Alangkah gembiranya hati apabila melalui talian telefon tersebut aku telah diberitahu bahawa aku diterima memasuki program ijazah dalam bidang kursus komunikasi.
Gembiranya hati tidak terkira, saat memanduku jadi kacau bilau. Isteri ditepi mula naik risau, melihat suami dah naik kacau, adakah si suami dah naik sasau, dari deringan telefon yang tadinya hingau, kini si suami meracau-racau.
Aku pandang wajah isteri yang tercengang-cengang. Ku huraikan satu per satu ungkapan. Isteriku mengucapkan syukur kepada Allah kerana itulah impiannya juga. Untuk melihat aku lebih berjaya.
Sememangnya itulah cita-citaku sejak dulu, ingin menjejakkan kaki ke menara gading. Bukan setakat jejak sahaja, tapi inginkan sesuatu yang lebih dari itu, ingin turut serta di dalam pengajian di menara gading. Deringan telefon tersebut memberikan seribu kenyataan yang lebih bermakna.
Selang beberapa ketika, entah bagaimana nak dicerita, bukan hanya diriku sahaja, deringan telefon isteriku pula memanggil tuannya. Memberikan satu lagi cerita. Cerita sama, mungkin mimpinya sama. Kini sudah menjadi nyata.
Ini bermakna aku dan isteriku menerima panggilan tawaran melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda di UPM ini. Cuma bidangnya berbeza, Aku di bidang komunikasi, manakala isteriku dalam bidang Linguistik pula.
Menarik sungguh takdir Allah. Aku dan isteriku menerima tawaran di saat menunggu hari kelahiran puteri ketiga kami iaitu Nurul Nadhilah.
Masih aku ingat, memboyot perut isteri di hari pendaftaran, bersama menjalani pendaftaran. Selesai pendaftaran mengambil modul, seterusnya mendengar taklimat untuk pengajian. Cuma, kerana keadaannya yang mengandung aku banyak sikit peranan. Dalam perjalanan pulang berbagai cerita menggambarkan impian, dicerita bersama agar menjadi nyata.
Ingat lagi bagaimana pada Sesi Bersemuka Pertama dalam semester pertama, anak yang di dalam perut, kini telah dilahirkan. Mulalah bercerita apakah jalannya, kedua-dua kami di dalam kelas, anak baru lahir bagaimana nak digalas.
Pakatan dibuat meminta belas. Persetujuan diterima dari ibu dan bapa mertua. Melihat anak hendak belajar, tak sanggup pula dibiarkan begitu saja. Tambahan pula di dalam pantang. Terus mertua memberi jawapan, sanggup bersama susah dibeban.
Namun Allah Maha Kuasa, tahu akan takdir hambaNya. Aku menerima tawaran lain pula. 3 bulan terpaksa dilalui, isteri ditinggalkan bersama anak-anak sendiri. Menatang bayi yang baru lahir lagi, mana satu hendak didahului. Pelajaran pula perlu dilalui. Suaminya pergi bukan dengan tergamak di hati. Demi kejayaan di hari muka. Aku berhenti dari UPM dan menerima tawaran di Open University Malaysia.
Isteriku terus berjuang, entah bagaimana menyiapkan tugasan, dengan keadaan di dalam pantang, menyusu anak pula lagi. Menguruskan anak yang berdua lagi. Perjuangan tetap diteruskan jua. Sehingga aku kembali bersama. Untuk perjuangan yang seterusnya.
Bebanan aku semakin mudah, kerana yuran pengajian ditanggung sudah, oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pula. Pengorbanan isteriku perlu dibalas. Tidak perlu diucap dengan kata-kata, sudah pastinya tanggungjawab aku.
Kemana sahaja perlu dituruti, agar isteriku teruskan perjuangan ini. Merata tempat dilalui. Semasa isteriku belajar bayi baru lahir aku pangkui. Agar ibunya belajar dengan senang hati.
Bukan sekadar setakat pengajian, di dalam peperiksaan juga aku cuba mengambil alih tugas menjaga anak dari semester pertama sehinggalah semester terakhir pada tahun 2008.
11 Ogos 2009 merupakan tarikh keramat bagi isteriku. Dengan langkah seribu kemegahan, isteriku kini bergelar graduan. Tahniah buat isteriku. Di hatiku ku siratkan ungkapan "Isteriku Kau Wirawati Dalam Perjuangan ini. Kejayaan ini kejayaan kita bersama".

0 Reviews:
Post a Comment