About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Detik-Detik Terakhir Madrasah Ramadhan 1441

Detik-detik saat terus berlalu, seakan membiarkan sahaja apa yang berlaku. Dalam perkiraannya hanya tinggal beberapa ketika sahaja madrasah Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita.



Dalam pada ketika ini, ramai yang sedang bertungkus lumus membuat persiapan untuk Syawal. Ramadhan seakan tidak dihiraukan.



Ada yang sibuk di dapur, ada yang sibuk di ruang tamu, ada yang sibuk di luar rumah, ada yang sibuk dengan barang niaganya, ada yang sibuk di pasaraya-pasaraya, khuatir persiapan untuk Syawal tidak lengkap.



Ramadhan hanya mampu memerhati apa yang berlaku.



Adakah Ramadhan bersedih, kerana para pelatih madrasahnya dalam masa terhampir ini akan keluar bertebaran untuk mempraktikan segala pelatihan yang diterima dalam madrasah Ramadhan ini.



Ramadhan juga pada tempat lainnya sedang bergembira dengan potensi hamba Allah yang masih tekun untuk memperkemaskan diri untuk saat-saat terakhir ini.



Bertungkus lumus dengan amal kebaikannya, bertungkus lumus dengan kitab suci Al-Quran, bertungkus lumus dengan zikir-zikir yang tidak pernah putus, bertungkus lumus dengan solat-solat sunat sebelum Asar menjelang.



Ramadhan yang dilalui bukan hanya dilhat sebagai medan puasa tetapi Ramadhan menjadi pengukuhan dan peningkatan dalam amalan-amalan soleh yang lain.



Hamba Allah yang sedang bertungkus lumus dengan amal ini, akan merasai kesedihan untuk berpisah dengan Ramadhan.



Kerana selepas Ramadhan ini, pastinya Ramadhan pada masa akan datang, sama ada dapat dipertemukan atau mungkin ini Ramadhan yang terakhir.



Dua situasi berbeza yang dinyatakan di atas, mempunyai penceritaannya di sebaliknya.



Adakah Ramadhan yang dilalui dapat dihayati sepenuhnya atau Ramadhan hanya berlalu dengan menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja.



Ramadhan yang dapat dihayati dengan sebaiknya akan memberi impak yang besar kepada manusia. Ramadhan yang menjadi bulan penyucian jiwa ini juga akan memberi penambaikan terhadap jiwa, sikap, sifat dan tingkah laku manusia.



Tingkatan amal yang dilakukan akan menjadi satu pelatihan yang amat berkesan dan akan dapat dipraktikkan dalam bulan-bulan lainnya, yang merupakan medan sebenar dalam pelaksanaan kehidupan.



Pastinya selepas ini, dugaan dan cabaran akan lebih besar.



Jika dalam Ramadhan Syaitan dan Iblis dibelenggu, tidak untuk bulan-bulan yang lainnya.



Maka selepas ini adakah pelatihan yang diterima dalam Ramadhan akan dapat dikekalkan amalan pelatihan tersebut dengan lebih baik atau sebaliknya dalam bulan-bulan yang lainnya.



Sesungguhnya manusia yang bersungguh-sungguh dengan amalan soleh dalam Ramadhan akan menjadi insan yang lebih baik darjatnya dalam segenap unsur jiwa selepas berakhirnya Ramadhan.



- Catatan selepas Asar.



ALPA HARI PERPISAHAN RAMADHAN



Pada 30 Ramadhan,

Ada insan yang sibuk,

Dalam banyak hal perkara...



Bersama lemang dan ketupat,

Bersama kuih muih yang pelbagai,

Bersama hiasan di sini sana,

Bersama pakaian baru di papan seterika,

Bersama persiapan itu dan ini.



Masih juga yang ada di pasaraya,

Masih ada di jalanan dengan haluannya,

Masih ada di jalanan tanpa destinasinya,

Masih ada memilih itu ini.



Khuatir Syawal tanpa persiapan,

Khuatir Syawal masih dijalanan,

Khuatir Syawal tanpa pakaian baru,

Khuatir Syawal tanpa hidangan tetamu.



Tidakkah merasai?

Salam perpisahan sedang berlaku,

Kerana segalanya akan berakhir.



Semalam...

Maghrib terakhir dalam Ramadhan,

Isyak terakhir dalam Ramdhan,

Terawikh terakhir pada tahun ini.



Hari ini dalam Ramadhan,

Solat Subuh terakhirmu,

Hening jiwa membungkam hati,

Solat Zohor terakhir,

Meniti separuh hari,

Solat Asar terakhir dalam Ramadhan,

Saat perpisahan semakin hampir,



Selepas Asar ini...

Tiada lagi solat-solat sunat dalam Ramadhan.

Meniti detik laungan Azan Maghrib

Berpisahlah Ramadhan Terimalah Syawal

Hari ini berbuka dalam Syawal.



Tiada tarawikh selepas Isyak,

Tiada lagi laungan selawat mengiringi tarawih.



Salam perpisahan Ramadhan kali ini

Semoga bertemu di tahun hadapan.



IlyTrolak: "Ya Allah, ketemukan aku dengan Ramadhan di tahun hadapan dan ampuni segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan diriku hambaMu yang lebih baik tingkatan imannya di sisiMu."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Aku Perlu Jaga Hati dan Perasaan Orang Lain

Bagaimana hendak dimulakan penceritaan ini? Agak sukar untuk diluahkan, kerana ia melibatkan perasaan orang lain.



Penat juga hendak menjaga perasaan orang lain, tetapi bagaimana dengan perasaan kita?



Hendak diceritakan di sini pun, khuatir akan menerima kecaman, tetapi terpaksa juga dinyatakan agar hati ini merasa puas, apabila segala yang terbuku ini diluahkan.



Kisah tentang apa ni? Biar diceritakan dahulu.



Perkara ini adalah berkaitan perasaan dan sikap individu.



Kata orang pergilah berterus-terang terhadap orang yang kita tidak berasa puas hati tersebut. Tetapi, pengalaman mengajar aku, telah beberapa kali aku berterus terang.



Yang paling menyayat hati ini, apabila teguran yang dibuat berakhir dengan pergaduhan dan perkelahian. Memang bukan diri ini yang membuat serangan, tetapi diri ini diserang.



Dalam kejadian beberapa tahun dahulu, satu teguran dibuat kepada sepasang remaja. Selepas teguran dibuat, tetiba satu tengkingan yang amat kuat diluahkan kepada diri ini, sambil pasangan remaja terus berlalu.



Aku fikir ia berakhir begitu sahaja, dalam setengah jam, datang beberapa remaja bermotosikal di hadapan rumah, mereka menjerit dan memanggil aku.



Aku yang rasa tanpa perasaan bersalah, memunculkan diri di hadapan sekumpulan remaja tersebut. Setiba aku dihadapan mereka aku cuba ditumbuk oleh mereka, mujur aku sempat mengelak... beberapa percubaan mereka tidak menepati sasaran.



Jemu mereka menyerang begitu sahaja, mereka pun berundur dan akhirnya meninggalkan aku. Sekali lagi aku fikir ia telah berakhir, rupanya beberapa peristiwa susulan berlaku, membuatkan aku mengambil tindakan untuk pindah rumah.



Itu peristiwa yang paling mencabar diri ini untuk menangani hal tersebut.



Ada juga tindakan teguran yang dibuat, walaupun teguran dibuat secara berhemah, tetapi disambut dengan perbuatan cabaran yang lebih melampau. Tak perlu dinyatakan di sini peristiwanya. Biar disimpan dalam hati saja. Aku harap Allah memaafkan diri pembuat angkara.



Kes kali ini berlainan status orangnya. Dulunya diri ini rasa, ia berkisar kepada tahap pemikiran empunya diri yang mungkin tidak matang atau kurang tahap pendidikannya.



Mereka mungkin kurang matang berkaitan menangani hal-hal perasaan. Itu pada fikiran diri ini.



Kalau difikirkan tentang status individu kali ini, aku berpendapat ia tentulah agak mudah untuk ditangani, tetapi tanggapan ini meleset. Ia juga seperti insan-insan lain yang pernah memberi pengalaman kepada diri ini.



Kisahnya mudah, ia adalah berkisar kepada hobi seseorang. Hobi jiran aku kali ini ialah memelihara kucing.



Aku akui hobi mereka kerana kucing juga merupakan haiwan kesayangan Rasulullah. Namun, aku juga tertanya-tanya, dalam Rasulullah menyayangi kucing, berapa ekor kucing yang dipelihara oleh Kekasih Allah ini.



Mungkin kecetekan ilmu yang ada pada aku, membataskan aku untuk mengetahui perkara tersebut.



Untuk pengetahuan semua, Aku tinggal di kawasan rumah teres sahaja. Jiran aku berada dilot akhir bersebelahan rumah aku.



Kembali kepada jiran aku...



Aku pernah melihat sendiri kandang-kandang yang terdapat dalam kawasan rumah jiran aku, agak banyak, seingat aku, aku pernah mengira kucing yang dipelihara pada suatu ketika dulu, iaitu lebih daripada 20 ekor. Wow banyaknya!!!



Mungkin jiran aku ini merupakan peminat kucing atau mungkin juga beliau terlibat dalam Kelab Pencinta Kucing di peringkat dalam negara atau luar negara. Aku salute tentang itu.



Yang menimbul tidak senang hati aku ialah bau najis kucing yang menyengat dan memecah ruang hidung aku, setiap kali aku berada di ruang depan rumah aku atau jika aku membuka tingkap atau "sliding door" rumah aku.



Baunya masuk ke dalam rumah aku...



So, bila duduk dalam rumah sekarang ini macam duduk dalam lokap. Semuanya tertutup rapi. Untuk mencari kelegaan, aku akan berjalan di padang yang terletak di hadapan rumah.



Cubalah bayangkan sebelum kehadiran jiran berkucing ini, sliding door dan tingkap akan dibuka seawal pagi.



Udara segar akan terus masuk ke dalam rumah. Tiada rasa terperangkap macam sekarang.



Orang kata jika pintu dan tingkap rumah dibuka seawal pagi, rezeki akan mudah masuk ke dalam rumah.



Ketidakselesaan aku membawa aku ikhtiar yang diluar jangkaan aku selama ini. Aku berusaha mencari rumah lain, tetapi bukan rumah sewa.



Usaha aku berjaya, apabila aku berjaya membina sebuah rumah tanah milik aku. Jarak rumah yang dibina dengan rumah teres aku lebih kurang 50KM.



Perpindahan tersebut, menyebabkan rumah sedia ada ditinggalkan rumah aku agak lama.



Sesekali aku dan isteri akan mengunjung rumah tersebut.



Sekembali aku untuk melihat kembali dan mengemas rumah aku setelah beberapa bulan ditinggalkan, aku dapat lihat keadaan rumah aku yang bertempek-tempek najis kucing, dan bau air kencing kucing yang amat hancing dan memeritkan.



Sehingga isteri aku muntah-muntah dan pening kepala, apabila terhidu bau yang tidak menyenangkan itu.



Isteri aku dah beberapa kali mengeluh tentang perkara tersebut. Aku hanya berdiam diri sahaja.



Sebab aku pernah sekali menyatakan hal serupa sebelum aku berpindah rumah dahulu, keadaan masih sama.



Aku tak salahkan isteri aku yang mengeluh tentang perkara itu, isteri aku pernah mengalami pengalaman yang mengerikan... Sejak dari itu beliau amat trauma dengan kucing. Biarpun pada anak kucing sekali pun.



Tentang najis dan bau air kencing yang terdapat di rumah aku, aku tak pasti, adakah mereka yang memelihara kucing ini sebenarnya berkepakaran dalam menjaga kucing atau tidak.



Teringat aku kepada seorang rakan sekerja aku yang juga minat memelihara kucing. Beliau memelihara dua ekor kucing, tetapi keletah kucingnya amat menyenangkan.



Ketika aku bersembang di rumah rakan aku ini, tetiba aku lihat kucing beliau mengiaw-ngiaw sambil mencium dan menggaru pintu.



"Kojap-kojap... nanti abah buka..." Kata kawan aku. Dia membuka pintu dan kucing berlari terus keluar.



"Mengapa tu Zul?" tanya aku.



"Dio nak merobeh..."



Aku tertarik dengan kata-kata rakan aku, terus melihat ke luar pintu dan kelihatan kucing tersebut sedang membuang hajat di ruang pasir untuk membuang air besar dan kecil yang disediakan.



"Pandai kau jaga kucing ye..." puji aku pada Zul.



Yang aku hairan, bau hancing atau bau najis kucing memang tak langsung dapat dihidu.



"Kucing ni kita keno cakap kat dio undang-undang dudok romah ni..." Aku mengangguk-angguk sahaja kata-kata rakanku itu.



Kembali lagi ke cerita sebenar aku... Untuk menyelesaikan permasalahan.



Pada hari ini, aku dah beli beberapa jaring besi untuk aku buat penghadang agar kucing-kucing para pencinta kucing ini tidak menceroboh dan membuat onar dalam rumah aku...



so, inilah yang aku lakukan...

















Setahu aku jika di kawasan Kuala Lumpur atau Shah Alam atau bandar-bandar besar yang lain, pemilik kucing yang akan membuat pengadang di rumah masing-masing, tetapi kali ini untuk menjaga hati semua orang, aku sendiri meletakkan penghadang atau jaring di sekeliling kawasan hadapan rumah.



Jiran aku yang memelihara kusing tu, bukannya tak buat apa yang aku buat ini, tetapi buat macam sekadar ada, kucing-kucingnya tetap keluar dan masuk macam tiada penghadang pun.



Beliau juga ada usaha untuk kucing tidak dapat melompat ke rumah aku dengan meletakkan atap plastik di bahagian dinding antara rumah dia dan rumah aku... aku tetap berterima kasih atas perkara itu.



Cuma masalah sekarang, najis-najis kucing masih terdapat di hadapan rumah aku, tak kan aku nak pagar jalan pulak?



Aku sebenarnya bukan tidak menyukai atau menggemari untuk memelihara kucing, malah aku juga dibesarkan bersama emak yang sukakan kucing.



Bertahun-tahun aku berpengalaman dengan kucing ini. Memang aku akui, aku pun bukan setanding dengan rakan aku, Zul untuk memelihara kucing setaat dan sebersih Zul.



Oleh itu, aku ambil keputusan tidak memelihara kucing, khuatir ia akan membuat onar kepada diri aku, keluarga atau kejiranan yang ada di sekeliling aku.



IlyTrolak: "Kena kucing yang comel, kekadang menghiburkan juga..."

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Santai Keluarga di Ujana Muallim

Walaupun jarak antara rumah ke Bandar Proton lebih kurang 50 - 60 Kilometer sahaja, dan pernah beberapa kali ke Bandar Proton ini, tetapi agak terkekang untuk sampai ke Ujana Muallim.



Ujana Muallim ini terletak dalam kawasan Bandar Proton ini. Kawasan yang berkedudukan di kaki Banjaran Titiwangsa ini, merupakan daya tarikan untuk para peminat rekreasi.





Jarak rumah ke Ujana Muallim berdasarkan Google Map 52KM


Disebabkan hari ini aku dan keluarga mengunjungi rumah di kota Malim Prima, maka memberi kesempatan aku membawa ahli keluarga ke Ujana Muallim ini.



Kawasan Ujana Muallim ini dibuka pada setiap hari bermula pukul 7.00 pagi dan ditutup pada pukul 7.00 malam. Aku tahu mengapa kawasan ini dikuatkuasakan waktu sebegitu.



Sesampai ke kawasan ini, amat mempersonakan dengan pemandangan kehijauan yang begitu menenangkan.



Suasananya yang damai, amat sesuai untuk menenangkan fikiran.



Terasa rugi aku tak dapat merakam sepenuhnya panorama di kawasan ini, beserta dengan kemudahan-kemudahan rekreasi yang terdapat di kawasan ini.



In Sya Allah, lain kali aku akan rakamkan secara keseluruhannya, agar dapat menarik minat pihak luar untuk memeriahkan kawasan ini.









Sesampai sahaja di kawasan parkir ke kawasan rekreasi, suasana ceria menyelubungi.





Kak Teh dihimpit oleh Kakak untuk mendahului gelongsoran.





Kakak tak dapat nak imbang, ketika permulaan melakukan gelongsor.





Adik berjaya mendahului daripada kakak-kakaknya.





Kakak memang suka sesuatu cabaran dan berusaha melepasi cabaran tersebut.





Kak Ngah dah terlajak landing





Kak Ngah memantau adik-adik dari kawasan tinggi.





Posing dengan warna-warna ceria...





Ada sesuatu menusuk hidung Ummi ke? Aksi Kak Ngah antara puncanya.





Antara penyeri keluargaku... Dua orang lagi tiada dalam gambar.





Laju, buai laju...





Laju terus laju, sama-sama bersaing untuk lebih tinggi...





Bagus tak Adik??? Ada.. Bagus....





Apa-apa pun adik tetap dengan simbol bagusnya... Terbaik!!!





Ada juga yang interframe di belakang





Baju yang dipakai tu memang agak lama, tetapi sebagai tanda aku juga pernah menaburkan bakti di Bandar Proton ini


IlyTrolak: "Kesibukan yang berlaku, ketenangan yang akan dicari...

Jarak Homestay LiMa ke Ujana Muallim ialah 8.9KM atau 9.1KM mengikut laluan yang dipilih."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Emak di Hospital Slim River

Seumur hidup mak, memang susah sangat nak tengok mak ke klinik, apatah lagi kalau nak ke hospital. Kalau klinik pun, mak akan pilih klinik swasta. Mak ada alasan tersendiri. Kami anak-anak ikut kan sahaja.



Selain klinik swasta, mak lebih memilih perubatan alternatif atau pun perubatan secara hemopathy.



Tapi... kali ini lain... mak sendiri minta untuk ke hospital...



Sakit yang dialami, walaupun bukan terasa sakitnya, tetapi tetap membuatkan emak risau.



Kerisauan emak amat ketara, apabila kerut-kerut yang muncul di wajah emak mula menyerlah, senyuman emak semakin sukar dilihat.



Kini emak di hospital, emak boleh berehat dengan pemantauan oleh pakar perubatan.



Bukan anak-anak emak tak mahu menjaga emak, anak-anak emak enam orang yang menjadi guru. Guru tak pandai nak menetapkan ubat yang sebenar... tak tau nak buat rawatan yang sesuai untuk emak.



Anak-anak emak, 3 orang peniaga dan seorang lagi anak bongsu mak, operator kilang... mereka juga sama macam tu...



Kami anak-anak emak hanya mampu mengurut-urut dan melayan secara biasa, tanggungjawab sebagai anak.



Walaupun kami semua tiada kepakaran dalam bidang perubatan, mak tentu tau... kami tak akan biarkan mak keseorangan...



Tambahan anak mak yang bongsu tu, dia memang rapat sangat dengan emak... sudah tentu, dia sanggup berkorban untuk emak.



Kami anak-anak emak, sayang, sayang, sayang sangat sangat dengan emak...



Semoga Allah memudahkan segala urusan dan memberi kesembuhan kepada emak kami...





Belakang emak tu ialah anak emak dari Bukit Jalil... tetap datang walaupun pada hari bekerja, sebab dia Ustaz, dia lebih faham tentang siluk belok tanggungjawab sebagai anak dari sudut agama.





Rahmat Allah, ramai sungguh yang berkunjung, agar emak hilangkan kerisauan





tengok tu... anak bongsu emak, siap berkepak lagi, duduk kat emak...





Orang Ipoh pun datang, untuk memberi semangat pada emak





Kehadiran buat setakat yang sihat, yang uzur pun datang ziarah emak... happy tak mak???





Ini cucu emak, anak kepada anak kedua emak ni le... siap Luv Luv Luv lagi...





Semoga emak cepat sihat dan terus kembali ceria...


IlyTrolak: "Anak kedua emak ni, memang tak ada dalam gambar... dari dulu lagi, sebab dia ialah jurufotonya... lupa nak berswafoto..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Majlis Kenduri Aqiqah Nuh Aslah

Nuh Aslah bin Muhammad Asri merupakan cucu emak dan abah yang ke 31.



Nuh Aslah merupakan anak sulung kepada adik bongsu iaitu Muhammad Asri bin Salleh.



Pada 6 Jun 2019, Asri mengadakan majlis kenduri Aqiqah untuk Nuh Aslah.



Perancangan awal, hanya menjemput seisi ahli keluarga sahaja, tetapi atas nama kenduri dan menghormati jiran dan rakan-rakan, maka kehadiran jemputan juga dialu-alukan.

















































Emak dan abah bersama-sama menantu...



IlyTrolak: "Majlis aqiqah untuk anak-anak sendiri sudah selesai, hanya meraikan majlis aqiqah untuk anak-anak orang lain..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.