Berikut adalah prosedur untuk dikongsi bersama. Harapan dengan upload gambar tersebut dapat memberi sedikit pengetahuan tentang pemasangan timing belt ini.
IlyTrolak:
"Berani ke nak cuba buat sendiri ni?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih
PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وأصحابه، والتابعين لهم على الهدى والإسلام إلى يوم الدين، أما بعد
Dalam kita mencari ilmu untuk beribadah menurut apa yang diajar oleh Nabi saw, masih ramai lagi yang keliru dalam memahami kaedah sebenar sebagai panduan dalam beribadah. Maka lahirlah begitu banyak perselisihan di dalam bab ini. Baik perselisihan dengan golongan ahli ahwa’ (golongan rafhidhah yang menghalalkan bid’ah di dalam urusan agama) yang sememangnya tersasar dari Manhaj As-Sunnah mahupun perselisihan sesama golongan yang berfahaman atau bermanhaj As-Sunnah.
Perbincangan di sini akan difokuskan kepada isu yang menjadi persoalan dalam masyarakat, apabila ada ahli ilmu atau pencinta ilmu dalam kalangan ahli ibadat, orang masjid yang melakukannya.
Kita sedar dan faham bahawa perkara yang dibincangkan ini adalah dikatakan perkara khilaf yang menjadi perbezaan pandangan para ulama’ dahulu dan sekarang. Namun untuk menjelaskan isu ini eloklah kita rujuk pandangan imam yang besar dan pandangan ulama’ dalam kalangan pendokong Mazhab Syafie yang dekat dengan jiwa kita.
Membaca selawat sambil diiringi rebana, gendang atau yang seumpamanya (alat muzik).
Perbuatan ini sama juga seperti membaca qasidah-qasidah atau sya'ir-sya'ir yang dinyanyikan dan diringi dengan pukulan kayu, rebana atau seumpamanya. Bahkan lebih teruk lagi sambil menggoyang-goyang badan, berpusing-pusing dan menari-nari. Ia disebut dengan istilah as-Sama' atau Taghbir (sejenis syair berisi anjuran untuk zuhud di dunia yang dinyanyikan dengan sebahagian hadirin memukul-mukul kayu pada bantal, kulit atau sebagainya sesuai dengan irama lagunya).
Antara Pandangan Ulama'-ulama’ Ahlus Sunnah:
Imam Asy-Syafei (wafat 204H) berkata:
خلفت ببغداد شيئاً أحدثته الزنادقة يسمونه التغبير يصدون به الناس عن القرآن
“Di Iraq, aku meninggalkan sesuatu yang dinamakan taghbir. (Iaitu) perkara baru yang diada-adakan oleh Zanadiqah (orang-orang zindiq; menyimpang), mereka menghalangi manusia dari al-Quran.” [Riwayat Ibnul Jauzi, dalam Talbis Iblis].
Ulama' menjelaskan perkataan Imam asy-Syafei tersebut dengan mengatakan:
وما ذكره الشافعي - رضي الله عنه - من أنه من إحداث الزنادقة - فهو كلام إمام خبير بأصول الإسلام؛ فإن هذا السماع لم يرغب فيه ويدعو إليه في الأصل إلا من هو متهم بالزندقة...ذكر أبو عبد الرحمن السلمي في مسألة السماع....".
“Apa yang disebutkan oleh Imam asy-Syafei rahimahullah (bahawa perbuatan tersebut merupakan hasil ciptaan para zindiq), adalah suatu pandangan seorang imam yang ahli dalam ilmu usul dalam Islam. Kerana pada dasarnya, tidak ada yang menggalak dan menganjurkan nyanyian melainkan orang-orang zindiq….. sebagaimana yang disebutkan oleh Abdurrahman as-Sulami dalam Mas’alah as-Sama’ daripada Ibnu Rawandi.” [Majmu’ al-Fatawa, 11/570].
Dalam kitabnya, “Al-Umm”, Imam asy-Syafei rahimahullah menegaskan lagi bahawa:
“Seorang lelaki yang menyanyi dan menjadikannya sebagai pekerjaan, adakalanya ia diundang dan adakalanya ia didatangi sehingga ia dikenali dengan gelaran penyanyi, juga seseorang wanita (yang seperti itu), maka tidak diterima sumpah persaksiannya. Kerana menyanyi termasuk permainan yang dibenci. Tetapi, adalah yang lebih tepat, sesiapa sahaja yang melakukannya, maka ia disebut sebagai dungu (bodoh) dan mereka termasuk orang yang sudah tiada harga diri (jatuh maruahnya)...” [Asy-Syafei, al-Umm, 6/226].
Bagi mazhab asy-Syafei sendiri dinyatakan bahawa: “Diharamkan mengguna dan mendengar alat-alat muzik seperti biola, gambus, shonji (iaitu dua piring tembaga yang saling dilagakan bagi menghasilkan bunyi), gendang, serunai dan sebagainya. Setiap alat muzik yang bertali adalah haram tanpa khilaf. Dibolehkan duff (kompang) bagi majlis kenduri kahwin, berkhatan atau seumpamanya. Nyanyian jika tanpa alat muzik, hukumnya makruh (dibenci) dan jika dengan diiringi alat-alat muzik hukumnya adalah haram.” [Lihat perbahasannya dalam kitab Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah al-Faz al-Minhaj, Kitab asy-Syahadat karya Imam Muhammad bin Ahmad bin al-Khathib asy-Syarbini].
Imam Ahmad apabila ditanya tentang taghbir, beliau menjawab:
“Bid'ah.” [Riwayat Al Khallal. Dinukil dari kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 163].
Al-Qadhi Abu at-Toyib al-Tobari (wafat 450H),
seorang tokoh ulama' Syafie yang telah menyatakan bahawa: “Kumpulan yang menyanyi untuk ibadah ini telah menyalahi jamaah muslimin kerana telah menjadikan nyanyian sebagai agama dan ketaatan. Iklan-iklan mereka terdapat di masjid-masjid, jami’ah dan semua tempat mulia.” [Mas’alah as-Sama’, Ibnu al-Qayyim].
Imam At-Tartusyi (wafat 520H), tokoh ulama’ Maliki dari kota Qurtubah; telah ditanya tentang satu kelompok di suatu tempat yang membaca Al-Quran, lalu seseorang di antara mereka menyanyikan sya'ir, kemudian mereka menari dan bergoyang. Mereka juga memukul rebana dan memainkan seruling. Apakah menghadiri majlis mereka itu halal atau tidak?
Beliau menjawab: “Jalan mereka itu adalah batil dan sesat. Islam itu hanyalah kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Adapun menari dan berpura-pura menampakkan cinta (kepada Allah), maka yang pertama kali mengada-adakannya adalah kawan-kawan Samiri (pada zaman Nabi Musa). Iaitu ketika Samiri membuatkan patung anak lembu yang boleh bersuara untuk mereka, lalu mereka datang menari di sekitarnya dan berpura-pura menampakkan cinta (kepada Allah). Tarian itu adalah agama orang-orang kafir dan para penyembah anak lembu.
Adapun majlis Rasulullah SAW dan para sahabatnya penuh ketenangan, seolah-olah di atas kepala mereka dihinggapi burung. Maka seharusnya pemerintah dan wakil-wakilnya melarang mereka menghadiri masjid-masjid dan lainnya (untuk menyanyi dan menari, Pen). Dan bagi seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidaklah halal menghadirinya. Tidak halal membantu mereka melakukan kebatilan. Demikian ini jalan yang ditempuh oleh (Imam) Malik, Asy-Syafei, Abu Hanifah, Ahmad dan lainnya dari kalangan imam-imam kaum muslimin.” [Tafsir Al-Qurtuba 11/238 Syamilah. Lihat Kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 168-169].
Imam Al-Hafiz Ibnu As-Solah (wafat 643H),
imam terkenal penulis kitab Muqaddimah 'Ulumil Hadis. Beliau juga ditanya tentang orang-orang yang menghalalkan nyanyian dengan rebana dan seruling, dengan tarian dan bertepuk-tangan. Mereka menganggapnya sebagai perkara halal dan qurbah (perkara yang mendekatkan diri kepada Allah), bahkan (katanya sebagai) ibadah yang paling utama.
Kesimpulan jawapan beliau ialah: “Mereka telah berdusta atas nama Allah Ta'ala. Dengan pendapat tersebut, pandangan ini masyhur di kalangan golongan batiniyyah yang Mulhidin (menyimpang). Mereka juga bertentangan dengan ijma'.
Sesiapa yang menentang ijma', (ia) terkena ancaman firman Allah:
Dan sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam. Dan Jahanam itu seburuk-buruknya tempat kembali. [An-Nisa:115]”. [Fatawa Ibnu As-Solah, 2/499- Syamilah. Lihat: Kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 170].
Syeikh Ahmad bin Abdul Halim bin Taimiah rahimahullah berkata:
“Dan telah diketahui secara pasti dari agama Islam, bahawa Nabi SAW tidak mensyariatkan kepada orang-orang soleh dan para ahli ibadah dari umat Baginda, agar mereka berkumpul dan mendengarkan bait-bait yang dilagukan dengan bertepuk tangan, atau pukulan dengan kayu (stik), atau rebana. Sebagaimana Baginda tidak membolehkan bagi seorangpun untuk tidak mengikuti Baginda, atau tidak mengikuti apa yang ada pada Al-Kitab dan Al-Hikmah (As-Sunnah). Baginda tidak membolehkan, baik dalam perkara batin atau zahir, untuk orang awam atau untuk orang tertentu.” [Majmu' Fatawa, 11/565. Dinukil dari kitab Tahrim Alat Ath-Tharb, ms. 165].
Fatwa Imam as-Suyuthi rahimahullah (wafat 911H):
"ومن ذلك الرقص، والغناء في المساجد، وضرب الدف أو الرباب، أو غير ذلك من آلات الطرب. فمن فعل ذلك في المسجد، فهو مبتدع، ضال، مستحق للطرد والضرب؛ لأنه استخف بما أمر الله بتعظيمه، قال الله تعالى: (في بيوت أذن الله أن ترفع " أي تعظم " ويذكر فيها اسمه)، أي يتلى فيها كتابه. وبيوت الله هي المساجد؛ وقد أمر الله بتعظيمها، وصيانتها عن الأقذار، والأوساخ، والصبيان، والمخاط، والثوم، والبصل، وإنشاد الشعر فيها، والغناء والرقص؛ فمن غنى فيها أو رقص فهو مبتدع، ضال مضل، مستحق للعقوبة". [الأمر بالاتباع والنهي عن الابتداع - (ج 1 / ص 30) المكتبة الشاملة].
“Dan di antaranya adalah menari, menyanyi di dalam masjid, memukul kompang (atau gendang) atau rebab (sejenis alat muzik bertali seperti biola), atau selain itu dari jenis-jenis alat-alat muzik.
aka sesiapa yang melakukan perkara yang tersebut di dalam masjid maka dia adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah), sesat, perlu dihalau dan boleh dipukul, kerana dia meremehkan perintah Allah untuk memuliakan masjid. Allah SWT berfirman: “Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan (iaitu menggagungkannya) dan disebut nama-Nya di dalamnya.” [An-Nur, 24: 36]. Iaitu dibacakan kitab-Nya di dalamnya.
Rumah-rumah Allah adalah masjid-masjid, dan Allah Ta’ala telah memerintahkan untuk memuliakannya, menjaganya dari kotoran, najis, anak-anak (dari mengotori masjid), hingus, bawang putih, bawang merah (memakannya kemudian ke masjid tanpa bersugi terlebih dahulu), nasyid-nasyid, sya’ir, nyanyian dan tarian di dalamnya. Maka sesiapa yang menyanyi atau menari di dalamnya maka dia adalah pelaku bid’ah, sesat dan menyesatkan, dan berhak dikenakan hukuman.” [Jalaluddin as-Suyuti, Al-Amru bil Ittiba’ wan Nahyu ‘anil Ibtida’, m/s. 30 – Al-Maktabah Asy-Syamilah].
Bagi orang Malaysia pula, Nasihat dari Majlis Fatwa Negeri Melaka:
Fatwa Larangan Berzikir, Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Di Dalam Masjid.
Ibadah. Tarikh Keputusan: 29 Dec, 2010.
Keputusan:
(a) Dilarang memukul alat gendang atau memainkan apa-apa jenis alatan muzik di dalam masjid atau surau kerana perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan syariat dan akhlak Islam;
(b) Bagaimanapun, penggunaan alat gendang atau apa-apa jua jenis alatan muzik lain bagi menjalankan aktiviti yang dibenarkan oleh Syarak boleh dilaksanakan di luar bangunan masjid, surau atau madrasah dan pelaksanaannya hendaklah berlandaskan Syariat dan akhlak Islam.
Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 5 Jan, 2012
Nombor Rujukan: JMM/BFB(S)/351/255/02/10; PUNM. 700-02/37 Jld. 2
Akta/Enakmen: Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002
Demikianlah penjelasan yang ringkas tentang masalah ini, kami nukilkan untuk maklumat dan penjelasan kepada masyarakat, lakukanlah amalan yang jelas ada dalil keharusannya, mencari yang benar dan tidak ada keraguan dalam beribadat adalah selamat sebagaimana yang diputuskan oleh para ulama’ bahawa الخروج من الخلاف مستحب “Keluar dari perkara khilaf adalah dituntut”.
Perintah Nabi SAW:
عن الحسن بن علي بن أبي طالب سبط رسول الله وريحانته رضي الله عنه قال: حفظت من رسول الله صلى الله عليه وسلم: (دعْ ما يرِيبُك إلى ما لا يريبُك ) رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح .
“Tinggalkan apa yang kamu ragu kepada perkara tidak meragukan kamu”. [HR: Tirmizi, hasan sahih]
Perbuatan ini adalah khilaf antara Haram dengan Harus, bukan antara afdhal dengan kurang baik. Alhamdulillah, jalan ibadat kepada Allah yang sahih banyak dan luas kenapa mencari jalan yang kabur dan tidak jelas. Uslub untuk berdakwah dengan cara yang selamat masih banyak, tidak perlu menggunakan jalan yang meragukan keharusan amalnya, juga kesan akan kejayaannya.
Dalam ibadah tidak memadai hanya niat yang baik tanpa mengikut Syariat atau Sunnah. Niat yang baik mestilah diiringi dengan cara yang betul. Firman Allah SWT:
Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun. [al-Mulk 67:02]
Makna “lebih baik amalnya” (أحسن عملا ) ialah siapa yang amalannya paling ikhlas dan paling betul (أخلصه وأصوبه). Ini kerana sesuatu amalan jika ikhlas tetapi tidak betul maka ianya tidak diterima. Begitu juga sekiranya betul tetapi tidak ikhlas, maka ianya tidak diterima juga. Betul di dini merujuk kepada apa yang ditunjukkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah.
Insan tanpa panduan al-Quran dan al-Sunnah akan tersesat dalam menentukan cara ibadah kepada tuhan. Inilah yang berlaku di dalam agama-agama palsu. Mereka mencipta cara ibadah menurut akal fikiran mereka tanpa tunjuk ajar wahyu. Mereka tersesat jalan kerana mendakwa kehendak tuhan dalam ibadah tanpa bukti, sekalipun mungkin mereka itu ikhlas. Keikhlasan tanpa diikuti dengan cara yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah adalah tidak mendapat tempat.
Maka ibadah mestilah bertepatan dengan apa yang dibawa oleh Nabi SAW berdalilkan apa yang disebut oleh Allah SWT:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Aal Imran 3:31]
Ibadah yang tidak mengikut cara yang ditunjukkan oleh baginda Nabi SAW sekalipun niat pengamalnya baik, adalah tertolak. Firman Allah SWT:
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. [Aal Imran 3:85]
Berkata al-Imam Ibn Kathir rahimahullah (774H) ketika menafsirkan ayat di atas: “Sesiapa yang melalui suatu cara yang lain dari apa yang disyari‘atkan oleh Allah maka sama sekali ianya tidak diterima.” [Tafsir Ibn Kathir].
Dalam hal ini Dr. Yusuf al-Qaradawi juga mengingatkan:
“Hendaklah seorang muslim dalam ibadahnya mengikut batasan yang ditentukan untuknya. Tidak mencukupi hanya sekadar bertujuan untuk keredhaan Allah semata, bahkan hendaklah ibadah itu dilakukan dalam bentuk yang disyariatkan Allah, dengan kaifiyyat (tatacara) yang diredhai-Nya. Janganlah ibadah seorang muslim itu ialah apa yang yang direka oleh manusia berdasarkan hawa nafsu dan sangkaan”. [Al-Qaradawi, Al-`Ibadah fi al-Islam].
Semoga kita mendapat bimbingan dan rahmat dalam beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah, Alhamdulillah Rabbil 'alamin.
وصل الله وسلم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih
PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Keselamatan bengkel merupakan perkara utama yang ditekankan kepada murid sepanjang berada di dalam bengkel. Murid perlu mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel. Keadaan bengkel yang kemas dan teratur dapat menjamin keselamatan semasa menggunakan bengkel.
Soalan 1
Apakah kepentingan mempunyai bengkel yang selamat?
murid boleh belajar dengan aman
agar pelawat seronok untuk melawat
murid-murid boleh berada dalam bengkel dalam tempoh yang lama
mencegah kemungkinan berlakunya kemalangan
Soalan 2
Berikut merupakan peraturan yang perlu untuk setiap bengkel.
Peraturan Keselamatan Am dan Peraturan Keselamatan Khusus
Peraturan Keselamatan Umum dan Peraturan Keselamatan Bengkel
Peraturan Keselamatan Am dan Peraturan Keselamatan Diri
Peraturan Keselamatan Bengkel dan Peraturan Keselamatan Diri
Soalan 3
Apakah langkah utama sebelum masuk ke dalam bengkel?
Pastikan tingkap dibuka.
Dapatkan kebenaran guru.
Bersihkan meja dan bengkel.
Beratur terlebih dahulu diluar bengkel.
Soalan 4
Pilih peraturan yang berkaitan dengan gambar di atas?
Memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti amali.
Cuci tangan menggunakan sabun dan air.
Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.
Jangan bermain dan bergurau senda
Soalan 5
Apakah sikap Ali yang tidak boleh diikuti ketika memasuki bengkel Kemahiran Hidup?
Berambut pendek dan kemas
Menanggalkan tali leher dan meletakkannya di luar bengkel.
Melipatkan lengan baju yang panjang
Tidak memakai kasut dan stoking
Soalan 6
Semua pintu dan tingkap di bengkel haruslah dibuka supaya….
Kerja-kerja yang dilakukan dapat dilihat oleh murid yang lain.
Keselamatan murid di dalam bengkel lebih terjamin.
Keadaan tempat kerja mempunyai bekalan udara dan cahaya yang mencukupi.
Keadaan bengkel kelihatan lebih berseri.
Soalan 7
Ruang kerja dan persekitaran bengkel yang bersih, tersusun, dan kemas mewujudkan suasana yang berikut, kecuali...
Berasa seronok dan gembira untuk belajar dan bekerja.
Sering terjadi kemalangan dan kecederaan.
Aktiviti dan projek boleh dijalankan dengan sempurna.
Alatan tangan mudah dicari apabila hendak digunakan.
Soalan 8
Murid yang disenaraikan berkemungkinan sukar untuk mengalami kecederaan dalam bengkel kecuali...
murid yang ingin menyiapkan projek dengan cepat.
murid yang berkasut getah.
murid yang patuh kepada peraturan keselamatan.
murid yang merancang kerja yang akan dilakukan.
Soalan 9
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya alatan tangan di dalam bengkel hilang?
Mendiamkan diri.
Menggantikan dengan alatan yang baru.
Menyiasat siapa yang mengambil alatan itu.
Melaporkan kehilangan alatan itu kepada guru.
Soalan 10
Carta peraturan keselamatan hendaklah disediakan dan dipamerkan di bengkel untuk ....
Menceriakan bengkel.
Menggembirakan guru.
Mengingatkan murid.
Mengawasi murid.
IlyTrolak:
"Satu jawapan yang dijawab betul, akan diberi markah 1. Markah penuh bagi set soalan ini ialah 10 markah."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih
PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Hari ini solat Jumaat di Masjid UPSI. Ketika melalui ruang luar masjid kelihatan pasangan kepada calon yang mengambil peperiksaan hari ini di Masjid UPSI...
Ada yang berkepit dengan anak-anak, ada yang dipagari anak-anak, ada yang mendukung anak, ada yang telentang sana sini, Ada yang anak dah kuasai bapa (dah macam kena 'raging' je...).
Teringat semasa aku dan isteri melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjanamuda... Istimewanya kami belajar serentak... tapi berlainan universiti. Anak-anak dah macam baton larian. Setiap minggu memang tiada ruang kosong... Ruang yang sepatutnya bersantai bersama keluarga, akhirnya perlu dikorbankan ketika itu. Maka bergendong-gendonglah aku dan isteri dengan anak-anak berkelah di pusat pengajian tinggi.
Pendaftaran pertama isteriku ke pusat pengajian tinggi di Universiti Putra Malaysia (UPM), ketika itu isteriku sarat mengandung anak ketiga. Selepas seminggu mendaftarkan diri sebagai siswazah, lahirlah puteri ketiga kami, Nurul Nadhilah. Setelah perbincangan dilakukan bersama pihak universiti ketika itu, maka isteri aku dibenarkan pengecualian beberapa kelas, Setelah selesai berpantang 40 hari, isteriku mula berhujung minggu dengan kuliah pengajian, manakala aku juga yang mendaftar di universiti yang sama turut dengan kuliah juga. Beruntungnya ketika itu kuliah isteriku pada hari Sabtu dan aku pula di hari Ahad.
Masih teringat juga, bagaimana ketika isteriku mengikuti kuliah pengajian, aku bersama bayi kecil dilengan. Bayi kecil yang tidak mengerti apa-apa itu, tetap bersama tanpa membawa banyak karenah. Bekalan susu ibu untuk alas perutnya sudah cukup memberikan kesabaran untuk bayi tersebut. Begitu juga dengan dua kakaknya yang menemani kebosanan dengan bermain di sekitar kawasan ruang legar bangunan dewan kuliah.
Beberapa ketika melalui pengajian di UPM, aku mengambil keputusan berhenti kerana mendapat tawaran belajar dari pihak KPM dan OUM yang dirasakan ketika itu lebih mendatangkan keuntungan.
Dalam meniti pengajian di pusat pengajian yang berlainan pula, cabarannya cukup besar. Kadang-kadang aku dan isteri terpaksa korbankan masa kuliah secara bergilir-gilir, kerana pada ketikanya masa kuliah berlaku pada masa dan hari yang sama. Hanya modul menjadi bahan rujukan. Anak-anak pula sebagai teman setia ibu bapa untuk belajar.
Namun, dalam kesibukan pada tahun 2006 tetap membuahkan hasil kerana lahirnya puteri yang keempat untuk kami. Inilah bayi yang dilahirkan ketika aku dan isteri belajar. Ada yang berkata bahawa jika ibu bapa rajin belajar, anak akan lebih cerdik.
Semakin besar cabaran yang dilalui. Pengurusan keluarga semakin mencabar, Walaupun pada ketikanya terdetik juga rasa yang tidak menyenangkan, yang boleh mematahkan semangat, namun anak-anak menjadi pendorong. Mereka telah berkorban beberapa semester, mereka telah berkorban dalam satu perjuangan yang panjang, pasti hasil akhirnya tetap perlu dicapai juga.
Akhirnya pada tahun 2009 isteriku berjaya menggengam segulung ijazah, manakala aku pula mengengam ijazah pada tahun 2010.
Itulah pengalaman bila sama-sama melanjutkan pelajaran... bila dingatkan kembali terasa bersalah terhadap anak-anak, kerana mengorbankan masa untuk mereka yang sepatutnya dipenuhi dengan kasih sayang.
Kini keduanya telah dilantik ke DG41. Isteri telah menyudahkan ijazah Sarjana... Aku pula dilaluan terakhir untuk ijazah Sarjana. Pengalaman di Sarjanamuda memberi ikhtiar dilaluan Sarjana ini. InsyaAllah laluan Sarjana akan diakhiri pula...
IlyTrolak:
"Pengalaman mengajar kita untuk masa hadapan"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih
PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Entri kali ini khas untuk semua pengguna telefon bimbit.
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan? Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya:
1. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari dalam?
Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.
Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan sistem penggera (alarm) sahaja.
Caranya:
i. Cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.
ii. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.
Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya.
Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
2. Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).
3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.
Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#
Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda (sesetengah jenis HP nokia sahaja).
4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda.
Sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin
Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda.
Sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya. Hoho, padan muka :D
Sedikit sebanyak entri ini dapat membantu pengguna telefon bimbit di saat kecemasan.
"Tidak pasti dengan kebenarannya, tetapi kita boleh mencubanya. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih
PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Baru-baru ini saya sering ditanya oleh guru-guru yang sambung belajar dengan beberapa soalan yang berkaitan pembinaan blog. Di sini saya ingin kongsi satu perkara yang berkemungkinan boleh digunakan oleh guru-guru dalam pembelajaran dan pengajaran. Kaedah ini digunakan untuk membina soalan yang berasaskan beraneka pilihan jawapan atau lebih dikenali sebagai "Multiple Choice Questions" dalam pos Blogger.
Berikut ialah langkah yang perlu dilaksanakan dalam pembinaan tersebut.
Buka bahagian skrip HTML dalam Blogger dengan cara 'Log in' Blogger
Kemudian pilih 'Template' dan Klik 'Edit HTML'
Seterusnya klik box 'Kembangkan Templat Widget'
Cari skrip
Kemudian masukkan skrip di bawah sebelum skrip .
Perubahan perlu dilakukan pada skrip dibawah, mengikut bilangan soalan
Perhatikan pada skrip pada Nombor 5, terdapat 3 kali pengulangan skrip bermakna terdapat 5 soalan yang akan dibina.
Terdapat perbezaan pd skrip aq1, aq2 dan aq3. Sekiranya anda ingin menambahnya maka urutan aq ini akan bertambah. Ini bermakna sekiranya anda ingin membina 10 soalan maka anda akan mengulang skrip tersebut dengan membina aq1... aq10.
Kemudian “Simpan” dan “Tutup”
Seterusnya bina cacatan atau 'post' baru, pilih penulisan secara HTML.
Isi ruangan catatan dengan skrip yang berikut:
Skrip tersebut merupakan skrip untuk Soalan 1 dengan 4 pilihan jawapan.
Sebagai contoh skrip seperti berikut;
Perhatikan pada value="0" bermakna jawapan salah, manakala value="1" merupakan jawapan yang betul.
Soalan akan terpapar seperti berikut;
Soalan 1
Berapakah bilangan warna bendera Malaysia?
1
2
3
4
Ulang salin skrip di atas untuk soalan seterusnya.
Namun begitu beberapa perkara perlu dilaksanakan. Sebagai contoh dua soalan dibina.
Cuba anda nyatakan apakah pindaan yang perlu dilakukan? Sekiranya anda telah faham, bermakna anda memang bijak.
Sekiranya telah selesai membina kesemua soalan mengikut jumlah yang anda perlukan. Salin skrip di bawah sebagai penutup.
Seterusnya klik 'Terbitkan'.
IlyTrolak:
"Selamat mencuba semua, mungkin tutorial ini akan dapat membantu anda dalam memberi latihan kepada murid."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih
PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
KUALA LUMPUR – Guru sekolah bakal diiktiraf sebagai kumpulan sokongan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) khusus bagi membantu mencegah kegiatan jenayah di kawasan sekolah.
Hadir ke sekolah lengkap beruniform polis, kumpulan guru terpilih itu juga bakal diberikan kuasa hampir sama dengan anggota polis.
Selain golongan pendidik, beberapa kumpulan dalam masyarakat seperti doktor, ahli perniagaan dan individu perseorangan juga akan dilibatkan menerusi Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) bagi membantu PDRM mencegah jenayah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penglibatan kumpulan berpengaruh dalam masyarakat menerusi PVR bakal dilaksanakan menerusi fasa Kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan jenayah.
“Saya akan lantik anggota PVR di kalangan guru-guru sekolah. Bila pergi ke sekolah mereka akan pakai uniform polis.
“Kita mahu masyarakat bekerjasama dengan polis. Bukan susah pun, bukan nak suruh tangkap orang. Mereka hanya perlu pakai uniform kerana penampilan beruniform memberi kesan yang besar terutama bagi mencegah jenayah,” katanya menerusi wawancara eksklusif di sini, Khamis.
Jelas Ismail, langkah untuk melibatkan golongan pendidik dan kumpulan masyarakat itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Bajet 2013 untuk menambah bilangan PVR seramai 10,000 orang dengan peruntukan sebanyak RM70 juta bagi membantu polis membanteras jenayah.
Sehingga kini dianggarkan terdapat seramai kira-kira 5,000 anggota PVR di seluruh negara.
Bagaimanapun menurut Ismail, pihaknya akan mengadakan perbincangan terpeinci mengenai cadangan itu bersama pihak berwajib termasuk ketua pengarah pelajaran untuk melibatkan guru sebagai anggota PVR.
“PDRM tak mahu cadangan ini dianggap seolah-oleh kita bagi tekanan kepada guru. Kerja utama mereka tetap mengajar. Mereka hanya perlu pakai uniform.
“Masa untuk mereka bertugas juga fleksibel. Sebagai contoh kita galakkan mereka untuk pakai uniform apabila bersama pelajar di luar kawasan sekolah untuk aktiviti luar,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai penglibatan guru sebagai anggota PVR, Ismail menjelaskan ia tidak menggambarkan seolah-oleh berlakunya kadar jenayah yang tinggi di sekolah sebaliknya hanya sebagai langkah pencegahan.
“Uniform (polis) memberi gambaran yang baik kerana kita mahu tanamkan kepada pelajar bahawa baju ini adalah lambang disiplin.
“Keduanya, penglibatan guru sebagai anggota PVR dengan memakai uniform polis lebih kepada memberi amaran serta peringatan kepada orang luar yang mempunyai niat jahat,” katanya.
Selain itu Ismail berkata, perancangan itu merupakan lanjutan kepada program blue and green yang membabitkan anggota polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi meningkatkan kawalan keselamatan di sekolah.
“Sekarang ini sudah ada polis dan Rela di sekolah. Jadi selepas ini kita akan buat dalam skala yang lebih besar. PDRM akan libatkan semua sekolah dan ia bakal dilaksanakan secara berfasa,” katanya lagi.
"Bagaimana agaknya situasi ini? Adakah perkara ini akan dapat menyelesaikan perkara berkaitan?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih
PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.