About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Melangkah Ke Hadapan - Datuk Dr. Amin bin Senin

Berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025, Datuk Dr Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) telah membina satu "One Page Management Tool" (OPMT) yang merupakan tumpuan khusus KPPM dalam meneruskan amanah yang diberi untuk meletakkan pedidikan negara sebaris dengan negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia. OPMT ini disebarluaskan dengan harapan ia dapat diterjemahkan melalui tindakan yang berterusan.

OPMT ini melihat pelaksanaan PPPM dalam deminsi yang berbeza. Empat tema perbincangan yang diutarakan dalam OPMT iaitu PENDEKATAN, SASARAN MIKRO, BIDANG TUMPUAN dan PROGRAM STRATEGIK.

berikut ialah penerangan penuh berkaitan OPMT.

Muat Turun di sini : Melangkah Ke Hadapan

IlyTrolak: "Semoga hasrat ini akan terbukti keberkesanannya."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Sekolah Jangan Bebankan Guru Dengan SKPMg2

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan meminta pihak sekolah supaya tidak lagi membebankan guru dengan penyediaan dokumen berkaitan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) bagi tahun 2017.

Kementerian itu dalam kenyataan pada Khamis berkata, guru sebaliknya perlu melihat ke hadapan dengan menguruskan tugas semasa terutama yang berkaitan dengan penyampaian pendidikan berkualiti tinggi kepada murid.

Menurutnya, audit SKPMg2 yang dilaksanakan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati kekeliruan dalam kalangan pihak sekolah berlaku kerana mereka tidak jelas berkaitan dokumen yang perlu dibawa untuk diaudit.

Kementerian itu berkata bukti yang sepatutnya dibawa pihak sekolah hanyalah dokumen pengurusan sekolah sedia ada yang terpilih sahaja.

"Tidak jelas tentang bukti yang menyebabkan guru diminta menyediakan bukti baharu yang membebankan mereka, sedangkan bukti yang diaudit hanyalah dokumen pengurusan sedia ada yang disediakan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa," katanya.

Baru-baru ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) merayu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik supaya membantu menyelesaikan isu SKPMg2 yang dilihat membebankan para guru.

NUTP dilaporkan menerima banyak rungutan dan aduan daripada guru-guru berkaitan isu tersebut kerana keperluan untuk menyiapkan dokumen SKPMg2 itu menyusahkan dan membuang masa mereka.

Kementerian Pendidikan berkata SKPMg2 mula dilaksanakan pada Mac 2017 sebagai instrumen penilaian kendiri sekolah yang juga menjadi panduan pengurusan sekolah merangkumi bidang kepimpinan dan pengurusan, kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid serta pembelajaran dan pengajaran.

SKPMg2 dilaksanakan untuk memastikan institusi pendidikan diurus dengan sistematik agar memberi impak yang tinggi terhadap kemenjadian murid selain menjadi instrumen penilaian bagi membantu sekolah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan untuk membuat penambahbaikan.

Berdasarkan maklum balas daripada 4,735 sekolah yang telah diaudit, kebanyakan sekolah menjadikan SKPMg2 sebagai panduan pengurusan sekolah dan bimbingan semasa sesi audit membantu meningkatkan kefahaman dalam melaksanakan penilaian kendiri, kata Kementerian Pendidikan. -- Bernama

IlyTrolak: "Sasaran dan pembuktian kepada sasaran"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Surau dan Dewan Di Perkampungan Orang Asli Menderang

Hari ini cuba meluangkan masa untuk ke Perkampungan Orang Asli Menderang. Kampung ini terbahagi kepada dua buah perkampungan walaupun berada dalam kawasan bersebelahan dan bilangan rumah yang tidak begitu banyak, iaitu Perkampungan Orang Asli Menderang 1 dan Perkampungan Orang Asli Menderang 2. Setiap kampung ditadbir oleh seorang Tok Batin. Tok Batin Kuntong mentadbir Perkampungan Orang Asli Menderang 1, manakala Tok Batin Amir mentadbir Perkampungan Orang Asli Menderang 2.

Tujuan utama ke perkampungan ini ialah untuk bertemu dengan waris anak murid yang telah tidak hadir beberapa hari ke sekolah iaitu Arvin A/L Dawi merupakan murid satu-satu murid Tahun 6 SK Perlok tahun ini daripada 17 orang murid. Arvin murid yang mempunyai pencapaian sederhana dan boleh melepasi tahap pencapaian minimum yang ditetapkan.

Sebelum bertemu dengan bapanya iaitu Encik Dawi, sempat juga diri ini merayau-rayau dalam perkampungan Orang Asli ini. Sesuatu yang mencuri tumpuan ialah sebuah bangunan yang telah usang. Terlihat sahaja bangunan ini, tersentuh sedikit perasaan ini. Saya rakamkan 2 keping gambar yang menggambarkan keadaan bangunan pada hari ini.

Mengapa hati ini tersentuh? Ya, sebabnya bangunan ini dibina menggunakan peruntukan yang sangat besar pada ketika itu kerana pembinaan ini dibuat di setiap perkampungan Orang Asli di seluruh Malaysia. Tidak silap pada tahun 1991 atau 1992. Pihak kerajaan menyalurkan peruntukan tersebut bagi mengembangkan syiar Islam dalam kalangan Orang Asli.

Pada ketika itu juga, saya bertugas sebagai guru sandaran tanpa latihan di SK Pos Bersih. Bangunan dengan reka bentuk yang sama juga didirikan di kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bersih.

Ketika pembinaan dilaksanakan, terasa bangga juga atas keperihatinan pihak kerajaan untuk menyebarkan syiar Islam ini.

Tidak silap juga, pegawai Agama Islam yang ditugaskan sebagai mubaligh Islam juga dihantar di setiap perkampungan yang didirikan bangunan ini.

Tetapi, sekarang inilah yang tersisa di sini.

IlyTrolak: "Tiga cerita di sini... Apa sebenar yang nak diceritakan ni?"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Sambutan Hari Guru 2018

Guru Pemacu Transformasi Pendidikan telah dipilih menjadi tema Hari Guru 2018. Tema yang jelas berkehendakkan agar guru perlu menjadi individu utama dalam memastikan pendidikan di negara menjurus kepada perubahan secara maksimum.

Untuk tahun 2018 ini, aku menyambut perayaan Hari Guru peringkat sekolah di SK Perlok (SKP). Sekolah ketiga semenjak menjadi pentadbir sekolah.

Pada kali ini, pihak sekolah telah memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Perlok untuk mengendalikan Sambutan Hari Guru peringkat SKP.

Seminggu sebelum sambutan, timbul banyak persoalan dalam minda kecil ini. Tiada sebarang pemberitahuan berkaitan aktiviti yang akan dilaksana. Apabila dirujuk oleh guru yang bertanggungjawab, guru berkenaan memaklumkan, SEMUANYA BERES.

Malam sebelum sambutan, Yang Dipertua PIBG, SKP aku hubungi. Penjelasan secara detailnya masih tidak diterima tentang bagaimana gambaran sebenar untuk sambutan kali ini.

Pagi hari sambutan, kehadiran beberapa ahli jawatankuasa PIBG bersama ibu bapa melegakan perasan.

Sebaiknya sahaja mikrofon bertukar tangan, satu perasaan bangga dan terima kasih teramat sangat kepada PIBG SKP yang begitu memberikan pengelolaan yang terbaik untuk kami guru-guru dan kakitangan di sekolah ini.

Hanya rakaman Tahniah yang tak terhingga dikalungkan kepada semua AJK PIBG dan ibu bapa yang telah memberikan komitmen terbaik, sehingga majlis selesai.

Berikut beberapa gambar dari swafoto kamera telefon sendiri.

IlyTrolak: "Satu pengikthirafan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak PIBG kepada pihak sekolah"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Penyampaian Watikah Pelantikan Tunas Kepimpinan Sekolah 2018

Tunas kepimpinan sekolah merupakan pemimpin kecil yang dilantik di peringkat sekolah. Pelantikan ini telah melalui beberapa peringkat penapisan dan penilaian. Bertujuan untuk melatih murid untuk menjadi seorang pemimpin bermula di peringkat sekolah

Tunas Kepimpinan Sekolah terdiri daripada murid-murid sekolah yang dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Pihak Jawatankuasa Disiplin SK Batu Melintang telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Tunas Kepimpinan Sekolah bagi tahun 2018.

Penyampaian watikah telah disempurnakan oleh wakil Ketua Polis Daerah Tapah.

IlyTrolak: "Aku tak pernah dilantik apa-apa jawatan di peringkat sekolah dahulu"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Peserta Kelas KEDAP SK Kampung Senta Tahun 2014

Setiap tahun kekalutan pasti berlaku dalam persediaan untuk mengharungi arena kerjaya yang pastinya dilalui dengan pelbagai persiapan. Sesuai dengan peredaran arus dunia masa kini, teknologi maklumat dan komunikasi pasti tidak akan terlepas. Antaranya "external hardisk" yang mengandungi pelbagai bahan yang disimpan sejak dahulu lagi.

Sedang membelek-belek fail-fail yang terdapat dalam "external hardisk" itu, terlihat "folder" fail yang mengandungi pelbagai gambar. Dibuka satu persatu-persatu "folder" yang ada. Terbaca satu istilah KEDAP. Dalam "folder" KEDAP tersebut terkandung satu "folder" yang mengandungi gambar-gambar peserta KEDAP pada tahun 2014, semasa bertugas di SK Kampung Senta. Iaitu sebuah sekolah di kawasan perkampungan orang Asli.

KEDAP merupakan akronim kepada Kelas Dewasa Asli dan Pribumi iaitu kelas untuk mengajar ibu bapa dan penjaga murid-murid sekolah di kawasan orang Asli atau pribumi. Dalam kelas itu diajar Bahasa Melayu, Matematik, English dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Setiap peserta yang mengikuti kelas ini akan diberi elaun.

Setelah direnung dan tersenyum seorang diri, berhasrat pula untuk dimasukkan gambar-gambar peserta KEDAP tersebut dalam blog ini, sebagai kenangan.

Amira Osman

Anin Bah Achek

Anisa Bah Charah

Azelan Bah Behei

Azha Din

Bah Bakree Bah Bechir

Bah Chuti Bah Holal

Bah Geling Bah Semin

Bah Jam Bah Alim

Bah Joman Usop

Bah Kiong Bah Berinchik

Bah Yus Bah Risin

Bah Romesi Bah Perangsak

Bah ronny Pandak

Bah Sapar Bah Kek Seng

Bah Uda Bah Newel

Bidah Bah Achek

Dawira Uda

Faridah Bah Alon

Holison Bah Bechir

Idris Bah Yu

Mahlai Bah Charah

Minah Semanau

Nahbong Bah Charah

Ramlan Yee

Rohana Isa

Suraida Bah Ketam

Wak Eah Yok Jamal

Wak Susahana Bah Yom

Zubir Bah Risin

IlyTrolak: "Aku pernah beberapa kali tempatkan di sekolah kawasan perkampungan orang Asli, dan pengalaman itu amat bermakna"