About

MRSMF Trolak Jadi Kolej Tun Abdul Razak



Kolej Tun Abdul Razak tersergam indah




BEHRANG - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda di Trolak dekat sini yang bakal memulakan sesi pengajian pertamanya pada 4 Januari 2010 ini akan dikenali sebagai Kolej Tun Abdul Razak.



Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, penamaan MRSM yang dibina di atas tanah seluas 25 hektar itu dibuat sebagai memperingati peranan dan jasa Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang juga pengasas Felda.



Bagaimanapun katanya, Kolej Tun Abdul Razak akan menggunakan silibus dan cara pembelajaran yang sama seperti ditawarkan MRSM lain di seluruh negara.



"Subjek yang diajar sama seperti di MRSM lain namun Felda masih berunding dengan pihak Mara supaya kita dapat menambahkan kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian, mungkin lebih daripada sukatan mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan penganugerahan diploma kepada 803 graduan pada Majlis Konvokesyen Kelima, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) di sini semalam.



0 Reviews:

Post a Comment