About

Apakah Sebenarnya Program Pay Per Lead atau Ringkasnya PPL?

PPL ialah salah satu bentuk program affiliate dimana peserta PPL biasanya akan menerima bayaran hasil daripada leads yang berjaya mereka hasilkan dari link affiliate mereka.







Satu lead dikira untuk setiap pendaftaran yang biasanya melibatkan maklumat sekurang-kurangnya nama dan alamat email. Dan ada juga yang memerlukan lebih banyak maklumat diisi. Hanya borang yang lengkap diisi sahaja akan dikira layak untuk komisen.



Program PPL lebih mudah dipromosikan kerana biasanya produk yang dipromosikan adalah percuma. Anda hanya promosikan link affiliate anda , prospek akan mendaftarkan maklumat mereka untuk mendapatkan produk percuma tersebut.. dan anda akan dapat komisen! Tiada sebarang bayaran dikenakan!



Kebanyakan penganjur program PPL ini mensasarkan untuk mengumpulkan “mailing list” untuk produk yang akan mereka jual . Senarai email ini adalah sangat penting kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pemasaran internet. Jadi, tidak hairanlah kenapa pihak penganjur sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk membayar kepada affiliate yang menyertai program PPL mereka.



Sebelum sertai apa jua PPL, anda juga perlu pastikan apakah syarat-syaratnya. Ada program PPL yang dibuka untuk waktu terhad sahaja. Dan ada juga yang menetapkan bayaran minima untuk melayakkan anda menerima komisen. Jadi, baca dan fahami dulu syarat-syaratnya ye!



Okla, mari kita ikuti langkah-langkah yang biasanya diperlukan untuk membuat duit dengan PPL.Terdapat 2 bahagian dalam proses ini.



Proses 1 : Mendapatkan produk percuma.



Langkah 1 – Pergi ke mana-mana laman web PPL yang dipromosikan



Langkah 2 – daftarkan maklumat anda seperti nama dan alamat email



Langkah 3 – Semak email dari penganjur dan klik link pengesahan yang diberikan



Langkah 4 – Anda akan dibawa ke web untuk download produk percuma tersebut .



Langkah 5 – Anda juga akan dimaklumkan tentang kaedah untuk mendaftar sebagai agen PPL.



Proses 2 : Mendaftar program PPL



Langkah 1 – Lawat link affiliate yang diberikan oleh penganjur



Langkah 2 – Daftarkan diri anda dengan mengisi borang yang disediakan



Langkah 3 – Apabila pendaftaran berjaya, anda akan diberikan link affiliate anda sendiri seperti http://www.janaduitonline.com/panduanppl/index.php?ref=ilytrolak



Langkah 4 – Promosikan laman web anda kepada orang ramai. Biasanya anda akan dibekalkan dengan pelbagai tools untuk promosi seperti banner dan artikel yang boleh anda gunakan.



Terdapat pelbagai cara untuk mempromosikan produk PPL, antaranya ini melalui forum, blog atau apa jua cara pengiklanan yang anda rasakan berbaloi dan berkesan.



Semoga berjaya!!!



Sumber : asmawati.com



0 Reviews:

Post a Comment