About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Surah At-Takathur Beserta Makna Dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Erti At Takathur (التكاثر) ini dalam bahasa Melayu ialah bermegah-megah atau berlumba-lumba untuk mendapat harta kekayaan, anak-pinak, pangkat dan pengaruh ketika di dunia.



Surah At Takathur (سورة التكاثر) adalah surah ke-102 dalam Al Quran. Ia mengandungi lapan ayat, dan termasuk dalam kategori surah Makkiyyah yang diturunkan selepas surah Al-Kautsar.



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



أَلۡهَٮٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ (١) حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ (٢) كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ (٣) ثُمَّ كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ (٤) كَلَّا لَوۡ تَعۡلَمُونَ عِلۡمَ ٱلۡيَقِينِ (٥) لَتَرَوُنَّ ٱلۡجَحِيمَ (٦) ثُمَّ لَتَرَوُنَّہَا عَيۡنَ ٱلۡيَقِينِ (٧) ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ يَوۡمَٮِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ (٨)




“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3) Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4) Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5) (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6) Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! (7) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! (8)”




Tafsir Surah



Ayat 1:



أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ

Kamu telah dilekakan oleh pertandingan memperbanyakkan harta kekayaan (1)




alha - lahwan (past tense) - il-haa. Secara literalnya adalah bermaksud hiburan (Entertainment). Yakni manusia sibuk dan lalai. Ada beberapa situasi `kelalaian' yang berlaku (mengikut neraca Allah):

1. Membuang masa pada suatu perkara yang tidak penting.

2. Tidak memberi perhatian kepada perkara yang sepatutnya dibuat.

3. Memberi perhatian yang berlebihan kepada sesuatu perkara hingga Allah tidak diberi keutamaan sebagaimana yang sepatutnya.



Kalimah `Al-ha' adalah `fail madhi/past-tense’. Ia digunakan bagi menunjukkan sikap manusia yang suka bermegah-megah, berbangga dan berlumba-lumba untuk ni'mat dunia. Masa terbuang begitu sahaja, tiada nilai, tidak berfaedah dan sia-sia dari neraca Allah.



Istilah Takathur - kathra - kathir = banyak. Takathur juga bermaksud [Tafa'ul] - Mufa'alla, Ta'adhun = pertandingan/persaingan



Yakni `At-Takathur' melekakan dan mengalihkan perhatian manusia dari Allah. `Takathur' membawa beberapa maksud:



1 - Keinginan untuk mendapat lebih banyak.

Hendak lebih kaya, memiliki kereta mewah, mempunyai rumah lebih besar dan sebagainya.Ini akan melekakan dari mengingati dan bertawajuh kepada Allah swt.



2 – Bersaing dengan orang lain bagi memperoleh lebih banyak ni'mat keduniaan.

Bersaing untuk mendapat pangkat/kuasa mengikut jalan yang tidak diredhai Allah. Bermegah-megah dan bersaing dalam urusan perkahwinan supaya nampak lebih `grand', kelihatan mewah dari orang lain, dikatakan mengikut trend terkini sehingga ia nampak lebih hebat.



3 – Berbangga-bangga dan menunjuk-nunjuk kerana mempunyai banyak kelebihan.

Berbangga dengan harta-benda dan kemewahan yang dimiliki, keturunan yang hebat, anak-pinak yang ramai.



Akibat dari sikap bermegah-megah dan persaingan yang melekakan itu, maka manusia dilalaikan daripada kebenaran Islam. Lari dari tanggung-jawab sebagai hamba Allah, bersikap ambil mudah terhadap suruhan dan larangan Allah. Tidak bersyukur kemudian lalai dari mengingati Allah dan seterusnya melupakan manusia kepada Hari Pembalasan.



Mesej yang sama juga dapat dilihat dalam surah al-`Aadiyat,100:6-8 (maksudnya)

“dan sesungguhnya manusia itu sangat ingkar tidak berterima kasih kepada Tuhannya(6)”.

“dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya(7)”

“dan sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya kepada harta(8)”



Sebahagian ahli tafsir menerangkan bahawa maksud ayat ini (8) ialah manusia sangat kuat cinta-nya kepada harta sehingga ia menjadi bakhil.



Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran yang menceritakan perihal mereka yang dilalaikan oleh harta-benda sehingga menjadi ego dan melupakan Allah. Firman Allah dalam Surah al-Kahfi, 18:34 (maksudnya)

“Dan dia mempunyai kekayaan (kebun yang besar), maka dia berkata kepada kawannya ketika dia berdialog dengannya: “Aku mempunyai harta kekayaan yang lebih banyak dari engkau dan aku mempunyai pengikut-pengikut yang lebih kuat”



Ayat ini mengisahkan tuan punya ladang yang sangat sombong dan berbangga dengan kekayaannya. Dia mendabik dada kepada kawannya yang miskin. Dia telah melupakan Allah dan lupa juga untuk mensyukuri nikmat pemberian-Nya.



Firman Allah dalam surah Saba' , 34:35 (maksudnya):

“Dan mereka berkata: Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan di azab”.



Manusia selalu merasakan bahawa kekayaan, kekuasaaan, keturunan dan anak-anak adalah tanda kekuatan dan menjadikan mereka bangga diri. Sesungguhnya `Takathur' melalaikan manusia dari ketaatan kepada Allah dan bersedia untuk beramal bagi Hari Pembalasan.



Allah memberikan peringatan kepada orang mu'min agar tidak lalai atas nikmat harta kekayaan dan anak-pinak. Firman Allah dalam Surah Al-Munafiqun 63:9 (maksudnya)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu itu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."



Harta kekayaan dan anak-pinak memang melalaikan jika hati tidak mempunyai kesedaran, tidak memahami matlamat kewujudannya dan tidak merasa mempunyai matlamat yang tinggi. Allah mengurniakan nikmat harta kekayaan dan anak pinak kepada manusia supaya dia dapat melaksanakan tugas khalifah di atas mukabumi ini dan bukan untuk melalaikannya dari mengingati Allah. Mereka yang lalai adalah orang-orang yang rugi. Mereka hilang `Sifat insan', yakni terhenti perhubungannya dengan Allah. Maka rugilah dia walau sebanyak mana dia memiliki harta kekayaan dan anak-pinak.



Begitu juga dalam surah al-Hadiid (57:20), Allah mengingatkan hamba-Nya bahawa manusia akan berbangga dan bersaing tentang harta dan anak-anak (maksudnya)

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan hiburan yang melalaikan, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan dan perlumbaan membanyakkan harta dan anak. Ia adalah laksana air hujan yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan mengkagumkan para penanam; kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering dan engkau lihat warnanya kuning, kemudian ia menjadi reput. Dan di Akhirat kelak disediakan 'azab yang dasyat dan keampunan dari Allah dan keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain melainkan hanya suatu kenikmatan yang mempedayakan."



Kehidupan dunia apabila diukurkan dengan ukuran dunia dan ditimbangkan dengan neraca dunia, maka ia akan dilihat dan dirasakan sebagai satu kehidupan yang amat agung dan besar, tetap apabila ditimbangkan dengan neraca Akhirat, maka ia kelihatan kecil dan kerdil.



Permainan, hiburan, berbangga-bangga, berlumba-lumba memperbanyakkan harta dan anak merupakan hakikat kehidupan dunia. Al-Quran membuat perbandingan kehidupan dunia dengan satu perbandingan yang menarik mengikut cara bahasa al-Quran yang seni, iaitu kehidupan dunia ini adalah

“Laksana air hujan yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan mengkagumkan para penanam".

Ia mengandungi maksud sindiran terhadap orang-orang kafir yang amat tertarik dengan kehidupan dunia.



“Kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering dan engkau lihat warnanya kuning, kemudian ia menjadi reput”Kehidupan dunia ini telah ditetapkan tempohnya yang tertentu yang akan berakhir dengan segera.



Ibn Abbas apabila membaca surah at-Takathur akan memulakan bacaan dengan tambahan huruf tambahan `hamzah' pada permulaan ayat. Ia akan menjadikan ayat ini dalam bentuk persoalan .. "Adakah at-Takathur akan melalaikan kamu ?" Maka, marilah kita bermuhasabah dan menjawab soalan tersebut. Apakah kita telah dilalaikan oleh at-Takathur ? Kekayaan dan anak-anak sepatutnya lebih mengingatkan kita kepada Allah dan bukannya sebagai penyebab yang menjauhkan diri kita dari-Nya.



Ayat 2:



حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ



Sehingga kamu mengunjungi kubur-kubur (2)


Istilahزُرْ zur - zaara - ziyaara - bermaksud berjumpa seseorang ataupun menziarahi seseorang. Ia adalah lawatan atau satu keadaan yang bersifat sementara.



Maqaabir مَقَابِرَ adalah kata jamak (plural) kepada maqbara. مَ (Ma) adalah menunjukkan tempat. Kubur adalah tempat kita akan dimakamkan. Kubur adalah tempat persinggaan sementara sebelum tibanya Hari Pembalasan. Allah menggunakan istilah `kubur' dalam ayat ini dan bukannya `Syurga' atau `Neraka' yang bersifat kekal.



Allah memberikan peringatan bahawa kita telah disibukkan oleh sikap besar diri, bermegah-megah dengan kelebihan harta-benda, anak-pinak, sahabat handai, pangkat, kuasa serta berusaha mendapat lebih banyak lagi; sehingga menyebabkan kita sibuk, tidak mentaati Allah dan beramal untuk akhirat sehingga saat ketika ajal datang pun, kita masih lagi bersikap sedemikian rupa.



Kubur bukanlah tempat untuk dibuat perbandingan, bermegah-megah atau berbangga-bangga dengan perkara keduniaan. Ia sepatutnya menyedarkan kita tentang hakikat kematian. Kematian itu sendiri adalah nasihat yang terbesar.



Ingatlah wahai para pengumpul harta benda dan orang-orang yang disibukkan dengan hal keduniaan, bahawa Demi Allah, engkau tidak akan mendapatkan dari harta-bendamu kecuali selembar kain kafan; itupun akan rosak dan musnah. Jasadmu hanya untuk dimakan tanah. Mana perginya harta benda yang engkau kumpulkan? Adakah ia dapat menyelamatkanmu dari kengerian dan azab kubur? Pada saat mati, tapak tanganmu menjadi kosong dan tidak berisi. Yang kaya dan mulia akan berubah menjadi miskin dan hina.



Oleh itu kita digalakkan menziarahi kubur bagi menjernihkan hati dari cintakan dunia dan mengingati kematian. InsyaAllah ia akan menimbulkan perasaan tidak senang kepada dunia dan hati akan lebih menjadi lebih lunak dan condong pada kecintaan terhadap kampung akhirat. Al-Hakim di dalam sahihnya pernah meriwayatkan bahawa Rasululluh s.`a.w telah bersabda (maksudnya):

“Sesungguhnya aku (sebelum ini) telah melarang kamu semua dari menziarahi kubur. Kini ziarahlah kubur, sesungguhnya ia boleh melembutkan hati, mengalir air mata dan mengingatkan akhirat dan janganlah kamu berkata: “Jauhilah (kubur)”.



Ziarahilah kubur dan ia tidak terhad kepada kubur ibu-bapa atau saudara-mara sahaja kerana tujuan sebenar menziarahi kubur adalah untuk mengingati kematian yang mendatang. Orang yang berakal ialah orang yang selalu mengambil pengajaran dari kematian. Ad-Daqqaq mengatakan:



“Barangsiapa mengingat kematian, akan dimuliakan dengan tiga hal; pertama, segera bertaubat, kedua, qana'ah hati, dan ketiga, semangat beribadah. Dan barangsiapa lupa akan kematian, maka ia akan diazab dengan tiga hal; pertama, menunda-nunda taubat, kedua, tidak redha dengan yang sedikit, dan ketiga, bermalas-malas dalam beribadah.”



Saiyidina Ali bin Abi Talib r.'a. berkata: “ Dunia pergi sambil berpaling, dan akhirat datang sambil mengadap. Setiap satu dari keduanya mempunyai anak. Jadilah engkau salah satu anak akhirat, dan jangan menjadi salah satu anak dunia. Sebab, hari ini adalah hari untuk beramal, tidak ada hisab. Sedangkan hari esok adalah hisab, tidak ada hari untuk beramal.”



Ayat 3 and 4:



كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ (٣) ثُمَّ كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ (٤)



Tidak sekali-kali begitu, kelak kamu akan mengetahui (3)

Kemudian tidak sekali-kali begitu, kelak kamu akan mengetahui (4)


“kal-laa” كَلَّا – Sudah semestinya (literally: no! Not at all).

“Sa” سَ – soon; “sawfa” سَوۡفَ - very soon.

“Ta'lamoon” تَعۡلَمُونَ – Kamu semua akan mengetahui



Apabila manusia bangun ketika Hari Pembalasan, mereka akan berkata “Apakah yang telah aku lakukan?”. Ini adalah kerana ketika di dunia, mereka bersikap tidak endah apabila diingatkan tentang kematian. Maka Allah mengatakan “kal-laa” yakni sudah semestinya mereka akan tahu; iaitu setelah mereka mati dan dikuburkan.



Sesetengah ulama tafsir menafsirkan ayat 3 “Tidak sekali-kali begitu, kelak kamu akan mengetahui!” bermaksud apabila manusia meninggal dan dikuburkan, barulah mereka menyedari realiti kehidupan yang sebenarnya.



Saiyidina Ali bin Abi Talib ra. berkata "Manusia sedang tidur dan apabila mereka mati, maka barulah mereka hidup". Ketika itu, mereka hanya menyedari betapa sia-sianya usia mereka di dunia selama ini.



Ayat ke-4 pula memberi penerangan ketika kita keluar dari kubur semasa Hari Pembalasan.



Perkataan ثُمَّ (setelah itu) menguatkan ayat yang sebelumnya (takhfeem)



Az-Zamakhshari menegaskan “kal-laa” adalah satu amaran ataupun ancaman dan gertakan supaya manusia bangkit serta sedar dari lamunannya, iaitu daripada sikap dan tabiatnya yang lalai..



Kalimah “kal-laa” diulang lagi pada ayat ke-4 yang menjelaskan amaran itu menjadi lebih keras, dan menekankan perlunya kita bertindak dengan segera. Yakni berhenti daripada lalai. Menjauhi sifat bermegah-megah, menunjuk-nunjuk dengan kelebihan harta atau pangkat yang menyebabkan alpa untuk beramal kepada kehidupan akhirat. Tidak sepatutnya seseorang itu memberi perhatian lebih kepada dunia berbanding akhirat dan mengabaikan kepentingan agamanya.



Ayat 5:



كَلَّا لَوۡ تَعۡلَمُونَ عِلۡمَ ٱلۡيَقِينِ



Tidak sekali-kali begitu, kerana jika kamu mengetahui dengan ilmu yang yakin (5)


“Laww” لَوۡ – menunjukkan penyesalan; iaitu jikalah kamu mengetahui



“ilm al yaqin” عِلۡمَ ٱلۡيَقِينِ – pengetahuan yang pasti (knowledge of certainty).



Yaqin menunjukkan kita sangat pasti dan tiada ragu-ragu. Melebihi dari sekadar `tahu'.



Terdapat tiga (3) jenis Keyaqinan:



1. 'Ilmul-yaqin – keyakinan berasaskan pengetahuan.

Contohnya rumput basah yang mungkin disebabkan oleh hujan; ataupun bila kita melihat asap, maka kita tahu ada api walaupun kita tidak melihatnya.



2. 'Ainul-Yaqin – keyakinan apabila kita melihatnya sendiri. Contohnya melihat sendiri kebakaran yang berlaku.



3. Haqqul-Yaqin – keyakinan bila kita merasa sendiri api itu. Panas dan membakar.



Allah memberikan kita dua (2) jenis Yaqin dalam kehidupan kita; iaitu 'Ilmul-yaqin dan Haqqul-yaqin. Al-Quran itu sendiri adalah 'Ilmul-Yaqin dan Haqqul-Yaqin. Allah berfirman dalam surah al-Haqqah (69:51) yang maksudnya:

“ Dan sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar kebenaran yang diyakini (Haqqul-yaqin)".



Al-Qur'an bukan semata-mata keyaqinan, tetapi ia adalah kebenaran yang wujud di dalam keyaqinan itu. Kata-kata Haqqul-Yaqin adalah satu ungkapan istemewa untuk menguatkan makna dan penegasan iaitu Al-Qur'an itu amat mendalam dari segi kebenaran dan amat mendalam dari segi keyaqinan. Al-Qur'an menemukan kebenaran yang tulen. Setiap ayatnya membuktikan bahawa sumbernya ialah kebenaran yang utama dan sejati.



Mereka yang mendustakan al-Qur'an, tidak akan menerima 'Ilmul-Yaqin, tetapi yang dimintanya ialah 'Ainul-Yaqin. Mereka adalah orang yang jahil dan musuh kepada kebenaran. Mereka ingin melihat perkara-perkara ajaib dengan mata kepala mereka sendiri. Mereka kerap bertanya soalan-soalan yang bertujuan untuk mempermainkan dan menunjukkan keingkaran terhadap agama Allah. Al-Qur'an telah menyatakan dalam banyak ayat tentang dialog-dialog orang kafir dengan para nabi berkenaan permintaan-permintaan mereka yang melampaui batas. Namun mereka itu tetap kufur walaupun Allah menunaikan permintaan mereka. Lihatlah apa yang telah terjadi kepada kaum Nabi Saleh dan Nabi Musa.



Orang-orang kafir juga bersikap ragu-ragu terhadap Hari Qiamat. Mereka hanya sedar dan yaqin bila berada di Padang Masyar. Namun penyesalan itu tiada gunanya. Firman Allah dalam surah al-Jaatsiyah (45:32) yang bermaksud:



“Dan apabila dikatakan:`Sesungguhnya janji Allah itu tetap benar dan Hari Qiamat itu tidak mempunyai sebarang keraguan padanya, maka kamu telah menjawab: 'Kami tidak tahu apakah Hari Qiamat itu, kami fikir (hari Qiamat itu) hanya suatu anggapan (yang karut) sahaja dan kami sama sekali tidak yakin”.



Sesungguhnya orang kafir akan dilupakan Allah sebagaimana mereka melupakan Allah di dunia.



Kata Qatadah 'ilmul-Yaqin merujuk kepada pengetahuan tentang perkara-perkara yang berlaku selepas kematian. Sesungguhnya kematian akan pasti berlaku dan ia diyakini akan berlaku oleh orang Islam atau pun bukan Islam. Firman Allah dalam surah al-Hijr (15:99) yang maksudnya:

“dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)”.



Manusia yang mengetahui dengan yaqin keadaan yang bakal dihadapi setelah kematian pasti akan meninggalkan sikap bermegah dan berbangga diri. Malah akan segera melaksanakan amal soleh. Tidak leka dan lalai dengan dunia. Malah tidak melupakan urusan akhirat yang amat penting dan tidak lupa juga membuat persediaan untuknya.



Ayat ini sebagai pengukuhan tegahan dan celaan terhadap sikap gila dunia dan terpesona dengan kemilau hidup duniawi yang fana'. Ungkapan ini bukanlah sekadar nasihat kosong. Akan tetapi ia menegaskan bahaya besar di hadapan. Ia memerlukan pengamatan yang mendalam dan pemikiran yang bersungguh-sungguh tentang nasib masa depan di akhirat kelak. Kesedaran seumpama ini tidak dapat dirasai pada kebiasaannya tanpa keimanan yang kuat dan jiwa yang sedar lagi sejahtera.



Al-Hasan berkata: “kal-laa” bermaksud benar seolah-olah dikatakan pasti anda akan mengetahuinya dengan yakin.



Ayat 6 dan 7.



لَتَرَوُنَّ ٱلۡجَحِيمَ (٦) ثُمَّ لَتَرَوُنَّہَا عَيۡنَ ٱلۡيَقِينِ (٧)



Sesungguhnya kamu akan tetap akan melihat Neraka Jahim (6)

Kemudian sesungguhnya kamu tetap akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (7)


*baris shadda pada huruf نَّ bermaksud ada 2 Noon.

La – disini adalah merupakan jawab bagi qasam (sumpah).

Lam dan 2 Noon adalah merupakan penegasan yang berulang-ulang. “Pasti, kamu akan pasti dan sepastinya akan melihat neraka Jahim”. Ayat ini menyatakan ancaman bahana melihat api neraka yang mengerunkan dan menakutkan.



Pada ayat ke-7 : Kemudian sesungguhnya kamu tetap akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin



Maksudnya seterusnya anda akan menyaksikan neraka Jahim dengan pandangan yang penuh yakin iaitu penyaksian dengan kedua biji mata anda. Oleh itu jauhkan diri anda dari terjerumus ke dalam api neraka dengan tidak melakukan maksiat, kejahatan, dosa-dosa besar serta perkara-perkara mungkar.



Firman Allah dalam Surah Maryam (19:71-72) yang maksudnya: “Dan tiada siapa pun dari kamu melainkan akan mendatanginya (neraka). Itulah keputusan yang telah ditetapkan Tuhanmu. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan Kami akan tinggalkan orang-orang yang zalim itu melutut di dalam Neraka”.



Maksud ayat di atas, orang-orang beriman yang tidak masuk ke neraka juga turut menyaksikan pemandangan Neraka yang mengerikan. Maha Suci Allah yang menyelamatkan mereka darinya.



Ayat 8



ثُمَّ لَتُسۡـَٔلُنَّ يَوۡمَٮِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ (٨)



Kemudian sesungguhnya pada hari itu, kamu akan ditanya tentang segala ni'mat yang telah dini'mati kamu (8)


tus'aluuna – kamu pasti ditanya

la tus'aluuna – sudah semestinya kamu akan ditanya (you will certainly be asked).

la tus'alun-na (dengan shadda) - semestinya anda pasti dan pasti akan ditanya (certainly you will certainly, certainly be asked)



Dalam ayat ini Allah memberikan ancaman dan menegaskan sebanyak tiga (3) kali bahawa kita semua pasti, pasti dan pasti akan disoal-siasat berkaitan dengan segala ni’mat dunia yang melekakan anda dari beramal untuk akhirat.



Apakah nikmat dunia yang akan ditanya ? Bukan sahaja nikmat yang melekakan sehingga menyibukkan anda dari beramal malah ia termasuk ni’mat-ni’mat yang lain seperti ni’mat keamanan, kesihatan, waktu lapang, makanan, minuman, penginapan dan sebagainya.



Imam Bukhari di dalam bab Adab, Tarmizi dan Ibn Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ubaidah bin Muhsin bahawa Rasulullah saw telah bersabda (maksudnya):

“Barangsiapa di antara kamu memulakan kehidupan pada waktu paginya dalam keadaan aman sejahtera di dalam kelompoknya, sihat tubuh badannya, cukup keperluan hariannya, maka seolah-olah ia telah dikurniakan dunia dan segala penjurunya.”



Dalam hadith yang lain, Imam Bukhari, Sunan al-Tarmizi, Nasai' dan Ibn Majah ada meriwayatkan daripada Ibn `Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dua ni’mat ramai manusia sering terpedaya dengannya iaitu kesihatan dan waktu lapang”.



Mereka bersikap cuai dalam mensyukuri dua ni’mat tersebut. Jadilah dia orang yang terpedaya dengan keni’matan dunia jika dia tidak melaksanakan kewajibannya.



Daripada Nabi s.a.w. sebagaimana diriwayatkan oleh al-Tarmizi, daripada Abi Barzah katanya: “Tidak berganjak kedua tapak kaki seseorang hamba pada hari kiamat kelak sehingga disoal-siasat berkaitan empat perkara: tentang umurnya di manakah dia habiskan, masa remaja di manakah dia curahkan, tentang hartanya di manakah dia cari dan ke mana pula ia membelanjakannya? Dan tentang ilmunya, apa yang telah diperbuat dengannya?"



Dalam satu hadith yang begitu menyentuh hati ialah hadith yang diriwayatkan daripada `Umar r.a. Ia bertanya “Ni’mat apakah yang kami semua akan disoal, wahai Rasulullah; sedangkan kami telah diusir keluar dari kampung halaman kami dan segala harta kami lupus?” Rasulullah s.aw. Menjawab: “ Tempat berteduh yang anda jadikan rumah-rumah, pokok-pokok dan khemah yang meneduhi anda dari panas dan sejuk, serta air (minuman) yang sejuk ketika hari yang panas.”



Dalam satu riwayat lain; Ibn Abi Shaibah dan Ahmad meriwayatkan daripada Mahmud Ibn Habid katanya: Apabila turun firman Allah swt (bermaksud): “Bermegah-megah menunjukkan kelebihan sering melalaikan kamu" (al-Takathur, 102:1); maka Nabi s.a.w. membacanya sehingga maksud ayat (firman Allah): “ Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang segala nikmat (yang kamu megah-megahkan di dunia itu.” (al-Takathur, 102:8).



Para sahabat bertanya: “ Wahai Rasulullah! tentang ni’mat yang manakah kami akan disoal? Sedangkan yang kami ada hanyalah dua al-Aswadan iaitu air dan kurma, kami ada pedang-pedang di tengkok-tengkok kami dan musuh yang bersiap sedia? Maka ni’mat apakah gerangan kami akan disoal nanti?” Jawab Baginda saw: “Adapun perkara itu tetap akan berlaku”.



Bagaimana dengan kita? ....ni’mat apakah yang kita ada berbanding para sahabat? Terasa diri ini kerdil, terkelu dan tunduk malu. Ironinya, dengan segala nikmat yang Allah swt berikan, amalan kita adalah begitu jauh berbanding Para sahabat.



Ingatlah ketika Hari Pembalasan, sedikit yang kita ada sedikit yang akan diselidiki. Lebih banyak yang kita ada, maka lebih banyak kita akan disoal-siasat nanti.



Kita sepatutnya sedar bahawa tidak perlu untuk bermegah-megah atas ni’mat yang Allah beri. Ucaplah Alhamdulillah dan pada masa yang sama timbulkanlah rasa gerun bahawa kita akan lebih dipersoalkan bila ni'mat yang kita perolehi di dunia ini semakin bertambah.





Pengajaran yang boleh di ambil



1. Allah swt mencela golongan yang disibukkan dengan keni'matan dunia dan berbangga-banga dengan harta yang banyak dan anak-pinak sehingga lupa menta'ati Allah Azawajalla.



2. Menziarahi kubur adalah ubat yang paling mujarab bagi melunakkan hati kerana amalan ini mengingatkan kita tentang kematian dan Hari Akhirat.



3. Allah swt memberi ancaman berulang-ulang bahawa betapa benarnya azab kubur dan Hari Akhirat itu. Mereka yang tidak memperdulikan ancaman Allah swt ini akan menyesal dan menanggung duka nestapa yang amat berat.



4. Manusia akan disoal-siasat tentang segala ni'mat dunia yang diperolehi. Segala punca pendapatan dan perbelanjaan akan ditanya.Tanamkanlah sifat Qana'ah dan bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan pada kita.



5. Keni'matan hidup dunia hanya babak pendek dalam perjalanan hidup yang panjang. Orang beriman akan memberikan perhatian yang berat kepada Akhirat dan mengenepikan keni'matan dunia yang menjadi kegemaran orang-orang yang berjiwa kosong.





Video Bacaan



Dikongsikan juga, video untuk bacaan Surah At-Takathur.



Sebelum menonton video tersebut, diterangkan sedikit kandungan video kali ini.



Dalam entri kali ini, memaparkan video penuh bacaan Surah At-Takathur dari ayat 1 hingga ayat 8. Dalam tayangan video disamping bacaan, terdapat ayatnya berserta dengan makna dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.



Berikut ialah video penuh bagi bacaan Surah At-Takathur;







Video seterusnya ialah bacaan ayat-ayat yang dirangkumkan beberapa ayat dan dibuat pengulangan sebanyak 10 kali. Ini adalah bertujuan untuk membantu sesiapa yang cuba untuk menghafal bacaan surah tersebut.



Ayat 1 dan Ayat 2





Ayat 3 dan Ayat 4





Ayat 5 dan Ayat 6





Ayat 7 dan Ayat 8





Wallahu'alam.



Semoga bermanfaat untuk semua.





Rujukan:

- shafiqolbushafiqolbu.wordpress.com

- bersamaummualiya.blogspot.com/



IlyTrolak: "Idea video ketika PKP, untuk melatih anak-anak menghafal al-Quran"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Allah Senang Dengan HambaNya Yang Melakukan Ini

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Pada zaman dahulu ada seorang ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim yang kuat sekali tahajudnya.



Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah meninggalkan solat tahajud.



Pada suatu malam ketika hendak mengambil wudhu untuk tahajud, Abu dikejutkan oleh kehadiran satu makhluk yang duduk di tepi telaganya.



Abu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapakah Engkau?”



Sambil tersenyum, makhluk itu berkata; “Aku Malaikat utusan Allah".



Abu Bin Hasyim terkejut sekaligus bangga kerana telah didatangi oleh malaikat yang mulia.



Abu lalu bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan di sini?”



Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah.”



Melihat Malaikat itu memegang sebuah kitab tebal, Abu lalu bertanya;



“Wahai Malaikat, buku apakah yang engkau bawa?”



Malaikat menjawab; “Di dalamnya terdapat kumpulan nama hamba-hamba pencinta Allah.”



Mendengar jawapan Malaikat, Abu bin Hasyim berharap dalam hati moga-moga namanya ada di situ.



Maka ditanyalah kepada Malaikat. “Wahai Malaikat, adakah namaku di situ ?”



Abu menjangka namanya ada di dalam buku itu, kerana amalan ibadahnya yang tidak putus-putus, selalu mengerjakan solat tahajud setiap malam, berdo’a dan juga bermunajat kepada Allah SWT di sepertiga malam, setiap hari.



“Baiklah, biar aku lihat,” kata Malaikat sambil membuka kitab besarnya. Dan, ternyata Malaikat itu tidak menemukan nama Abu bin Hasyim di dalamnya.



Tidak percaya, Abu meminta Malaikat mencari sekali lagi.



“Betul... namamu tidak ada di dalam buku ini!” kata Malaikat.



Abu bin Hasyim pun gementar dan jatuh tersungkur di depan Malaikat.



Dia menangis semahunya.



“Rugi sekali diriku yg selalu tegak berdiri di setiap malam dalam tahajud dan munajat, tetapi namaku tidak masuk dalam golongan para hamba pencinta Allah,” ratapnya.



Melihat itu, Malaikat berkata, “Wahai Abu bin Hasyim! Bukan aku tidak tahu engkau bangun setiap malam ketika yang lain tidur, engkau mengambil air wudhu dan menahan kedinginan ketika orang lain terlelap dalam kehangatan buaian malam.



Tapi tanganku dilarang Allah menulis namamu.”



“Apakah gerangan yang menjadi penyebabnya?” tanya Abu bin Hasyim.



“Engkau memang bermunajat kepada Allah, tapi engkau pamerkan dengan rasa bangga ke mana-mana.



Engkau asyik beribadah memikirkan diri sendiri. Sedang di kanan kirimu ada orang sakit, ada orang lapar, ada orang sedang sedih, tidak engkau tengok, tidak engkau ziarah.



Mereka itu mungkin ibumu, mungkin adik beradikmu, mungkin sahabatmu, malah mungkin juga cuma saudara seagama denganmu, atau mungkin cuma sekadar mereka menjadi tetanggamu.



Tidak engkau peduli pada mereka, kenapa?



Bagaimana mungkin engkau dapat menjadi hamba pencinta Allah kalau engkau sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba yang diciptakan Allah?” kata Malaikat itu.



Abu bin Hasyim seperti​ disambar petir di siang hari.



Dia tersedar hubungan ibadah manusia tidaklah hanya kepada Allah semata (hablumminAllah), tetapi juga kepada sesama manusia (hablumminannas) dan juga kepada alam.



JANGAN BANGGA DENGAN BANYAKNYA SOLAT, PUASA, DAN ZIKIR KERANA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG!!!



``TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH SENANG?



Nabi Musa: Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?



Allah SWT:

SOLAT? Solat mu itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar.

ZIKIR? Zikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang.

PUASA? Puasamu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.



Nabi Musa : Lalu apa yang membuat Mu senang Ya Allah?

Allah SWT: SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIK-mu.

Itulah yang membuat AKU senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir di sampingnya. ---Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali (Al-Baqarah 261-262)---_



Saudara-Saudara, jika kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu... maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah.

Tapi, bila kau berbuat baik dan berkorban untuk orang lain... maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang dengannya.



Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidup kita lapang dan bahagia



(Dikutip dari Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)



Saudaraku seiman, sebarkanlah ilmu ini agar kita makin barakah.



Pentingnya Silaturrahim.



Aamiin...





IlyTrolak: "Ayuh bersama-samalah kita berusaha menjadi hamba yang dicintai Allah"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Asmaul Husna

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Allah: ( الله ) Lafaz yang Maha Mulia yang merupakan nama dari Zat Ilahi yang Maha Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki semua macam pujian dan sanjungan.



Lafadz ini disebut juga lafadz Jalalah, dan juga disebut Ismu Zat . Iaitu Zat yang menciptakan langit, bumi dan seisinya termasuk kita sebagai umat manusia ini. Dan Dialah Tuhan seru sekalian alam.



Adapun nama-nama lain, maka setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh sebab itu bolehlah dianggap sebagai sifat bagi lafaz yang Maha Mulia.











﴾ آسْمَاءُاللّهُ اْلحُسْنَى ﴿



نَسْأَلُكَ يَامَنْ هُوَ اللهُ الَّذِيْ لآَ إِلَهَ إِلّاَ



هُوَ اْلرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ أَلْمَلِكُ اْلقُدُّوْسُ السَّلَامُ اْلمُؤْمِنُ اْلمُهَيْمِنُ الْعَزِيْزُ اْلجَبَّارُ اْلمُتَگَبِّرُ اْلخَالِقُ اْلبَارِئُ اْلمُصَوِّرُ اْلغَفَّارُ اْلقَهَّارُ اْلوَهَّابُ الرَّزَاقُ اْلفَتَّاحُ اْلعَلِيْمُ اْلقَابِضُ اْلبَاسِطُ اْلخَافِضُ الرَّافِعُ اْلمُعِزُّ اْلمُذِلُّ السَّمِيْعُ اْلبَصِيْرُ اْلحَگَمُ اْلعَدْلُ اْللَّطِيْفُ اْلخَبِيْرُ اْلحَلِيْمُ اْلعَظِيْمُ اْلغَفُّوْرُ الشَّکُوْرُ اْلعَلِيُّ اْلگَبِّيْرُ اْلحَفِيْظُ اْلمُقِيْتُ اْلحَسِيْبُ اْلجَلِيْلُ اْلگرِيْمُ الرَّقِيْبُ اْلمُجِيْبُ اْلوَاسِعُ اْلحَکِيْمُ اْلوَدُوْدُ اْلمَجِيْدُ اْلبَاعِثُ الشَّهِيْدُ اَلْحَقُّ اْلوَکِيْلُ اْلقَوِيُّ اْلمَتِيْنُ اْلوَلِيُّ اْلحَمِيْدُ اْلمُحْصِی اْلمُبْدِئُ اْلمُعِيْدُ اْلمُحْيِ اْلمُمِيْتُ اْلحَيُّ اْلقَيُّوْمُ اَلْوَاجِدُ اْلمَاجِدُ اْلوَاحِدُ الصَّمَدُ اْلقَادِرُ اْلمُقْتَدِرُ اْلمُقَدّمُ اْلمُؤَخّرُ اْلأَوَّلُ اْلأَخِرُ اَلظَّاهِرُ اْلبَاطِنُ اْلوَالِیُّ اْلمُتَعَالِی اْلبَرُّ التَّوَابُ اْلمُنْتَقِمُ اْلعَفُوُّ الرَّؤُوْفُ مَالِكُ اْلمُلْكِ ذُواْلجَلَالِ وَاْلإِکْرَامِ اَلْمُقْسِطُ اْلجَامِعُ اْلغَنِيُّ اْلمُغْنِیُّ اْلمَانِعُ الضَآرِ النَّافِعُ النُّوْرُ اْلهَادِیُ اْلبَدِيْعُ اْلبَاقِیْ اَلْوَارِثُ الرَّشِيْدُ الصَّبُوْرُ اَلَّذِيْ لَيْسَ کَمِثْلِهِ شَيْئٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ اْلبَصِيْرُ



أَللَّهُمَّ صَلّ أَفْضَلَ صَلَوتُ عَلَی اَسْعَدِ مَخْلُوْقَاتِكَ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَی أَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ عَدَدَ مَعْلُوْمَاتِكَ وَمِدَادَ گلِمَاتِكَ کُلَّمَا ذَگرَكَ الذَّاکِرُونَ وَغَفَلَ عَنْ ذِکْرِهِ اْلغَافِلُونْ


Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:



1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.



2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.



3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.



4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.



5. As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.



6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.



7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.



8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya



9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.



10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.



11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.



12. Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.



13. Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).



14. Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.



15. Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.



16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.



17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.



18. Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.



19. Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.



20. Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.



21. Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.



22. AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.



23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.



24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.



25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.



26. As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.



27. Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.



28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.



29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.



30. Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.



31. Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.



32. Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.



33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.



34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.



35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.



36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.



37. Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.



38. Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.



39. Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.



40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.



41. Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.



42. Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.



43. Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.



44. Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.



45. Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.



46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.



47. Al-Waduud: ( الودود ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.



48. Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.



49. Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.



50. Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.



51. Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.



52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.



53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.



54. Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.



55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.



56. Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.



57. Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.



58. Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.



59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.



60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.



61. Al-Mumiit: ( المميت ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.



62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.



63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.



64. Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.



65. Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).



66. Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.



67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.



68. Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.



69. Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya



70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.



71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.



72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.



73. Al-Awwal: ( الأول ) Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.



74. Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.



75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya



76. Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.



77. Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.



78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.



79. Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.



80. At-Tawwaab: ( التواب ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.



81. Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.



82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.



83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.



84. Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.



85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.



86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.



87. Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.



88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.



89. Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.



90. Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.



91. Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya



92. An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.



93. An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.



94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.



95. Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.



96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya



97. Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.



98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.



99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.





Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: ”Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” dari Sahih Bukhari.





Fadhilat mengamalkan zikir setiap Asmaul Husna



(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).



1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.



2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.



3. “Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.



4. “Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.



5. “Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.



6. “Ya Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.



7. “Ya Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.



8. “Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.



9. “Ya ‘Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.



10.”Ya Jabbar!” apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.



11. “Ya Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.



12.”Ya Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).



13.”Ya Baarii’!” sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.



14.”Ya Musawwir!” sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.



15.”Ya Ghaffaar!” sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.



16.”Ya Qahhaar!” dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.



17. “Ya Wahhaab!” dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.



18. “Ya Razzaq!” dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.



19. “Ya Fattah!” dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.



20. “Ya ‘Aalim!” dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.



21. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.



22. “Ya Baasithu!” Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.



23. “Ya Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.



24. “Ya Raafi!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.



25. “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.



26. “Ya Muzill!” Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.



27. “Ya Samii’!” Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.



28. “Ya Bashiir!” Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.



29. “Ya Hakam!” dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.



30. “Ya Adllu!” dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.



31. “Ya Lathiif!” Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.



32. “Ya Khabiir!” Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.



33. “Ya Haliim!” Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.



34. “Ya ‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.



35. “Ya Ghafuur!” bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.



36. “Ya Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.



37. “Ya ‘Aliy!” Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.



38. “Ya Kabiir!” Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).



39. “Ya Hafiiz!” dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.



40. “Ya Muqiit!” Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.



41. “Ya Hasiib!” Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.



42. “Ya Jaliil!” Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.



43. “Ya Kariim!” Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.



44. “Ya Raqiib!” Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah….



45. “Ya Mujiib!” Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.



46. “Ya Waasi!” Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.



47. “Ya Hakiim!” Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.



48. “Ya Waduud!” Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.



49. “Ya Majiid!” Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.



50. “Ya Baa’its!” Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.



51. “Ya Syahiid!” Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.



52. “Ya Haq”! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.



53. “Ya Wakiil” Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.



54. “Ya Qawiy!” Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.



55. “Ya Matiin!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.



56. “Ya Waliy!” Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.



57. “Ya Hamiid!” Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.



58. “Ya Muhshiy!” Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.



59. “Ya Mubdiu!” Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah….



60. “Ya Mu’id!” Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.



61. “Ya Muhyiy!” amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.



62. “Ya Mumiit!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.



63. “Ya Hayyu!” Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.



64. “Ya Qayyuum!” Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.



65. “Ya Waajid!” Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.



66. “Ya Maajid!” Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.



67. “Ya Waahid!” Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…



68. “Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.



69. “Ya Qaadir!” Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.



70. “Ya Muqtadir!” Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.



71. “Ya Muqaddim!” Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil”.



72. “Ya Muahkhir”! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.



73. “Ya Awwal!!” Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.



74. “Ya Aakhir!” Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.



75. “Ya Dhaahir!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.



76. “Ya Baathinu!” Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.



77. “Ya Waaliy!” Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini



78. “Ya Muta’aAliy!” Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.



79. “Ya Bar!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.



80. “Ya Tawwaab!” Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.



81. “Ya Muntaqim!” Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.



82. “Ya ‘Afuww!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.



83. “Ya Rauuf!” Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.



84. “Ya Maalikul Mulki!” Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.



85. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.



86. “Ya Muqsith!” Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.



87. “Ya Jaami’!” Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.



88. “Ya Ghaniy!” Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.



89. “Ya Mughniy!” Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.



90. “Ya Maani’!” Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.



91. “Ya Dhaarr!” Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.



92. “Ya Naafi’ “! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.



93. “Ya Nuur!” Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.



94. “Ya Haadiy!” Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.



95. “Ya Baadii!” Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.



96. “Ya Baaqy!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.



97. “Ya Waarits!” Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.



98. “Ya Rasyiid!” Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.



99. “Ya Shabuur!” Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.







Rujukan:

- shafiqolbu.wordpress.com

- https://cahayapurnama.com/

- YouTube Memori Arqam




IlyTrolak: "Terngiang-ngiang saat mula-mula mendengar alunan Asmaul Husna suatu ketika dulu. Jiwa dan usia masih remaja. Pastinya jika permulaan, terasa agak asing.



Kebetulan berada di sebuah kem motivasi yang dikendalikan oleh sebuah pertubuhan yang sangat terkenal. Terkenalnya menerjah ke setiap pelusuk dunia.



Satu pengalaman yang sangat indah...



Selain itu, ketika hari persekolahan, setiap pagi Asmaul Husna ini akan dialunkan oleh murid-murid sekolah.



Kini, dah lama tak dengar suara anak-anak murid mengalunkan Asmaul Husna ini... Rindu rasanya..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

i-Lestari KWSP: Pendaftaran Permohonan Cara Pengeluaran Secara Online

i-Lestari KWSP: Pendaftaran Permohonan Pengeluaran Online. Pendaftaran Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP merupakan antara bantuan untuk rakyat yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin COVID-19.



Melalui Pendaftaran Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP ini, pencarum KWSP berusia bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran KWSP akaun 2 sebanyak RMS500 sebulan selama tempoh 12 bulan.



Tujuan utama kerajaan membenarkan pengeluaran i-Lestari ini adalah untuk membantu ahli KWSP meneruskan kelangsungan hidup sepanjang penularan wabak COVID-19 ini, terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.



Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendapatan keseluruhan rakyat Malaysia telah terjejas. Secara tidak langsung atau tidak, banyak jenis pekerjaan, perniagaan dan perkhidmatan terpaksa dihentikan buat sementara.



Kepada pencarum KWSP, anda boleh memohon untuk membuat pengeluaran i-Lestari KWSP akaun masing-masing melalui pautan dan panduan pengeluaran di bawah.



Berikut ialah info lanjut tentang i-Lestari KWSP dan cara membuat pendaftaran permohonan serta pengeluaran secara online. Semoga perkongsian Pendaftaran Permohonan Pengeluaran Online iLestari ini dapat membantu memudahkan urusan pengeluaran anda.





Apa Itu Pengeluaran i-Lestari?



Prosedur pengeluaran KWSP i-Lestari akan berlangsung adalah seperti berikut:



1. Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja.



2. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.



3. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (b)



Situasi:



(a) Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.



(b) Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.



(c) Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.





Objektif Pengeluaran iLESTARI



Di bawah merupakan 2 objektif utama pengeluaran i-Lestari yang anda sebagai pencarum KWSP perlu tahu.



1. Meringankan beban kewangan ahli melalui tambahan aliran wang tunai bagi memenuhi keperluan perbelanjaan asas kehidupan



2. Inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terkesan dalam keadaan ekonomi dan kewangan semasa negara





Tempoh Pengeluaran



Tempoh pengeluaran berkuat kuasa mengikut tarikh pendaftaran dan pembayaran akan dibuat seperti berikut.



Pendaftaran: 1 April 2020 – 31 Mac 2021

Pembayaran: 1 Mei 2020 – 30 April 2021



Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.



Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.



*(Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)





Kelayakan Pengeluaran iLestari



Pengeluaran mesti mengikut syarat seperti berikut.



i. Semua Ahli KWSP;



ii. Berumur di bawah 55 tahun;



iii. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP





Siapa yang layak memohon i-Lestari?



Pencarum yang layak memohon i-Lestari adalah terdiri daripada mereka yang memenuhi kriteria berikut



1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia;

2. Berumur di bawah 55 tahun; dan

3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.





Amaun Yang Boleh Dikeluarkan



Amaun yang dibenarkan untuk pengeluaran adalah seperti berikut.



Minimum RM50 sebulan

Maksimum RM500 sebulan



Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.



Namun jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.





Tarikh Penerimaan Bayaran



Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.



Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.





3 Cara Permohonan i-Lestari KWSP



Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:



(a) Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)

(b) Secara e-mel yang dialamatkan kepada: ilestarimohon@epf.gov.my atau

(c) Secara hantaran pos kepada alamat:



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,

Karung Berkunci No 220,

Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya



dengan catatan (UP: Pengeluaran i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat.



Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.



Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.



Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.



Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.





Cara Daftar i-Akaun KWSP



Seperti yang dinyatakan, anda boleh membuat permohonan i-Lestari dengan lebih mudah melalui i-Akaun.



Dengan mendaftar i-Akaun juga, anda boleh memohon e-Pengeluaran dengan lebih cepat.



Cara daftar i-AKaun KWSP ringkas



1. Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat / kios KWSP berdekatan.



2. Layari www.kwsp.gov.my cari ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.



3. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.



4. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.



5. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda.



6. Kini anda boleh membuat permohonan i-Lestari melalui e-Pengeluaran KWSP.



Berikut disertakan sekali soalan lazim asas (FAQ) berkaitan pengeluaran i-Lestari KWSP.





Soalan Lazim FAQ



1. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?



Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.



2. Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?



Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.



3. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?



Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.





Maklumat Lanjut



Untuk pertanyaan lanjut boleh e-mel ke: ilestari@epf.gov.my atau hubungi 03-8922 6000.



1. Facebook

2. Pengeluaran Akaun 2

3. Soal Jawab i-Lestari





IlyTrolak: "Semoga bermanfaat"


Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Motto dan Logo We Deliver

Pengarah Pendidikan Negeri Perak Dr Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali, telah melancarkan motto dan logo untuk JPN Perak.



Pelancaran motto ini adalah bagi mengganti motto sebelum ini Jabatan Pendidikan Negeri Perak iaitu 'Perak Excellent'



Moto “WE DELIVER” - melambangkan warga JPN Perak, PPD dan sekolah sebagai satu organisasi kebersamaan yang kukuh, mantap dan sentiasa bersedia dalam menyampaikan ilmu, maklumat, pengetahuan dan nilai murni.



JPN Perak komited dalam melahirkan modal insan, mewujudkan pendidikan berkualiti, sekolah unggul, murid holistik. Oleh itu, semua warga pendidik perlu mempunyai satu misi yang sama ke arah penyampaian pendidikan berkualiti untuk membangunkan sekolah unggul bagi menyediakan murid kalis masa depan.



Warga pendidik juga perlu menghayati nilai teras yang sama iaitu berilmu dan beramal, beriltizam, bekerjasama, berintegriti dan berakauntabiliti serta bersyukur.





Beliau juga turut melancarkan visi dan misi Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang baharu, iaitu:



VISI



Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul, Murid Holistik,



MISI



Penyampaian Pendidikan Berkualiti Untuk Membangun Sekolah Unggul Bagi Menyediakan Murid Kalis Masa Depan





Untuk muat turun logo berskala besar, letak kursor atas imej, klik kanan dan pilih 'Open Image in New Tab' dan seterusnya 'save' apabila logo telah dipaparkan



atau



Klik Sini



Hendak Lagi BESAR???



Klik Sini


IlyTrolak: "We Deliver"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Kompilasi Dakwaan Coronavirus di Malaysia

Sejak koronavirus menjadi bualan hangat para penduduk dunia, netizen-netizen di media sosial juga telah turut menyebarkan pelbagai berita. Terdapat berita yang disahkan kebenarannya dan terdapat juga dakwaan yang diviralkan tanpa maklumat yang sah.



Berikut ialah dakwaan-dakwaan yang ternyata PALSU yang hebat tersebar di media sosial.

















IlyTrolak: "Mengapa semua begitu bersemangat untuk menyebarkan berita-berita yang tak pasti kebenarannya???"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Beg Berat Ke Sekolah, Ibubapa Dan Guru Guna Inisiatif Kotak Mudah Alih

Beg berat ke sekolah dibawa oleh murid saban hari menjadi satu isu yang sudah lama disuarakan ibubapa. Namun ia masih tiada jalan penyelesaiannya. Biarpun begitu, sebuah sekolah telah mengambil pendekatan sebagai inisiatif bagi selesaikan masalah ini.



Inisiatif yang dilakukan oleh Sekolah Kebangsaan Serting Ulu di Jempol ini cukup kreatif. Ia adalah hasil dari kerjasama antara ibubapa dan guru dalam kelas tersebut bagi menyelesaikan masalah murid yang membawa beg berat ke sekolah.



Caranya adalah mereka menyediakan kotak plastik mudah alih buat setiap murid dalam kelas itu. Bermodalkan hanya RM15.90 bagi setiap kotak, ia turut dilekatkan label pemilik kotak dengan nama masing-masing.



Cukup kreatif dan menarik idea ini!





Idea asal menyediakan kotak mudah alih itu adalah hasil perbincangan isu mengenai beg berat ini oleh guru kelas, Nor Hazizah Mohd Sani bersama ibubapa.



“Ia adalah cadangan idea dari seorang penjaga. Ideanya adalah dengan menyediakan kotak mudah alih untuk menyimpan buku teks bagi setiap murid,” kata guru besar sekolah berkenaan, Zainal Abidin Talib.



Tambahnya lagi ia mula dilaksanakan oleh kelas tahun 5G dan mula diikuti beberapa kelas lain.



Buat ibubapa dan guru mungkin boleh ambil idea ini bagi memudahkan anak-anak. Biarpun perlu keluar modal sendiri namun kotak mudah alih plastik ini boleh digunakan sepanjang tahun.



Sumber: Harian Metro



IlyTrolak: "Jenuh juga memikirkannya, inisiatif ini boleh dicontohi..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.