About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Akibat Tidak Solat

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital



Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.



Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.



Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.



Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.



Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.



Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.



Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. “Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.



Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.



Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.



Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”



Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.



Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun? Wallahua’lam





Sumber: Blog Nazarazu













Kedai Rakyat 1Malaysia

Asyik sibuk dengan suasana politik yang semakin mencabar, tenangkan sedikit perasaan dengan membeli belah. Mulanya hendak mencari hypermart, tetapi bila sampai kawasan ni, terpandang wajah kedai yang dah diuar-uarkan sebegitu rancak oleh kerajaaan, iaitu KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA".



Kelihatanlah warna merah yang menjadi kebanggaan kedai tersebut. Boleh dikatakan sebagai warna rasmi. Mai kita tinjau....

































141 Bekas Sukarelawan Polis Terima RM423,000

PASIR PUTEH 25 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan peruntukkan berjumlah RM423,000 kepada 141 pejuang sukarelawan polis di daerah ini yang terlibat memperjuangkan negara daripada ancaman komunis antara tahun 1948 hingga 1962.



Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Suprintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, setiap penerima yang sudah berusia lanjut dan tinggal di beberapa kampung di daerah ini, menerima cek bernilai RM3,000.



"Mereka telah menganggotai pelbagai pasukan keselamatan termasuk sebagai pengawal kampung dan pengawal hutan ketika negara diancam pengganas komunis. Jasa dan bakti mereka terhadap negara wajar dikenang," katanya kepada pemberita sempena Hari Polis peringkat daerah di sini hari ini.



Mohd. Kamal berkata, pemberian kerajaan itu sebagai menghargai pengorbanan mereka yang sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan kesejahteraan tanah air.



Sementara itu, seorang penerima, Wee Meng Ang, 82, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan KDN di atas ingatan itu dan sama sekali tidak menyangka menerima habuan sebanyak itu.



Jelasnya, sejak menentang pengganas komunis di Pahang sekitar tahun 1940-an, dia tidak pernah meminta apa-apa habuan daripada kerajaan kerana berpegang kepada prinsip 'sedia berbakti dengan ikhlas untuk negara.'



"Sekarang saya amat berterima kepada kerajaan di atas keprihatinan membela nasib saya dan rakan-rakan yang sememangnya sudah tidak larat lagi untuk bekerja," katanya yang tinggal di Kampung Belakang Klinik dekat sini.



Seorang lagi penerima, Hashim Yusuf, 67, turut melahirkan rasa syukur atas pemberian kerajaan itu kerana ia dapat meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang.



Beliau yang tinggal di Kampung Kelubi turut memberi cadangan supaya acara sambutan sempena Hari Polis bersama bekas pasukan sukarelawan polis diadakan pada setiap tahun.





Sumber: Utusan Online









Sistem Pendidikan Negara Harus Mementingkan Aspek Kualiti - Muhyiddin

GEORGE TOWN, 18 Feb (Bernama) -- Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring perkembangan ilmu dan teknologi bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata cabaran yang harus dipikul kini adalah meningkatkan aspek kualiti pendidikan negara. Beliau berkata aspek itu adalah satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan negara dan ia harus dipandang serius.



"Kami (kerajaan) telah membentuk satu pasukan petugas bagi mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan kokurikulum, Laporan Razak serta Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)," katanya dalam ucapan perasmian majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Pulau Pinang.



Muhyiddin berkata cabaran yang ada kini harus dipikul semua pihak, terutama warga pendidik, dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.



"Saya akui ini cabaran utama kerana masih banyak yang perlu dilakukan supaya matlamat negara untuk menjadi negara maju dapat dicapai," katanya.



Beliau juga berkata bagi memartabatkan pendidikan negara, konteks pembangunan modal insan yang berkualiti perlu dititikberatkan.



"Proses ini melibatkan pembentukan sahsiah pelajar, dan bagi memastikan matlamat ini tercapai, guru-guru perlu lebih kreatif dalam menggunakan semua medium yang sedia ada," katanya.



Muhyiddin berkata pelajar tidak seharusnya terlalu terikat dengan buku serta terlalu terheret dengan sistem pendidikan negara yang menekankan aspek hafalan dan pendekatan teori.



"Kita tidak mahu melahirkan generasi yang beku, yang belajar hanya untuk lulus peperiksaan sahaja.



"Kerana itu, kementerian memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan. Barulah kebolehpasaran pelajar kita dapat ditingkatkan," katanya sambil menambah dasar itu mewajibkan penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti sukan bagi membantu pihak sekolah mengenal pasti dan mengasah potensi setiap individu dalam pelbagai bidang.





Sumber: BERNAMA











Awas! Rotavirus Menyerang Daerah Batang Padang

Dalam BERNAMA menyatakan bahawa 2 bayi telah meninggal dan 2236 penduduk di Daerah Batang Padang dan Hilir Perak setelah dijangkiti Rotavirus. Kes ini menjadi gempar kerana telah menyebabkan 2 bayi meninggal dunia dan kes ini dilihat terlalu mendadak.



Berikut ini ialah berita yang disiarkan oleh BERNAMA:



TAPAH, 10 Feb (Bernama) -- Dua bayi berusia dua dan 10 bulan maut manakala 2,236 penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes 'Acute Gastroenteritis' (AGE).



Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata dalam kes kematian itu, seorang dibawa ke hospital dalam keadaan tenat manakala seorang lagi telah meninggal dunia.



"Siasatan mendapati ada taburan kes AGE dikesan di beberapa kawasan daerah Batang Padang iaitu di Tapah dan Bidor, manakala di Hilir Perak pula kes ini dikesan di Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai dan Langkap," katanya kepada pemberita di Klinik Kesihatan Tapah di sini Jumaat.



Beliau berkata kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit serta muntah dan kebanyakan pesakit pula hanya mendapat rawatan pesakit luar.



Sejak 27 Jan lepas sehingga hari ini, sebanyak 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah terbabit iaitu 1,397 kes di Hilir Perak manakala 839 kes dikesan di Batang Padang, katanya.



Daripada jumlah itu, hanya 45 peratus yang menular di kalangan pesakit berusia 12 tahun ke bawah di Batang Padang manakala 56 peratus di Hilir Perak.



Jumlah kes serangan virus, yang dipercayai berpunca daripada penyakit bawaan air dan makanan, bagaimanapun menurun sejak seminggu lepas di kedua-dua hospital daerah itu, katanya.



Katanya kajian terperinci sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak berkenaan.



"Pihak berkenaan telah menjalankan ujian makmal ke atas pesakit yang terbabit. Sebanyak 39 sampel najis pesakit telah diuji kehadiran virus manakala 45 sampel lagi diuji untuk mengetahui bakteria. Hasilnya hampir semua sampel yang diuji tidak mengandungi bakteria namun 18 daripada 39 sampel yang diuji di dapati mengandungi virus jenis Rotavirus," katanya.



Beliau meminta penduduk di kedua-dua daerah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak merebaknya virus berkenaan ke tahap yang lebih serius kerana pencegahan awal sangat penting.



Dr Mah berkata Jabatan Kesihatan negeri telah mengambil tindakan efektif dengan mempertingkatkan pengesanan dan laporan kes melalui klinik dan hospital, membuat pengesanan aktif kes di komuniti, memberi rawatan awal terhadap kes yang dikesan serta merujuk ke hospital jika perlu.



Pendidikan kesihatan di kawasan terbabit melalui risalah dan poster berhubung gejala AGE serta rawatan dan langkah pencegahan, pemantauan kualiti air bersama-sama Lembaga Air Perak (LAP) di samping pemantauan terhadap premis makanan di sekitar lokasi wabak turut dilakukan, katanya.



"Antara langkah paling berkesan bagi mengelak wabak ini adalah dengan memasak air sebelum diminum, mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta selepas ke tandas," katanya.



Selain itu, langkah mengurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan serta memilih premis makanan yang bersih, katanya.



Beliau meminta orang ramai yang mengalami mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan agar segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital berhampiran tempat tinggal mereka.




Sumber: BERNAMA





Artikel berkaitan Rotavirus untuk pengetahuan umum:



"APAKAH ROTAVIRUS"



MUNTAH dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun amat berbahaya bagi bayi. Bagaimana anda mampu mencegahnya?



Anak anda muntah beberapa kali dalam beberapa jam yang lepas. Episod muntah adalah cara badan kita mengeluarkan toksin daripada perut. Pada kebiasaannya, muntah bukanlah keadaan yang serius dan kebanyakan kes berhenti dalam tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, anda akan mula bimbang apabila suhu anak anda mula meningkat dan beliau mengalami cirit-birit.



Muntah-muntah dan cirit-birit kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Walaupun muntah dan/atau cirit-birit mungkin disebabkan oleh keracunan makanan, sakit perut atau meningitis, kebanyakan kes yang sering dialami oleh kanak-kanak dan bayi adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan dikenali sebagai gastroenteritis akut.



Gastroenteritis adalah masalah radang perut dan usus. Walaupun selalunya ia tidak begitu serius kepada kanak-kanak, namun ia juga boleh membahayakan dan dalam sesetengah kes, dapat mengancam nyawa bayi. Penyebab utama gastroenteritis adalah sejenis virus yang dipanggil Rotavirus.



Apakah Rotavirus?



Rotavirus adalah virus yang amat mudah berjangkit dan menyebabkan jangkitan di usus. Ia sering dikesan dalam najis kanak-kanak yang telah dijangkiti, dan disebar melalui sentuhan dengan najis ini. Perkara ini sering berlaku apabila kanak-kanak tidak mencuci tangan selepas ke tandas atau sebelum makan. Penyebaran virus boleh berlaku dari anak ke anak di pusat jagaan anak dan nurseri. Ia boleh merebak melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang mengurus bayi yang dijangkiti.



Rotavirus mampu bertahan selama beberapa jam di tangan manusia serta berhari-hari di atas permukaan keras dan kering. Ini bermaksud ia juga mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar atau apabila kanak-kanak menyentuh objek atau permukaan yang dijangkiti, dan kemudian menyentuh mulutnya.



Adakah anak saya berisiko?



Di Malaysia, setinggi 38% kanak-kanak yang masuk hospital kerana gastroenteritis akut disebabkan oleh Rotavirus. Kebanyakan kanak-kanak dijangka dijangkiti virus ini sebelum berusia lima tahun.



Jangkitan Rotavirus kepada kanak-kanak yang lebih besar tidak begitu berbahaya, namun amat berbahaya bagi kanak-kanak dua tahun ke bawah. Bagi bayi, mereka menghadapi masalah paling serius memandangkan ia boleh menyebabkan dehidrasi (kekurangan cecair dalam tubuh badan) kesan daripada muntah dan cirit-birit yang teruk. Selain berhadapan dengan masalah dehidrasi, terdapat juga risiko mengalami masalah menghadam laktosa yang disebabkan cirit-birit yang berterusan.



Apa yang terjadi jika telah dijangkiti?



Pada permulaannya, kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus akan demam dan muntah-muntah, diikuti cirit-birit yang teruk dengan najis berair. Dalam kebanyakan kes, demam dan muntah selama dua ke tiga hari manakala cirit-birit pula berlarutan hingga satu minggu. Gejala-gejala lain termasuk kurang selera makan, sakit badan, air kencing berkurangan dan tidak bermaya.



Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda awal jangkitan Rotavirus atau dehidrasi, anda perlu:



  • Beri anak anda minum 1 hingga 1.5 liter cecair sehari seperti cecair garam rehidrasi atau isotonik. Jika dia muntah, pastikan anak anda kerap mengambil cecair atau susu dalam jumlah yang kecil setiap jam atau setengah jam.

  • Bubur boleh diberi dalam jumlah yang kecil bagi memastikan anak menerima khasiat yang mencukupi. Elakkan daripada memberi makanan atau minuman dalam jumlah yang banyak jika dia muntah-muntah.

  • Beri parasetamol untuk menurunkan suhu badan.

  • Pastikan diri anda, anak anda dan orang lain mencuci tangan selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.





Foto: Good Website


Untuk si kecil yang berusia di antara 6 dan 24 bulan, muntah dan cirit-birit yang serius boleh menyebabkan dehidrasi (kehilangan air) yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang atau kerosakan otak. Jika dijangkiti, anak anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera untuk menggantikan air yang hilang melalui cecair intravena. Jika tidak dirawat, dehidrasi akan bertambah teruk dan boleh membawa maut.



Bolehkah saya mengelakkan jangkitan Rotavirus?



Antara langkah pencegahan yang boleh diambil termasuklah menyusukan anak dengan susu badan dan menggalakkan setiap ahli keluarga mengamalkan kebersihan yang baik di rumah. Pastikan semua peralatan makanan bersih dengan mencuci pinggan mangkuk, botol dan sudu garpu menggunakan air panas; mengambil berat tentang kebersihan apabila menyediakan makanan untuk keluarga; jangan menyimpan makanan yang telah masak di dalam peti ais lebih daripada dua hari; dan pastikan semua makanan telah dipanaskan semula dengan baik sebelum dimakan.



Walaupun kesemua langkah pencegahan ini diamalkan, kerana Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah berjangkit, maka penyusuan ibu dan kebersihan yang sempurna juga tidak mampu melindungi anak anda sepenuhnya. Satu cara yang berkesan adalah dengan mengambil suntikan vaksin untuk virus ini.



Mengenai vaksin



Vaksin Rotavirus amat berkesan jika diambil di peringkat awal. Ia boleh diberi secara oral. Matlamat vaksin ini untuk merangsang sistem imun badan dari usia yang muda supaya apabila anak dijangkiti Rotavirus untuk kali pertama, dia hanya mengalami jangkitan yang sederhana atau tanpa gejala-gejala yang serius. Jika dia dijangkiti lagi, anak anda akan mendapat perlindungan kecil.



Artikel oleh Dr. Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik, bekas Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia dan Pengerusi Positive Parenting. Program Positive Parenting diurus oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dengan sumbangan geran pendidikan tanpa syarat dari GlaxoSmithKline. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.mypositiveparenti.



- POSITIFVE Parenting merupakan program pendidikan masyarakat yang bertumpu kepada isu-isu kesihatan & kesejahteraan kanak-kanak. Ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (pakar) dan melibatkan usaha sama Lembaga Perpaduan & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Persatuan Obstetrik & Ginekologi Malaysia, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Persatuan Pemakanan Malaysia dan Persatuan Tadika Malaysia



Sumber: Utusan Online





Artikel Cambridge Online











Khutbah Terakhir Rasulullah

Malam ini, malam Jumaat, esok hari Jumaat, maka esok merupakan hari besar untuk umat Islam. Pada kebiasaannya kaum lelaki Islam akan beramai-ramai ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Mulalahh terfikir sesuatu, apakah tajuk khutbah solat Jumaat untuk esok hari.



Pada kebiasaannya di negara kita ini, tajuk bagi khutbah solat Jumaat hanya satu, tetapi huraiannya panjang. Mungkin sebab memberi lebih kefahaman kepada sidang Jumaat, sehinggakan ada yang terlalu khusyuk dan tawadduk mendengarnya. Tidak sedar waktu peralihan khutbah pertama dan kedua.



Cuba bandingkan tempoh masa, khutbah terakhir Rasulullah S.A.W. Telah beberapa kali cubaan membacanya dalam kadar normal, untuk tempoh masa khutbah yang diambil, serta dibandingkan isi-isi khutbah tersebut dengan isi-isi khutbah Jumaat di negara kita. Apakah penilaian anda...



"Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.



Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.



Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.



Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.



Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.



Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.



Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.




(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)









Rintihan Ibu Tak Tergantikan



By: Muhamad Agus Syafii



Ada seorang pemuda menemui Rasulullah dan berkata, 'Wahai Rasul, ayah saya kini telah tiada, sedangkan ibu saya sudah tua. Kalau makan, saya haluskan dulu makanannya kemudian saya letakkan makanan itu ke dalam mulutnya, tak ubahnya

anak kecil.



Saya letakkan beliau dalam ayunan kain seperti bayi dan setelah itu saya mengayunnya sampai tertidur.



'Mendengar penuturan Rasulullah meneteskan air mata seraya mengatakan, 'Wahai anak muda, engkau telah mendapatkan keberhasilan yang sangat layak karena engkau memohon kepada Allah dengan hati yang bersih dan niat yang tulus dan Allah telah mengabulkan doamu'.



Anak muda itu bertanya, 'Wahai Nabi, apakah saya sudah dapat menggantikan jerih payah ibu saya?' Rasulullah Bersabda, 'engkau takkan pernah bisa menggantikan semua jerih payahnya bahkan satu rintihan di antara rintihan-rintihannya pada saat melahirkan.



Di dunia ini tidak ada yang bisa bekerja keras yang melebihi dari yang dilakukan oleh seorang ibu.'



Sahabatku yang disayang Allah, Itulah sebabnya menghormati ibu adalah sebuah keharusan.



Rintihan ibu ketika melahirkan diri kita, rintihan ibu di kala malam tiba dan bermunajat untuk anaknya akan selalu didengarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.



Kesuksesan seorang anak berarti munajat yang dipanjatkan ibu. Mari kita muliakan Ibu yang setiap rintihannya tak akan pernah kita sanggup untuk menggantikannya.





Sumber: Agus Syafii