
Kak Ngah dah bersedia untuk memulakan perjalanan hari ini. Hari ini kami pilih perjalanan berdekatan dengan kawasan perumahan sahaja.Setelah dipertimbangkan maka, hari ini kami ke Ujana Muallim lagi. Jika sebelum ini pergi pada waktu petang, kali ini kami pilih waktu pagi.Kebiasaannya udara akan lebih segar jika keluar pada waktu pagi. Tambahan pula kawasan Ujana Muallim ini pula terletak di kaki banjaran Titiwangsa. Tentu segar sekali apabila menghirup...