penting untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan peneroka serta mengukuhkan kedudukan FELDA. Langkah-langkah yang telah dan sedang diambil adalah:



i. Melantik kepimpinan baharu FELDA yang terdiri daripada golongan profesional, berwibawa dan berintegriti.



ii. Menyusun semula struktur korporat dan pengurusan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan.



iii. Memperkenalkan sistem semak dan imbang bagi mencegah dan menghalang penyalahgunaan kuasa dan salah laku rasuah.



Penstrukturan dan Pengukuhan Kewangan



28. FELDA memerlukan sistem kewangan yang baru dan lestari. Kedudukan kewangan semasa FELDA perlu distruktur semula dengan kadar segera melalui penstrukturan semula pinjaman dengan institusi kewangan dan rasionalisasi aset. Kegagalan menstrukturkan semula pinjaman FELDA akan mendedahkan FELDA kepada pembayaran pinjaman dan kadar faedah berjumlah RM2.5 bilion untuk tahun 2019. Pada tahun 2018, FELDA terpaksa melunaskan RM1.4 bilion bayaran pinjaman dan kadar faedah kepada institusi kewangan.



29. Untuk mendukung usaha FELDA, Kerajaan bersetuju memberi Jaminan Kerajaan (Government Guarantee) bagi membolehkan FELDA menstrukturkan semula pinjaman dengan institusi kewangan.



30. FELDA kini di dalam proses mengenalpasti aset-aset tidak strategik yang berpotensi untuk dicairkan bagi menjana aliran tunai pada nilai yang terbaik.



Tuan Yang di-Pertua,



Penstrukturan dan Pengukuhan Operasi



31. FELDA akan memperkenalkan model baharu pengurusan tanah peneroka melalui sewaan tanah untuk satu tempoh jangka panjang yang munasabah. Model ini akan menyelesaikan isu demografi peneroka dan ketiadaan ekonomi bidangan (economies of scale). Pengenalan model baharu ini akan membolehkan tanah peneroka-peneroka digabungkan dan diusahakan secara cekap, berskala besar dengan ekonomi bidangan yang boleh mengurangkan kos operasi dan meningkatkan produktiviti.



32. FELDA bertekad untuk melahirkan peneroka baru yang mahir dan inovatif bagi meningkatkan pendapatan melalui aktiviti pertanian dan ternakan yang menggunakan teknologi baharu seperti ‘smart farming’ dan ‘precision agriculture’. Usaha ini akan membantu peneroka untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil sawit. Sebaliknya, peneroka mampu menjana pendapatan baru yang bernilai tinggi melalui hasil tuaian dalam tempoh yang singkat. Bagi melaksanakan gagasan baru ini, Kerajaan bersetuju memperuntukkan sejumlah RM1 bilion untuk tempoh 4 tahun.



33. Demi meringankan bebanan hutang peneroka, skim pengurusan aset canggih (SPAC) akan diperkenalkan bagi memberi bantuan yang lebih fleksibel menggantikan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil. Melalui skim baharu ini, peneroka akan menerima pinjaman yang bersesuaian berdasarkan pendapatan mereka. Cadangan skim baharu ini sedang diteliti secara mendalam termasuk libat urus dengan peneroka- peneroka. Sementara proses ini sedang berjalan, FELDA akan meneruskan pembiayaan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil mengikut kadar sedia ada. Bagi tahun 2019, Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM480 juta untuk tujuan pembiayaan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil.



Tuan Yang di-Pertua,



34. Untuk membiayai Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil, FELDA terpaksa menanggung kos kewangan yang besar melalui pinjaman dari institusi kewangan yang mengenakan kadar faedah di antara 4% hingga 6%. Kerajaan lama memindahkan kos ini kepada peneroka dengan mengenakan kadar faedah efektif sebanyak 3.8% di atas Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil. Kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji untuk menghapuskan hutang tidak wajar bagi meringankan bebanan kewangan peneroka.



35. Merasai denyutan nadi peneroka, Kerajaan bersetuju untuk menghapuskan kadar faedah di atas Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil yang dibebankan kepada peneroka. Bantuan Kerajaan ini dianggarkan berjumlah RM2 bilion.



36. Kerajaan juga amat prihatin terhadap masalah perumahan generasi kedua FELDA (Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF)) yang terbengkalai sekian lama tanpa pembelaan daripada Kerajaan lama. Sebagai sebuah Kerajaan yang peduli generasi baru FELDA, Kerajaan Pakatan Harapan bertekad untuk menyiapkan 4,794 unit rumah yang tahap kemajuannya 70% dan ke atas. Untuk tujuan ini, Kerajaan meluluskan sebanyak RM250 juta bagi tahun 2019.



37. Sukacita saya mengumumkan bahawa secara keseluruhannya, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat mengikut keperluan bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif di atas. Sehubungan dengan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri yang telah mengambil peduli tentang masalah peneroka FELDA dan masa depan FELDA.



PENUTUP



38. Saya juga ingin menzahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), Kami Anak FELDA (KAF), Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Koperasi Permodalan FELDA (KPF), Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Pertubuhan Suara Generasi Ke-2 FELDA (SGK2F) dan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang secara aktif memberikan pandangan, teguran dan nasihat dalam program libat urus dengan Kementerian dan juga pengurusan FELDA. Saya berharap usaha Kerajaan ini akan mendapat sokongan dan dukungan daripada peneroka-peneroka FELDA untuk mengembalikan FELDA sebagai sebuah agensi yang mampu mengangkat martabat peneroka FELDA dan menjamin kelestarian FELDA.



39. Saya yakin FELDA mampu bangkit semula. Dengan model baharu, FELDA akan menyuntik tenaga baru dan mengoptimumkan potensi untuk maju dan memodenkan industri pertanian.



40. Wahai peneroka FELDA, Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai keyakinan kepada kalian. Sama- samalah kita bangkit, bersatu dan maju bersama demi kegemilangan FELDA, rakyat dan negara.



Tuan Yang di-Pertua,



saya mohon mencadangkan.



Sumber: Berita Harian



IlyTrolak: "Semoga pemulihan ini benar-benar berlaku dan menguntungkan peneroka.
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.