
Kementerian itu melalui kenyataan hari ini memaklumkan soal selidik itu bertujuan mendapatkan maklum balas dan pandangan orang awam berhubung kandungan alkohol yang perlu dibenarkan dalam undang-undang atau peraturan yang akan dipinda di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].
"(Soal selidik itu juga) berdasarkan kepada keputusan jemaah menteri yang telah bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan mengkaji semula Akta 333.
(Ia untuk) menaikkan hukuman atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk termasuk menurunkan had kandungan alkohol yang dibenarkan dalam badan pemandu seperti mana standard yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," menurut kenyataan itu.
Orang awam dijemput bersama-sama dalam menjawab soal-selidik berkenaan yang mula dilaksanakan pada 21 Mei 2020 sehingga 4 Jun ini di pautan: SOAL SELIDIK KESALAHAN MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK.
Sejak kebelakangan ini rakyat Malaysia menyaksikan beberapa kejadian melibatkan pemandu mabuk dan insiden terbaharu ialah seorang pemandu yang dipercayai mabuk mengamuk dengan memandu kenderaan pacuan empat rodanya secara berbahaya di sebuah tapak perniagaan di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor menyebabkan lima orang cedera.
Pada 3 Mei lepas seorang anggota polis, Koperal Safwan Muhammad Ismail yang bertugas di sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki yang disyaki mabuk.
Sumber: BERNAMA
IlyTrolak: "Semoga mendapat sokongan daripada semua"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
0 Reviews:
Post a Comment