About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Cerita-cerita Syaitan

Terkejut dan rasa macam tertipu dengan gelagat sekumpulan manusia ini. Seringnya dilihat seperti yang bermoral tetapi rupanya tak ubah seperti syaitan. Salah satu sedutan cerita yang boleh kita lihat, cubalah klik link di bawah.



Kisah 1



Itu merupakan anak tiri kepada ****, apa yang ****, itu tak tau. bagaimana pendatang baru, rupanya dah banyak rosak juga. Bagaimana dengan yang lain? Mari kita lihat sama-sama.



Kisah 2

Kisah 3

Kisah 4



Bagaimana dengan cerita anak-anak orang kenamaan? Anda carilah sendiri di laman yang sememangnya top membongkarkan kisah moral kumpulan tertentu ini.



Klik sini



IlyTrolak : "Pernah dengar juga Tokoh Maal Hijrah yang tak pernah sembahyang"



Harga 3 Jenis Proton di Arab Saudi

Harga kereta Proton di Malaysia dan luar negara. Pada aku tentulah harga di luar negara lebih mahal disebabkan ia melibatkan kos untuk pengangkutan dan cukai yang dikenakan oleh kerajaan sesebuah negara.







Namun begitu satu emel telah memeranjatkan aku, adakah itu benar? Harga kereta di luar negara lebih murah berbanding di negara Malaysia. Ini bukan kereta import Malaysia yang dah tentu harganya mahal di Malaysia. Ini ialah kereta buatan Malaysia iaitu keluaran PROTON. Mengapa ini berlaku???



Untuk memperkukuhkan bukti aku ke laman-laman di Internet untuk mengesahkan emel yang telah dihantar kepada aku sebelum ini. Laman yang menjadi rujukan aku ialah http://www.drivearabia.com/proton/. Mari kita lihat bersama-sama...















IlyTrolak : Memikirkan apakah alasan pihak Proton berkaitan perkara ini.



Anjing dan Awek

Kisah ini diambil dari emel yang telah dihantar kepada kotak emel aku. Kisahnya aku pernah dengar sebelum ini. Aku terpanggil untuk memasukkan ke dalam laman ini agar ia menjadi renungan bersama.



LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?



ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.



LEMBU : Eh? Kenapa?



ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".



LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah tu.



ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?



LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.



ANJING: Wah... ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"



Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".



Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.



Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".

(Surah Zumar: 9)



"Lahirnya manusia disambut dengan azan... matinya manusia diiringi solat... antara azan & Solat ... alangkah singkatnya hidup ini"



Apa Itu Tasauwuf?

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman





Ramai yang mungkin bertanya-tanya apa itu tasauwuf. Adakah ianya satu ilmu baru dan bersifat bid'ah? Apakah sumber sebenar ilmu ini? Dalam perbicarakan topik ini, sebenarnya ada pro dan contranya. Namun bagi penulis semua ilmu yang mendatangkan kebaikan tidak wajar ditinggalkan. Apatah lagi setiap kali perkara yang kita anggap baru kita menolakkan dengan bahasa agama, iaitu bid'ah! Tanpa melihat kandungannya dan kesannya kepada kehidupan sejagat.



Sebenarnya, ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah serta mendisiplin peribadi mukmin dan membaikinya satu perkara yang perlu dipandang positif. Kedudukannya sama sepeti ilmu feqah, usul feqah, ulum tafsir, ilmu hadis (mustolah hadis), dan lain-lain lagi.



Berikut saya kemukakan definisi tasauwuf daripada pakar-pakarnya.



Ma'ruf Al-Karkhi mengatakan bahawa tasauwuf ialah pergantungan harap kepada Allah SWT dan tidak kepada makhluk.



Abu Turab Al-Nakhsyabi, sufi itu ialah seseorang yang tidak dikotori oleh sesuatupun, malah bersih daripada semua perkara.



Sahl bin Abdullah Al-Tustari berkata: "Sufi itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat, sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan Allah SWT dan tidak dengan manusia. Oleh yang demikian, di sisinya tidak ada apa-apa perbezaan antara emas dan lumpur".



Al-Jurairi menyatakan bahawa tasauwuf itu ialah perlakuan akhlak yang tinggi dan meninggalkan perlakuan yang keji.



Al-Kattani menegaskan bahawa: "Sesiapa yang membekalkan kamu akhlaknya yang terpuji maka dia telah menambahkan kebersihan jiwamu".



An-Nuri berkata: "Tasauwuf itu bukan tulisan atau ilmu tetapi ianya adalah akhlak. Jika tasauwuf itu tulisan, ia boleh diperolehi dengan latihan. Dan jika ilmu, ia boleh diperolehi dengan belajar. Tetapi sebenarnya maksud tasauwuf itu berakhlak dengan Allah SWT. Seseorang itu sama sekali tidak dapat berakhlak dengan akhlak ilahi hanya melalui ilmu dan tulisan".



Begitulah serba sedikit perkongsian ilmu pada detik ini. Moga jelas apa yang kabur dan terang apa yang gelap. Insya Allah saya akan bawa pandangan seorang ulama' yang agong tentang ilmu tasauwuf ini.





Hukum Belajar Tasauwuf



Imam Ghazali berkata: "Hukumnya fardhu ain kerana manusia tidak sunyi daripada aib atau sakit kecuali para nabi-nabi. Syeikh Al-Syazili berkata: "Siapa yang tidak menceburi ilmu kita ini, nescaya dia mati dalam dosa besar yang tidak disedarinya". Syeikh Dahlan Al-Kadiri: "Mempelajarinya fardhu ain pada setiap mukallaf".



Imam Malik berkata: "Siapa yang bertasauwuf tanpa feqah, sesungguhnya dia kafir zindik. Siapa yang mempelajari feqah tanpa bertasauwuf sesungguhnya dia fasik. Dan siapa yang menghimpunkan kedua-duanya nescaya dia akan selamat".



Imam As-Syafie berkata: "Jangan kamu hanya menjadi salah seorang daripada ahli feqah atau tasauwuf. Kerana orang yang hanya faqih tidak bertasauwuf keras hatinya. Manakala yang bertasauwuf tanpa feqah akan jahil dirinya, mana mungkin dia dapat membaiki dirinya"?



Demikian pandangan sebahagian ulama' tentang kepentingan dan kedudukan mulia ilmu ini. Namun demikian jangan tersilap langkah mempelajari tasauwuf bukan daripada ahlinya. Imam Junaid Al-Baghdadi berkata: "Ilmu kami ini terikat dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Sesiapa yang tidak menghafaz Al-Quran dan tidak menulis hadis maka tiada diikuti perjalannya".



Sekadar berkongsi maklumat dan kebaikan.





P/S : Kuliah Tasauwuf ini diadakan di Surau Al-Kauthar Taman Rinting, Masai, Johor. Orang Johor sila hadir.



Apakah Sebenarnya Program Pay Per Lead atau Ringkasnya PPL?

PPL ialah salah satu bentuk program affiliate dimana peserta PPL biasanya akan menerima bayaran hasil daripada leads yang berjaya mereka hasilkan dari link affiliate mereka.







Satu lead dikira untuk setiap pendaftaran yang biasanya melibatkan maklumat sekurang-kurangnya nama dan alamat email. Dan ada juga yang memerlukan lebih banyak maklumat diisi. Hanya borang yang lengkap diisi sahaja akan dikira layak untuk komisen.



Program PPL lebih mudah dipromosikan kerana biasanya produk yang dipromosikan adalah percuma. Anda hanya promosikan link affiliate anda , prospek akan mendaftarkan maklumat mereka untuk mendapatkan produk percuma tersebut.. dan anda akan dapat komisen! Tiada sebarang bayaran dikenakan!



Kebanyakan penganjur program PPL ini mensasarkan untuk mengumpulkan “mailing list” untuk produk yang akan mereka jual . Senarai email ini adalah sangat penting kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pemasaran internet. Jadi, tidak hairanlah kenapa pihak penganjur sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk membayar kepada affiliate yang menyertai program PPL mereka.



Sebelum sertai apa jua PPL, anda juga perlu pastikan apakah syarat-syaratnya. Ada program PPL yang dibuka untuk waktu terhad sahaja. Dan ada juga yang menetapkan bayaran minima untuk melayakkan anda menerima komisen. Jadi, baca dan fahami dulu syarat-syaratnya ye!



Okla, mari kita ikuti langkah-langkah yang biasanya diperlukan untuk membuat duit dengan PPL.Terdapat 2 bahagian dalam proses ini.



Proses 1 : Mendapatkan produk percuma.



Langkah 1 – Pergi ke mana-mana laman web PPL yang dipromosikan



Langkah 2 – daftarkan maklumat anda seperti nama dan alamat email



Langkah 3 – Semak email dari penganjur dan klik link pengesahan yang diberikan



Langkah 4 – Anda akan dibawa ke web untuk download produk percuma tersebut .



Langkah 5 – Anda juga akan dimaklumkan tentang kaedah untuk mendaftar sebagai agen PPL.



Proses 2 : Mendaftar program PPL



Langkah 1 – Lawat link affiliate yang diberikan oleh penganjur



Langkah 2 – Daftarkan diri anda dengan mengisi borang yang disediakan



Langkah 3 – Apabila pendaftaran berjaya, anda akan diberikan link affiliate anda sendiri seperti http://www.janaduitonline.com/panduanppl/index.php?ref=ilytrolak



Langkah 4 – Promosikan laman web anda kepada orang ramai. Biasanya anda akan dibekalkan dengan pelbagai tools untuk promosi seperti banner dan artikel yang boleh anda gunakan.



Terdapat pelbagai cara untuk mempromosikan produk PPL, antaranya ini melalui forum, blog atau apa jua cara pengiklanan yang anda rasakan berbaloi dan berkesan.



Semoga berjaya!!!



Sumber : asmawati.com



Kisah Sang Monyet

Seketika aku mempunyai kesempatan waktu, kotak emel ku periksa. Lantas terpaku aku kepada satu catatan yang mengenengah kisah haiwan ini. Pada tajuknya sahaja, melihatkan sedikit kelucuannya, tetapinya agak berlainan bicara. Aku letakkan di laman ini agar semua dapat membacanya dan mendapat ikhtibar dari kisah ini. Ikuti emel yang di'forward'kan bertajuk "Kisah Sang Monyet".



Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis.Apa yang saya ingin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar.



Saya tidak bijak bercerita tentang itu. Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.



Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir, saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.



Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging. Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu? Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!



Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu. Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.



Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.



Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.



Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi .



Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik,"Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan".



Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.



Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?



"Ha'a. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik.



Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya. Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan kosong?" lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan DAMMM!!!



Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.



BUUUPP!



Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat.



Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan,tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit. Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya.



Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya. Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.



Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.



Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi. Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan. Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami.



Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya. Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia. Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah aku bebas kesana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini?



Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai di tanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.



Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.



Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.



Suasana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.



Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik.



Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??



Mana hilangnya akal waras kami?



Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.



Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.



Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.





IlyTrolak : Pernah melihat satu peristiwa di mana seekor monyet yang telah mati di jalan raya sedang ditarik ketepi oleh kawannya yang lain. Setelah ketepi 3 ekor monyet yang masih hidup duduk di sisi monyet mati dalam beberapa ketika, dan kemudiannya pergi... Terima kasih Insyira Arman kerana forward emel kepada saya



Kehebatan Membaca Bismillah

Bismillahhirrahmanirrahhim



1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH Pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.









2. "BISMILLAH untukmu Dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap Mata pun sejak BISMILLAH diturunkan Kepada Adam." (Hadith Qudsi)



3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin Terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang Dan terlempar Semua syaitan.



4. Demi Allah Dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit Melainkan menjadi ubat untuknya Dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu Melainkan Allah beri berkat ke atasnya.



5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia Dan mati syahid, maka bacalah

BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu Perkara yang baik.



6. Jumlah Huruf dalam BSMILLAH Ada 19 huruf Dan malaikat Penjaga neraka Ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah

Selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap Hari."



7. Tiap huruf BISMILLAH Ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,"Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya Dan kamilah Kehebatannya."



8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan

Mengangkat namanya Di syurga yang sangat tinggi Dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.



9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan

Bertasbihlah segala gunung kepadanya.



10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian Dan kebakaran, maut mendadak Dan bala.



11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,hinalah Dan masuk ketakutan Dalam hati is zalim serta naiklah keberanian Dan Kehebatan kepada is pembaca.





Anda Ada dua pilihan sama Ada:



1.biarkan dalam inbox anda tanpa Bermanfaat utk org lain..



2.anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu Dan Orang Yang mengamalkannya maka dia akan Beroleh pahala walaupun sudah Tiada...."