Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA dan MAZLINA ABDUL MAJID
berita@kosmo.com.my

WARTAWAN Kosmo!, Mazlina (kanan) sedang membeli stun gun di Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Percayakah anda, stun gun atau alat renjatan elektrik yang dijadikan sebagai senjata mempertahankan diri boleh dibeli dengan mudah di lebih 10 buah premis di sekitar Jalan Chow Kit di sini.

Malah jika betul gayanya, sedozen alat itu boleh dibeli pada harga hanya sekitar RM150 hingga RM200 seunit terutamanya kepada 'pelanggan setia'.
Senjata yang berbentuk seperti sebuah telefon bimbit itu sering digunakan bagi mempertahankan diri terutama di kalangan wanita.
Berdasarkan maklumat, wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai pelanggan telah mengunjungi beberapa premis di sekitar Chow Kit berjaya membelinya walaupun pada mulanya mereka agak berat untuk berbuat demikian.
Di sebuah premis, peniaga terbabit mengaku ada menjualnya tetapi enggan menunjukkannya kerana ketika itu premisnya dipenuhi pelanggan.
Bagaimanapun, kehadiran kami di sebuah lagi premis pemborong aksesori elektrik dan mengaku sebagai pekerja kelab malam yang sentiasa terdedah kepada bahaya dan perlu senjata itu bagi melindungi diri, akhirnya peniaga terbabit akur dan menjualnya kepada kami.
Senjata itu dipamerkan di bahagian kaunter kedai tetapi diletakkan di sudut paling bawah dan dibungkus dalam satu pakej kotak yang menarik.

Sumber : Kosmo! Online
IlyTrolak : Risau dengan pendedahan yang telah dilaporkan oleh akhbar. Mungkin ia akan memberi info kepada yang tidak tahu. Jika yang akan tahu itu ialah seorang penjenayah, apa akan jadi?