About

Antiviral H1N1 Pada Harga RM80 Di Klinik Terpilih

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Orang ramai boleh mendapatkan ubat antiviral bagi merawat Influenza A (H1N1) dengan harga tidak melebihi RM80 sekotak di semua rangkaian klinik atau hospital yang menyertai kempen Klinik Cegah dan Rawat Influenza A (H1N1).



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setakat ini sebanyak 85 klinik dan hospital swasta di seluruh negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kempen berkenaan.



Beliau berkata, di bawah kempen itu, klinik atau hospital swasta yang menyertainya akan diberikan harga istimewa bagi membeli ubat antiviral FluHalt (Oseltamivir Phospate) keluaran Syarikat Ranbaxy (Malaysia) Sdn. Bhd.



“Apabila kita beri kata putus, iaitu klinik jangan jual harga antiviral ini lebih tinggi daripada RM80, saya rasa dengan jelas orang ramai boleh mendapat antiviral ini dengan lebih murah. Satu ketika dulu harganya meningkat sehingga RM180.



“Kita rasa ini adalah musim pandemik dan dengan sokongan pembekal ubat parmaceutical, kita dapat mengurangkan harga ini. Saya harap klinik-klinik mendapatkan bekalan dan memberi rawatan dengan cepat kepada pesakit H1N1,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen klinik cegah dan rawat influenza A (H1N1) di sini hari ini.



- BERNAMA





Sumber: Utusan Malaysia





IlyTrolak : Alhamdulillah, antara cara untuk mengatasi masalah berlaku. Inilah yang dikatakan di dalam satu masalah terdapatnya keuntungan untuk sesetengah pihak. Baru sahaja ke penutup mulut hangat diperbincangkan sehingga kerajaan terpaksa campur tangan dan menetapkan harga syiling bagi produk tersebut. Apakah peniagaan akan akan akur dengan harga yang telah ditetapkan untuk antiviral ini?



0 Reviews:

Post a Comment