About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Pantun Raya Loghat Negeri

Perak...



Gulai tempoyak ikan mayong

Deroyan busok tebok tupai

Pandu hemat ingat kampong

Asal teman selamat sampai



Kelantan...

Make ikke cicoh budu

Jange lupo tamboh satar

Kelik rayo taksir laju

Nanti rayo dale sepita



Terengganu...



Makang ubi jamang jepong

Makang kepok cicah cuke

Bulang pose mung bengong

Bulang raye mung gile



Pahang...



Sepadan Pahang ada kasino

Nasi dagang ikan patin

Jange mu masam muko

Raya makan rendang sadin



Johor...



Cegitu cegini awak suke

Awak suke kite tak suke

Esok luse hari raye

Sama-sama bersuke rie



Melaka...



Hawau kau berak merate

Kaki bengkak ulau patok

Kalu balik naik kerete

Jangan pandu kalau ngantok



N. Sembilan...



Masak lomak cili api

Campo dongan! daun turi

Hari rayo kolumpo sopi

Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)



Selangor/K.Lumpur...



Wa cakap lu wa tak tau

Tapi wa tipu sama lu

Raya jangan buat tak tau

Angpau ada bagi gua dulu



Kedah...



Aloq Staq terketaq-ketaq

Lapaq perut makan pau

Macam mana tak ketaq

Kena paksa bagi angpau



Penang...



Nasi kandaq kedai mamak

Anak mami juai pesemboq

Lepas raya usah dok triak

Kalu ceti mai ikut dapoq



Perlis...



Padang besaq kecik aja

Tempat siam lalu lalang

Hari raya kita berbelanja

Jangan sampai menambah utang





Suami Berubah Bila Dah Kaya

SEBELUM saya berbicara lebih lanjut saya ingin bertanya kepada pembaca wanita khususnya, adakah anda mencari suami yang taraf pendidikannya sama dengan anda atau anda menerima seadanya? Jika anda belum berkahwin, fikirkan sepuluh kali. Biasanya wanita menerima suami seadanya, tetapi suami zaman sekarang memilih isteri yang boleh memberi keuntungan dan memberi faedah kepadanya.. Bukan mereka sahaja, malah keluarga mereka juga berpandangan demikian.



"Kalau boleh mereka mahukan menantu perempuan yang ada segala-galanya yang boleh memberikan kesenangan dan tidak menyusahkan anak lelaki mereka, misalnya ada kereta, rumah dan pekerjaan yang baik." Demikian cerita Khalida dalam e-melnya.



"Saya katakan demikian berdasarkan pengalaman sendiri dan melihat di kalangan kawan-kawan wanita sepejabat dengan saya.. Mereka juga mempunyai pandangan yang sama. Kalau boleh suami mahu melepaskan semua tugas hakikinya kepada isteri untuk laksanakan, sementara dia bebas menyenangkan dirinya sendiri.



"Dulu masa mula berkahwin saya tahu taraf pendidikan dan pendapatan suami saya Zainoor, cuma seorang kerani, sementara saya walaupun seorang guru tetapi berijazah. Biarpun saya tahu kedudukannya, tetapi saya yakin kebaikan, dedikasi dia dalam bekerja di samping pandai menjalankan perniagaan sambilan boleh bahagiakan kami".



"Saya lihat dia cukup rajin berusaha, kerana itu saya yakin dia boleh menjadi ayah yang baik kepada anak-anak kami nanti. Hasrat saya tercapai hinggalah usia perkahwinan kami mencecah 12 tahun dan kami mempunyai 4 orang anak".



"Syukur kepada Allah kerana hidup kami cukup bahagia. Tambahan pula ketika itu Zainoor telah berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan atas dorongan saya, sementara saya sendiri telah naik pangkat menjadi guru besar.



"Berkat usaha dan persefahaman kami suami isteri, kami berjaya memiliki 3 buah rumah dan dua buah kereta untuk memudahkan kami bekerja.



"Sebenarnya bukan mudah memimpin suami menjadi berjaya, saya mengeluarkan wang simpanan yang banyak sebagai modal untuk menggalakan dia berniaga pada awalnya. Malangnya ketika itu kerana sayangkan suami dan ikhlas untuk membantunya, saya tidak pernah meminta balik duit yang dijadikan modal dia berniaga.



"Sebaliknya saya nasihatkan dia supaya menambah modal lebih banyak lagi supaya perniagaan dapat berjalan lancar tanpa tertangguh kerana ketiadaan modal. Pendek kata sejak lima tahun melihatkan diri dalam perniagaan sepenuh masa, hidup kami memang boleh dikatakan senang juga.



"Malangnya, saya terlupa melihat perubahan suami saya, setiap kali keluar malam saya yakin bila dia kata jumpa kontek dan rakan perniagaan. Katanya berniaga mesti banyak kontek, barulah berjaya, kalau boleh ikut cara orang Cina berniaga mereka ramai kawan, yang boleh bertukar fikiran dan meminta nasihat kalau perlu.



"Tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, dia sudah mula pandai balik rumah hingga subuh. Saya dek kerana terlalu sayang dan percaya, tidak pernah terfikir dia boleh memusnahkan harapan saya dengan bercinta lagi.



"Satu malam dia balik awal lepas makan malam dia meluahkan hasrat hatinya ingin berkahwin lagi. Nak pengsan saya. Hancur semua harapan, hilang sudah kepercayaan saya terhadapnya selama ini. Sebulan kami berperang, habis tu saya lancarkan perang dingin, harapan saya supaya dia ingat kepada janji kami dan segala pertolongan saya kepadanya selama ini, dan menjadikan dia dirinya sekarang.



Bercinta



"Tapi orang tengah bercinta segala nasihat tidak didengar lagi, dia tetap ingin berkahwin dengan kekasihnya seorang wanita bekas pelayan kelab malam, berstatus janda anak tiga, lima tahun lebih tua daripada saya.



"Saya rasa tidak ramai isteri yang sanggup bermadu dengan rela. Saya minta pendapat keluarga, memang tidak ada yang setuju, ibu saya yang tua dan uzur menyerahkan segalanya kepada saya, dan dia tidak menghalang kalau saya bercerai. Kerana ibu tahu besarnya pengorbanan saya menjadikan suami saya dengan kedudukannya hari ini. Dan ibu amat kesal kerana pengorbanan saya selama ini tidak dihargai.



"Kerana permintaannya di bantah, dia jadi seorang peminum dan jarang-jarang balik ke rumah. Dia bukan lagi suami saya yang saya kenal dulu. Akhirnya saya terpaksa memberi kata dua kepada suami saya untuk melepaskan saya. Dua bulan lamanya dia membuat keputusan dan seterusnya dia meninggalkan rumah dan pindah ke rumah baru dengan wanita tersebut bersama anak-anaknya.



"Apa yang saya kesalkan sudahlah suami buat saya sedemikian rumah, adik beradiknya ikut memfitnah suami saya bahawa saya tidak hebat dirajang, terlalu sibuk bekerja, selalu berkursus dan paling menyakitkan hati bila dia menuduh saya membomohkan dirinya selama ini kerana mengikut cakap saya.



"Pada saya tuduhan membomohkan dia memang fitnah, siapa dia? Dia cuma kerani asalnya, kalau saya pandai cari bomoh lebih baik saya bomohkan jutawan atau pegawai tinggi kerajaan supaya kahwin dengan saya bukan dia! Kejayaan dia dalam perniagaan sekarang pun hasil modal saya kalau tidak hingga kini dia masih kerani lagi. Memang dasar tak sedar diri!



"Lebih pelik mengapa selepas 13 tahun berkahwin baru timbul isu bomoh? Sepatutnya saya tuduh suami saya yang bomohkan saya, kerana mahu berkahwin dengan dia cuma seorang kerani sedangkan saya ada ijazah.



"Sesungguhnya Allah Maha Besar. Baru setahun berkahwin, hidupnya mula berantakan, sudahlah duitnya dikongkong oleh isteri barunya, nak jumpa anak-anak sendiri pun disekat. Sehinggakan telefon bimbitnya pun dikawal rapi.



"Namun saya tidak kisah saya mampu memberikan yang terbaik kepada anak-anak saya. Syukur kepada Allah anak-anak saya dapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan tahunan mereka. Hakikatnya perceraian kami sedikit pun tidak mengganggu pelajaran mereka, malah saya lihat hidup mereka lebih ceria lagi. Dengar cerita belum sampai dua tahun berkahwin bekas suami saya sudah jadi kaki hutang.



"Kini hidup saya lebih bahagia. Benarlah kata orang, kekayaan belum tentu menjadikan kita bahagia. Kini hati dan fikiran saya lebih tenang, tak perlu melihat jam pukul berapa suami balik. Tak perlu terkejar-kejar siapkan makanan bila suami balik, kini saya lebih bahagia hidup bersama anak-anak. Biarlah dia bahagia bersama anak-anak tiri dan isteri barunya, di situ mungkin dia lebih bahagia daripada dengan anak-anaknya sendiri.



"Bukan niat berdendam tetapi bila segala pergorbanan tidak dihargai, tiada gunanya bertahan dan berpura-pura bahagia. Saya ambil langkah tepat untuk membahagiakan diri dan anak-anak saya. Bukan menderita menunggu suami yang sudah lupa diri.



"Kepada kaum hawa di luar sana, saya ingin berpesan, anda tidak perlu berasa lemah jika ditinggalkan suami kerana Allah yang mengatur segala kehidupan kita. Tentunya ada hikmah yang tersembunyi di sebalik segala yang berlaku. Anda bukan perempuan malang. Tetapi anda terpilih untuk melalui ujian-Nya."



Demikian cerita Khalida panjang lebar untuk menjadi teladan anda.



Yakinlah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, Terpulang kepada anda mentafsirkan tetapi kalau tidak yakin anda boleh berdikari, sabar dan telanlah atas apa yang berlaku.





Ily Trolak : Mohon kepada Allah agar mengekalkan kebahagian rumah tangga untuk selamanya.



Jintan Hitam

Nama Tempatan: jintan hitam



Nama Saintifik: Nigella Sativa



Nama Lain: Black cumin,Kalonji, habbatus sauda, black seed, love in the mist, fitches,black caraway, black onion seed,charnushka



Famili: Ranunculaceae - Tumbuhan rempah



keterangan:



Jintan hitam telah digunakan sejak dahulu kala , asalnya ia digunakan oleh orang-orang parsi dan shonaiz dalam masakan dan perubatan mereka.Ia berasal dari kawasan medditeranean, namun kini ia juga ditanam di Afrika utara dan sesetengah bahagian asia seperti india.Pokok jintan hitam mempunyai daun yang halus dibahagian bawah manakala bahagian yang hampir dengan bunga dan pucuknya mempunyai daun yang agak besar (5 -10 cm panjangnya) dan menyerupai pokok fenel. Jintan hitam dihasilkan dari bijinya.Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih.Tumbuhan semusim ini mencecah antara 12 hingga 18 inci ketika matang(ketika bijinya dituai).Buahnya pula berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal.setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan bertukar menjadi hitam selepas terdedah pada udara.Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam kubur Firaun yang terkenal, Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.





Kegunaan:



Ia digunakan dengan banyaknya dalam garam masala.Hipoccrates menggunakan jintan hitam sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman. Ia juga digunakan oleh ahli perubatan greek lain untuk mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing.Ahli perubatan islam yang terkenal Ibnu Sina didalam bukunya , mencadangkan jintan hitam digunakan untk meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.Jintan hitam juga di kenali sebagai BRM(biological response modifier) kerana satu kajian di barat menunjukkan ekstrak dari bijinya adalah toksid kepada sel kanser (kajian dijalankan dimakmal terhadap tikus. Ia juga dapat menghalang darah dari menjadi toksid yang disebabkan oleh ubat anti kanser cisplatin.Kajian makmal juga menunjukkan sel kanser yang disimpan dalam inkubator bersama ekstrak jintan hitam tidak dapat menghasilkan faktor untuk pertumbuhan (fibroblast growth factor) dan protein berkalogen yang diperlukan untuk pertumbuhan tumor.Selain itu ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.Bagaimanapun, penemuan ini masih diperingkat kajian lagi.





Antara perkongsian mengenai jintan hitam



Baru2 ni adik saya yg belajar di UPM serdang, bawa balik jintan hitam/habbatus sauda dalam botol kecil. Lecturer dia jual untuk tujuan kuatkan ingatan. ~ abid





Maajun Habbatus Sauda



200gm jintan hitam di goreng kering atas kuali (tanpa minyak). Apabila terbit bau, keluarkan dan kisar menjadi serbuk. Pindahkan ke dalam mangkuk dan campurkan 2-3 sudu madu. Campuran akan menjadi berketul-ketul dan melakit. Uli dengan tangan dan buat biji-biji kecil sebesar biji lada hitam (atau besar sedikit). Simpan di dalam botol kedap udara.



Khasiat: menurunkan darah tinggi dan kolesterol dalam darah. Pengambilan selama 2 minggu InsyaAllah akan menunjukkan kesan yang signifikan. ~ Sheik





Ambil 7 biji jintan hitam lebih elok yang dibawa balik dari Mekah baca Bismillah,selawat keatas Nabi dan niat minta pada Allah untuk menyembuh segala penyakit dalam tubuh badan kita amalkan seminggu sekali Insyaallah dengan izin Allah penyakit akan beransur pulih dan anda akan berasa perubahan yang amat ketara ~ Pak Chaq



Mengikut kajian jintan hitam mempunyai 35% kandungan minyak. Antaranya omega3 dan omega6 yang mana kedua-dua elemen ini sangat baik untuk pembentukan minda. ~ Jeff. kdrm



Habbatus sauda ini saya minum jika ada tanda2 nak demam. Dgn kuasa Allah memang mujarab, tak jadi nak demam. ~ Jeep Kurnia



Amalan memakan jintan hitam memang bagus. Kandungan dalam sebiji jintan hitam mempunyai banyak kelebihan berbanding herba yang lain. Saya ada mengamalkan memakan jintan hitam kesannya amat baik, antaranya senang buang air besar, melawan demam, selsema, tidak cepat letih, membuang toksid dalam badan ~ suca_02



Nabi Muhammad bersabda lebih kurang maksud,berubatlah dgn Habbatus sauda (jintan hitam)ianya menjadi ubat segala penyakit kecuali mati.saya dah try bagus.memanaskan badan dan mengubati sakit sendi,urat. ~ Bullah, Penang.



Khasiat jintam hitam. jika ditumbuk sehingga hancur dan dicampurkan madu yang dibubuh ke dalam air hangat lalu diminum dapat mengubati penyakit batu karang. ~ fajarsiang@yahoo.com





Poco-Poco Yang Tersirat

Salam... pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat (secara paksa rela), iaitu tarian Poco-poco.



Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini, asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar.



Mari sama-sama baca emel ini



Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.



Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.



Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.



Marilah kita sama2 fikirkan." Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.



Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.



Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.



WALLAHUALAM. ...



Apabila Umat Telah Melakukan 15 Perkara

Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.):

Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala ( jerebu, h1n1, h5n1, aids ) pasti akan turun ke atas mereka iaitu:



1 - Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.

(kroni2, ahli politik, top level management, shareholders, )



2 - Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.

( Nak kaya masuklah politik )



3 - Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat/zakat diberikan sebagai pinjaman).

( Institut Baitulmal kerjasama dengan UITM, kalau tak cukup belanja, boleh buat pinjaman. )



4 - Suami taat pada isteri.

( Suami takut pada isteri pun dah banyak.. Siap kena belasah/simbah asid lagi.. )



5 - Anak mendurhakai ibunya.

( Nak kaya masuklah politik )



6 - (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.



7 - (dan) menjauhkan diri dari bapanya.

( Ibu bapa tidak lebih dari ATM tempat dapat wang belanja )



8 - Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.



9 - Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.

( http://www.geocitie s.com/surprising 2008/seks. htm )



10 - Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.

( polis, SB, yang pro kepada sebelah sahaja pihak.. )



11 - Arak diminum di merata-rata tempat.

( siap buat pertandingan minum arak lagi.. )



12 - Kaum lelaki ramai yang memakai sutera.

(pakaian perempuan...)



13 - Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.

( artis dapat pangkat.. termasuklah Dato' Shah Rukh Khan.. )



14 - Banyak muzik dimainkan.

( jom heboh, afx, jjl, hmi, mi, dll - dalam masiid je yang belum lagi )



15 - Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu.

( Syiah.. Golongan Anti Hadith.. )



Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”



Wallahualam



Mandi Wajib

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnyaa kerana tidak melakukannya dengan betul.



Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua² keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air keseluruh anggota badannya yang zahir.



Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Ustaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat islam yang tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi wajibnyaa menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahanyaa di Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur.



Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.



Rukun mandi wajib ada 3

1 - niat.

2 - menghilangkan najis di badan.

3 - meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.



"Niat mandi wajib: "sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala."



Atau " sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."



Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.



"Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: "sahaja aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnyaa ialah: "sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".



Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnyaa tidak sah." Jelasnya lagi..



Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut ustaz Haji Mat Jais, menurut imam Nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.



" Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. "jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib ia dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis,ia wajibla dibasuh.



"Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh mhalang sampai air ke badan khususny di bahagian bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.



" Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.



"Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.



"Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutny tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnyaa akan meresap ke rambut, Tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut."



"Tapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yang berbeza.



"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang serius orlh umat islam.



Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, uztz Haji mat jais menegaskan, sebab-sebabya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab mlibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak (wiladah)



" Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.



"Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestiny mandi selepas bersetubuh, Tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu mlm, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makhruh."



Satu lagi tempat jangan dilupakan ketika mandi wajid yang kebanyakan orang terlupa tentang nye.. baru semlm aku diingatkan oleh ustazah arbaiyah iaitu pusat..



Katanya kebanyakan tempat beliau pergi membuat kursus bila ditanya tentang perkara ini ramai yang kata tak teringat pula padahal kata beliau kalau pusat tak dikenakan atau dicuci memasa mandi wajid maka mandi wajid tersebut tak sah jadi nya... maka beringat lah selalu jangan sampai terlupa tempat yang satu nie.



Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir , dan berdoa



Sumber : JAKIM



Ilymar : Semoga menjadi panduan untuk semua musliman dan muslimat



Tanda-tanda Kiamat Kecil

Firman Allah, maksudnya: "MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63)



Tanda-tanda kecil kiamat.



1.Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.



2.Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.



3.Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.



4.Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.



5.Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.



6.Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.



7.Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).



8.Banyak berlaku gempa bumi.



9.Zaman sudah dekat mendekati.



10.Banyak fitnah memfitnah.



11.Banyak pembunuhan.



12.Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.



13.Ramai orang bermegah dengan projek mega.



14.Banyak gunung digondol dan dihapuskan.



15.Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.



16.Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.



17.Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.



18.Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.



19.Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.



20.Ramai orang solihin meninggal dunia.



21.Anak melawan ibubapa.



22.Hujan di musim kemarau.



23.Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.



24.Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.



25.Setiap desa dikepalai orang munafik.



26.Tempat-tempat pengimaman sama dihias.



27.Lahir ramai anak hasil perzinaan.



28.Banyak minuman keras.



29.Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.



30.Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.



31.Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.



32.Para pembesar / penguasa melakukan zina.



33.Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.



34.Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.



35.Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.



36.Orang alim sudah tidak disenangi.



37.Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.



38.Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.



39.Banyak kematian secara mendadak.



40.Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.



41.Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.



42.Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.



43.Rasuah berleluasa.



44.Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.



45.Ramai orang menjual-beli hukum.



46.Memandang ringan masalah perceraian.



47.Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.



* Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian.



- Semua tanda diatas sudah ada di dalam masyarakat kita hari ini.