KUALA LUMPUR 10 April - Kerajaan bersetuju untuk menghapuskan kadar faedah di atas pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil yang dibebankan kepada peneroka.Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bantuan kerajaan itu dianggarkan berjumlah RM2 bilion.
“Untuk membiayai pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil, Felda terpaksa menanggung kos kewangan yang besar melalui pinjaman dari institusi kewangan yang mengenakan kadar faedah di antara empat peratus hingga enam peratus.
“Kerajaan lama memindahkan kos ini kepada peneroka dengan mengenakan kadar faedah efektif sebanyak 3.8 peratus di atas pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil.
“Kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji untuk menghapuskan hutang tidak wajar bagi meringankan bebanan kewangan peneroka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Kertas Putih pemulihan Felda di Dewan Rakyat hari ini.- UTUSAN ONLINE
IlyTrolak: "Text Here"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





KUALA LUMPUR 10 April - Usaha untuk menambah baik infrastruktur sosial dan fizikal menjadi satu daripada agenda pemerkasaan peneroka dan generasi baharu Felda.
KUALA LUMPUR 10 April – Isu berkenaan Felda semakin hangat apabila Pengarah Besarnya, Datuk Othman Omar membuat laporan polis dengan mendakwa ditipu oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembelian 37 peratus kepentingan syarikat Indonesia, PT Eagle High Plantations (EHP) pada harga RM2.3 bilion.
KUCHING: Kementerian Pendidikan berpendapat ada kewajaran untuk menilai semula jawatan gred hakiki bagi guru besar di sekolah kebangsaan yang disifatkan berada pada takuk yang lama.
KUALA LUMPUR: Exco Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk membuka ruang dan peluang kepada sektor swasta dan korporat membasmi masalah pelajar yang tidak berkemampuan makan di sekolah khususnya peringkat menengah.
Siapa yang tak suka dengan makanan ringan. Dah jadi kebiasaan bila tengah buat kerja atau tengok TV, mulut tu mesti nak mengunyah.
Apakah hukum berzikir sebanyak 1,000 kali, ini kerana ada beberapa ustaz menyatakan tidak harus bahkah haram untuk berzikir pada jumlah itu disebabkan tiada dinyatakan dalam mana-mana hadis?




