About

Keris Pertamaku

Aku memang meminati keris. Sejak dulu apabila memandang keris timbul di dalam hati ini suatu semangat yang sukar untuk diluahkan.



imej hilang




Inilah keris pertama aku. Ia seperti keris-keris lain yang mempunyai bentuk senjata Melayu.







Biarpun keris ini tampak biasa, namun ia merupakan suatu yang sangat bererti pada diriku. Keris tersebut aku beli di Perhentian Rehat & Rawat (R&R) Lebuhraya PLUS Kuala Kangsar. Ketika itu aku dalam perjalanan pulang dari Alor Setar ke rumah di Tanjong Malim.



Pada masa itu harga mula yang diletakkan ialah RM180.00, apabila berlaku tawar menawar akhirnya keris tersebut aku berjaya beli dengan harga yang amat murah. Harga tersebut tidak dapat aku nyatakan di sini, demi menjaga perniagaan peniaga tersebut.



Jika anda mahu harga yang saya beli, pandai-pandailah membuat tawar-menawar ketika membeli. Petua tawar-menawar kata kawan aku ialah "Rendam dalam air, lama-lama tawar le"



"Ye ke?"



0 Reviews:

Post a Comment