BAGAN SERAI - Ujian calitan (swab test) tidak diwajibkan ke atas semua guru dan murid sekiranya sesi persekolahan kembali dibuka, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.Menurutnya, ujian berkenaan hanya dikhususkan kepada kumpulan sasar sekiranya guru atau murid berkenaan tersenarai dalam kontak rapat individu yang mempunyai gejala atau disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19).
"Swab test tidak semestinya dilakukan ke atas semua orang, kalau kita wajibkan semua buat, rakyat Malaysia ada dekat 30 juta, kalau tak cukup (bekalan) lagilah kita panik.
"Kementerian Kesihatan (KKM) telah menetapkan mesti ada asas dan sebab kenapa perlu lakukan ujian itu.
"Contohnya kalau kawasan itu ada yang kena (positif Covid-19), maka mereka yang tinggal keliling, duduk serumah, rakan sekerja atau kontak rapat kenalah jalani ujian untuk pastikan tiada penularan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Masjid Jamek Kedai 2, Kuala Kurau di sini hari ini.
Beliau berkata, dari segi pematuhan keselamatan dan kesihatan, ia mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Kementerian Pendidikan.
Katanya, KKM hanya bertindak menasihati Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum SOP itu dibawa ke perbincangan dan diluluskan.
"SOP itu bukan dirangka oleh KKM, samalah kesnya seperti pembukaan industri-industri lain yang mana mereka sendiri akan rangka kaedah-kaedahnya dan dipersembahkan untuk dinilai," katanya.

Noor Azmi (kiri) ketika meninjau keadaan Masjid Jamek 2, Kuala Kurau hari ini.
Dalam lawatan itu, Noor Azmi yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai meluluskan peruntukan RM25,000 untuk kerja baik pulih Masjid Jamek Kedai 2 bagi memberi lebih keselesaan kepada lebih 600 kariah.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memaklumkan bahawa sekolah akan dibuka semula selepas mendapat nasihat daripada KKM dan disertai SOP sesuai mengikut amalan pencegahan Covid-19.
Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin pula dilapor berkata, SOP berkenaan akan memberi penekanan terhadap perubahan sesi pengajaran dan pembelajaran kepada 5.4 juta pelajar seluruh negara dan tarikh pembukaan sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dibuka.
Sumber: Sinar Harian
IlyTrolak: "Sehingga kini masih belum ada pengumuman untuk sekolah dibuka. Pihak kerajaan akan mengumumkan akan mengumumkan 2 minggu awal sebelum sekolah dibuka. Bermakna sehingga kini, dalam tempoh dua minggu, sekolah masih belum dibuka."

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





Oleh :
KUALA LUMPUR, 29 Mei -- Penanda aras niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) Malaysia mungkin didagangkan lebih tinggi pada bulan Jun dan Julai pada harga RM2,400 satu tan metrikj jika pengeluar minyak makan kedua terbesar di dunia itu mengekalkan jumlah eksportnya yang lebih tinggi, termasuk eksportnya ke India, Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa.
Sehari selepas sidang video antara Perdana Menteri bersama-sama Menteri Keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan, muncul pula viral baharu yang dikemukaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.


KUALA LUMPUR, 28 Mei -- Pelbagai perkara akan dipertimbangkan termasuk kesediaan guru untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid sebelum sekolah kembali dibuka, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
IPOH, 28 Mei -- Senarai barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Perak kini lengkap selepas tiga Exco baharu yang mengangkat sumpah jawatan pada 12 Mei lepas, diberikan portfolio masing-masing.
Subhanallah, Maha Suci Allah pencipta sekelian Alam. Akhirnya, khabar gembira tiba tentang pembukaan semula Masjidil Haram.




