About

Salam Aidilfitri 1441 Hijrah

Alhamdulillah, dikurniakan peluang untuk terus menikmati Syawal pada kali ini.



Setelah sebulan menjalani ibadah puasa dan menjalani latihan di madrasah Ramadhan, semoga amalan-amalan yang dilaksanakan tersebut akan dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi keimanan.





Pada Syawal kali ini oleh sebab disambut dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sudah tentu caranya agak berbeza.



Pada malam 1 Syawal ini, kebiasaannya akan dimulakan dengan laungan takbir yang dikumandangkan di surau-surau atau masjid-masjid, tetapi pada kali ini takbir dilaungkan dalam rumah masing-masing.



Rasa syukur juga, kerana pada kali ini, semua anak-anak dapat bersama-sama mengumandangkan takbir raya secara berganti-ganti.



Suasana di luar masih kedengaran letupan mercun-mercun yang dilancarkan oleh jiran tetangga dan kejiranan kampung bersebelahan.



Pada malam ini juga jari-jemari meneroka gajet yang tersedia untuk persediaan sebagai imam Aidilfitri dan khatib khutbah Aidilfitri.



Disebabkan bukan siapa-siapa dalam organisasi masjid, surau atau kampung, maka tiada jemputan dikemukakan untuk turut mengimarahkan surau atau masjid bagi melengkapkan bilangan jemaah solat Aidilfitri.



Yang pasti Syawal kali ini, tetap diteruskan dengan aktiviti-akviti kekeluargaan yang menjadi fokus utama.



Semoga hubungan cahaya Islam akan menerangi keluarga ini.



Perbezaan kali ini bukan dianggap sebagai kekurangan tetapi dianggap sebagai suatu rahmah yang mungkin tidak akan dirasai pada masa akan datang.



Takkabarallahu minna waminkum.



IlyTrolak: "Stay at Home and Stay Safe"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

0 Reviews:

Post a Comment