About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tetamu Dan Parang



Hari ini budak ni datang rumah, seronok tengok keletahnya yang tak habis-habis mencuit hati. Takkan dia datang seorang mestilah dengan keluarga yang menjaganya, sapa lagi kalau tidak ibu bapanya, turut serta juga opahnya.



Mereka datang sambil membawa sesuatu yang amat hati ini kagumi. Bila ditayang sahaja, bersilau mata melihatnya. Betapa indahnya seni ukir yang dipamerkan.





Ukiran parang yang menarik hati





Hulu parang yang berupa kepala ular tedung





Bahagian badan sarung parang





Bahagian hujung sarung parang berupa lingkaran badan ular





Satu lagi keluhuran seni ukiran





Kepala burung kakak tua tertempa dihulunya





Sisik-sisik yang mencorak di bidang sarung parang





Kerisku diapit parang berseni




Kesemua sarung parang tersebut telah diukir suami kakak ipar adik aku. Nak tahu di mana?



10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W







1. SURAH AL-FATIHAH



Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.



2. SURAH YAASIN



Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.



3. SURAH AT-DHUHAN



Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.



4. SURAH AL-WAQI'AH



Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.



5. SURAH AL-KHAUTHAR



Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.



6. SURAH AL-KHAAFIRUUN



Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.



7. SURAH AL-MULK



Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..



8. SURAH AL-IKHLAS



Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."



9. SURAH AL-FALAQ



Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.



10. SURAH AN-NAS



Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Aku Rasa Aku Bersedih

Selepas solat Maghrib, aku termenung sendirian, entah mengapa hati ini terasa sayunya...







Mungkin sebab ini rasanya. Pengiraan ini aku buat sebaik sahaja kad 'pink' di serahkan ke tangan ini.



Baru sangat rasanya kad 'pink' Ummi Nurul diterima. Dengan perasaan bangga dan gembiranya, aku beberapa kali membelek-belek kad tersebut. Dah lama aku tidak melihatnya.



Tapi hari ini, semua perancangan terpaksa dibatalkan. Aku hanya sempat melaksanakan satu perancangan awal. Aku ke pasar ikan membeli ikan pada awal pagi lagi.



"Yang..." Ummi Nurul lesu memberitahu suatu pengertian...



Namun, kejutan berlaku tanpa dikehendaki. Aku bergegas membawa Ummi Nurul ke Hospital Slim River...



Perkara ini tidak mungkin berlaku kepada semua orang, hanya insan-insan tertentu, di atas nama sebuah ujian dari Allah untuk kehidupan hambaNya. Terserah kepada hambaNya sama ada hendak menerima atau tidak.



Setelah beberapa ketika di dewan kecemasan Hospital Slim River, Ummi Nurul di masukkan ke "Wad Pemerhatian". Masa berlalu sedetik demi sedetik. Aku menanti penuh kesabaran. Di dalam hati tidak henti berdoa...



"Satu jam... dua jam..." hatiku mengira masa yang berlalu sebaik sahaja jam di telefon bimbit, ku tatapi.



"Apakah yang berlaku?" sehingga telah dua jam berlalu masih tiada sebarang perkhabaran... sekumpulan demi sekumpulan keluarga yang berada di ruang menunggu, meninggalkan bilik kecemasan ini.



Anakku yang berdua, sudah menemui kawan baru. Tidak henti berlari sana-sini.



Selang beberapa ketika, sedang asyik aku melihat karenah anak-anakku, terdengar nama Ummi Nurul di pembesar suara. Aku mencapai tangan 2 orang anakku dan terus menuju ke tempat Ummi Nurul.



Ummi Nurul perlu dimasukkan ke Wad. Aku mengekori pembantu hospital yang sedang menolak kerusi roda ke wad dimaksudkan.



Setelah ditempatkan pada katil yang disediakan. Ummi Nurul membisikkan sesuatu. "Tiada rezeki Yang" suaranya agak kecewa.



Aku telah menduga,dan kini aku menerima dengan redha.



Jadikan Anak Kita "Winner"

Adakah ini cara yang terbaik untuk menjadikan anak anda 'winner'?. Petikan ini diterima dari satu emel yang masuk ke dalam 'Inbox' saya. Dimuatkan dalam blog ini agar dapat dijadikan renungan bersama.



Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak-anak. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya. Selamat Mencuba!



1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. - Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendiri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bagi nama yang baik untuk anak-anak.



2. Berikan anak anda pelukan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorang mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.



3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…



4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…



5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.



6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak-anak perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.



7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.



8. Dengarlah cerita anak anda - Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa macam kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa macam tak logic je tapi seronok. Ala, macam aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.



9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - Ada masa-masanyanya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorang berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bagi diorang.



10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri - Mereka akan menirunya. Jangan kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jangan kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan gabra2.



11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya - Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.



12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - Ada setengah budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Macam anmum punya iklan tu. Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jangan marah sebab kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.



13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah - Peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak-anak even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorang. Kalau kat luar memang lah sah2 pegang sebab saya jenis serabut perut takut anak terlari tengah jalan ke.



14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda - Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka, jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Macam drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.



15. Hargailah permainan kesayangan anak anda - Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.



16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - Biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi mereka esp mak nya... macam cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorang.



17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna - Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jangan jadi too perfectionist pada anak-anak. nnt mereka rendah diri.



18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah - Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak-anak dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah,

atau kita sendiri bagi latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yang cikgu dia ajar.



19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala Cuma untuk sound effect sahaja - Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.



20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. - Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita



Apapun, saya mengharapkan semua yang membaca akan dapat manfaatnya. Sama2 la kita berdoa agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.





IlyTrolak : Setiap orang mempunyai kaedah dan pendekatan sendiri untuk mendidik anak.

Diri Kita Tatkala Di Dalam Perut Bonda Tersayang

Saya mulai dengan nama Allah SWT, Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba yang beriman kepadaNya. Islam sebagai agama kasih sayang sesama umat manusia di alam sejagat di dunia ini.



Diri Kita Tatkala Di Dalam Perut Ibuda Tersayang...



Para sahabat yang ku cintai, kali ini kita akan mengundurkan waktu sejenak dan melihat apa yang terjadi pada diri kita tatkala kita berada di dalam RAHIM ibunda kita. Sungguh begitu Agungnya Ilahi membentuk, menjaga dan memelihara diri kita. Kasih sayang-Nya meliputi seluruh alam semesta. Sesungguhnya Engkau-lah Tuhan kami Yang Maha Kasih Sayang Ya Rob’bi.



Terima kasih Allah SWT



RAHIM wanita itu bahasa arab wahyu dengan makna kasih sayang Allah SWT terhadap manusia yang ia ciptakan. RAHIM juga ada lah salah satu NAMA Allah SWT. Begitulah mulianya wanita di sisi Allah SWT, bila mana suami isteri bersatu tubuh badannya yang dua menjadi SATU dengan penuh kasih sayang untuk mendapat zuriat yang TERSAYANG.



Sahabatku, foto-foto di bawah ini memperlihatkan proses apa saja yang terjadi pada sang janin kita hingga pada akhirnya kita menjadi seorang manusia pada hari ini. Prosesnya dijelaskan secara bertahap dimulai dari minggu ke 8. Mari Sahabatku kita mulai perjalanan ini.



"Saya mulai Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"



Ingatan Allah swt kepada kita Manusia yang masih hidup ini,



"Dialah yang membentuk kamu didalam RAHIM ibu mu sebagaimana dikehendaki-Nya.

Tak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Surah Ali- Imran Ayat 6











Dimulai pada minggu ke 4-8:



Terjadi pembentukan awal embrio diri manusia yang sudah memiliki sistem vaskuler (peredaran darah). Jantung janin mulai berdetik, dan semua organ tubuh lainnya mulai terbentuk. Muncul tulang-tulang wajah, mata, jari kaki, dan tangan.



Pada fasa ini pun sudah terbentuk jantung degutan yang terdiri dari dua selaput tipis. Selaput ini berisi air degutan tempat bayi terapung di dalam rahim. Air degutan akan menjaga bayi dari cedera akibat benturan dari luar selama masa kehamilan.







Pada minggu ke 8-12:



Organ-organ tubuh utama janin kita telah terbentuk. Bentuk kepalanya pun kini lebih besar dibandingkan dengan badannya, sehingga dapat menampung otak yang terus berkembang dengan pesat. Ia juga telah memiliki dagu, hidung, dan kelopak mata yang jelas. Di dalam rahim, janin kita mulai dapat melakukan aktifitas seperti menendang dengan lembut Nya.



Pada minggu ke 12-16:



Paru-parunya janin mulai berkembang dan detak jantungnya dapat didengar melalui alat ultrasonografi (USG). Wajahnya mulai dapat membentuk ekspresi tertentu, dan di matanya mulai tumbuh alis dan bulu mata. Kini ia dapat memutar kepalanya dan membuka mulut. Rambutnya mulai tumbuh kasar dan berwarna. Bahkan kakinya pun sudah tumbuh lebih panjang dari tangannya.







Pada minggu ke 16-20:



Hidung dan telinga tampak jelas, kulit merah, rambut mulai tumbuh, dan semua bagian sudah terbentuk lengkap. Pembuluh darah terlihat dengan jelas pada kulit janin kita yang tipis. Tubuhnya ditutupi rambut halus yang disebut lanugo. Si kecil kini mulai lebih teratur dan terkoordinasi dan beraksi terhadap suara ibunya.



Pada minggu ke 20-24:



Pada saat ini, alat kelaminnya mulai terbentuk, cuping hidungnya terbuka, dan ia mulai melakukan gerakan pernapasan. Pusat-pusat tulangnya pun mulai mengeras. Selain itu, kini ia mulai memiliki waktu-waktu tertentu untuk tidur.



Berkat teknologi 3D Ecography, kita boleh melihat sang janin kita dengan jelas, bahkan jelas wajahnya.







Pada minggu ke 24-28:



Di bawah kulit, lemak sudah mulai menumpuk. Di kulit kepala rambut mulai bertumbuhan, kelopak matanya membuka, dan otaknya mulai aktif. Ia dapat mendengar sekarang, baik suara dari dalam maupun dari luar (lingkungan). Ia dapat mengenali suara ibunya dan detak jantungnya bertambah cepat jika ibunya berbicara.







Pada minggu ke 28-32:



Walaupun gerakannya sudah mulai terbatas karena beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mulai bisa berkedip akibat melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar telah dapat bertahan hidup. Si kecil kini sudah terbentuk dengan sempurna.



Pada minggu ke 36:



Sang bayi kerap berlatih bernafas, mengisap, dan menelan. Rambut-rambut halus di sekujur tubuhnya telah menghilang dan badannya menjadi lebih bulat. Bayi yang dikandung oleh sebagaian wanita yang hamil untuk pertama kalinya akan mengalami penurunan, iaitu turunnya kepala ke rongga pinggul (bayi sudah “turun”).



Pada minggu ke 38:



Kepalanya telah berada pada rongga pinggul, siap untuk dilahirkan. Hal tersebut menunjukkan bahwa waktu persalinan sudah dekat. Kini, sang bayi seolah olah "mempersiapkan diri" bagi kelahirannya ke dunia.



Pada minggu ke 40 [9 Bulan]:



Apa yang dulunya hanyalah sebuah sel, sekarang telah menjadi manusia. Dalam beberapa hari, bahwa bayi telah siap untuk dilahirkan. Sang bayi masih tidur dengan tenang di dalam rahim ibunya.



Ia tidak mengetahui bahwa sesaat lagi ia akan meninggalkan "rumah"nya untuk melewati proses terbesar dalam kehidupannya yaitu KELAHIRAN Nya itu! Walaupun proses ini menyakitkan bagi sang ibu dan sang bayi tetapi melalui hal inilah…





KEAJAIBAN KEHIDUPAN TERJADI DENGAN PENUH KASIH SAYANG DARI SANG IBU DAN AYAH !



Ini lah alam ke dua yang di lalui oleh kita manusia ini, yang mana kita mempunyai 5 alam semua Nya dengan 5 solat sehari semalaman.



5 Alam:



1. Alam roh. Alam mula-mula kejadian nyawa kita



2. Alam yang kita bicara ini. Alam rahim atau kandungan.



3. Alam Dunia yang kita hidup sekarang ini, yang mana kita sudah mula lalai dan lupa kepada Allah swt yang mengcipta kita dengan kita meninggalkan buku novel Al-Kitab Allah swt Al-Quran yang berbahasa arab wahyu yang huruf Nya bermula dari kanan sebagai bahan kehidupan seharian kita.



4. Alam kubur atau barzakh. Semasa mati kita esok hari.



5. Alam yang mana kita semua akan dikumpul kan semua Nya yang dipanggil alam padang mahsyar. Bila mana dunia ini akan dihancurkan oleh Allah swt pada satu hari nanti yang kita nama kan kiamat





5 waktu solat sehari semalam



1 Subuh. Roh Nyawa kita mula di ciptakan .



2 Zohor. Waktu di alam rahim



3 Asar. Waktu menuju kepetang dan akan menghadapi malam. Waktu hidup di Dunia ini dan kita akan mati. Subuh hingga Asar itu lah waktu hidup kita di atas Dunia ini yang sebenar nya. Kata kita mula dilahirkan dan mati umor kita 99 tahun. Waktu ini pada kiraan Allah swt ada lah subuh hingga ke Asar sahaja. Begitu pendek sekali, kerana 1000 tahun kita hidup di dunia bagi Allah SWT baru 1 hari.



Sebab itu turun Nya surah al – Asari Ayat 1 – 3,



Allah swt Ingat kan kita supaya jangan lupa dan lalai kerana hanya 4 manusia sahaja yang tidak rugi di dalam kehidupan Nya di dunia ini.



Firman Allah swt kepada kita yang masih hidup Lagi ini dengan Sumpah Nya,



"Aku bersumpah Demi watu Asar"



Sesungguh Nya manusia itu di dalam kerugian melainkan



i. mereka yang beriman pada Allah dan Rasullilah SAW.



ii. mereka yang taat setia pada Allah yang berbuat banyak kebaikan yang soleh dan solehah.



iii. mereka yang bercakap benar kerana Allah dan 4 mereka yang sabar kerana Allah.



4 Maghrib. Waktu gelap malam. Ini Alam kubur kita



5 Isyak. Malam hari hingga ke pagi. Ini alam padang mahsyar. Perbanyakkanlah solat malam hari (Kiam'mun'lail). Semasa orang lain tidur kita bangun menggadap Rob’bi kita, menggadu munajat dan lain-lain. Insyallah Allah akan terangkan hati kita membuka hijab hati perasaan kita melihat segala kehidupan 5 alam yang di ciptakan ini untuk kuatkan keyakinan kita.



Maka terjadi lah kita berjaga solat malam 2 rakaat mereka tidur lena. Mereka jaga tapi mereka masih tertidur di dalam kehidupan mereka dengan lalai terlupa pada Allah swt (yakni mati hati perasaan mereka terhadap Al-Quran yang maha mulia maha suci lagi maha Agong. Mereka tidak dapat fahami nya. Na’u’zubillah hi min zalit), sedang kan kita masih terjaga membicarakan sesuatu kebenaran kerana mu rob’bi.



Sebab itu tiap tiap waktu solat kita membaca Surah Al-Fatihah. Ayat 2.



Ingatan Allah swt supaya kita tidak lupa diri kita yang berbunyi:

"Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Surah Al-Fatihah Ayat 2 .



"Ya Allah Ya Tuhan kami Selamatkan kami semua dari siksa kubur mu."



Amin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Rob’bal’alamin





Tujuh Kampung Jadi Kubur Besar

PADANG: Pihak berkuasa Indonesia semalam mengisytiharkan tujuh perkampungan yang musnah teruk akibat tanah runtuh berikutan gempa bumi, sebagai kubur besar selepas operasi mencari lebih 200 penduduk yang tertanam dihentikan.



Keputusan membatalkan operasi mencari di perkampungan yang ditelan bumi berikutan tanah runtuh selepas gempa bumi berukuran 7.6 melanda pulau Sumatera 30 September lalu dibuat hasil rundingan dengan penduduk tempatan, kata ketua polis daerah Padang Pariaman, Uden Kusumawijaya.



Bencana yang turut memusnahkan bandar berhampiran, Padang itu membunuh 809 penduduk, menurut angka kematian rasmi terbaru dikeluarkan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata bencana itu mungkin meragut hingga 1,100 nyawa.



"Ada satu perjanjian untuk menghentikan kerja mencari mangsa yang tertimbus dalam tanah runtuh berikutan gempa bumi itu. Masyarakat setempat menyetujuinya," kata Kusumawijaya kepada pemberita.



"Kawasan tanah runtuh itu disifatkan sebagai kubur bagi mereka yang tertanam," katanya.



Sejumlah 225 penduduk dipercayai tertanam dalam kejadian itu, kata jurucakap daerah Padang Pariaman, Syofrian.



"Sudah pastinya ada sesetengah penduduk tidak bersetuju, tetapi kebanyakan menyatakan persetujuan, jadi kami menghentikan kerja mencari mangsa. Ia sukar untuk mencari mangsa yang masih tertanam," katanya.



Sekurang-kurangnya 100,000 kediaman musnah dalam gempa bumi itu dan seluruh kampung ditimbusi dengan tanah runtuh. Dianggarkan 500,000 penduduk kehilangan tempat tinggal berikutan bencana alam itu. - AFP





Berita Sebelum Nya:





Kampung Tertimbus Jadi Kubur Besar



PADANG 7 Okt. - Gabenor Sumatera Barat, Gamawan Fauzi hari ini berkata, kampungkampung yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berpunca daripada gempa bumi kuat pada minggu lepas mungkin diisytiharkan sebagai kubur besar.



Sehingga 400 orang dipercayai tertanam hidup-hidup apabila lereng-lereng bukit runtuh berikutan gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter pada Rabu lalu.



Angka kematian rasmi akibat gempa bumi Rabu lalu, masih 704 orang tetapi Palang Merah percaya angka terakhir akan melebihi 3,000 kerana ratusan mayat masih terperangkap di bawah runtuhan.



Empat kampung berdekatan di daerah Padang Pariaman ditelan bumi dalam kejadian tersebut.



Menurut Gamawan, kebanyakan mayat mangsa mungkin tidak akan ditemui atau berada dalam keadaan begitu reput sehingga lebih baik untuk membiarkannya dalam keadaan tertimbus.



"Jika selepas sekian banyak hari berlalu mayat itu sudah reput, jika kita menggali tanah, lengannya tertanggal dan kakinya tercabut, itu tidak baik.



"Jika penduduk kampung bersetuju, dari sudut agama adalah tidak mengapa jika mayat tidak dikebumikan semula. Jadi kawasan itu akan diisytiharkan sebagai kubur besar," kata Gamawan kepada wartawan di ibu kota wilayah, Padang.



Sementara itu, agensi-agensi bantuan mengejar masa untuk menghantar bantuan ke kampung-kampung di kawasan pedalaman yang masih terputus hubungan seminggu selepas bencana tersebut.



Kira-kira setengah juta penduduk dipercayai hilang tempat tinggal, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Palang Merah berasaskan angka rasmi rumah musnah iaitu kira-kira 100,000 buah.



Penyelaras bantuan kemanusiaan PBB, Rachel Lavy berkata, tidak ada kekurangan bekalan bantuan dan banyak lagi yang akan sampai dengan kapal-kapal perang Amerika Syarikat (AS) yang dijadual tiba di perairan Sumatera lusa.



Sebuah hospital sementara tentera AS dengan kemampuan untuk merawat 400 orang telah didirikan di tengah Padang dan dijadual mula menerima pesakit hari ini.



Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, Priyadi Kardono berkata, helikopter telah melakukan enam pengguguran bantuan di kampung-kampung terpencil semalam dan lebih banyak penerbangan dijadualkan hari ini.



"Bekalan bantuan mencukupi tetapi kami tetap mengalu-alukan bantuan lagi. Kami mempunyai cukup khemah dan kira-kira 19,000 tan beras yang boleh menampung keperluan selama empat bulan," katanya.



Menurut Lavy, cabaran terbesar ialah pengagihan bantuan terutamanya di kawasan pergunungan.



"Agensi masih melaporkan kawasan di sana sini di mana penduduk mengadu mereka belum menerima sebarang bantuan," katanya.



Tidak ada tanda-tanda wabak penyakit sekalipun bekalan air minum kekurangan dan ratusan mayat reput masih tertimbus di bawah runtuhan.



Pihak berkuasa menyemburkan bahan pembasmi kuman ke atas runtuhan bangunan yang diketahui terdapat mayat terperangkap.



Gamawan menafikan ada kawasan yang belum menerima bantuan dan menyalahkan pihak berkuasa tempatan sebagai punca kelewatan.



"Di mana pengagihan bantuan tersekat? Jika tersekat, kemungkinan (ia berlaku) antara pihak berkuasa daerah dengan penduduk.



"Bayangkanlah, jika 100,000 rumah runtuh, itu bermakna 500,000 orang hilang tempat tinggal. Jika ada enam atau 10 orang yang tidak berpuas hati, janganlah menjadikannya tajuk berita," kata beliau.



Gabenor itu berkata, pihaknya menjaga kebajikan 500,000 penduduk dalam masa sangat singkat. - AFP



Ayah Yang Derhaka

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan seorang ayah akan menjadi ayah yang derhaka pada anak-anaknya;



1) Seorang ayah yang memilihkan ibu yang tidak baik untuk anak-anaknya iaitu bukan dari kalangan perempuan solehah sebagai isteri.Peri pentingnya seorang lelaki memilih calon ibu yang baik untuk mengandungkan benihnya dikalangan wanita yang solehah kerana wanita yang solehah sahaja yang mampu mendidik anak-anak mengikut acuan islam dengan iman dan taqwa.



2) Seorang ayah yang tidak mengajar anak-anak membaca Al-Quran sejak dari kecil sedang dirinya sendiri tidak pernah melagukan Al-Quran di rumahnya dan tidak mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam kalam suci itu.



3) Seorang ayah yang mencari rezeki yang tidak diketahui sumbernya sama ada halal atau haram, dari sumber yang shubhah yakni dari sumber yang diragukan.Rezeki yang di perolehi di bawa pulang dan diberi makan pada anak dan isteri dan kemudian menjadi darah daging mereka.Lama kelamaan anak-anak dan isteri menjadi gelap hati dan sukar menilai dan menerima kebaikan lagi.



4) Seorang ayah yang terlalu memenuhi keinginan duniawi anak-anaknya secara melampaui batas, segala kemahuan dituruti tanpa sebarang pertimbangan yang wajar. Bila mana anaknya membesar menjadi insan yang terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain hatta keluarganya sendiri.



Renung-renungkanlah saudaraku..



Kadang-kadang bila di dalam hidup kita dirundung masalah yang tidak pernah putus-putus, cuba kita muhasabah diri bagaimanakah hubungan kita dengan Allah selama ini dan bagaimanakah hubungan kita dengan ibu dan ayah kita.



Cubalah koreksi diri sendiri adakah solat kita sempurna, rezeki yang kita perolehi selama ini adakah berkat, dan adakah kita telah mengeluarkan zakat.



Mungkin selama ini hati kita masih lagi kotor dengan dosa yang kita lakukan tanpa pernah bertaubat.Ayuhla semua dirikan solat sunat taubat semoga diri kita, keluarga kita, anak- anak kita dikurniakan hati yang bersih, barulah kebahagiaan akan dapat kita kecapi.



Renung-renungkanlah ...



IlyTrolak : Semoga dapat menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak