About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Langkah Abah Ke Peneroka FELDA

Abahku seorang Peneroka FELDA. Aku tak pasti bagaimana proses sebenar pengambilan untuk menjadi Peneroka FELDA ini.

Daripada cerita lisan abah, cerita bermula apabila perkara ini diuar-uarkan kepada semua penduduk kampung.

Pada ketika itu abah dan emak tinggal di Kampung Masjid, Pulau Tiga Kiri.

Apabila mendengar sebaran mengenai pengambilan peneroka FELDA ini, dengan hasrat untuk mengubah kehidupan keluarga. Abah dan We Hassan (abang Abah) telah pergi ke Ipoh untuk mendapatkan mengisi borang permohonan.

Tak pasti juga, sama ada We Hassan turut mengisi atau pun tidak. Pada bulan April tahun 1973, abah telah dipanggil temuduga.

Itu penceritaan lisan yang diterima sendiri olah Aku.

Apa yang menariknya, sedang aku mengemas rumah, terjumpa suatu lembaran kertas yang kini boleh dikategorikan sebagai peninggalan sejarah, tetapi masih tersimpan.

Lembaran Surat ni sebenarnya telah rosak sedikit (tembuk sana-sini dan terkoyak) telah telah cuba untuk dipulih hara. Lembaran surat tersebut telah diliminate untuk mengekalkan ia tidak rosak lebih teruk.

Di sini dikongsikan Surat Panggilan Menjadi Peneroka FELDA.



Surat yang dipaparkan itu, tiada diletakkan Nombor Kad Pengenalan. Bukannya Abah tiada kad pengenalan, tetapi telah dipadam untuk menjaga keselamatan data peribadi.

Dinyatakan dalam surat bahawa abah perlu menghadiri temuduga tersebut di Pejabat Daerah Parit pada jam 2.00 petang.

Antara perkara yang perlu abah bawa bersama-sama untuk temuduga tersebut ialah:

  1. Kad Pengenalan Abah dan Emak

  2. Sijil Kerakyatan (abah tiada, sebab abah warganegara Malaysia jati)

  3. Surat Nikah

  4. Surat Beranak Anak-anak Saudara

  5. Surat Berhenti Askar (Abah bukan bekas Askar)

  6. Sijil-sijil Pelajaran dan surat-surat lain yang difikirkan perlu.

Menariknya pada perkara terakhir, surat-surat lain yang difikirkan perlu.

Sudah tentu, surat-surat sokongan para ketua kampung, penghulu atau wakil rakyat turut disediakan, sebagai sokongan untuk dipilih menjadi Peneroka FELDA. Tetapi, abah tak dapat dipastikan, sama ada membawa surat-surat lain ini.

Surat Beranak Anak-anak Saudara bermaksud perlu membawa surat beranak atau sekarang lebih masyhur dengan Surat Daftar Kelahiran anak-anak.

Seingat fikiran ini, pada tahun April 1973 ini, bermakna abah dan emak dah memiliki 3 cahaya mata, iaitu Yung, aku dan seorang adik lelakiku.

Pada permulaan aku membawa ayat ini, ingatkan kena bawa surat beranak anak saudara kepada abah. Tetapi, setelah difahamkan, surat rasmi ketika dulu lebih popular menggunakan kata ganti diri Saudara atau Saudari. Pada ketika ini, lebih popular pengguna Tuan.

IlyTrolak: "Sesuatu yang dapat disimpan lama, walaupun hanya untuk orang biasa, sebenarnya akan menjadi bahan sejarah yang amat bernilai."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Strategi, Model Perniagaan Baharu Pulihkan FELDA

Oleh Datuk Zakaria Arshad



Jika kita meneliti organisasi FELDA yang asal, ia tidak ubah seperti sebuah 'koperasi' besar. Anggota koperasi besar ini terdiri daripada peneroka FELDA.



Setiap ahli koperasi mempertaruhkan modal mereka, iaitu sebidang tanah yang diusahakan sendiri. Tanah itu ditanam dengan kelapa sawit ataupun getah dan hasil ladang dijual kepada kilang koperasi.



Keuntungan daripada koperasi ini dipulangkan kepada ahlinya dalam bentuk perumahan, prasarana, pendapatan bulanan serta pelbagai faedah lagi.



Penggerak utama koperasi ini adalah political will atau kuasa politik yang mahu melihat koperasi dan ahlinya berjaya serta keluar daripada kepompong kemiskinan.



Peranan kuasa politik yang dipelopori Allahyarham Tun Abdul Razak ini sangat penting dalam memulakan dan menjayakan koperasi berkenaan, terutama mendahulukan pemberian sebidang tanah yang ditanam dengan sawit atau getah, penyediaan rumah kediaman, kos pembangunan, penyediaan prasarana, pendahuluan sara hidup serta pelbagai faedah lagi kepada ahli koperasi ala FELDA ini.



Tun Abdul Razak yang mempunyai kuasa politik ini, mengenal pasti dan memilih sendiri pengerusi serta pengurusan kanan yang bertindak sebagai pelaksana dan pentadbir kepada program ala koperasi FELDA ini.



Tun Abdul Razak dan kerajaan pada masa itu juga sangat bertuah kerana dapat mengenal pasti tokoh terbaik untuk menduduki jawatan Pengerusi FELDA.



Sementara Pengerusi FELDA pula dapat mengenal pasti pengarah besar, pengurusan kanan dan kakitangan pelbagai peringkat yang sangat baik, berdedikasi serta bekerja keras tanpa mengira waktu demi menjayakan program koperasi ala FELDA ini.



FELDA pada masa itu menjadi contoh koperasi terbaik dunia dan menjadi tempat rujukan. Ahlinya iaitu peneroka pada ketika itu juga penuh disiplin dan memainkan peranan mereka dengan penuh dedikasi serta mengikut arahan FELDA.



Segala peraturan digariskan pentadbir FELDA dipatuhi tanpa banyak persoalan. Pengurus rancangan serta pegawai di tanah rancangan FELDA sentiasa dihormati dan ditakuti ibarat murid menghormati guru disiplin mereka.



Semua hasil ladang peneroka sama ada sawit atau getah dihantar kepada kilang koperasi tanpa banyak kerenah. Kehidupan bermasyarakat peneroka juga sangat kuat dan akrab. Semangat gotong-royong sebagai sebuah keluarga besar sangat dikagumi masyarakat lain.



Tidak hairanlah model FELDA ini menjadi contoh pada peringkat dunia dan mendapat pengiktirafan daripada pelbagai institusi antarabangsa.



Namun lama-kelamaan, kegemilangan institusi FELDA semakin pudar. Sejak kebelakangan ini, FELDA dirundung pelbagai masalah dan yang paling besar adalah hutang yang mencecah RM11 bilion.



Ini bermakna, FELDA memerlukan kira-kira RM600 juta untuk membayar faedah sahaja. Angka ini belum termasuk perbelanjaan untuk membayar gaji kakitangan kira-kira RM250 juta dan perbelanjaan pengurusan lain bernilai sekitar RM550 juta.



Nampaknya, FELDA memerlukan kuasa politik sekali lagi untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong hutang. FELDA boleh dianggap sebagai pesakit yang mempunyai pelbagai penyakit kronik yang kini 'terkena' COVID-19, yang sedang dimasukkan ke dalam ventilator.



Tindakan pantas perlu dibuat jika ingin menyelamatkannya. FELDA memerlukan seorang tokoh politik seperti Tun Abdul Razak untuk memberikan oksigen bagi meneruskan kehidupannya.



FELDA juga tidak bernasib baik kerana tempoh dua tahun kebelakangan ini, mereka mendapat empat pengerusi yang silih berganti. Pengerusi terbaharunya adalah Datuk Seri Idris Jusoh.



Walaupun semua pengerusi itu mempunyai ketokohan, berkaliber dan memiliki rekod bersih, tidak banyak yang dapat mereka lakukan jika tempoh perkhidmatan terlalu singkat.



Seorang pengerusi wajar memegang jawatan sekurang-kurangnya tiga tahun untuk lebih efektif dan dapat melaksanakan strategi yang mereka fikirkan perlu.



Keadaan menjadi lebih sulit apabila pengarah besar serta ramai pengurusan kanannya kini terdiri orang luar yang membawa FELDA ke arah hala tuju baharu yang lebih condong kepada pendekatan komersial dan korporat.



Ini tentu mewujudkan konflik kepemimpinan antara pengurusan yang berlatarbelakangkan komersial dan korporat, dengan berlatarbelakangkan koperasi ala FELDA.



Komposisi Ahli Lembaga FELDA yang mempunyai pandangan dan latar belakang berbeza juga boleh melambatkan rawatan kepada FELDA yang sedang sakit.



Disiplin dan pemikiran peneroka juga kini berubah. Anak mereka sudah membesar dan ramai yang mempunyai pelajaran tinggi serta berjaya dalam kerjaya masing-masing.



Pegawai FELDA bukan lagi menjadi tempat rujukan peneroka seperti dulu. Pakar rujuk utama dan penyelesaian masalah kini dimainkan oleh anak mereka, blog pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Facebook, WhatsApp dan sebagainya.



Hasil ladang mereka juga tidak semestinya dihantar ke kilang FELDA (kini di bawah FGV Holdings Bhd).



Akibatnya FELDA tidak dapat mengutip pendahuluan perbelanjaan yang mereka keluarkan. Ini mencipta satu lagi masalah baharu, iaitu hutang tertunggak.



Bagaimana FELDA mahu keluar daripada ventilator jika peneroka tidak membayar hutang tertunggak mereka. Lantas model perniagaannya harus pantas ditukar supaya dapat segera keluar daripada ventilator.



Model perniagaan lama FELDA sudah tidak boleh diguna pakai lagi kerana senario sekarang jauh berbeza. FELDA juga tidak boleh mengharapkan dividen daripada FGV Holdings Bhd kerana ia juga 'positif' COVID-19 dan sering keluar masuk hospital.



FELDA harus mengambil kira purata usia peneroka sekarang sudah mencapai 68 tahun iaitu umur yang 'rapuh' dan tidak kuat seperti dulu lagi.



Difahamkan Idris sudah membuat brainstorming atau percambahan fikiran membabitkan pakar akademik daripada universiti terkenal tanah air dan mendapatkan beberapa maklumat daripada beberapa sumber luar.



Diharap Idris tidak lupa untuk mendapatkan pandangan daripada pemimpin dan pengurusan lama FELDA, selain pengurusan lama FGV Holdings dan seumpamanya kerana mereka lebih arif dengan situasi FELDA.



Ramai dalam kalangan mereka itu yang bersedia untuk membantu FELDA at no cost (tanpa sebarang imbuhan) dan mempunyai idea yang bernas.



Semoga strategi perniagaan baharu FELDA dapat dibuat segera sebelum ia terlambat.



Penulis adalah Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan FELDA dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FGV Holdings Bhd



Sumber: Berita Harian



IlyTrolak: "Semoga FELDA kembali gah dipersada dunia dan dapat meningkatkan taraf kehidupan para warganya"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Masjid, Surau Zon Hijau Wajar Dibuka Sepenuhnya, Tambah Jemaah

KUALA LUMPUR: Ilmuan Islam tempatan berpendapat banyak pertimbangan masih perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa sebelum membenarkan masjid dan surau negara ini dibuka untuk ibadat berjemaah, walaupun wabak COVID-19 semakin menurun.



Walaupun berharap masjid dan surau dalam Zon Hijau diberi kelonggaran yang lebih, untuk tujuan ibadat berjemaah, namun mereka mengakui keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat demi menjaga imej agama Islam sendiri.



Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah dan Pulau Pinang, Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin, secara peribadi berharap masjid utama dalam zon hijau dibuka semula kepada jemaah dengan dikenakan SOP elak penularan jangkitan COVID-19.



Namun, beliau menegaskan langkah itu masih perlu mengambil kira kemampuan pengurusan setiap masjid menguruskan proses saringan kesihatan terhadap semua jemaah.



Mohd Hapiz yang juga Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, berkata antara kebimbangan adalah kemampuan pengurusan masjid memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya.



"Ada masjid di Pulau Pinang yang tidak mampu mengawal jemaah kerana jawatankuasanya terdiri daripada kalangan warga tua. Bayangkan jika jemaah yang hadir adalah pembawa virus, ia akan menjangkiti orang lain termasuk jawatankuasa masjid," katanya.



Beliau berkata, ada banyak proses perlu dilalui bagi membolehkan masjid dibuka semula, antaranya mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Negeri atas syor jabatan mufti.



"Setakat ini, SOP solat jemaah di masjid masih mengguna pakai yang sedia ada iaitu dilaksanakan bagi solat fardu berjemaah sekadar tiga orang dan solat Jumaat dihadkan kepada 13 hingga 40 orang mengikut negeri masing-masing.



"Di peringkat Jawatankuasa Fatwa, kami akan mencadangkan yang terbaik daripada segi hukum dan pandangan ulama.



"Seterusnya cadangan itu akan dibawa ke peringkat Jabatan Agama Islam Negeri sama ada mereka menerimanya atau membuat sebarang pindaan.



"Ini berikutan Jabatan Agama Islam Negeri yang berkuasa dalam urusan agama dengan turut menaungi pengurusan masjid," katanya.



Katanya, walaupun banyak masjid di luar negara termasuk Masjid Nabawi di Madinah mula dibuka secara berperingkat, umat Islam perlu memahami SOP bagi setiap negara yang berbeza mengikut realiti semasa COVID-19.



"Di Malaysia, kita masih perlu melihat kepada data terkini COVID-19 dan mendapatkan pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).



"Umat Islam janganlah salahkan sistem sedia ada, selagi kita masih ada alternatif lain untuk beribadah.



"Ada kaedah fikah yang menyebut "jika tidak boleh buat semua, jangan tinggal semuanya' kerana Islam itu mudah dan tidak membebankan," katanya.



Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd Roslan Mohd Noor, berharap kerajaan dapat membuka semula semua masjid dengan menyediakan segera SOP yang perlu diikuti.



Beliau berkata, SOP perlu mengambil kira individu yang bermusafir, termasuk penghantar makanan dan pemandu e-hailing untuk dibenarkan solat di masjid ketika bekerja.



"Permintaan membuka semula masjid ini bukan bermakna mengambil mudah terhadap jangkitan COVID-19.



"Bagaimanapun, sudah tiba masanya untuk solat jemaah dan khususnya solat Jumaat dibenarkan di semua masjid.



"Saya cadangkan, kerajaan boleh menetapkan SOP sebagaimana tempat awam lain, sama ada menggunakan nisbah keluasan kawasan atau mengehadkan jumlah yang ditetapkan dalam satu masa," katanya.



Mohd Roslan berkata, wajar bilangan jemaah bagi solat Jumaat ditingkatkan kepada 40 orang, selari jumlah minimum ditetapkan dalam mazhab Syafie.



Katanya, jemaah juga perlu mengambil langkah serius dengan mematuhi nasihat pakar kesihatan bukan sahaja bagi mengawal tersebarnya COVID-19 tetapi demi menjaga agama Islam daripada menjadi bahan fitnah.



"Sekiranya didapati masjid atau jemaah tidak mematuhi SOP ditetapkan, maka tindakan perlu diambil oleh pihak berkuasa.



"Begitu juga jika ada dalam kalangan ahli kariah atau jawatankuasa dijangkiti COVID-19, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan menutup kembali sehingga tempoh yang sesuai," katanya.



Pendakwah, Ahmad Fauwaz Fadzil, berkata umat Islam termasuk ahli agama, perlu meneliti isu ini menggunakan minda, bukan mendesak masjid dibuka semula secara beremosi.



"Dalam isu ini, ia bergantung kepada kerajaan yang akan meneliti dengan petunjuk daripada KKM dan MKN.



"Ini bukan masalah kewajipan solat berjemaah itu hilang, cuma tertangguh disebabkan kebimbangan umum.



"Jadi tunggulah sehingga kerajaan lihat ada kebaikan untuk membuka semula masjid, pasti kita semua akan dapat menjalankan ibadah seperti biasa," katanya.



Ahmad Fauwaz menasihati masyarakat supaya tidak terus mendesak kerana ia tidak membawa kepada natijah yang baik.



Sumber: Berita Harian



IlyTrolak: "Perlu penelitian yang mendalam, jika benar-benar sesuai untuk dibuka, syukur..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

CUEPACS Gesa Kerajaan Segerakan Penebusan Ganti Cuti Rehat

KUALA LUMPUR, 31 Mei -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menyegerakan pelaksanaan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2020, tahun lepas.



Presidennya, Adnan Mat berkata pengumuman tersebut melibatkan penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan pelaksanaan itu sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Jan 2020.



Beliau berkata kerajaan perlu menyegerakan pindaan ke atas peraturan yang berkaitan dalam Peraturan-Peraturan Pencen 1980 bagi membolehkan pelaksanaan itu dilakukan.



“Cuepacs sebelum ini juga menyuarakan mengenai isu ini, bagaimanapun sehingga tempoh enam bulan pertama tahun ini keputusan mengenainya masih tiada khabar berita.



Cuepacs memahami kekangan dialami kerajaan disebabkan penularan wabak COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Bagaimanapun ketika ini hampir 70 hingga 80 peratus penjawat awam di pelbagai jabatan dan kementerian diarahkan bertugas seperti biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Adnan berharap perkara tersebut diselesaikan segera pada tahun ini dan tidak dibawa kepada tahun hadapan sebagai sebahagian daripada belanjawan baharu.



“Setiap janji atau perancangan yang telah dibuat dalam belanjawan sewajarnya diberi perhatian yang sepatutnya,” katanya.



Sumber: BERNAMA





IlyTrolak: "Dengarnya terdapat juga perkhidmatan yang memang GCR ditebus setiap tahun."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Mohon Sumbangan Untuk Hisamuddin

MEMOHON BANTUAN & SUMBANGAN IKHLAS



Saya ingin meminta jasa baik tuan/puan bagi membantu meringankan beban saya sekeluarga.



Saya Hisamuddin berumur 46 tahun dan tidak bekerja disebabkan faktor kesihatan.



Saya telah mengalami kemalangan jalan raya pada tahun 2001 akibat daripada itu kaki dan tangan saya patah dan di masukkan besi.



Sehingga kini, besi masih berada di dalam tubuh saya, kerana saya tidak mampu menanggung kos perubatan untuk mengeluarkan besi. Kesan dari itu membuat kan saya sukar untuk melakukan kerja2 berat.



Baru2 ini saya mengalami masalah pernafasan dan telah dimasukkan ke HKL.



Hasil rawatan mendapati saya menghidapi penyakit darah tinggi dan jantung tersumbat ( 2 TEMPAT ).



Doktor mengesyorkan supaya rawatan jantung (PEMBEDAHAN), dipercepatkan kerana ia boleh mengakibatkan saya mengalami strok separuh badan disebabkan kekurangan oksigen, namun saya tidak mampu menanggung kos rawatan jantung itu yang menelan belanja hampir RM14K ringgit.



Dalam pada itu penglihatan saya juga mengalami masalah sejak beberapa tahun ini. Saya tidak dapat melihat dengan jelas dan hanya bergantung kepada isteri dan anak2 sahaja.





Saya juga mengalami masalah kewangan untuk berulang alik ke hospital serta kos rawatan susulan.



Kesukaran ini membuatkan saya tidak dapat mencari pendapatan bagi menampug keperluan keluarga dan persekolahan anak2 saya.



Untuk makluman, saya mempunyai 5 orang anak yg masih kecil, ada kala mereka tidak bersekolah kerana saya tidak mampu untuk membayar perbelanjaan persekolahan.



Isteri saya seorang suri rumah dan mengambil upah menjaga anak orang dan berpendapatan hanya RM300 sebulan. Pendapatan itu tidak dapat menampung kehidupan kami sekeluarga.



Saya memohon bantuan seikhlas hati dari tuan/puan bagi membantu meringankan beban yang saya hadapi.



SEMOGA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS JASA BAIK TUAN/PUAN SEKELUARGA



KEPERIHATINAN PIHAK TUAN DAN PUAN KE ATAS DIRI SAYA AMATLAH SAYA HARGAI DAN SAYA UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.



BANK ISLAM

1425 6020 1416 90

(HISAMUDDIN BIN SHUIB)



MAYBANK

1140 1223 0297

(ROSNITA BINTI MOHD HATTA)



Yang Memohon Bantuan,

HISAMUDDIN BIN SHUIB

No Tel : 01160676304


IlyTrolak: "Semoga sumbangan kalian dapat meringankan bebanan yang ditanggung. Berat mata melihat, berat lagi bahu yang memikul"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pinda Akta Hukuman Lebih Berat Pemandu Mabuk - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 30 Mei -- Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) perlu dipinda supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.



Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata justeru, beliau telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan merangka pindaan ke atas akta tersebut berikutan bilangan kes kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk yang dilihat semakin membimbangkan kebelakangan ini.



“Saya difahamkan pindaan akta ini akan dimuktamadkan pertengahan Jun depan sebelum dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan pada persidangan akan datang.



“Pindaan ke atas Akta 333 diharap dapat menetapkan hukuman mandatori lebih berat dan setimpal terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan apatah lagi kematian kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.



Muhyiddin berkata beliau juga berharap pindaan hukuman ini kelak akan memberi pembelaan kepada waris keluarga mangsa kemalangan yang terjejas akibat pemandu mabuk.



Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 21 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dicatatkan sepanjang lima bulan pertama tahun ini dan daripada jumlah itu, lapan mangsa telah kehilangan nyawa.



Justeru menurut Muhyiddin, perkara ini amat membimbangkan kerana jumlah yang direkodkan menghampiri keseluruhan 23 kes yang dicatatkan sepanjang tahun lepas.



Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.



Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 dan penjara maksimum 10 tahun.



Sumber: BERNAMA



IlyTrolak: "PM dah bersuara! Semoga dipermudahkan segala urusan untuk pindaan akta ini, dan seterusnya penguatkuasaan yang berkesan. Bagus juga kalau ditutup terus kilang pembuat minuman keras ini."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Guru, Murid Tak Diwajibkan Jalani Swab Test

BAGAN SERAI - Ujian calitan (swab test) tidak diwajibkan ke atas semua guru dan murid sekiranya sesi persekolahan kembali dibuka, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.



Menurutnya, ujian berkenaan hanya dikhususkan kepada kumpulan sasar sekiranya guru atau murid berkenaan tersenarai dalam kontak rapat individu yang mempunyai gejala atau disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19).



"Swab test tidak semestinya dilakukan ke atas semua orang, kalau kita wajibkan semua buat, rakyat Malaysia ada dekat 30 juta, kalau tak cukup (bekalan) lagilah kita panik.



"Kementerian Kesihatan (KKM) telah menetapkan mesti ada asas dan sebab kenapa perlu lakukan ujian itu.



"Contohnya kalau kawasan itu ada yang kena (positif Covid-19), maka mereka yang tinggal keliling, duduk serumah, rakan sekerja atau kontak rapat kenalah jalani ujian untuk pastikan tiada penularan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Masjid Jamek Kedai 2, Kuala Kurau di sini hari ini.



Beliau berkata, dari segi pematuhan keselamatan dan kesihatan, ia mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Kementerian Pendidikan.



Katanya, KKM hanya bertindak menasihati Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum SOP itu dibawa ke perbincangan dan diluluskan.



"SOP itu bukan dirangka oleh KKM, samalah kesnya seperti pembukaan industri-industri lain yang mana mereka sendiri akan rangka kaedah-kaedahnya dan dipersembahkan untuk dinilai," katanya.





Noor Azmi (kiri) ketika meninjau keadaan Masjid Jamek 2, Kuala Kurau hari ini.


Dalam lawatan itu, Noor Azmi yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai meluluskan peruntukan RM25,000 untuk kerja baik pulih Masjid Jamek Kedai 2 bagi memberi lebih keselesaan kepada lebih 600 kariah.



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memaklumkan bahawa sekolah akan dibuka semula selepas mendapat nasihat daripada KKM dan disertai SOP sesuai mengikut amalan pencegahan Covid-19.



Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin pula dilapor berkata, SOP berkenaan akan memberi penekanan terhadap perubahan sesi pengajaran dan pembelajaran kepada 5.4 juta pelajar seluruh negara dan tarikh pembukaan sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dibuka.



Sumber: Sinar Harian





IlyTrolak: "Sehingga kini masih belum ada pengumuman untuk sekolah dibuka. Pihak kerajaan akan mengumumkan akan mengumumkan 2 minggu awal sebelum sekolah dibuka. Bermakna sehingga kini, dalam tempoh dua minggu, sekolah masih belum dibuka."


Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.