About

Mencari Lailatul Qadar

Junjungan Besar Nabi Muhammad (Selawat dan Salam Ke atas Baginda) adalah malam Qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (Hari Ganjil) Bulan Ramadhan.





Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulamakuntuk mencari malam Lailatul Qadar.



Jika awal Ramadhan jatuh pada hari berikut:



Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan.



Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan.



Selasa atau Jumat - Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan.



Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan.



Jumaat atau Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan.



Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.



Berdasar petua di atas, InsyaAllah malam qadar pada tahun 1430 hijrah ini akan jatuh pada malam ke 23 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 13 September 2009.



Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!



Namun begitu sebagaimana riwayat yang telah di sabdakan oleh Rasulullah, bahawa Lailatul Qadar tersebut akan berlaku pada sepuluh malam yang terakhir. Maka, carilah ia pada sepuluh malam terakhir tersebut.



Tanda malam Qadar ialah :



1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;



2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;



3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.



MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.





Ily Trolak : Semoga Allah menemukan aku dengan Lailatul Qadar tahun ini



0 Reviews:

Post a Comment