About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Mahkamah Putuskan Majalah Katolik Herald Boleh Guna Perkataan 'Allah'

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini.



Hakim Datuk Lau Bee Lan, dalam keputusan lisannya, menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu dalam majalah berkenaan untuk menyebarluaskan agama Kristian dan bukannya agama Islam.



Beliau berkata lanjutan kepada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam untuk menggunakan perkataan "Allah" kepada umat Islam untuk menyebarluaskan agama itu.



Bagaimanapun, ia bukanlah satu kesalahan untuk bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama, katanya.



Lanjutan kepada Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu daripada segi ajaran dan pendidikan kepada penganut agama Kristian.



Artikel 10 membenarkannya untuk menggunakan perkataan itu dalam melaksanakan hak terhadap kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat, katanya.



Lau berkata keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan Herald daripada menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah salah, batal dan tidak sah.



Beliau berkata menteri berkenaan juga gagal mengemukakan bukti bahawa penggunaan perkataan itu akan mengancam keselamatan negara dan mewujudkan salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.



Pada 16 Feb, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.



Beliau mendakwa perkataan 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam.



Pada 7 Jan, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat perkataan "Allah" tidak digunakan di dalamnya dan perkataan "Terhad" mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.



Kementerian Dalam Negeri telah mewajarkan larangan itu atas alasan keselamatan negara dan bagi mengelak salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.



Selepas keputusan itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili menteri dan kerajaan, meminta penjelasan mahkamah sama ada keputusan itu akan menjejaskan penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis 2010.



Beliau berkata ini disebabkan permohonan itu adalah untuk tahun ini dan bukannya untuk penerbitan tahun depan.



Peguam yang mewakili gereja berkenaan, Porres Royan, memaklumkan kepada mahkamah bahawa menteri telah pun memberi permit baru pada awal tahun ini untuk penerbitan tahun depan.



"Keputusan itu dengan sendirinya jelas. Menteri telah pun memberi permit baru untuk tahun depan. Saya percaya menteri akan akur dengan keputusan ini," katanya.



Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa beliau perlu mendapatkan arahan daripada menteri sama ada keputusan hari ini akan menjejaskan permit baru untuk penerbitan tahun depan memandangkan ia membabitkan perkara yang sangat serius.



Katanya, beliau juga perlu mendapatkan arahan daripada responden mengenai sama ada untuk merayu atau memohon penangguhan pelaksanaan keputusan.



Lau berkata responden mempunyai 30 hari untuk memfailkan permohonan itu.



Sumber: BERNAMA



Ily Trolak: Benarkah tindakan ini? Apakah tidak terdapat kekeliruan nanti? Mana pihak yang bertanggungjawab dalam Agama Islam? Jika sekarangpun memang ramai yang telah terpesong akidah, walau Allah hanya untuk Islam, apatah lagi jika ia dibolehkan dalam agama lain. Tidakkah mereka tidak melihat apa yang berlaku di negara jiran kita iaitu Indonesia? Allah telah menimpakan bala kepada mereka sekarang ini.... kerana apa? Marilah kita renungkan. Selamatkan umat Islam.



Macam Tak Percaya

"Hang kat Mana?" Suara yang aku terima sebaik sahaja panggilanku disambut oleh seseorang.



"Sorry, tadi pergi bank (tandas)". Tadinya aku memang mendengar deringan tersebut tetapi tengah asyik...



"Ni... 16 haribulan ni ada mesyuarat, hang kena datang" Terkejut!!!



.

.

.

.

.

.




Hari berikutnya 15 Disember 2009



Menerima SMS dari Kak Aminah Pembantu Am Pejabat SK Behrang, tertera "Tahniah, dapat tukar ke SK Proton City"



Aku balas "Dah ada surat ke?"



"Dah terima la sayang, mai la ambik"



Aku biarkan dengan seribu persoalan di kepala.



Biodata Rasulullah S.A.W







Kita sekarang lebih kenal artis daripada Rasulullah, lebih menyambut Hari Valentine daripada menyanjung Rasulullah. Pelik! Pelik! Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.



Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.



Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi "St. Valentino" daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.





BIODATA RASULULLAH S.A.W.



  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.






  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)






  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.






  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.






  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.






  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).






  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).






  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).










  • USIA 5 TAHUN



    Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.





    USIA 6 TAHUN



    Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).



    Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.





    USIA 8 TAHUN



  • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.








  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.










  • USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun



    Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.



    Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.





    USIA 20 TAHUN



    Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.



    Menyaksikan 'Perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.





    USIA 25 TAHUN



    Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.



    Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.



    Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.



    Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.





    USIA 35 TAHUN



    Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.



    Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.



    Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.





    USIA 40 TAHUN



    Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.





    USIA 53 TAHUN



    Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.



    Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.





    USIA 63 TAHUN



    Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.





    ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W



    § Khadijah Binti Khuwailid.

    § Saudah Binti Zam'ah.

    § Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

    § Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

    § Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

    § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

    § Zainab Binti Jahsy.

    § Maimunah Binti Harith.

    § Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

    § Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).





    ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W



    1. Qasim

    2. Abdullah

    3. Ibrahim

    4. Zainab

    5. Ruqaiyah

    6. Ummi Kalthum

    7. Fatimah Al-Zahra '





    ANAK TIRI RASULULLAH S.A.W



    Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).





    SAUDARA SESUSU RASULULLAH S.A.W



    IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN



    1. Thuwaibah 1. Hamzah

    2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad





    SAUDARA SUSUAN



    1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

    2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

    3. Syaima' binti Harith bin Abdul ' Uzza

    4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza





    BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW



    (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)



    1. Al-Harith

    2. Muqawwam

    3. Zubair

    4. Hamzah ***

    5. Al-Abbas ***

    6. Abu Talib

    7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

    8. Abdul Ka ' bah

    9. Hijl

    10. Dhirar

    11. Umaimah

    12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

    13. Atiqah ##

    14. Arwa ##

    15. Umaimah

    16. Barrah

    17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***



    *** Sempat masuk Islam.

    ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.





    Sabda Rasulullah SAW:



    "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)





    اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم





    Nabi Muhammad SAW - Manusia agong





    KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.





    Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:



  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.






  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.






  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.






  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.






  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.






  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.






  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.






  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.






  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.






  • Wajahnya seperti bulan purnama.






  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.






  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.






  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.






  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.






  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.






  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.






  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.






  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.






  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.






  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.






  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.






  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.






  • Rambutnya sedikit ikal.






  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.






  • Rambutnya terbelah di tengah.






  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.






  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.






  • Seimbang antara kedua bahunya.






  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.






  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.






  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.






  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.






  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.






  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.






  • Warna putihnya lebih banyak.






  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.






  • Warna kulitnya putih tapi sihat.






  • Kulitnya putih lagi bercahaya.






  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.






  • Badannya tidak gemuk.






  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.






  • Perutnya tidak buncit.






  • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripadad mereka.










  • KESIMPULANNYA :



    Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.



    NB:



    Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...



    Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.



    70 Dosa-dosa Besar







    1. Syirik (secara tak sedar pun ada...tapi dah selalu....jadi laa DOSA BESAR)

    2. Membunuh Manusia

    3. Sihir

    4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)

    5. Tidak Mengeluarkan Zakat

    6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)

    7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan

    8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)

    9. Memutuskan Silatulraham

    10. Berzina (individu tertentu)

    11. Homosex

    12. Memakan Riba

    13. Memakan Harta Anak Yatim

    14. Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul

    15. Lari dari Medan Perang

    16. Sombong (yang selalu di lakukan)

    17. Saksi Palsu

    18. Meminum Arak(individu tertentu)

    19. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam

    20. Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)

    21. Menuduh orang baik melakukan Zina

    22. Menipu harta rampasan Perang

    23. Mencuri

    24. Merompak

    25. Sumpah Palsu (HOT)

    26. Berlaku Zalim

    27. Pemungut cukai yang Zalim

    28. Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)

    29. Bunuh Diri

    30. Berbohong (yang selalu di lakukan)

    31. Hakim yang Tidak adil (HOT)

    32. Rasuah (HOT)

    33. Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)

    34. Tidak Cemburu

    35. Cina Buta

    36. Tidak Suci Hadas kecil

    37. RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)

    38. Ulamak Dunia (jahat)

    39. Khianat (yang selalu di lakukan)

    40. Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)

    41. Mengingkari Takdir

    42. Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)

    43. Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)

    44. Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)

    45. Mengingkari Janji (individu tertentu)

    46. Percaya Kepada Sihir dan Nujum

    47. Derhaka kepada Suami (amalan isteri)

    48. Gambar pada Baju (hari-hari)

    49. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala

    50. Menggangu Orang lain (hari-hari)

    51. Berbuat Zalim terhadap yg lemah

    52. Menggangu Tetangga

    53. Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)

    54. Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik

    55. Melabuhkan Pakaian

    56. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas

    57. Hamba Lari dari Tuan

    58. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T

    59. Menjadi Pak Sanggup (HOT)

    60. Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)

    61. Enggan Memberi Kelebihan Air

    62. Mengurangkan Timbangan

    63. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T

    64. Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T

    65. Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)

    66. Meninggalkan Sembahyang Jumaat (setengah individu jangan lebih 3 kali dah laa... idea & fatwa bodoh)

    67. Mengurangi Wasiat

    68. Menipu (Hari-hari)

    69. Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain

    70. Mencela Nabi dan Sahabat



    Tetamu Dan Parang



    Hari ini budak ni datang rumah, seronok tengok keletahnya yang tak habis-habis mencuit hati. Takkan dia datang seorang mestilah dengan keluarga yang menjaganya, sapa lagi kalau tidak ibu bapanya, turut serta juga opahnya.



    Mereka datang sambil membawa sesuatu yang amat hati ini kagumi. Bila ditayang sahaja, bersilau mata melihatnya. Betapa indahnya seni ukir yang dipamerkan.





    Ukiran parang yang menarik hati





    Hulu parang yang berupa kepala ular tedung





    Bahagian badan sarung parang





    Bahagian hujung sarung parang berupa lingkaran badan ular





    Satu lagi keluhuran seni ukiran





    Kepala burung kakak tua tertempa dihulunya





    Sisik-sisik yang mencorak di bidang sarung parang





    Kerisku diapit parang berseni




    Kesemua sarung parang tersebut telah diukir suami kakak ipar adik aku. Nak tahu di mana?



    10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W







    1. SURAH AL-FATIHAH



    Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.



    2. SURAH YAASIN



    Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.



    3. SURAH AT-DHUHAN



    Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.



    4. SURAH AL-WAQI'AH



    Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.



    5. SURAH AL-KHAUTHAR



    Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.



    6. SURAH AL-KHAAFIRUUN



    Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.



    7. SURAH AL-MULK



    Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..



    8. SURAH AL-IKHLAS



    Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."



    9. SURAH AL-FALAQ



    Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.



    10. SURAH AN-NAS



    Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

    Aku Rasa Aku Bersedih

    Selepas solat Maghrib, aku termenung sendirian, entah mengapa hati ini terasa sayunya...







    Mungkin sebab ini rasanya. Pengiraan ini aku buat sebaik sahaja kad 'pink' di serahkan ke tangan ini.



    Baru sangat rasanya kad 'pink' Ummi Nurul diterima. Dengan perasaan bangga dan gembiranya, aku beberapa kali membelek-belek kad tersebut. Dah lama aku tidak melihatnya.



    Tapi hari ini, semua perancangan terpaksa dibatalkan. Aku hanya sempat melaksanakan satu perancangan awal. Aku ke pasar ikan membeli ikan pada awal pagi lagi.



    "Yang..." Ummi Nurul lesu memberitahu suatu pengertian...



    Namun, kejutan berlaku tanpa dikehendaki. Aku bergegas membawa Ummi Nurul ke Hospital Slim River...



    Perkara ini tidak mungkin berlaku kepada semua orang, hanya insan-insan tertentu, di atas nama sebuah ujian dari Allah untuk kehidupan hambaNya. Terserah kepada hambaNya sama ada hendak menerima atau tidak.



    Setelah beberapa ketika di dewan kecemasan Hospital Slim River, Ummi Nurul di masukkan ke "Wad Pemerhatian". Masa berlalu sedetik demi sedetik. Aku menanti penuh kesabaran. Di dalam hati tidak henti berdoa...



    "Satu jam... dua jam..." hatiku mengira masa yang berlalu sebaik sahaja jam di telefon bimbit, ku tatapi.



    "Apakah yang berlaku?" sehingga telah dua jam berlalu masih tiada sebarang perkhabaran... sekumpulan demi sekumpulan keluarga yang berada di ruang menunggu, meninggalkan bilik kecemasan ini.



    Anakku yang berdua, sudah menemui kawan baru. Tidak henti berlari sana-sini.



    Selang beberapa ketika, sedang asyik aku melihat karenah anak-anakku, terdengar nama Ummi Nurul di pembesar suara. Aku mencapai tangan 2 orang anakku dan terus menuju ke tempat Ummi Nurul.



    Ummi Nurul perlu dimasukkan ke Wad. Aku mengekori pembantu hospital yang sedang menolak kerusi roda ke wad dimaksudkan.



    Setelah ditempatkan pada katil yang disediakan. Ummi Nurul membisikkan sesuatu. "Tiada rezeki Yang" suaranya agak kecewa.



    Aku telah menduga,dan kini aku menerima dengan redha.