About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Pelbagai Perkara Perlu Diperhalusi Sebelum Sekolah Dibuka - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 28 Mei -- Pelbagai perkara akan dipertimbangkan termasuk kesediaan guru untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid sebelum sekolah kembali dibuka, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan sama ada Kementerian Pendidikan bersedia untuk mematuhi prosedur operasi standad (SOP) yang ditetapkan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.



“Mungkin kita perlu memastikan dengan Kementerian Pendidikan sama ada mereka dapat mematuhi SOP baharu di sekolah-sekolah…nak memeriksa, nak basuh tangan, nak ambil (suhu), dan adakah alat-alat semua dah sedia?”



“Dalam kelas yang saya tahu biasanya dekat 40 orang, mana boleh duduk 40 orang rapat-rapat. Sekarang tinggal separuh sahaja… maknanya kalau separuh, dah jadi dua kelas, kalau 20 orang sekelas, tak tahu jarak macam mana,” katanya dalam sidang video bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.



Dalam sidang video berdurasi 40 minit itu Muhyiddin berkata, jika bilangan pelajar dalam satu kelas dikurangkan kepada 15 orang, ia sudah tentu akan melibatkan bilangan kelas yang banyak dan dalam hal ini memerlukan sesi persekolahan dilaksanakan pada sesi pagi dan petang.



Semua perkara itu, katanya antara perkara yang diambil kira dan sedang diperhalusi sebelum sekolah kembali dibuka dan setakat ini belum ada tarikh yang ditetapkan untuk sekolah mula dibuka.



Semua sekolah di negara ini ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lepas bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.



Menteri Kanan (Kluster Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini berkata, pembukaan semula sesi persekolahan tidak akan dibuat secara tiba-tiba sebaliknya pengumuman tarikh akan dibuat selewat-lewatnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.



“Sekarang ini belum pasti lagi, belum ada tarikh yang ditetapkan. Saya rasa pada satu peringkat, berdasarkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM), semuanya ok, semua orang akan dapat menguruskannya, guru dan kanak-kanak di sekolah dapat mengikuti arahan... inilah yang ingin diketahui oleh ibu bapa,” kata perdana menteri.







Muhyiddin berkata persoalan mengenai bila sekolah akan dibuka semula banyak dibangkitkan oleh ibu bapa.



"Saya jelaskan kepada mereka berdasarkan apa yang kita putuskan sebelumnya hanya yang nak ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan ... yang SPM kita belum menetapkan tarikhnya," katanya.



Sumber: BERNAMA



IlyTrolak: "Semoga semua dapat bertenang dan menunggu dengan sabar. Banyak perkara yang perlu difikirkan apabila pembukaan sekolah dilakukan. Jika salah perhitungan, maka pihak kerajaan, kementerian dan sekolah akan dipersalahkan."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Senarai Portfolio Exco Perak Lengkap

IPOH, 28 Mei -- Senarai barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Perak kini lengkap selepas tiga Exco baharu yang mengangkat sumpah jawatan pada 12 Mei lepas, diberikan portfolio masing-masing.



Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata barisan ahli MMK dilantik itu adalah pasukan yang dinamik serta komited dalam menggerakkan usaha membina semula ekonomi negeri susulan penularan COVID-19.



Beliau berkata Datuk Mohd Zolkafly Harun yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam.



ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed memegang portfolio Pengerusi Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, manakala portfolio Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau diterajui ADUN Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud.



Ahmad Faizal berkata bertepatan dengan fokus untuk memperkasa sektor pertanian dan menyumbang kepada agenda keselamatan makanan negara, portfolio Datuk Abdul Yunus Jamahri diperluaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan.



Berikut senarai penuh portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak:



1. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu - Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, GLC dan Integrasi Nasional



2. Datuk Saarani Mohamad - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna



3. Razman Zakaria - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil



4. Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan



5. Datuk Shahrul Zaman Yahya - Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor



6. Datuk Abdul Yunus Jamahri - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan



7. Datuk Mohd Zolkafly Harun - Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga dan Air dan Pengangkutan Awam



8. Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat



9. Mohd Akmal Kamarudin - Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan



10. Khairul Shahril Mohamed - Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia



11. Ahmad Saidi Mohamad Daud - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau



Sumber: BERNAMA



IlyTrolak: "Semoga dapat memberi kelancaran kepada pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri Perak"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Masjidil Haram Dibuka Semula 31 Mei

Subhanallah, Maha Suci Allah pencipta sekelian Alam. Akhirnya, khabar gembira tiba tentang pembukaan semula Masjidil Haram.



Sudah pasti berita ini amat ditunggu oleh bakal-bakal penunai ibadah Haji.



Biar pun untuk fasa pertama pembukaan ini, hanya membenarkan penggunaan dari jam 6 pagi hingga 3 petang sahaja pada setiap hari. Solat Jumaat juga turut dibenarkan.



Berikut berita penuh berkaitan pembukaan Masjidil Haram.



MAKKAH: Arab Saudi mengumumkan dua fasa pelan penyesuaian membabitkan kota suci Makkah hari ini bagi melonggarkan sekatan berikutan penularan COVID-19 dan membolehkan penduduknya kembali kepada kehidupan biasa.



Menurut Kementerian Dalam Negeri, fasa pertama akan bermula 31 Mei ini dan prosedur keluar masuk ke Makkah dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 3 petang.



Selain itu, solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjidil Haram akan diteruskan dengan mengikut langkah keselamatan sedia ada.



Sementara itu, fasa kedua akan bermula pada 21 Jun, iaitu penduduk di Makkah akan dibenarkan berada di tempat awam sekitar 6 pagi hingga 8 malam.



Kenyataan itu turut memaklumkan perniagaan seperti kafe dan kedai gunting rambut masih diarahkan tutup, manakala majlis perkahwinan serta pengebumian hanya boleh dihadiri maksimum 50 orang. - AGENSI



Sumber: Berita Harian



IlyTrolak: "Semoga dengan pembukaan Masjidil Haram bermula 31 Mei ini, menjadi kemudahan untuk ibadah-ibadah lain dilaksanakan di masa akan datang."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Harga Minyak Sawit Mentah Dijangka Meningkat

KUALA LUMPUR , 27 Mei - Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mencecah paras RM2,300 hingga RM2,400 satu tan metrik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.



Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, menerusi kenyataan, memaklumkan peningkatan harga minyak sawit di pasaran bukan sahaja bakal melegakan puluhan ribu pekebun kecil tetapi turut menguntungkan penggiat industri komoditi ini di Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19.



Diperjelaskan kenaikan harga itu, berikutan hubungan diplomatik Malaysia-India yang semakin baik.



Selain, langkah kerajaan India yang tidak melanjutkan sekatan import minyak sawit ditapis dijangka turut membantu meningkatkan eksport Malaysia ke negara berkenaan.



Perkembangan ini, akuinya pasti menggembirakan dan MPOB berharap agar harga terus stabil dan meningkat kepada momentum yang lebih memberangsangkan.



Harga minyak sawit terendah pernah dicatatkan adalah sebanyak RM1,794.50 satu tan metrik pada Disember 2018 dan RM1,879 satu tan metrik pada Julai 2019 bagi tempoh 2016-2019.



Komoditi sawit menyumbang 4.76 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berjumlah RM64.84 bilion.



Beliau berharap harga sawit akan terus melambung tinggi agar dapat dimanfaatkan terutama pekebun sawit di Malaysia bagi membantu menampung perbelanjaan keluarga ketika negara di landa pandemik COVID-19.



Sumber: berita.rtm.gov.my



IlyTrolak: "Kenaikan harga minyak sawit mentah sudah pasti akan mempengaruhi harga kelapa sawit juga. Di harap ia menjadi suatu berita gembira untuk para peneroka FELDA dan generasi.



Generasi FELDA yang kehilangan kerja, sekarang ini bolehlah mengalihkan pandangan untuk berbudi pada tanah pula."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

IPD Muallim Laksana SJR di KM 388 PLUS Arah Utara Mulai Sabtu

MUALLIM: Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim akan melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kilometer (KM) 388 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara kawasan Behrang mulai hari ini, Sabtu.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Muallim, Supt. Sulizmie Affendy Sulaiman, susulan itu pengguna PLUS dinasihatkan supaya berhati-hati dan memperlahankan kenderaan apabila menghampiri SJR itu.



Ujarnya lagi, tujuan SJR itu dibuat adalah untuk menghadkan perjalanan orang ramai agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid-19.



Tegasnya, orang ramai yang didapati ingkar arahan PKPB dengan membuat pergerakan rentas negeri tanpa sebarang alasan yang munasabah serta tiada permit kebenaran daripada pihak polis akan dikenakan kompaun mengikut Peraturan 6 (3) PPPB 2020 dan denda sebanyak RM 1,000.



Sumber: Suara Perak

http://www.suaraperak.com/ipd-muallim-laksana-sjr-di-km-388-plus-arah-utara-mulai-sabtu/



IlyTrolak: "Teringat kenangan semasa bertugas di IPD Muallim (dulunya IPD Tanjong Malim)"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tindakan Tatatertib Menanti Penjawat Awam Terkandas Di Kampung

KUALA LUMPUR: Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung, akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).



Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, menjelaskan jabatan masing-masing boleh mengenakan tindakan tatatertib pada penjawat awam yang tidak hadir ke pejabat tanpa mengemukakan surat cuti.



"Sekiranya pegawai tidak boleh hadir bertugas, sama ada di pejabat atau bekerja di rumah (BDR), dia dianggap tidak hadir bertugas dan ada diperuntukkan hukuman tertentu dalam Perintah Am Bab D (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993).



"Dalam Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Mac, pegawai mesti bekerja di pejabat atau dibenarkan BDR mengikut arahan Ketua Jabatan.



"Pegawai BDR boleh diarahkan untuk hadir di pejabat pada bila-bila masa namun jika tidak hadir tanpa mengemukakan surat cuti, boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh jabatan masing-masing," katanya kepada BH, hari ini.



Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang tidak dapat kembali bekerja kerana melanggar PKPB untuk pulang berhari raya di kampung.



Mohd Khairul Adib menegaskan, tindakan penjawat awam melanggar PKPB itu sendiri adalah menjadi kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342 ) dan mereka juga boleh dikenakan tindakan tatatertib jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah.



"Kesalahan di bawah Akta 342 adalah kesalahan jenayah. Ada peruntukan di bawah Perintah Am yang memperuntukkan hukuman tertentu bergantung kepada dapatan dan hukuman mahkamah," katanya.



Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman tatatertib seperti amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.



Penjawat awam yang dikenakan tatatertib juga, tidak layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh tertentu mengikut jenis hukuman, seperti amaran (12 bulan), denda (18 bulan), lucut hak emolumen (24 bulan), tangguh pergerakan gaji (30 bulan), turun gaji (36 bulan) dan turun pangkat (48 bulan).



Sumber: Berita Harian



IlyTrolak: "Terasa kemudahan yang terima... Alhamdulillah..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Solat Jumaat 12 jemaah : Mana Asasnya?

Oleh Dr. Nik Rahim Nik Wajis



Terdapat sedikit kekecohan di medan media sosial apabila ada beberapa negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak mula membenarkan solat Jumaat diadakan kembali setelah beberapa minggu tidak dibenarkan akibat penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.



Isu yang dibincangkan bukan hanya berkisar tentang kebenaran untuk kembali mendirikan solat Jumaat yang merupakan syiar Islam yang dihidupkan saban minggu, tetapi kepada jumlah ahli jemaah yang dibenarkan menghadiri solat Jumaat yang bakal diadakan. Persoalan yang hangat diperdebatkan ialah tentang jumlah jemaah yang dibenarkan hadir iaitu seramai 12 orang sahaja.



Jangan taasub



Suasana ini timbul disebabkan ia norma baru yang tidak pernah dihadapi oleh penduduk Malaysia yang beragama Islam. Sejak sekian lama rata-rata umat Islam berpegang kepada mazhab Syafie yang menjadikan jumlah 40 orang sebagai syarat sahnya solat Jumaat. Penulis masih teringat suatu ketika dahulu semasa di kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang tuan imam terpaksa mengira jumlah ahli jemaah sebelum memulakan solat Jumaat bagi memastikan jumlahnya mencukupi 40 orang. Ada kalanya, solat Jumaat terpaksa ditukar kepada solat zuhur kerana jumlah jemaah tidak mencukupi 40 orang.



Ia satu gambaran bahawa di Malaysia suatu ketika dulu, umat Islam sangat patuh kepada mazhab Syafie. Namun itu semua mungkin sudah tinggal sejarah. Kini umat Islam sudah semakin terdedah kepada pelbagai maklumat dan informasi dan ini menjadikan mereka lebih terbuka dan tidak terlalu ‘taasub’ kepada mazhab. Tidak ‘taasub’ mazhab bukan bermaksud mereka tidak lagi berpegang kepada mazhab Syafie, tetapi mereka boleh memahami jika terdapat perbezaan pandangan serta amalan yang dilakukan oleh pengamal mazhab yang lain daripada mazhab-mazhab yang diiktiraf di Malaysia.



Asas 12 jemaah



Solat Jumaat dengan 12 jemaah sebenarnya ada asasnya namun ia bukan daripada pandangan Imam Syafie. Menurut mazhab Syafie jumlah minimum bagi solat Jumaat ialah 40 orang. Hujah ini berdasarkan kepada satu hadis dari Ka’ab bin Malik yang dikatakan sering memuji Sa’d bin Zurarah ketika azan dikumandangkan. Lalu beliau ditanya: “Mengapa engkau selalu memuji Sa’d bin Zurarah ketika mendengar azan?” Ka’ab lalu menjelaskan bahawa: "Sa’ad bin Zurarah adalah orang pertama yang mengumpulkan kami untuk mendirikan solat Jumaat." Lalu beliau ditanya:



“Berapa ramaikah bilangan kamu ketika itu? Ka’ab lalu menjawab: "40 orang.” (HR Abu Daud)



Di sisi mazhab Maliki pula jumlah yang wajib hadir bagi solat Jumaat ialah 12 orang tidak termasuk imam. Mereka berhujah dengan sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah yang menceritakan bagaimana ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah, tiba-tiba datang kafilah dagangan dari luar ke Madinah yang menyebabkan ramai sahabat meninggalkan Nabi yang sedang berkhutbah. Kata Jabir: “Lalu mereka (jemaah solat) berpaling (untuk pergi) ke kafilah dagangan tersebut sehinggakan yang tinggal bersama dengan Rasulullah hanyalah 12 orang sahaja.” (HR al-Bukhari)



Harus bertalfiq



Jadi berdasarkan kepada pandangan ini, jelaslah bahawa pandangan mazhab Maliki telah diambil sebagai sandaran kepada jumlah jemaah yang dibenarkan untuk solat Jumaat iaitu seramai 12 orang. Pengambilan mazhab lain yang bukan mazhab yang menjadi pegangan seseorang dipanggil talfiq. Sebagai contoh seseorang mengambil wuduk ikut cara Mazhab Hanafi tetapi solat pula mengikut cara mazhab Syafie.



Menurut pandangan ulamak, talfiq dalam bentuk sebegini adalah diharuskan kerana kedua-dua amalan iaitu wuduk dan solat telah sempurna dilakukan menurut mazhab tertentu. Adapun talfiq yang tidak dibenarkan ialah talfiq dalam kes yang melibatkan perkahwinan. Sebagai contoh seseorang berkahwin tidak menggunakan wali kerana menurut mazhab Hanafi, wanita boleh mengahwinkan dirinya sendiri tanpa wali. Saksi juga tidak diperlukan berdasarkan kepada mazhab Maliki. Jadi yang tinggal cuma, lelaki dan wanita yang hendak berkahwin.



Talfiq jenis ini diharamkan kerana ia boleh membawa kepada perzinaan kerana setiap kali pasangan yang ditangkap atas kesalahan khalwat sebagai contoh boleh menggunakan alasan berkahwin menggunakan kaedah talfiq ini bagi melepaskan diri daripada didakwa atas kesalahan ini.



Talfiq sebenar telah diamalkan oleh masyarakat Islam sama ada disedari atau tidak. Sebagai contoh zakat fitrah. Membayar zakat fitrah dengan wang sebenarnya tidak dibolehkan (tidak sah) menurut Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali. Membayar zakat fitrah dalam bentuk wang hanya dibenarkan menurut Mazhab Hanafi dan ini telah pun diamalkan sejak sekian lama tanpa sebarang pertikaian.



Jadi tidak timbul masalah untuk ikut mazhab lain atau talfiq khususnya dalam keadaan tertentu yang dianggap terdapat keperluan mendesak seperti situasi yang kita hadapi hari ini.



Sumber: BERNAMA



Dr Nik Rahim Nik Wajis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)



IlyTrolak: "Semoga menjadi pencerahan di atas persoalan yang dibangkitkan."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.