About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Ku Faham Apa Yang Tersirat

Lama juga sudah tidak bertemu dengan Tok. Kesibukan yang teramat membuatkan aku tidak sering ke kampung untuk menziarahi Tok. Jika tidak silap hampir setahun aku tidak menjengahkan diri ke sana.



"Maafkan kami Tok..." Bisik hatiku tak dapat diluahkan.



Pertemuan ini bukannya di kampung, kebetulan bapa saudaraku mengadakan majlis akad nikah untuk sepupu perempuanku.



"Apa khabar Angah?" tangan ku hulur selepas salam ku ucapkan. Semuanya bagaikan menanti sesuatu.



Seorang demi seorang tangan ku hulurkan.



"Acik kamu nak datang" balas salah seorang bapa saudaraku apabila soalan disuarakan.



Patutlah dari tadi mata mereka asyik memandang jalan. Menanti seseorang rupanya.



"Tu tok kamu, tengah menanti kome semua..."



"Apa khabar Tok?" Lesu saje tangan Tok diangkat.



"Kenal ke ni...?" sahut emak kepada Tok.



Direnungnya lama-lama



"Udin mana...?" itulah yang ditunggu-tunggu sangat di kalangan cucu-cucunya. Sebab cucunya itu pernah tinggal bersamanya sewaktu zaman persekolahan.



Selang beberapa jam selepas makan dan menunaikan solat Maghrib, kami kembali berkumpul sambil berbual-bual.



"Tahniah Mak Ngah, bertambah besar keluarga Mak Ngah..."



"Terima kasih..." balas Mak Ngah.



"Tok, sekarang ni makin besar keluarga Tok..."



"Apa?" Tak berapa dengar rupanya tok ni... patutlah sejak tadi macam melayang je fikirannya.



Ku ulangi kata-kata tadi.



"Besar nak buat apa, tak ade apa gunanya..." Terkedu juga aku dan semua yang berada di situ.



"Kalau betul, bagi le seribu, dua tiga ribu sebulan..."



"Tapi apa nak buat Tok, pendapatan kami pun cukup-cukup untuk keluarga... sikit-sikit tu boleh la..."



Aku tengok muka Tok...



"Yang lebihnya kami berikan kasih sayang persaudaraan ini."



Aku lihat sedikit kelegaan di wajah-wajah sanak saudara yang berkumpul sama.



Aku usap beberapa kali di belakang Tok, seakan sesuatu yang disembunyikan.



Aku faham yang diucapkan itu bukanlah dari sudut hatinya yang sebenar. Tok, pada aku seorang yang sangat penyayang. Cuma, semenjak kehilangan Opah We, Tok agak lain.



Mungkin kekosongan hati tersebut yang membuatkan Tok begitu. Walaupun Tok dah bertemu pengganti Opah We tetapi pada aku yang pertama selalunya tidak sama dengan yang lain.



Biarlah sebaik mana sekalipun Opah baru, pastinya yang hidup bersama sebegitu lama mungkin telah serasi. Jodoh kedua sekadar peneman kala kesunyian. Kasih sayang yang romantis mungkin tidak lagi. Mungkin Tok masih tercari-cari kasih sayang sebenar dari Opah baru.



Tapi... dari jawapannya satu perkara yang pasti tersirat yang menggambarkan apa yang tersurat telah termetri.



Maafkan kami Tok, cucu-cucu lama tak menjengah Tok dan menghiburkan hati Tok. Cicit-cicit Tok mungkin masih tidak mengerti apa maknanya Moyang. Insya Allah, kami akan cuba pulang di Aidilfitri nanti.



"Ya Allah, Kau ampunkan dosa moyang ku, Kau peliharalah kesihatan dan imannya. Kau hentikanlah kesedihan di hatinya, Kau berikan nur iman yang sejati. Pancarkanlah nur iman untuk menuju ke jalan yang benar."





IlyTrolak : Mencari erti kasih sayang yang sebenar adalah melalui iman dan taqwa.



Kuliah 2 : Ustaz Azhar - Puasa Melayu



Kuliah Ustaz Azhar Idrus berkaitan puasa di kalangan orang Melayu. Menghuraikan pengertian dan isi kandungan berkaitan puasa yang dikaitkan dengan situasi semasa.

Di dalam laman ini hanya diletakkan untuk siri pertama sahaja. Untuk bahagian yang lain sila ke IlyTrolak's Channel atau klik pada pautan di bawah:

Ustaz Azhar - Puasa Melayu Bahagian 1
Ustaz Azhar - Puasa Melayu Bahagian 2
Ustaz Azhar - Puasa Melayu Bahagian 3
Ustaz Azhar - Puasa Melayu Bahagian 4
Ustaz Azhar - Puasa Melayu Bahagian 5
Ustaz Azhar - Puasa Melayu Bahagian 6


IlyTrolak : Semoga ilmu yang berguna dapat kita pergunakan dengan penuh manfaat.

Kuliah 1 : Dr Hamka Puasa Ramadhan





Ceramah dari Dr. Hamka ini aku pernah dengar sewaktu aku di bangku sekolah rendah lagi. Dr. Hamka merupakan seorang ulamak masyhur di nusantara di suatu ketika dulu. Jasanya di dalam pembangunan Islam di rantau nusantara amat besar.



Ceramah kali ini adalah berkaitan dengan "PUASA RAMADHAN". Ceramah ini sebenarnya dirakamkan di dalam tape kaset. Rakaman tersebut telah diubah ke dalam bentuk digital.



Namun untuk dipaparkan di laman web memerlukan fail tersebut dipecahkan kepada 6 bahagian. Aku letakkan bahagian 1 dari 5 bahagian dari ceramah tersebut.



Untuk mendengar kelima-lima bahagian ceramah tersebut boleh memasuki laman YouTube aku di IlyTrolak's Channel atau boleh klik di bawah ini.



Dr. Hamka - Puasa Ramadhan Bhgn 1

Dr. Hamka - Puasa Ramadhan Bhgn 2

Dr. Hamka - Puasa Ramadhan Bhgn 3

Dr. Hamka - Puasa Ramadhan Bhgn 4

Dr. Hamka - Puasa Ramadhan Bhgn 5



Aku letakkan ceramah ini di dalam laman internet adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dari ulamak tersohor kepada umum.





IlyTrolak : Semoga Allah merahmati hambaNya yang mendengar ilmu agama ini.



Kelebihan Bulan Ramadhan

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :



1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :



"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."



Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.



2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :



"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."



Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi



3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :



"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."



Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi



4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :



"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).



Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."



Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi



5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :



"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.



Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "



Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.



wallahua'lam





Sumber : Ustaz Azhar





IlyTrolak : Semoga semua umat Islam mendapat yang terbaik untuk Ramadhan kali ini.



Antiviral H1N1 Pada Harga RM80 Di Klinik Terpilih

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Orang ramai boleh mendapatkan ubat antiviral bagi merawat Influenza A (H1N1) dengan harga tidak melebihi RM80 sekotak di semua rangkaian klinik atau hospital yang menyertai kempen Klinik Cegah dan Rawat Influenza A (H1N1).



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setakat ini sebanyak 85 klinik dan hospital swasta di seluruh negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kempen berkenaan.



Beliau berkata, di bawah kempen itu, klinik atau hospital swasta yang menyertainya akan diberikan harga istimewa bagi membeli ubat antiviral FluHalt (Oseltamivir Phospate) keluaran Syarikat Ranbaxy (Malaysia) Sdn. Bhd.



“Apabila kita beri kata putus, iaitu klinik jangan jual harga antiviral ini lebih tinggi daripada RM80, saya rasa dengan jelas orang ramai boleh mendapat antiviral ini dengan lebih murah. Satu ketika dulu harganya meningkat sehingga RM180.



“Kita rasa ini adalah musim pandemik dan dengan sokongan pembekal ubat parmaceutical, kita dapat mengurangkan harga ini. Saya harap klinik-klinik mendapatkan bekalan dan memberi rawatan dengan cepat kepada pesakit H1N1,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen klinik cegah dan rawat influenza A (H1N1) di sini hari ini.



- BERNAMA





Sumber: Utusan Malaysia





IlyTrolak : Alhamdulillah, antara cara untuk mengatasi masalah berlaku. Inilah yang dikatakan di dalam satu masalah terdapatnya keuntungan untuk sesetengah pihak. Baru sahaja ke penutup mulut hangat diperbincangkan sehingga kerajaan terpaksa campur tangan dan menetapkan harga syiling bagi produk tersebut. Apakah peniagaan akan akan akur dengan harga yang telah ditetapkan untuk antiviral ini?



Lirik Lagu 3 : Warisan





Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang



Nenek moyang kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesamalah kita

Cita lenyap di arus zaman



Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Pribumi merintih sendiri



Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam

Tertutuplah hati terkunci mati

Maruah peribadi dah hilang



Kini kita cuma tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri



Kita sudah tiada masa

Majulah dengan maha perkasa

Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayu kan gagah di Nusantara (3x)





IlyTrolak : Teringat semasa mengikuti satu kem motivasi sewaktu menyertai persatuan belia. Kesan dari itulah aku begitu sayangkan bangsa dan agamaku kini.



Lirik Lagu 1 : Kisah Seorang Biduan

Dari Sebuah Desa

Berbekal Gitar Tua

Datang Ke Ibukota

Dengan Penuh Harapan

Menjadi Seorang Biduan



Oh Biduan Pujaan

Pujaan Tua Muda

Kau Ditaburi Cahya

dan Sinar Kekaguman

dan Riuhnya Tepukan



Korus

Meskipun Kau Tersenyum

Namun Orang Pun Tahu

Apa Isi Hati Mu

Tatkala Kau Lagukan

Lagu Mu Lagu Sedih

Perjalanan Hidup Mu

Ditinggal Kekasih Mu



Artis : Dahlan Zainuddin