GEORGE TOWN, 18 Feb (Bernama) -- Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring perkembangan ilmu dan teknologi bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata cabaran yang harus dipikul kini adalah meningkatkan aspek kualiti pendidikan negara. Beliau berkata aspek itu adalah satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan negara dan ia harus dipandang serius.
"Kami (kerajaan) telah membentuk satu pasukan petugas bagi mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan kokurikulum, Laporan Razak serta Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)," katanya dalam ucapan perasmian majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Pulau Pinang.
Muhyiddin berkata cabaran yang ada kini harus dipikul semua pihak, terutama warga pendidik, dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.
"Saya akui ini cabaran utama kerana masih banyak yang perlu dilakukan supaya matlamat negara untuk menjadi negara maju dapat dicapai," katanya.
Beliau juga berkata bagi memartabatkan pendidikan negara, konteks pembangunan modal insan yang berkualiti perlu dititikberatkan.
"Proses ini melibatkan pembentukan sahsiah pelajar, dan bagi memastikan matlamat ini tercapai, guru-guru perlu lebih kreatif dalam menggunakan semua medium yang sedia ada," katanya.
Muhyiddin berkata pelajar tidak seharusnya terlalu terikat dengan buku serta terlalu terheret dengan sistem pendidikan negara yang menekankan aspek hafalan dan pendekatan teori.
"Kita tidak mahu melahirkan generasi yang beku, yang belajar hanya untuk lulus peperiksaan sahaja.
"Kerana itu, kementerian memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan. Barulah kebolehpasaran pelajar kita dapat ditingkatkan," katanya sambil menambah dasar itu mewajibkan penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti sukan bagi membantu pihak sekolah mengenal pasti dan mengasah potensi setiap individu dalam pelbagai bidang.
Sumber: BERNAMA





Dalam BERNAMA menyatakan bahawa 2 bayi telah meninggal dan 2236 penduduk di Daerah Batang Padang dan Hilir Perak setelah dijangkiti Rotavirus. Kes ini menjadi gempar kerana telah menyebabkan 2 bayi meninggal dunia dan kes ini dilihat terlalu mendadak.
Aurangzeb, nama yang agak asing. Mungkin pernah mendengarnya atau tidak. Namun, dalam satu penemuan e-mel, tiba-tiba nama tersebut muncul. Menarik isi yang dikemukan. Lalu diselitkan di sini sebagai tatapan dan nilaian semua.
1. Teori Kepemimpinan Sifat ( Trait Theory )
Heboh sejak kenyataan oleh Timbalan Presiden PAS yang baru berkaitan perjuangan nasionalisme, tokoh-tokoh tertentu mula menjadi sebutan antaranya yang tersiar dalam beberapa emel. Berminat juga untuk dimuatkan dalam laman ini sebagai catatan...
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit (mungkin di Perak.
Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.
Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. 




