About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Di Mana Guru Selepas Waktu Sekolah?

Oleh AQILAH MIOR KAMARULBAID

28 September 2020,

9:00 am



SAUDARA PENGARANG,



Penularan pandemik Covid-19 masih belum berakhir, malah angka jangkitan semakin meningkat sejak kebelakangan ini sekali gus amat merisaukan.



Walaupun tiada tanda untuk pulih, orang ramai tetap mengambil kesempatan untuk bercuti di dalam negara.



Ya, ia amat bagus dalam membantu ekonomi untuk pulih, namun apa yang dirisaukan adalah kemungkinan virus itu berjangkit amat tinggi terutama melibatkan kanak-kanak.



Apabila di sekolah, kanak-kanak ini bergaul sehingga lupa pesanan untuk menjaga penjarakan sosial dan tidak menyentuh sesama mereka.



Lihat sahaja cara mereka bermain dan berbual selepas tamat sesi persekolahan, langsung tidak akur kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.



Tiada pula kelihatan guru mengawal atau memantau pelajar di luar sekolah yang agak bebas bergaul dan bermain.



Bukan hendak menyalahkan guru yang terbeban dengan tanggungjawab mengajar, namun sekiranya ada pemantauan daripada pihak sekolah, kemungkinan pelajar akan lebih patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.



Ini kerana kita tidak pasti pergaulan pelajar di luar sekolah, ke mana mereka pergi dan berjumpa dengan siapa sekali gus kebolehjangkitan itu amat tinggi.



Justeru, amat penting untuk pihak sekolah sentiasa berwaspada dan meningkatkan peraturan terutama ketika wabak ini masih berada pada tahap merisaukan.



IZYAN QISTINA QUSAIRI

Ampang, Selangor



Sumber: Utusan Digital




IlyTrolak:
"Tohmahan yang dilemparkan terus kepada golongan guru. Mengapa semua perkara perlu diletakkan di atas bahu guru? Walaupun pada ketika itu, pelajar-pelajar telah berada di luar kawasan sekolah. Adakah benar ia masih tanggungjawab pihak sekolah?



Paling hebat, pihak akhbar juga bertindak menyiarkan. Tujuan menyiarkan perkara ini adalah tidak dapat dipastikan.



Adakah pihak akhbar bersetuju dengan apa yang ditohmahkan atau pihak akhbar ada tujuan lain?



Di manakah sebenarnya bidang kuasa pihak sekolah? Adakah benar sehingga pelajar telah selesai sesi persekolahan dan berada di luar kawasan sekolah, pihak sekolah perlu mengawasi para pelajar ini?



Persoalan lain pula, DI MANA PULA EMAK DAN BAPA ATAU PENJAGA PELAJAR? Adakah mereka hanya sibuk dengan tugas dan tanggungjawab dalam pekerjaan mereka?



Adakah tanggungjawab dalam pekerjaan tersebut boleh menafikan amanah dari Allah? Bukankah anak itu amanah daripada Allah?



Apakah ibu bapa atau penjaga tidak mengetahui waktu pulang anak masing-masing?



Tidakkah ibu bapa dan penjaga menasihatkan anak-anak masing-masing agar mematuhi SOP ketika di luar rumah atau di tempat awam?



Jika ibu bapa dan penjaga telah menasihati anak-anak masing-masing, mengapa anak masih berkeliaran???



Nampak gayanya cakap ibu bapa pun anak-anak tak nak dengar...



Banyak persoalan yang akan dihujahkan sekiranya masing-masing ingin mencari kesalahan...


Sepatutnya antara ibu bapa dan pihak sekolah perlu saling memahami dan tidak meletakkan sepenuh tanggungjawab terhadap satu pihak sahaja.



Yang pastinya IZYAN QISTINA QUSAIRI dari Ampang, Selangor harus sedar peranan sendiri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan."



Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pentaksiran Baharu Ke SBP Diumum Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR: Pentaksiran baharu bagi kemasukan murid tahun enam dan pelajar tingkatan tiga ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diumum dalam masa terdekat.



Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata pentaksiran baharu itu diperkenal susulan keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini.



Katanya, bagi murid dan pelajar lain, kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akan terus digunakan dan sehingga kini, sekolah tidak berdepan masalah untuk menilai prestasi mereka.



"Pentaksiran ke asrama penuh bagi murid tahun enam dan tingkatan tiga, kita akan maklum dalam masa terdekat. Ketika saya umumkan batalkan UPSR dan PT3 tahun ini, memang kita ada kaedah yang sudah dilaksanakan. Ia dapat dilaksana dengan baik sepanjang tempoh ini.



"Sejak dia masuk darjah satu pun sudah dinilai. Perkembangannya pun kita sudah ikut. Kita sudah lihat rekodnya pun. Sudah ada banyak maklumat yang kita boleh rujuk. Selepas sekolah dibuka dan ada proses penilaian, itu boleh diadakan dalam bilik darjah," katanya ketika ditemui media di pejabatnya di Putrajaya.



Dalam pada itu, Radzi berkata, kementerian juga sedang menilai keberkesanan pemansuhan sistem peperiksaan pada murid tahap satu.



"Ini perkara yang sedang diteliti secara menyeluruh. Secara prinsipnya, apabila saya lihat sistem pendidikan di Australia dan kembali ke tanah air, (murid) darjah satu dua sudah pergi tuisyen, ambil peperiksaan dan sebagainya. Ini satu keadaan yang tidak kondusif untuk perkembangan anak-anak.



"Sebab pada umur terlalu muda ini, adalah ruang untuk anak-anak bina karakter. Kita tak boleh terus menekan mereka dengan peperiksaan. Sebab itu perkara ini saya sedang lihat secara menyeluruh. Dalam usia sebegini kita melihat minat mereka dalam konteks enrolmen dalam sains dan teknologi semakin tahun semakin kurang," katanya.



Beliau berkata, keadaan ini berbeza dengan sistem pendidikan di negara maju lain yang mana sains dan teknologi dilihat sebagai subjek yang diberi penekanan memandangkan ia berupaya memacu ekonomi masa depan.



"Dunia sedang melihat kepakaran dalam sains dan teknologi untuk memacu ekonomi pada masa depan tetapi enrolmen (murid) kita mengurang. Untuk membentuk generasi ke arah itu, ia mesti bermula dari awal.



"Kita lihat semua sistem untuk melihat kaedah yang terbaik namun apa-apa yang sedang dilaksanakan, bawa kebaikan kita akan teruskan," katanya.







Sumber: Berita Harian





IlyTrolak: "Kajian yang berkesan dapat menempatkan sistem pendidikan yang bersesuaian kepada seluruh pelajar"


Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Perancangan Strategik JPN Perak 2020 - 2024

Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah melancarkan Perancangan Strategik (PS) Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPNPk) bagi Tahun 2020 hingga 2024. PS kali ini telah memaparkan visi baharu JPNPk iaitu Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul, Murid Holistik.

Selain itu juga JPNPk telah memilih "Penyampaian Pendidikan Berkualiti Untuk Membangun Sekolah Unggul Bagi Menyediakan Murid Kalis Masa Hadapan" sebagai misi dalam menyampai hasrat visi.

Motto "We Deliver" Melambangkan warga JPN Perak, PPD dan sekolah sebagai satu organisasi kebersamaan yang kukuh, mantap dan sentiasa
bersedia dalam menyampaikan ilmu, maklumat, pengetahuan dan nilai murni. JPN Perak komited dalam melahirkan modal insan, mewujudkan
pendidikan berkualiti, sekolah unggul, murid holistik.

Di sini dilampirkan Dokumen Perancangan Strategik Jabatan Pendidikan Negeri Perak dalam format Microsoft Powerpoint (.pptx) yang boleh dibuat pindaan untuk kegunaan mengikut kesesuaian pihak sekolah.
Klik Sini Untuk Muat Turun



IlyTrolak:
"Satu persediaan dalam menghadapi Gelombang Ke-3 PPPM"



Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Panjat Pokok Sebab Nak Jawab Peperiksaan Online

SHAH ALAM - Masalah liputan jalur lebar yang terhad tidak mematahkan semangat seorang pelajar Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah yang sanggup tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian.



Veveonah Mosibin, 18, pelajar jurusan Asasi Sains memuat naik video pengalaman dilaluinya menerusi saluran YouTube miliknya dengan tajuk 24 Hours On Tree | Challenge (Cabaran 24 jam atas pokok).



Video berdurasi 11 minit 21 saat itu memaparkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet yang 'kuat' sepanjang peperiksaan (dalam talian) berlangsung pada 9 Jun lalu.



Dalam video tersebut, pelajar itu mendedahkan, dia terfikir untuk melakukan cabaran itu setelah sebuah pondok yang dibina di atas bukit bagi tujuan persediaan menghadapi peperiksaan rosak dipercayai akibat cuaca buruk.



"Sebelum ini saya telah bina pondok sebagai seperti video yang saya muat naik sebelum ini namun pagi ini (9 Jun), saya lihat ia telah rosak kerana saya sudah lama tidak datang, sudah berminggu-minggu kerana banyak kerja. Kerja di ladang, menoreh getah dan tolong ibu bapa.



"Jadi saya tidak tahu keadaan pondok itu. Bila saya datang rupanya sudah rosak," katanya dalam video tersebut.



Berbekalkan kelambu, telefon bimbit, pengecas mudah alih (power bank), sebotol air dan beberapa bungkus nasi serta peralatan untuk menjawab peperiksaan, Veveonah berada di atas pokok tersebut dalam tempoh 24 jam dari jam 7.30 pagi.



Pelajar itu mengambil peperiksaan bagi subjek Kimia sebelah pagi dan subjek Pengajian Malaysia pada sebelah petang.





Pondok yang dibina atas bukit oleh Veveonah sebagai persediaan menjawab peperiksaan rosak akibat ribut menyebabkan pelajar itu terpaksa memanjat pokok.


Ketika berada di atas pokok itu, Veveonah juga terpaksa berdepan detik cemas apabila seekor tebuan tanah bersaiz besar tersesat masuk ke dalam kelambunya.



"Agaknya tebuan ini tersesat. Ni kalau menggigit ni, memang sakit," kata Veveonah yang membuka kelambu bagi menghalau serangga itu keluar.



Selesai menduduki peperiksaan pada sebelah petang, Veveonah tidak pulang sebaliknya kekal berada di atas pokok untuk tidur dan pulang keesokan paginya.





Veveonah berada dalam kelambu atas pokok pada waktu malam dengan berbekalkan lampu telefon bimbit.


Pelajar ini mula aktif sebagai 'YouTuber' sejak April lalu dan terdapat empat lagi video lain yang dimuat naik sejak sebulan lalu yang memaparkan perkongsian teknik cara hidup tradisional.



Sumber : https://www.sinarharian.com.my/



Tontoni video rakamannya:







IlyTrolak: "Hebat usaha yang dilakukan oleh pelajar ini... pelbagai cabaran yang dihadapi..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Sekolah Rendah Mungkin Tak Dibuka Semula Hingga Tahun Depan

PETALING JAYA: FMT difahamkan penggantungan persekolahan mungkin berlarutan sehingga tahun depan bagi kebanyakan pelajar ketika Kementerian Pendidikan bersiap sedia mengumumkan garis panduan baru untuk membantu guru dan pelajar mematuhi langkah membendung penularan Covid-19.



Sumber yang dekat dengan perbincangan mengenai pembukaan semula sekolah di seluruh negara, berkata hanya pelajar sekolah menengah yang bakal mengambil peperiksaan penting mungkin kembali ke kelas.



“Rancangannya ialah menggantung persekolahan untuk sekolah rendah sehingga tahun depan,” kata sumber kepada FMT.



FMT tidak dapat mengesahkan perkara ini dengan pihak berkuasa berkaitan.



Tetapi, Menteri Pendidikan, Radzi Jidin memberi bayangan hanya pelajar Tingkatan 4 dan 6 di kira-kira 3,000 sekolah menengah seluruh negara akan terbabit dalam pembukaan semula sekolah.



Sekolah di negara ini yang ditutup untuk cuti sekolah penggal pertama pada 14 Mac lalu masih ditutup akibat perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan pada 18 Mac lalu.



April lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan penangguhan 2 peperiksaan utama sekolah menengah, SPM dan STPM, serta UPSR darjah 6 dibatalkan.



SPM tahun ini – yang dianggap peperiksaan paling penting dalam alam persekolahan – akan diadakan pada suku pertama tahun depan.



Radzi berkata, garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah yang dihasilkan dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, akan diedarkan esok dengan, memperincikan cara mengawal pergerakan pelajar dalam kawasan sekolah untuk mematuhi peraturan penjarakan sosial.



“Kita keluarkan garis panduan ini bagi melihat apakah kaedah yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan persiapan sewajarnya harus dilakukan pihak sekolah bagi memastikan bila kita umumkan pembukaan, maka setiap sekolah telah bersedia.



“Kementerian sentiasa berbincang dengan pihak sekolah ruang yang boleh ditambah baik dalam garis panduan itu akan kita lakukan…apa yang penting semua pihak mainkan peranan, iaitu pengurusan sekolah, guru termasuk ibu bapa misalnya, jika anak bergejala tidak perlu hantar ke sekolah,” katanya kepada Bernama.



Radzi berkata, ibu bapa tidak perlu bimbang menghantar anak mereka ke sekolah walaupun tarikh belum ditentukan.



“Apabila KKM dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka, maka kita akan umumkan 2 minggu sebelum ia dibuka…kami belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembukaan sekolah.”



Sumber: Free Malaysian Today - https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/03/sekolah-rendah-mungkin-tak-dibuka-semula-hingga-tahun-depan/



IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Guru, Murid Tak Diwajibkan Jalani Swab Test

BAGAN SERAI - Ujian calitan (swab test) tidak diwajibkan ke atas semua guru dan murid sekiranya sesi persekolahan kembali dibuka, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.



Menurutnya, ujian berkenaan hanya dikhususkan kepada kumpulan sasar sekiranya guru atau murid berkenaan tersenarai dalam kontak rapat individu yang mempunyai gejala atau disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19).



"Swab test tidak semestinya dilakukan ke atas semua orang, kalau kita wajibkan semua buat, rakyat Malaysia ada dekat 30 juta, kalau tak cukup (bekalan) lagilah kita panik.



"Kementerian Kesihatan (KKM) telah menetapkan mesti ada asas dan sebab kenapa perlu lakukan ujian itu.



"Contohnya kalau kawasan itu ada yang kena (positif Covid-19), maka mereka yang tinggal keliling, duduk serumah, rakan sekerja atau kontak rapat kenalah jalani ujian untuk pastikan tiada penularan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Masjid Jamek Kedai 2, Kuala Kurau di sini hari ini.



Beliau berkata, dari segi pematuhan keselamatan dan kesihatan, ia mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Kementerian Pendidikan.



Katanya, KKM hanya bertindak menasihati Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum SOP itu dibawa ke perbincangan dan diluluskan.



"SOP itu bukan dirangka oleh KKM, samalah kesnya seperti pembukaan industri-industri lain yang mana mereka sendiri akan rangka kaedah-kaedahnya dan dipersembahkan untuk dinilai," katanya.





Noor Azmi (kiri) ketika meninjau keadaan Masjid Jamek 2, Kuala Kurau hari ini.


Dalam lawatan itu, Noor Azmi yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai meluluskan peruntukan RM25,000 untuk kerja baik pulih Masjid Jamek Kedai 2 bagi memberi lebih keselesaan kepada lebih 600 kariah.



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memaklumkan bahawa sekolah akan dibuka semula selepas mendapat nasihat daripada KKM dan disertai SOP sesuai mengikut amalan pencegahan Covid-19.



Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin pula dilapor berkata, SOP berkenaan akan memberi penekanan terhadap perubahan sesi pengajaran dan pembelajaran kepada 5.4 juta pelajar seluruh negara dan tarikh pembukaan sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dibuka.



Sumber: Sinar Harian





IlyTrolak: "Sehingga kini masih belum ada pengumuman untuk sekolah dibuka. Pihak kerajaan akan mengumumkan akan mengumumkan 2 minggu awal sebelum sekolah dibuka. Bermakna sehingga kini, dalam tempoh dua minggu, sekolah masih belum dibuka."


Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Viral Sekolah Dibuka Tular Apa Motifnya???

Sehari selepas sidang video antara Perdana Menteri bersama-sama Menteri Keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan, muncul pula viral baharu yang dikemukaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.



Memang benar, dalam sidang video dalam talian tersebut, PM ada menyatakan bahawa terdapat ibu bapa dan penjaga yang bertanya berkaitan, bila sekolah akan dibuka??



Tetiba sahaja pada malam tadi, pos sekolah dibuka tular!!!!



Apa BT terima dari pos yang diviralkan, kononnya berita tersebut ialah dalam akhbar The Star, di mana viral itu menggunakan foto Ketua Pengarah Kesihatan dengan tajuk School Can Open If Numbers Are Low



Tidak pula dinyatakan tajuk yang menyatakan bahawa Sekolah Dibuka Pada Jun sebagaimana yang diviralkan.



Dalam pos tersebut dinyatakan tempoh masa pembukaan sekolah dilakukan, bermula pada 1 Jun 2020.



1 Jun 2020??? Mungkin yang membuat viral ini tak mengetahui bahawa Cuti Pertengahan Tahun Sesi Persekolahan berlangsung dari 22 atau 23 Mei 2020 hingga 6 atau 7 Mei 2020. Bergantung kepada negeri.



Jika 1 Jun dimulakan bermakna Cuti Pertengahan Tahun Sesi Persekolahan Tahun 2020 DIBATALKAN.



Berikut pos yang diterima.


Ini pula berita penafian yang disiarkan dalam Berita Harian.



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan maklumat yang sedang tersebar luas di aplikasi WhatsApp berhubung jadual sesi persekolahan ketika ini.



Sehubungan itu, KPM menerusi laman rasmi Facebook hari ini memaklumkan sebarang maklumat berkenaan takwim pembukaan semula sekolah hanya akan dibuat melalui medium rasmi kementerian berkenaan sahaja.



Kandungan takwim yang tular itu antaranya menyatakan sekolah menengah akan mula dibuka mulai Jun ini, sekolah rendah (Julai), manakala pendidikan khas, prasekolah dan tadika direhatkan hingga Disember depan.






Pos Penafian dalam Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia


Dalam laman Sebenarnya penafian berkaitan apa yang diviralkan telah disiarkan



Apakah penyebab perkara ini ditularkan??? Berdasarkan situasi terkini mungkin beberapa perkara telah berlaku sepanjang PKP atau PKPB berlaku. Dinyatakan 5 isu yang berlaku berkaitan dengan perkara ini.



  1. Isu Penjagaan Anak



    Isu yang dihadapi oleh ibu bapa atau penjaga yang bekerja. Mereka menghadapi masalah untuk penjagaan anak-anak ketika mereka berada dalam waktu bekerja.



    Kebiasaannya, ibu bapa dan penjaga ini, akan menghantar anak-anak ke kampung untuk dijaga oleh ahli keluarga di kampung. Bagi yang kampungnya terletak dalam negeri, perkara tersebut tentunya dapat dilakukan.



    Tetapi, bagi ibu bapa yang berada di negeri yang berlainan, menjadi kesukaran untuk menghantar anak-anak ke kampung untuk dijaga oleh ahli keluarga di kampung, kerana larangan pihak berkuasa untuk melakukan pergerakan rentas negeri.



  2. Isu Pengurusan Anak



    Isu ini berlaku kepada ibu bapa dan penjaga yang bekerja kerana mereka perlu membuat persediaan awal sebelum mereka ke tempat kerja. Persediaan antaranya ialah urusan makan minum anak-anak yang ditinggallkan di rumah. Jika anak yang sudah boleh melakukan tugasan rumah, pastinya serba sedikit dapat membantu urusan tersebut.



    Masalah timbul bila anak-anak tidak berkemampuan untuk melakukan tugas-tugas tertentu di rumah.



  3. Isu Kos



    Meninggalkan anak-anak di rumah, pastinya akan menimbulkan kebimbingan di hati ibu bapa dan penjaga yang bekerja. Tambahan anak yang ditinggalkan masih kecil dan tidak dapat berdikari.



    Maka, anak-anak ini perlu dihantar ke pusat penjagaan, masalah timbul apabila bilangan anak yang ramai atau melebihi pada waktu-waktu sebelumnya.



    Kos penjagaan yang bertambah ini perlu ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga. Kos ini tidak dibantu oleh pihak majikan ibu bapa atau penjaga.



  4. Isu Keselamatan



    Membiarkan anak-anak yang masih kecil atau yang tidak tahu urus diri sendiri atau berdikari akan mendedahkan anak-anak kepada kemalangan dan kecederaan.



    Jika anak-anak semuanya masih memerlukan perhatian dan bimbingan penuh, pastinya isu keselamatan ini perlu dititik beratkan.



    Alternatif kepada urusan untuk ibu bapa yang berada di kawasan bandaraya atau industri, pastinya melibatkan kos.



  5. Isu Pusat Jagaan



    Pada ketika ini pusat jagaan atau TASKA masih tidak dibenarkan untuk beroperasi, oleh itu menjadi suatu kepayahan untuk ibu bapa dan penjaga yang bekerja untuk menggajikan orang lain untuk menjaga anak-anak ketika waktu mereka bekerja.



    Sekiranya terdapat pihak yang sanggup melakukan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak ini, sudah pasti bilangan anak-anak agak terhad.



    Pihak yang menawarkan perkhidmatan penjagaan ini juga khuatir, jika terlalu ramai, akan menyebabkan mereka tidak dapat memberi perkhidmatan yang terbaik



    Pihak yang menawarkan perkhidmatan penjagaan juga pada ketika ini, pastinya tiada kebenaran atau kelulusan pihak berkuasa untuk beroperasi



  6. Isu Sikap



    Isu yang agak sensitif untuk diperjelaskan.



    Terdapat dalam kalangan ibu bapa dan penjaga yang tidak dapat mengawal anak-anak ketika anak-anak berada di rumah.



    Ada yang merasa tertekan dan marah dengan sikap anak-anak yang pastinya banyak ragam dan karenahnya.



    Jadi, melepaskan anak-anak ke sekolah, merupakan jalan terbaik bagi mereka




Sumber:

      Berita Harian
      Facebook KPM
      Sebenarnya


IlyTrolak: "Selidiki dahulu sebelum sebar. Mungkinkah yang mula tularkan pos tidak mengetahui tindakan akan dikenakan, dengan penularan berita palsu ini?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pelbagai Perkara Perlu Diperhalusi Sebelum Sekolah Dibuka - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 28 Mei -- Pelbagai perkara akan dipertimbangkan termasuk kesediaan guru untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid sebelum sekolah kembali dibuka, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan sama ada Kementerian Pendidikan bersedia untuk mematuhi prosedur operasi standad (SOP) yang ditetapkan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.



“Mungkin kita perlu memastikan dengan Kementerian Pendidikan sama ada mereka dapat mematuhi SOP baharu di sekolah-sekolah…nak memeriksa, nak basuh tangan, nak ambil (suhu), dan adakah alat-alat semua dah sedia?”



“Dalam kelas yang saya tahu biasanya dekat 40 orang, mana boleh duduk 40 orang rapat-rapat. Sekarang tinggal separuh sahaja… maknanya kalau separuh, dah jadi dua kelas, kalau 20 orang sekelas, tak tahu jarak macam mana,” katanya dalam sidang video bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.



Dalam sidang video berdurasi 40 minit itu Muhyiddin berkata, jika bilangan pelajar dalam satu kelas dikurangkan kepada 15 orang, ia sudah tentu akan melibatkan bilangan kelas yang banyak dan dalam hal ini memerlukan sesi persekolahan dilaksanakan pada sesi pagi dan petang.



Semua perkara itu, katanya antara perkara yang diambil kira dan sedang diperhalusi sebelum sekolah kembali dibuka dan setakat ini belum ada tarikh yang ditetapkan untuk sekolah mula dibuka.



Semua sekolah di negara ini ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lepas bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.



Menteri Kanan (Kluster Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini berkata, pembukaan semula sesi persekolahan tidak akan dibuat secara tiba-tiba sebaliknya pengumuman tarikh akan dibuat selewat-lewatnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.



“Sekarang ini belum pasti lagi, belum ada tarikh yang ditetapkan. Saya rasa pada satu peringkat, berdasarkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM), semuanya ok, semua orang akan dapat menguruskannya, guru dan kanak-kanak di sekolah dapat mengikuti arahan... inilah yang ingin diketahui oleh ibu bapa,” kata perdana menteri.







Muhyiddin berkata persoalan mengenai bila sekolah akan dibuka semula banyak dibangkitkan oleh ibu bapa.



"Saya jelaskan kepada mereka berdasarkan apa yang kita putuskan sebelumnya hanya yang nak ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan ... yang SPM kita belum menetapkan tarikhnya," katanya.



Sumber: BERNAMA



IlyTrolak: "Semoga semua dapat bertenang dan menunggu dengan sabar. Banyak perkara yang perlu difikirkan apabila pembukaan sekolah dilakukan. Jika salah perhitungan, maka pihak kerajaan, kementerian dan sekolah akan dipersalahkan."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Guru Wajib Dihargai Tidak Kira Masa, Situasi

KUALA LUMPUR: Guru sememangnya sentiasa dihormati dan dihargai kerana jasa besar mereka mendidik anak bangsa, bagaimanapun 16 Mei setiap tahun tetap menjadi tarikh istimewa dinantikan pelajar sebagai simbolik untuk menunjukkan penghormatan serta penghargaan itu melalui acara atau ucapan tersendiri.



Saban tahun juga bersempena tanggal itu, pelbagai program sambutan bercirikan interaktif dan kesyukuran dianjurkan pada peringkat sekolah, negeri serta kebangsaan bagi meraikan warga guru.



Walaupun pada tahun ini sambutan Hari Guru tidak boleh diraikan secara fizikal ekoran penularan COVID-19 dengan menyaksikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan turut mengakibatkan sekolah ditutup, sambutan itu tetap diraikan secara meriah menggunakan platform maya bagi mengenang jasa guru.



Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang, berkata pengorbanan guru cukup banyak kerana peranan mereka bukan sahaja terhad kepada skop 'keluar masuk kelas untuk mengajar', tetapi melangkaui keperluan hakiki tugasan mereka, termasuk mendidik sahsiah serta menjaga kebajikan setiap pelajar.



Katanya, peranan itu menuntut masa, tenaga dan kewangan bukan sedikit, namun atas dasar jiwa mendalam terhadap tanggungjawab sebagai guru, mereka menggalasnya dengan gembira serta tabah.



"Guru hari ini menjalankan kerja di sebalik tabir kerjaya mereka seperti menjadi kerani, jururawat, kaunselor, selain membawa pelajar ke pertandingan sekolah dan adakala menghantar pelajar sakit ke klinik atau hospital.



"Mereka turut meluangkan masa untuk keluar mencari pelajar yang tidak hadir ke sekolah di rumah bagi memastikan punca sebenar dan keselamatan mereka terjamin," katanya.



Aminuddin berkata, ketika tempoh PKP, guru tetap melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut kaedah penyampaian bersesuaian dengan menggunakan platform digital sedia ada.



Beliau berkata, meskipun penyampaian ilmu melalui kaedah itu terhad berbanding di kelas sebenar kerana sukar memantau semua pelajar pada masa sama akibat kekangan internet atau ketiadaan akses, guru tetap mengaplikasikan cara tambahan bagi memastikan setiap seorang menerima ilmu disampaikan sebaik mungkin.



Katanya, situasi itu membuktikan guru sentiasa memiliki keprihatinan dan tanggungjawab tinggi dalam menjalankan tugasan mereka.



"Ketika PKP, guru menggunakan pelbagai medium untuk mengajar, termasuk aplikasi dalam talian Google Classroom dan Google Meet, selain WhatsApp serta Telegram.



"Jasa mereka sangat besar dan sempena sambutan Hari Guru, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana komited menyampaikan ilmu kepada anak bangsa, malah mereka sanggup menguasai dan meningkatkan ilmu teknologi maklumat mereka bagi memastikan kehidupan normal baharu disarankan kerajaan mampu dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.



Bagi Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, pemilihan tema sambutan Hari Guru 2020, Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu adalah sangat menarik dan bersesuaian dengan situasi semasa negara yang kini dilanda COVID-19.



Beliau berkata, tema itu mengkehendaki dan memastikan guru benar-benar mampu menjalankan tugas untuk menyampaikan ilmu melalui apa kaedah sekalipun bagi membina generasi baharu negara.



Katanya, dalam situasi COVID-19 kini, guru yang sememangnya sentiasa berusaha melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran, boleh menerokai aspek baharu penyampaian ilmu secara dalam talian.



"Guru boleh mempelajari cara mengajar baharu menerusi kaedah digital untuk memperluaskan lagi skil mereka, manakala pelajar tetap menerima ilmu terbaik walau dalam keadaan apa sekalipun," katanya.



Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor, berkata, profesion keguruan adalah kerjaya yang sangat dipandang mulia, cukup penting dan dekat di hati masyarakat.



Beliau berkata, profesion itu mencetuskan dan menentukan kelahiran generasi berketerampilan, berkarakter baik serta berilmu.



Katanya, berikutan itu, setiap pelajar dan bekas pelajar tidak mengira usia yang pastinya pernah menerima tunjuk ajar guru harus tetap menunjukkan penghargaan sepanjang masa, termasuk meraikan sambutan Hari Guru sebagai tanda terima kasih tidak kira dalam situasi apa sekalipun.



"Oleh itu, ketika PKP yang memerlukan sambutan ini ditunda secara fizikal selepas COVID-19 berakhir, kita tetap boleh meraikannya menerusi aplikasi digital dan teknologi sedia ada.



"Kita boleh zahirkan ucapan kepada guru dan pensyarah menerusi lisan serta tulisan seperti video, kiriman ucapan ke media sosial mereka atau menghantar kata penghargaan ke telefon bimbit mereka bagi menyuntik semangat berterusan untuk terus mendidik anak bangsa," katanya.



Sumber: bharian.com.my





IlyTrolak: "Setiap orang adalah guru kepada orang lain..."


Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Bacaan Yasin Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2020

Sempena Sambutan Hari Guru peringkat negeri Perak yang akan diadakan pada 18 Mei 2020 ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah mengadakan majlis bacaan Yasin secara dalam talian.



Majlis diketuai oleh Ustaz Shahrul Azmi bin Jumari, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Abad dan Nilai JPN Perak.



Majlis yang diadakan di JPN Perak juga telah disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Perak.











Bagi yang ingin menonton rakaman majlis yang dijalankan boleh pergi pautan berikut:

https://www.facebook.com/PendidikanPerakOfficial/videos/880918215718997/





Foto sebelum majlis bermula


Sehingga majlis selesai bilangan tontonan ialah 353 pengunjung Facebook.



IlyTrolak: "Alhamdulillah..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Dalam usaha penyampaian informasi kepada semua, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah mengusahakan beberapa saluran laman siber.



Saluran yang digunakan pastinya, saluran popular dalam pengguna media internet.



Berikut disenaraikan 3 saluran utama komunikasi yang menjadi penyampaian informasi pihak JPN Perak.



Laman Web Jabatan Pendidikan Negeri Perak



Klik Sini Untuk Ke Laman



Laman Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Perak



Klik Sini Untuk Ke Laman



Laman Instagram Jabatan Pendidikan Negeri Perak



Klik Sini Untuk Ke Laman



Laman Youtube Jabatan Pendidikan Negeri Perak



Klik Sini Untuk Ke Laman


IlyTrolak: "Dalam kalangan warga pasti WhatSApp dan Telegram menjadi saluran komunikasi yang lebih pantas"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Video Pendek Pelancaran Tema Hari Guru

Tema Sambutan Hari Guru 2020 menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



Sesuai dengan norma baharu, KPM telah menyediakan sebuah video pendek sebagai pengganti pelancaran tema Hari Guru yang sebelum ini dibuat secara gerakan massa.



Saksikan video tersebut:







IlyTrolak: "Dunia PKP semuanya mengukir perubahan"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tema Hari Guru 2020

Apabila tiba sahaja bulan Mei, seluruh warga pendidikan pastinya menyedari akan satu majlis sambutan yang amat bermakna dalam dunia pendidikan di Malaysia.



Satu majlis sambutan akan diadakan pada hari tersebut sama ada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, malah di setiap sekolah turut mengadakannya.



Majlis sambutan adalah bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan guru atau warga pendidikan umumnya.



Tarikh keramat 16 Mei pada setiap tahun merupakan HARI GURU untuk warga pendidikan dalam negara. Susulan itu juga, untuk sambutan hari guru pada tahun ini, satu tema telah dipilih bagi menyatakan hala tuju bidang pendidikan masa kini.



Berikut ialah kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan tema hari guru pada tahun 2020.









IlyTrolak: "Tahun ini tiada majlis secara langsung diadakan... mungkin boleh berubah secara dalam talian pula."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Beg Berat Ke Sekolah, Ibubapa Dan Guru Guna Inisiatif Kotak Mudah Alih

Beg berat ke sekolah dibawa oleh murid saban hari menjadi satu isu yang sudah lama disuarakan ibubapa. Namun ia masih tiada jalan penyelesaiannya. Biarpun begitu, sebuah sekolah telah mengambil pendekatan sebagai inisiatif bagi selesaikan masalah ini.



Inisiatif yang dilakukan oleh Sekolah Kebangsaan Serting Ulu di Jempol ini cukup kreatif. Ia adalah hasil dari kerjasama antara ibubapa dan guru dalam kelas tersebut bagi menyelesaikan masalah murid yang membawa beg berat ke sekolah.



Caranya adalah mereka menyediakan kotak plastik mudah alih buat setiap murid dalam kelas itu. Bermodalkan hanya RM15.90 bagi setiap kotak, ia turut dilekatkan label pemilik kotak dengan nama masing-masing.



Cukup kreatif dan menarik idea ini!





Idea asal menyediakan kotak mudah alih itu adalah hasil perbincangan isu mengenai beg berat ini oleh guru kelas, Nor Hazizah Mohd Sani bersama ibubapa.



“Ia adalah cadangan idea dari seorang penjaga. Ideanya adalah dengan menyediakan kotak mudah alih untuk menyimpan buku teks bagi setiap murid,” kata guru besar sekolah berkenaan, Zainal Abidin Talib.



Tambahnya lagi ia mula dilaksanakan oleh kelas tahun 5G dan mula diikuti beberapa kelas lain.



Buat ibubapa dan guru mungkin boleh ambil idea ini bagi memudahkan anak-anak. Biarpun perlu keluar modal sendiri namun kotak mudah alih plastik ini boleh digunakan sepanjang tahun.



Sumber: Harian Metro



IlyTrolak: "Jenuh juga memikirkannya, inisiatif ini boleh dicontohi..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Ibu Bapa Ukur Harga Dan Kualiti Kelengkapan Sekolah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad



KUALA LUMPUR, 29 Dis -- Ibu bapa memanfaatkan cuti hujung minggu terakhir tahun ini dengan berkunjung ke pusat beli-belah bagi menyelesaikan urusan menyiapkan kelengkapan persekolan anak masing-masing yang akan bermula beberapa hari lagi.



Tinjauan Bernama di beberapa lokasi beli-belah di ibu negara mendapati kebanyakan ibu bapa bersama anak-anak memilih dan membeli barangan kelengkapan sekolah seperti baju, kasut dan beg mengikut kemampuan masing-masing selain daripada menitikberatkan kualiti.



Bapa kepada empat cahaya mata lelaki, Mohd Sam Baharuddin, 48, sanggup menempuh perjalanan sejauh 70 kilometer dari Bentong ke pusat bandaraya bersama isteri dan anak-anak tercinta untuk bercuti sambil membeli kelengkapan sekolah seperti kebiasaan yang dilakukan saban tahun.



"Saya bersama anak dan isteri memang akan ke ibu negara setiap tahun untuk membeli kelengkapan sekolah anak-anak, pusat pakaian ini adalah pilihan kami kerana mempunyai pelbagai variasi dan harga juga berpatutan.



Mohd Sam berkata perbelanjaan persekolahan tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya kerana harga barangan sekolah sedikit melonjak.



"Harga kasut sekolah sedikit mahal, untuk dua anak saya belanja kasut dan stokin hampir RM150 dan pakaian seragam pula RM200.



Pemerhatian wartawan mendapati harga baju dan seluar pelajar lelaki sekolah menengah ialah daripada RM26.90 hingga RM46.90 sementara kelengkapan sepasang baju dan kain pelajar perempuan adalah daripada RM46.90 hingga RM49.90.



Harga kelengkapan baju dan seluar pelajar lelaki sekolah rendah pula pada lingkungan harga RM16.90 hingga RM39.90 dan pelajar perempuan pada harga RM33.90 hingga RM41.90 sepasang persalinan seragam.



Bagi Wendy Jack, 47, pula beliau membeli di tempat yang menawarkan kepelbagaian jenama berkualiti selain menepati citarasa dan kehendak anak perempuannya yang berusia sembilan tahun.



Wendy yang bekerja di syarikat swasta berkata sudah menjadi rutinnya setiap tahun meletakkan had perbelanjaan sebanyak RM500 untuk segala perbelanjaan kos kelengkapan sekolah anak perempuan itu termasuk ko-kurikulum.



Bagaimanapun ibu kepada tiga cahaya mata, Vanitha Malar, 42, berbelanja kira-kira RM1,500 untuk membeli segala kelengkapan sekolah anak yang berusia enam, sembilan dan 11 tahun.



"Tiap-tiap tahun saya akan habiskan sejumlah RM1,500 hanya untuk kelengkapan sekolah anak bagaimanapun saya akan cuba untuk mengurangkannya pada tahun ini.



Vanitha berkata beliau cuba mengurangkan sebanyak mungkin kos dengan memberi keutamaan kepada kelengkapan utama sekolah sahaja selain terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dalam memilih kelengkapan kedua-dua anaknya yang kini bersekolah rendah.



Mengikut takwim Kementerian Pendidikan Malaysia, Kumpulan A iaitu sekolah di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan mula sesi persekolahan pada 1 Jan manakala Kumpulan B, sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, pada 2 Jan.



-- BERNAMA



IlyTrolak: "Foto: Ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk membeli belah barang persekolahan ketika tinjauan persediaan persekolahan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman hari ini. Sesi persekolahan tahun 2020 akan dibuka pada 1 Januari 2020 bagi negeri-negeri kumpulan A yang terdiri daripada Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, manakala bagi negeri-negeri kumpulan B yang terdiri daripada Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan akan memulakan sesi persekolahan pada 2 Januari 2020. --- FotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pelajar Pintar Terengganu Jalankan Kajian Kolaborasi Peringkat Doktor Falsafah

KUALA NERUS, 28 Dis -- Jika remaja seusianya baharu sahaja mendapat keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), seorang kanak-kanak pintar dari Terengganu telah pun menjalankan kajian kolaborasi dengan pasukan pelajar peringkat doktor falsafah (PhD), di sebuah universiti di Jerman.



Mempunyai pemikiran seperti orang dewasa yang berusia 24 tahun, Muhammad Amir Rafiq Mohd Rafee, 15, yang berasal dari Kemaman berkata, beliau beruntung kerana terpilih oleh Universiti Leibniz di Hannover, Jerman, untuk menjalankan kajian dalam bidang Sains Komputer Teoritikal.



“Saya minat bidang sains komputer sejak berumur 12 tahun lagi. Bagi saya bidang ini mencabar tetapi seronok. Sebab itu saya mahu mengkaji lebih dalam bidang ini.



“Mujurlah universiti itu (Universiti Leibniz) terima penyelidik yang bawah umur seperti saya. Mereka pun tidak kisah saya belum mempunyai sebarang ijazah, kerana apa yang penting bagi mereka adalah kajian yang saya jalankan itu,” katanya yang berada di Universiti Leibniz selama dua bulan bermula September lepas dengan ditemani bapanya Mohd Rafee Harith.



Pelajar Kolej GENIUS@Pintar Negara itu ditemui pada Seminar Kaedah Penyelidikan Untuk Anak-Anak Genius Terengganu, di Universiti Malaysia Terengganu di sini hari ini.



Seminar yang menghimpunkan kira-kira 70 remaja pintar dari Terengganu itu, diadakan bagi memberi pendedahan dan menggalakkan mereka untuk lebih banyak menjalankan kajian dan penyelidikan, khususnya berkaitan Terengganu.



Selain itu antara pencapaian yang membanggakan adalah Muhammad Amir Rafiq terpilih mewakili Malaysia dan menjadi peserta termuda dalam ‘The 2019 International Philosophy Olympiad’ di Rom, Itali, pada Mei lepas.



Anak sulung dari dua beradik itu bercadang untuk mengambil peperiksaan peringkat A-Level, dan akan memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti di Amerika Syarikat, tahun hadapan.



Ketika ditanya mengenai kehidupannya sebagai seorang yang pintar, Muhammad Amir Rafiq berkata beliau menganggap kebolehan berfikirnya itu sebagai satu anugerah Tuhan, yang akan memberi manfaat bukan setakat untuk diri sendiri malah kepada masyarakat juga.



“Antara kenangan semasa kecil yang saya masih ingat adalah ketika berumur empat tahun, saya suka membaca ensiklopedia perubatan milik datuk saya. Saya juga mempunyai kelebihan untuk ‘scan’ dan ingat setiap fakta yang dibaca,” katanya.



Dalam pada itu bapanya, Mohd Rafee, 50, berkata beliau mula mengesan kelebihan anaknya itu, ketika Muhammad Amir Rafiq boleh membaca dan menulis semasa berusia tiga tahun.



“Ketika dia berusia dua tahun setengah saya ajar dia ABC hanya sekali sahaja. Esoknya dia terus tahu dan ingat semua abjad dari A hingga Z. Dari situ saya nampak anak saya ini ada kelebihan jadi saya hanya pantau dia.



“Dia juga mampu ‘troubleshoot’ komputer seawal usia lima tahun. Tetapi agak memerlukan kos yang tinggi kerana dia tidak bermain mainan seperti kanak-kanak lain. Dia hanya baca buku dan bermain dengan gajet,” katanya yang bekerja sendiri.



Namun ibunya Azriza Abd Latif, 43, yang merupakan pekerja swasta, mengakui anaknya itu mempunyai kelemahan terutama melibatkan kemahiran insani (soft skills) seperti kemahiran berkomunikasi dan pergaulan sesama rakan sebayanya.



“Perkara teknikal memang sekali cakap sahaja dia ingat. Tetapi melibatkan ‘soft skills’ seperti perlu bersalaman dengan orang, kita kena ingatkan dia banyak kali. Dia juga kurang kawan yang sebaya dengannya, kerana pemikiran dia yang lapan atau sembilan tahun lebih dewasa. Jadi kami perlu sentiasa pantau dia,” katanya.



Selain itu, adik Muhammad Amir Rafiq, Aina Batrisyia, 13, turut mempunyai kelebihan pemikiran lima tahun lebih ke hadapan dari umur sebenarnya, dan juga merupakan pelajar di Kolej GENIUS@Pintar Negara. --- BERNAMA



IlyTrolak: "Hebatnya pelajar Malaysia di Kolej GENIUS @ Pintar Negara"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

4,500 Guru Bakal Sertai Program Duta Guru, Tingkat KBAT

KUALA LUMPUR, 13 Dis -- Seramai 4,500 guru di seluruh negara disasarkan bakal menyertai 'Program Duta Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)-Yayasan Petronas' bagi mempertingkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).



Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas Lita Osman berkata seiring dengan perubahan negara ke arah Revolusi Industri 4.0, program itu juga bertujuan menjadikan bidang berkenaan sebagai asas sebuah negara yang berdaya saing menerusi penerapan teknik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dalam penyampaian STEM kepada 3.9 juta pelajar menjelang 2030.



"Guru-guru kini dipertanggungjawabkan untuk melahirkan minat dan kecekalan dalam kalangan pelajar terutamanya bidang STEM. Oleh itu, tenaga pengajar yang berhadapan dengan para pelajar setiap hari harus diberi sokongan lestari.



"Para guru yang menyertai program ini akan diterapkan ke dalam satu komuniti pembelajaran profesional (PLC) dan dipupuk untuk menjadi teladan guru teladan kepada rakan sekerja mereka.



"Program Duta Guru ini akan terus memperkukuhkan kemahiran guru bagi meningkatkan mutu dan impak penyampaian STEM di sekolah-sekolah awam, terutamanya sekolah-sekolah yang majoriti pelajar terdiri daripada keluarga B40," katanya ketika berucap pada majlis perasmian program itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, hari ini.



Maszlee berkata melalui program itu, ia dapat melengkapkan guru-guru STEM menjadi pendidik yang lebih berpengetahuan serta berkemahiran tinggi dalam bidang itu pada masa hadapan.



"Mahu tidak mahu, kita perlu akui dan sedar bahawa masa berubah. Pendidikan sendiri ialah progres berterusan mengikut waqi’ (suasana) zaman. Dengan kepesatan digital yang tidak terkejar hari ini, menguasai STEM ialah alat pendidikan di masa depan yang sangat perlu dan tepat.



"Justeru, saya sangat percaya program yang mengukuhkan kemahiran dan kebolehan guru sebegini akan menjadi salah satu anjakan untuk kita terus memartabatkan profesion guru sebagai suatu profesion pilihan," katanya ketika berucap.



Seramai 150 guru telah dipilih untuk menyertai program itu bagi kelompok pertama yang akan bermula pada Januari 2020 dan mendapat latihan kemahiran dan pedagogi selama dua tahun untuk memperkasakan KBAT.



Yayasan Petronas merupakan cabang tanggungjawab sosial korporat (CSR) Petronas, dengan misi untuk menyumbang terhadap kesejahteraan masyarakat, mempertingkatkan kualiti kehidupan dan hasil sosioekonomi komuniti menerusi pelbagai bidang fokus yang antaranya merangkumi pendidikan dan alam sekitar.



-- BERNAMA



IlyTrolak: "Menant bakal guru yang akan dipilih untuk program"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.