SHAH ALAM - Masalah liputan jalur lebar yang terhad tidak mematahkan semangat seorang pelajar Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah yang sanggup tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian.Veveonah Mosibin, 18, pelajar jurusan Asasi Sains memuat naik video pengalaman dilaluinya menerusi saluran YouTube miliknya dengan tajuk 24 Hours On Tree | Challenge (Cabaran 24 jam atas pokok).
Video berdurasi 11 minit 21 saat itu memaparkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet yang 'kuat' sepanjang peperiksaan (dalam talian) berlangsung pada 9 Jun lalu.
Dalam video tersebut, pelajar itu mendedahkan, dia terfikir untuk melakukan cabaran itu setelah sebuah pondok yang dibina di atas bukit bagi tujuan persediaan menghadapi peperiksaan rosak dipercayai akibat cuaca buruk.
"Sebelum ini saya telah bina pondok sebagai seperti video yang saya muat naik sebelum ini namun pagi ini (9 Jun), saya lihat ia telah rosak kerana saya sudah lama tidak datang, sudah berminggu-minggu kerana banyak kerja. Kerja di ladang, menoreh getah dan tolong ibu bapa.
"Jadi saya tidak tahu keadaan pondok itu. Bila saya datang rupanya sudah rosak," katanya dalam video tersebut.
Berbekalkan kelambu, telefon bimbit, pengecas mudah alih (power bank), sebotol air dan beberapa bungkus nasi serta peralatan untuk menjawab peperiksaan, Veveonah berada di atas pokok tersebut dalam tempoh 24 jam dari jam 7.30 pagi.
Pelajar itu mengambil peperiksaan bagi subjek Kimia sebelah pagi dan subjek Pengajian Malaysia pada sebelah petang.

Pondok yang dibina atas bukit oleh Veveonah sebagai persediaan menjawab peperiksaan rosak akibat ribut menyebabkan pelajar itu terpaksa memanjat pokok.
Ketika berada di atas pokok itu, Veveonah juga terpaksa berdepan detik cemas apabila seekor tebuan tanah bersaiz besar tersesat masuk ke dalam kelambunya.
"Agaknya tebuan ini tersesat. Ni kalau menggigit ni, memang sakit," kata Veveonah yang membuka kelambu bagi menghalau serangga itu keluar.
Selesai menduduki peperiksaan pada sebelah petang, Veveonah tidak pulang sebaliknya kekal berada di atas pokok untuk tidur dan pulang keesokan paginya.

Veveonah berada dalam kelambu atas pokok pada waktu malam dengan berbekalkan lampu telefon bimbit.
Pelajar ini mula aktif sebagai 'YouTuber' sejak April lalu dan terdapat empat lagi video lain yang dimuat naik sejak sebulan lalu yang memaparkan perkongsian teknik cara hidup tradisional.
Sumber : https://www.sinarharian.com.my/
Tontoni video rakamannya:
IlyTrolak: "Hebat usaha yang dilakukan oleh pelajar ini... pelbagai cabaran yang dihadapi..."

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





IPOH: Dua pekerja lelaki cedera dalam kebakaran membabitkan tangki simpanan petrol di bawah tanah sebuah stesen minyak mini SMART di Jalan Felda Trolak Utara, Sungkai dekat sini, malam ini.
PERAK memang sinonim dengan slogan, Perak No 1, tapi untuk sukan hoki rasanya paling sesuai ialah Felda Trolak Utara No 1.
Awal Adik bangun hari ini, tetiba Ummi ringan mulut bertanya. "Awal bangun dik???"

IPOH: Seramai 40 orang jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan solat fardu di seluruh surau dan masjid di seluruh Perak berkuatkuasa 12 Jun.
Persediaan dan persiapan terus dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan pembukaan semula sekolah dapat berjalan dengan lancar.
Oleh Nurul Hanis Izmir




