PERAK memang sinonim dengan slogan, Perak No 1, tapi untuk sukan hoki rasanya paling sesuai ialah Felda Trolak Utara No 1.Umum mengetahui bahawa Felda Trolak sentiasa melahirkan beberapa jaguh hoki negara seperti bekas penjaga gol kebangsaan, Roslan Jamaluddin, adiknya Izad Hakimi Jamaluddin, Sukri Mutalib dan Haziq Shamsul.
Semalam dalam akaun Facebook, Roslan yang juga bekas jurulatih skuad kebangsaan wanita, memuatnaik gambar bahawa felda yang terletak di Sungkai, Perak itu harus dihormati kerana melahirkan pemain hoki berkualiti.
"Kami di antara pemain hoki yang pernah mewakili negara dan ada yang masih mewakili 'Malaysian Hockey Team' hingga kini," katanya sambil berkongsi gambar memakai jersi pasukan, Felda Hockey - The Orengine Warriors.
Dalam entri berkenaan Roslan masih berharap bahawa Felda Trolak Utara dapat meneruskan kesinambungan melahirkan lebih ramai pemain kebangsaan.
"Kami semua anak Jati Felda. Anak-anak Peneroka Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak. Alhamdullilah masih ada kesinambungan setakat ini.
Semoga ada generasi baru dari anak-anak Felda yang akan mewakili negara di persada hoki antarabangsa, Insya Allah," katanya.

Dari Kiri: Sukri, Roslan, Izad dan Haiziq bakat hoki yang dicungkil dari FELDA Trolak Utara
Sumber: https://www.hmetro.com.my/
IlyTrolak: "Hasil Usaha Cikgu Ismail"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





Awal Adik bangun hari ini, tetiba Ummi ringan mulut bertanya. "Awal bangun dik???"

IPOH: Seramai 40 orang jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan solat fardu di seluruh surau dan masjid di seluruh Perak berkuatkuasa 12 Jun.
Persediaan dan persiapan terus dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan pembukaan semula sekolah dapat berjalan dengan lancar.
Oleh Nurul Hanis Izmir
KOTA BHARU – Kelantan membenarkan jemaah solat Jumaat ditambah kepada 40 orang berbanding sebelum ini hanya 12 individu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
PETALING JAYA: FMT difahamkan penggantungan persekolahan mungkin berlarutan sehingga tahun depan bagi kebanyakan pelajar ketika Kementerian Pendidikan bersiap sedia mengumumkan garis panduan baru untuk membantu guru dan pelajar mematuhi langkah membendung penularan Covid-19.




