Berita Harian, 24 Nov 2000
oleh Jaffri BN
TROLAK: Pertandingan ayam serama ataupun ayam katek kini menular pula ke tanah rancangan Gugusan Felda Trolak, dekat sini, apabila pertandingan ayam serama dianjurkan di perkarangan kantin sekolah itu sempena Hari Kantin Sekolah Menengah Trolak (Semetro) 2000, baru-baru ini.

Pertandingan kali pertama di situ, disertai 11 pemilik ayam berkenaan termasuk seorang wanita dari Slim River.
Setiap penyertaan masuk dikenakan RM10 seekor dan diadili tiga pengadil yang mempunyai kepakaran masing-masing.
Antara syarat pengadilan mereka ialah tubuh dan gaya dada (markah 25 peratus), ekor (15), sayap dan lawai (10) manakala warna, kepala atau balung serta kaki, lima peratus.
Syarat lain yang perlu dititikberatkan oleh pemilik ayam serama ialah saiz serta berat ayam di bawah 320 gram manakala 321 gram ke atas pula adalah kategori ayam kapan.
Tiga peserta dari Felda Trolak Utara, membolot kemenangan bergaya kategori pertandingan ayam serama apabila Nazri Kassim, 32; Ibrahim Salleh ,23; dan Laffiaswan Mat Jan, masing-masing muncul sebagai juara, tempat kedua dan ketiga.
Bagi pertandingan ayam kapan, tiga peserta dari Felda Trolak Selatan, menyapu kejuaraan, tempat kedua dan ketiga melalui Nariazahar Beserah, 23, Musliadi Mohd Masri dan Mohd Azrul Kasim.
Pemenang masing-masing menerima hadiah hamper yang disampaikan Pengetua Sekolah Menegah Trolak (Semetro), Jantan Attan.
Sementara itu, Nazri berkata, dia memelihara ayam serama sejak setahun lalu, selepas dia membeli ayam berkenaan dari Kedah dengan harga RM100 empat pasang.
"Saya tidak sangka ayam serama milik saya itu menjadi juara walaupun ayam serama lain yang bertanding tidak kurang hebatnya, kemungkinan ayam saya itu memenuhi syarat pertandingan," katanya selepas pertandingan itu.
Menurut Nazri, yang bekerja sebagai pembantu kedai Felda Trading Berhad (D'Mart) Felda Trolak Utara penjagaan ayam serama agak berbeza dengan ayam kampung kerana ia perlu dimandikan seminggu sekali serta disyampu supaya bulunya bersih serta cantik.
Beliau berkata dari segi pemakanan pula, ayam serama perlu diberi makan dua kali sehari (pagi dan petang) dengan dedak khas ayam serama yang diperolehi di kedai Behrang Stesen, dekat Slim River, yang mana setiap paket berharga RM2.50 sen.
"Kerana sayang, ayam serama saya itu saya kurung dalam sangkar berkunci dan diletakkan di dalam rumah," katanya.
IlyTrolak : Cerita ayam Serama ialah cerita bermusim. Ke mana perginya ayam-ayam itu sekarang (Catatan 23/08/2009)

0 Reviews:
Post a Comment