Oleh Rosman Shamsudin
TROLAK : Penubuhan koperasi di tanah rancangan Felda sebenarnya memberi banyak manfaat kepada golongan peneroka kerana kemjuan sesuatu koperasi itu akan turut membantu ahlinya di dalam menignkatkan kualiti hidup.
Buktinya, Koperasi Serbaguna Felda Trolak Utara Berhad (KSFTUB), Sungkai, Perak yang menjangkau usia 30 tahun bukan sekadar menjalankan tanggungjawab sosial, namun turut aktif membantu ahlinya di dalam bidang ekonomi.
Koperasi itu ditubuhkan pada 24 Januari 1976, iaitu hasil cadangan Allahyarham Udin Said yang menjadi Pengerusi pertama koperasi itu sehinggalah kini jumlah keahlian mencecah kepada 412 peneroka.
Setiap ahli koperasi dikenakan yuran keahlian RM150 seumur hidup dan sehingga akhir 31 Disember 2004, koperasi itu mempunyai nilai aset keseluruhan RM641 juta.
Antara aktiviti yang dijalankan bagi mengukuh kewangan koperasi iaitu, menjalankan perkhidmatan sewa kenderaan termasuk mengangkut bahan binaan dan hasil pertanian, membeli kelapa sawit, stesen minyak, rumah sewa dan restoran.
Setiausahanya, Md Saad Shafie, 56, berkata koperasi itu sememangnya ditubuhkan bagi memberi manfaat kepada ahli dan peneroka terutama dalam menjalankan pelbagai kegiatan serta memberi sumbangan dalam aktiviti kemasyarakatan.
Beliau berkata, ahli koperasi turut menerima kemudahan kredit membeli baju dan benih tanaman serta turut menikmati harga sewa pengangkutan yang lebih rendah daripada koperasi itu.
"Koperasi juga amat prihatin kepada ahlinya terutama ketika ahli ditimpa musibah, sakit dan sebagainya sebagai ganjaran menjadi ahli koperasi," katanya ketika ditemui di pejabat KSFTUB, Trolak Utara, Sungkai, baru-baru ini.
Md Saad berkata, bagi meningkatkan ekonomi ahlinya pihak koperasi sentiasa menggalakkan ahli menceburkan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) asas tani terutama di dalam pengeluaran produk pemprosesan bahan pertanian.
Beliau berkata, dalam bidang hartanah koperasi itu berharap kerajaan Perak dapat meluluskan permohonan tanah pertanian seluas 200 hektar yang bersempadanan Pahang untuk tujuan tanaman bunga-bungaan untuk menjana aset koperasi itu pada masa depan.
Sementara itu, Bendahari KSFTUB, Rostam Mohd Ramli, 36 berkata, setakat ini, dalam pengeluaran makanan, Era Semesta Sendirian Berhad mengeluarkan kek dan roti serta Hazli Enterprise menjalankan perusahaan membuat kuih tradisional.
Beliau berkata, Dinzan Enterprise pula mengeluarkan produk sos cili dan kicap serta ibu tunggal, Zaleha Buyong, 54, membabitkan diri dalam projek penanaman buah naga yang kini mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli dan peminat buah-buahan tempatan di negara ini.
"Koperasi turut membantu dalam kerja pembungkusan, pengedaran dan mencari pasaran untuk memastikan semua produk yang dihasilkan oleh ahli dapat dipasarkan dengan berkesan.
"Produk yang dihasilkan di Felda ini kini mendapat permintaan tinggi, hasil pembabitan dalam pameran serta ekspo yang dianjurkan pihak Felda, badan kerajaan serta swasta sehingga jenama produk PKS FELDA mula mendapat perhatian," katanya.
Bagaimanapun, Rostam berkata, keuntungan koperasi berakhir 31 Disember 2004 berkurangan, iaitu RM61 juta berbanding keuntungan tahun sebelumnya (2003) RM94 juta.
Keratan Surat Khabar - Berita Harian - 12 Julai 2006 - Rabu - Ruangan Nasional - Halaman 14:

Sumber: Gabungan Wawasan Generasi FELDA