About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Maszlee Tampil Menteri Pertama Bentang 'Kad Laporan' Kementerian

KUALA LUMPUR, 13 Dis -- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi yang pertama membentangkan ‘kad laporan’ pencapaian kementerian bagi tahun 2019.



Dalam satu taklimat dan sidang media khas hari ini, Menteri berkenaan Dr Maszlee Malik membentangkan pencapaian kementerian bertema “Pendidikan Untuk Semua”, yang menyaksikan KPM menutup jendela 2019 dengan lima fokus perubahan besar yang terkandung di dalamnya 53 inisiatif pembaharuan dalam sistem pendidikan negara.



“Tahun 2019 merupakan tahun permulaan kepada semua perubahan dan kita sasarkan tahun ini sebagai tahun penetapan asas yang kukuh untuk memastikan negara boleh bergerak ke arah sistem pendidikan yang inklusif dan berkualiti tinggi,” katanya.



Selaku penerima peruntukan terbesar belanjawan bagi 2019, lima fokus tersebut adalah ‘Mengembalikan Cinta ke Dalam Pendidikan; Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran; Autonomi dan Akauntabiliti; Malaysia Membaca; dan Manifesto.



Dalam kad laporan pencapaian setebal 40 muka surat itu, Maszlee memperincikan butiran pencapaian yang menyentuh segenap aspek pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan negara merangkumi pelajar, guru, infrastruktur, reformasi sistem, reformasi digital, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pengajian tinggi dan siswazah, serta menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca 2030.



Turut dbentangkan adalah pencapaian KPM dalam menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).



"Masih banyak yang perlu kita lakukan (pembaharuan), dan ini hanyalah permulaan. Apa yang kita lakukan hari ini adalah untuk anak-anak kita di sekolah dan universiti," katanya pada sesi taklimat yang dihadiri ramai petugas media.



Menyentuh Fokus Pertama iaitu Mengembalikan Cinta ke Dalam Bidang Pendidikan, empat kelompok teras yang diberi perhatian adalah Murid Berkeperluan Khas (MBK) yangmerujuk kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), B40, Murid dan Guru.



Maszlee berkata 10,200 kelas MBK berjaya diwujudkan di seluruh negara dengan jumlahnya meningkat 526 buah kelas berbanding 9,674 kelas pada 2018. Jumlah MBK secara keseluruhan tahun ini adalah 88,419 orang.



Bagi memastikan kesamarataan peluang pendidikan, kuota 60 peratus diberikan bagi anak-anak B40 belajar di Sekolah Berasrama Penuh. Sebanyak 52.8 peratus kuota ini berjaya diisi.



Laluan khas bagi anak-anak B40 ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Khas (ILKA) membolehkan 51,191 pelajar melanjutkan pengajian, selain 62 peratus enrolmen Program Matrikulasi dan peruntukan biasiswa khas RM68.1 juta membantu 31,614 anak-anak B40.



Selain daripada memansuhkan peperiksaan bagi semua murid Tahap 1 (merangkumi Darjah 1, 2 dan 3), KPM berjaya memanggil 4,369 murid cicir kembali ke sekolah melalui Program Sifar Murid Cicir manakala 2,636 anak-anak tanpa dokumen berjaya belajar di sekolah-sekolah menerusi ‘dasar sifar penolakan’ KPM.



Tahun 2019 juga menyaksikan KPM berjaya menangani isu berkaitan guru apabila sekurang-kurangnya, 50 peratus beban guru dikurangkan melalui penghapusan sistem Buku Kehadiran Manual dan Linus manakala berkaitan isu guru duka lara, seramai 15,565 guru berjaya bertukar berdasarkan kepada sistem merit yang adil dan saksama.



Bagi Fokus Kedua iaitu Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran, KPM berjaya menyempurnakan lima teras perubahan yang disasarkan iaitu Reformasi Sistem, Reformasi Digital, Peningkatan Pencapaian, Sekolah Daif dan TVET.



Menerusi Reformasi Sistem, Maszlee menjelaskan terdapat enam reformasi dilakukan iaitu menubuhkan Jawatankuasa Kajian Dasar untuk mengesyorkan pembaharuan dalam sistem pendidikan sedia ada dan menyediakan laporan akhir Program Pemantapan Sistem Tadbir Urus dan Pengharmonian Akta Pendidikan Tinggi.



Laporan tersebut akan memastikan segala undang-undang yang menyekat kebebasan pelajar dan para akademia dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang yang lebih adil. KPM juga menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk meneliti isu OKU dan Garis Panduan Pendidikan Inklusif di IPTA.



Katanya satu jawatankuasa khas ditubuhkan bertujuan meneliti semula pendidikan Orang Asli manakala bagi Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET yang melibatkan lima kementerian diwujudkan bagi memastikan penyelarasan dan reformasi TVET dilaksanakan secara menyeluruh.



Seiring cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), Reformasi Digital giat dilaksanakan menyaksikan 10,208 sekolah kini menikmati kelajuan minimum Internet sekurang-kurangnya 30mbps hingga 100mbps selepas KPM berjaya meningkatkan akses Internet dan tiada lagi monopoli pembekal dan penyedia Internet.



Maszlee memaklumkan 40,450 kelas telah menggunakan Google Classroom dan ini melibatkan 32,036 guru dan 364,204 murid di seluruh negara.



Sejumlah 100 Digital Maker Hubs (DMH) diwujudkan di sekolah-sekolah dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sehingga kini.



Menyentuh hal Sekolah Daif, KPM yang sentiasa memberi keutamaan tinggi secara konsisten berjaya menyiapkan sehingga 90 peratus projek sekolah daif, iaitu 452 daripada jumlah keseluruhan 534 sekolah daif kini selamat untuk beroperasi manakala 1,216 makmal sains usang turut diperbaiki.



Seiring dengan penekanan TVET sebagai pilihan utama dan bukan lagi pilihan kedua atau alternatif, beliau berkata Reformasi TVET menyaksikan 96.5 peratus tahap kebolehpasaran kerja graduan TVET tercapai apabila 54,789 daripada 61,510 graduan TVET di negara ini mendapat kerja setelah tamat pengajian.



Turut membanggakan apabila 547 kursus yang ditawarkan KPM diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Engineering Technology Accreditation Council (ETAC), dengan MQA mengiktiraf 216 kursus Politeknik dan 69 (ETAC) manakala bagi Kolej Komuniti, 262 kursus diiktiraf oleh MQA.



Menjelaskan tentang Fokus Ketiga iaitu Autonomi dan Akauntabiliti meliputi pengajian tinggi dan aktivisme siswa, Maszlee berkata antara perubahan dilaksanakan adalah menyediakan peruntukan RM455 juta Geran Penyelidikan bertujuan menyelesaikan masalah masyarakat dan mewujudkan Laluan Khas untuk OKU, atlet, Orang Asli dan B40 berjaya membantu 14,911 pelajar daripada golongan berkenaan memasuki universiti.



Mengiktiraf mahasiswa sebagai tonggak penting pembinaan negara dan memastikan mereka diberi ruang bersuara, Pilihan Raya Kampus di 20 universiti dikelolakan sendiri oleh mahasiswa selain mewujudkan Student’s Union (Kesatuan Pelajar) sebagai wadah aktivitisme siswa dan siswi.



Hasrat menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca 2030 mencatat sejarah tahun ini apabila Kuala Lumpur dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di samping insentif bulanan RM5,000 kepada Sasterawan Negara yang masih hidup bagi menghargai sumbangan mereka kepada sastera tanah air.



Mengakhiri laporan itu, Maszlee berkata kejayaan menunaikan janji manifesto PH dilakukan dengan memansuhkan senarai hitam peminjam PTPTN serta memberikan pelepasan kepada peminjam bergaji bawah RM2,000.



“Dalam masa sama, kita adakan inisiatif sama ada lupus atau diskaun kepada pelajar cemerlang daripada golongan B40 dan M40, termasuk insentif cukai kepada majikan yang membayar hutang PTPTN tanpa memotong gaji pekerja, “ katanya.



Mengenai isu pengiktiran UEC, sebanyak 48 sesi libat urus melibatkan 406 orang berjaya diadakan dan Pasukan Petugas Dasar sedang menyiapkan laporan penuh mengenainya.



-- BERNAMA







IlyTrolak: "Kepimpinan melalui teladan"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Susu Kolostrum Kurma DColzz Plus

Susu Kolostrum dan Kurma Dcollz Plus merupakan gabungan susu kolostrum dengan ekstrak kurma.



Apa itu Susu Kolostrum?



Untuk menerangkan tentang keseluruhan produk ini, terlebih dahulu, kita lihat dulu pandangan 10 orang ahli Sains dan doktor mengenai susu kolostrum.



1. DR. DANIEL G. CLERK

Susu Kolostrum memperbaiki sistem imunisasi badan, membasmi virus dan bakteria, mempercepatkan proses penyembuhan sel-sel badan manusia, membakar lemak badan yang berlebihan, meningkatkan kekuatan tulang dan otot, memperlambatkan proses penuaan & awet muda"



2 . DR. BERNARD JENSEN

Susu Kolostrum mempunyai peranan sifat terapi yang penting dalam AIDS, Kanser, Penyakit berkaitan Jantung, Kencing Manis , Penyakit Auto-Imunisasi, Alergi, Kudis , Gout, Selsema, Kesejukan dan lain-lain. Kolostrum terdapat bahan anti-oxide, dan ianya bersifat anti-keradangan dan juga satu sumber mustahak untuk vitamin, mineral , enzim dan asid amino.



3. DR. DAMON A. GREENE

Setiap hari temujanji dengan pesakit saya mendapati ramai pesakit mengalami masalah kesihatan sebab kelemahan sistem imunisasi badan mereka yang disebabkan sama ada kecederaan fizikal, bahan kimia (pemakanan) & juga emosi yang tidak stabil. Kajian mengatakan Kolostrum adalah sangat berkesan dalam meningkatkan sistem imuniasasi badan, dimana sebenarnya Badan Manusia sudah diciptakan untuk menyembuh diri sendiri dengan sistem tersebut (imunisasi).



4. DR. ZOLTAN P RONA

Susu Kolostrum terbukti dan merupakan salah satu pemakanan yang terbaik dalam melawan penyakit auto-immune, kanser dan pelbagai penyakit yang tidak dapat diubati. Ianya adalah asli, tidak boleh direka cipta, bebas daripada segala kesan sampingan dan merupakan alternatif kepada beratus jenis ubat kimia dan bagi saya , ianya seharusnya diamalkan.



5. DR OLLE HERNEL, UNIVERSITY IF ULMEA, SWEDEN: SCIENCE

"Glycoprotein yang terdapat didalam kolostrum lembu dapat mengelakkan serangan bakteria pyloro-spirillum yang mengakibatkan bisul perut (gastric ulcer). Selain itu kolsotrum turut mempunyai kandungan Interleukine-10 yang amat tinggi ( iaitu sejenis agen yang kuat menghalang kejadian keradangan) ternyata amat berkesan sekali untuk mengurangkan keradangan yang terjadi pada sendi-sendi dan kecederaan luaran.



6. PROF. SEYEDIN, THOMPSON, BENTZ et. al : Journal Of Biological Chemestry

"Faktor A, sejenis pendorong pertumbuhan tulang rawan (cartilage), telah dijumpai didalam kolostrum, dapat merangsang pemulihan tulang rawan.



7. PROF. Dr Shortridge, Journal Of Tropical Pediatrics

Susu Kolostrum mengandungi bahan pencegah yang belum dikenali, yang dapat menyekat sebilangan besar penyakit pernafasan khasnya virus selsema ( influenza ). Dengan kesan yang ketara, kolostrum dapat menentang virus-virus Asian Flu yang asalnya daripada haiwan/mutasi manusia yang telah tercetus dengan tiba-tiba dan mendatangkan maut.



8. DR L.B. KHAZENSON : Microbial & Epidermial Immunobiology"

Kajian mendapati jika penerimaan kolostrum terus secara mulut, aktiviti biologi IgG dapat dipelihara didalam usus orang dewasa dan mewujudkan imunisasi dalaman yang aktif untuk mencegah dan merawat penyakit usus yang tenat.



9. DRS. TOKUYAMA AND TOKUYAMA: Cancer Research Inst. Kanazawa University Japan

Susu Kolostrum awal lembu mengandungi IgF-B yang mempunyai kesan penting untuk menekan kejadian akibat daripada bahan cytoxic (sebbaca anti keradangan).

Mencegah kadar pembiakan sel kanser Osteosarcoma sebanyak 75%. Sebagai penyelaras fibrosis dan angiogenessis (memperbaiki otot jantung dan arteri darah) mempercepatkan penyembuhan luka dan pembentukan tulang.



10. PROF DR. ROBERT PRESTON, Inst. Pengajian Nutrien Antarabangsa

Pada hakikatnya, kolostrum amat selamat dan merupakan hadiah daripada alam semulajadi sebagai makanan pertama untuk bayi. Adalah mustahil untuk memikirkan lain-lain makanan berkhasiat yang lebih semulajadi dan berfaedah selain kolostrum. Setelah beratus-ratus tahun dimakan oleh manusia, hingga kini masih belum ditemui sebarang laporan atau kata-kata bercanggahan yang mengatakan bahawa ada kesan sampingan atau alahan setelah memakan kolostrum lembu.





BAHAN UTAMA DALAM SUSU KOLOSTRUM DAN ESTRAK KURMA DCOLLZ PLUS







MANFAAT MENGAMALKAN SUSU KOLOSTRUM DAN ESTRAK KURMA DCOLLZ PLUS



Berikut ialah manfaat yang diterima dalam mengamalkan produk Susu Kolostrum dan Estrak Kurma Dcollz Plus. Manfaat ini diambil berdasarkan maklum balas atau testimoni yang diterima daripada para pengamal Susu Kolostrum dan Estrak Kurma Dcollz Plus.



🥛🍇 Mengurangkan masalah sendi, otot, saraf, kejang urat dan parkinson;



🥛🍇 Masalah kebas kaki dan tangan dan rabun;



🥛🍇 Menurunkan berat badan;



🥛🍇 Mencegah dan merawat kanser;



🥛🍇 Membuang angin dalam badan, angin medu, kembung perut dan gastrik;



🥛🍇 Merawat strok, lumpuh dan angin ahmar;



🥛🍇 Merawat penyakit jantung;



🥛🍇 Meningkatkan kesegaran dan kesihatan secara keseluruhan;



🥛🍇 Meningkatkan sistem imunisasi badan;



🥛🍇 Meningkatkan dan memperbaiki sistem metabolisma badan;



🥛🍇 Memperlambatkan proses penuaan, awet muda;



🥛🍇 Meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan otak;



🥛🍇 Mengurangkan lemak di dalam tubuh tanpa perlu diet;



🥛🍇 Membentukan otot tanpa lemak;



🥛🍇 Memperbaiki Tisu dan kulit tubuh badan;



🥛🍇 Menurunkan kadar kolestrol dan kadar gula dalam darah;



🥛🍇 Memelihara kekuatan tulang (Osteoporosis);



🥛🍇 Memelihara fungsi hati, jantung, ginjal, paru-paru Dan saluran pernafasan;



🥛🍇 Mengatasi penyakit Ulser;



🥛🍇 Mencegah pertumbuhan sel tumor;



🥛🍇 Mencegah serangan jantung, strok dan penyakit Alzheimer;



🥛🍇 Melawan virus, kuman, bakteria dan parasit;



🥛🍇 Menstabilkan tekanan darah;



🥛🍇 Pemulihan sel, DNA Dan RNA; dan



🥛🍇 Anti-alergi, anti-inflamasi dan anti-toksik.





Kesan penggunaan Susu Kolostrum dan Estrak Kurma Dcollz Plus ini adalah tidak sama pada setiap orang, ia bergantung kepada kondisi kesihatan seseorang.



Terdapat juga individu yang baru meminum 1 sachet sahaja, tetapi telah memperlihatkan perubahan positif. Terdapat juga yang memerlukan pengamalan yang lebih daripada itu untuk mendapatkan manfaatnya.



Untuk mengetahui testimoni-testimoni setelah menggunakan produk klik sini



Untuk mendapatkan keterangan lanjut berkaitan produk, sila hubungi nombor berikut : 012-703 0970



IlyTrolak: "Sejak mengamalkan produk Susu Kolostrum dan Estrak Kurma Dcollz Plus badan saya terasa lebih cergas"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tip-Tip Pendapatan Pengiriman Mel Terus Dari Rumah - Siri 11

CONTOH-CONTOH SURAT MENYURAT RASMI



Di bawah ini adalah contoh surat menyurat di antara syarikat anda dengan syarikat pengeliar dan pelanggan anda.



Anda boleh menambah di mana yang anda fikirkan perlu kerana surat-menyurat tersebut adalah sebagai contoh sahaja.



Jangan lupa tentang kepala surat jenama syarikat anda.



Mail Order Gallery Enterprise



Address:

No. 12B, Jalan Damai 8,

Kawasan Perusahaan Ikhlas,

Sungai Buluh,

SELANGOR



Date:



The Manager,

(Nama syarikat yang anda pilih)



Dear Sir,

Re: Commission Mailer And Sample Of Circular



We would like to be your commission mailer to the customer. We also would like to get more information about the rate of commission that your company offers and please send us free sample of your circulars and dealers information as soon as possible.



Thank you,



Your Truly,





UNTUNG BIN LUMAYAN

Manager








ZAMAN BIN MAJU

No. 12B, Jalan Damai 8,

Kawasan Perusahaan Ikhlas,

Sungai Buluh,

SELANGOR



Tarikh:



Pengurus,

(Nama syarikat yang anda pilih)



Tuan,



Perkara: Permohonan Menjadi Agen Pemasaran Barangan Syarikat Tuan



Dimaklumkan bahwa saya terbaca iklan yang pihak tuan siarkan dalam akhbar bertarikh .....



2. Dengan ini saya ingin memaklumkan minat saya untuk menjadi agen kepada syarikat tuan.



3. Dihaerapkan pihak tuan dapat menghantar butir-butir lanjut atau katalog mengenai perkara di atas kepada saya seperti beralamat di atas.



Sekian, terima kasih.



Yang benar,





ZAMAN BIN MAJU

Pengurus






IlyTrolak: "Selain surat, penggunaan e-mel juga boleh membantu dalam menyenangkan urusan."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tip-Tip Pendapatan Pengiriman Mel Terus Dari Rumah - Siri 10

PANDUAN SEBAGAI AGEN PEMASARAN BAGI SYARIKAT-SYARIKAT



Menjadi Agen Pemasaran



Anda juga boleh mejadi agen pemasaran syarikat-syarikat di mana-mana satu atau lebih syarikat melalui surat anda kepada mereka.



Isikan borang perjanjian agen pemasaran syarikat mereka yang mereka hantarkan kepada anda,



Biasanya yuran keahlian yang mereka kenakan ialah sebanyak RM10 - RM30 dan dengan itu anda secara sah menjadi agen syarikat tersebut.



Kemudian mereka akan memberi apa juga katalog atau album bergambar dan berwarna keluaran syarikat mereka kepada anda dengan contoh barangannya sekali dan juga sistem komisyen dan bonus yang ditawarkan oleh syarikat mereka.



Sekarang terpulang kepada anda untuk memilih seberapa banyak syarikat yang anda mampu untuk menjadi agen kepada mereka.



Sistem program ini tidak terhad kepada satu agen sahaja, kerana dari kebanyakan katalog-katalog syarikat-syarikat tersebut, anda boleh mengeposkannya kepada pelanggan yang dirasakan berpotensi, tidak seperti jualan rumah ke rumah, di mana anda hanya mampu berjumpa dengan beberapa pelanggan sehari.



Dengan program ini, anda akan menerima ramai pelanggan dari seluruh pelusuk negara, bukan terhad di kawasan anda sahaja.



Pelanggan yang berminat, akan menghubungi anda, sama ada melalui telefon, datang terus ke pejabat dan ke rumah anda atau memesan pesanan mereka melalui mel.



Kemudian anda mestilah menyediakan barangan yang mereka pesan dan poskan melalui perkhidmatan pos laju atau pos biasa untuk memastikan barangan tersebut cepat dan selamat sampai kepada pembeli.



Sebagai meningkatkan lagi jualan, anda boleh juga mengiklankan barangan promosi anda melalui media massa seperti akhbar tempatan atau harian utama dan anda akan dapati lebih ramai pelanggan akan bertanyakan tentang barangan promosi anda.



Ini adalah salah satu teknik pemasaran yang berkesan dan efektif.



Walau bagaimana pun, ini tidak akan memberi sebarang makna, jika anda tidak sertakan dengan usahanya.



Mulakan dengan menjadi ahli atau agen sebuah suarikat dahulu dan jika anda telah boleh menguasai usrusniaga secara menyeluruh, anda boleh teruskan dengan bilangan syarikat yang anda ingin menjadi agen pemasaran bagi syarikat tersebut.



IlyTrolak: "Sesuaikan dengan peredaran masa dan teknolgi terkini."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

ip-Tip Pendapatan Pengiriman Mel Terus Dari Rumah - Siri 9

SENARAI PELANGGAN



Senarai Pelanggan Luar Negara



  1. Able Communications, 595, Wakefield, MA 01880, USA.

  2. Archipelago, Box 1818, Knoxvilee, TN 37919, USA.

  3. Barnes Enterprise, 2920 Sterling, ENdependence, MO 64052, USA.


  4. L Brand Enterprise, 4237, N 16th PL Tueson, AZ 85705, USA.

  5. Elmer J Carpenter, 25 Laarhovey Ter Stoughton, MA 02072, USA.

  6. Cavasor Enterprise, 1952 King, Sanjose, CA 95122, USA.

  7. Harry Ckark, Box 3137, Pateson, JV 08322, USA.

  8. Eve's Road 4, Box 553, Frankville, NJ 08322, USA.

  9. Annis Fergusen, RR/1, Box 107 RP, Dobois, IN 47527, USA

  10. Fun Mates Press, Box 6466 RP, San Francisco, CA 94101, USA.

  11. Gram Co, Box 99471, Tamaco, WA 98499, USA.

  12. Irene Enterprise, Box 4552, El Paso, TX 79914, USA.

  13. JM Servis, Route 1, Box 55, Aubrey, TX 45227, USA.

  14. Jublee Sales, Box 316, Carnegie, FA 15100, USA.

  15. LYR, Box 772, Inglewood, CA 90307, USA.

  16. Merit International, Box 31, Radio Cit Station, NY 1009, USA.

  17. Marphill Advertising, Box 64939, Baton Rounge, LA 70896, USA.

  18. Lorenzo Mosely, 511 High Street Greensbore, NC 27406 , USA.



Adalah dimaklumkan bahawa senarai syarikat yang tercatat sebelum ini tidak ada kaitan secara langsung dengan pihak kami.



Oleh yang demikian, masih wujud syarikat-syarikat tersebut adalah di luar jangkaan kami.



Anda dinasihatkan mencuba beberapa syarikat bagi tujuan tersebut.



Senarai Nama Pelaggan-Pelanggan Tempatan



Cara-cara lain untuk anda mendapatkan para pelanggan-pelanggan adalah melalui buku panduan telefon bagi seluruh Malaysia. Selain dari itu, anda juga boleh memeprolehi nama pelanggan-pelanggan melalui akhbar utama, akhbar mingguan dan majalah-majalah.



Pilihlah seberapa banyak pelanggan yang dirasakan berpotensi membeli barangan promosi anda.



Hantarkan sebarang katalog yang lengkap dengan tanda harga barangan kepada mereka.



Jangan lupa sertakan kad perniagaan anda atau cop syarikat anda di katalog-katalog tersebut.



IlyTrolak: "Ini adalah senarai lama pelanggan yang terlibat dalam perniagaan mel ini... berkemungkinan ianya audah tiada. Penambahan untuk masa kini ialah melalui internet dan media sosial"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tip-Tip Pendapatan Pengiriman Mel Terus Dari Rumah - Siri 8

SENARAI SYARIKAT-SYARIKAT DALAM NEGARA



  1. XP Network, P.O. Box 1045, 50712 Kuala Lumpur.

  2. Tradisi Asal Sdn Bhd, Box 17, 81307 Skudai, Johor Bahru, Johor.

  3. Rairaya Enterprise, 20B, Jalan Sri Selayang, Taman Seri Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.


  4. Perniagaan Fita Diamond, 1537, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan.

  5. Habjan Services System, No. 12D, Tingkat 1, Blok B, Rumah Pangsa Jalan Durian, 86000 Kluang, Johor.

  6. I-R Distrubutors, Box 14, Bukit Mertajam, 14007 Pulau Pinang.

  7. Integrated Business And Marketing, Box 11643, 50758 Kuala Lumpur.

  8. IQ Sales & Services, Box 214, 15700 Kota Bharu, Kelantan.

  9. Abdullah Mohd Jamil, Konsultan Keusahawanan, Box 7036, 57700 Sungai Besi, Kuala Lumpur.

  10. Tan Kok Heng, Rich, T.S.T. No. 1009, 80990 Johor Bahru, Johor.

  11. Direct Shoppers Enterprise, Box 6128, Pudu, 55720 Kuala Lumpur.

  12. Muhammad Hanifah Zakaria. No. 13, Jalan 10, Taman Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

  13. Safian B Uda Wahab, No. 60, Jalan Merak, Kampung Melayu, 31150 Ulu Kinta, Ipoh, Perak.

  14. Batek Songket Terengganu, Box 7, Pejabat Pos Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.

  15. Sinh Trading & Agency, Lot 1046, Kompleks Dayabumi, Jalan Hisyamuddin, 50050 Kuala Lumpur

  16. Asia Trade & Marketing, 1B, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, 53300 Kuala Lumpur.

  17. Alga Plus Company (M) Sdn Bhd, 27 - 28, Wisma Sri Muda, Jalan Raja Muda, 50350 Kuala Lumpur

  18. Perusahaan Aswad, Lot 3.24, Medan MARA, Jalan Raya Laut, 50350 Kuala Lumpur.

  19. Kimia Tanah (M) Sdn Bhd, No. 9, Jalan 13/6, Petaling Jaya, Selangor.

  20. Jelita Jaya, 7, Jalan Zaaba, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.

  21. PC Care Center, 41, Jalan Manis 7, Taman Segar 56100 Kuala Lumpur.

  22. Hanadera Corp Sdn Bhd, 77 - 79. 2nd Floor, Jalan Bunga Tanjong 8B, Taman Muda,, Cheras, 56100 Kuala Lumpur.

  23. High Desert (M) Sdn Bhd, 181, Jalan SA 2 / 24, 47300 Petaling Jaya, Selangor.



IlyTrolak: "Ini adalah senarai lama syarikat yang terlibat dalam perniagaan mel ini... berkemungkinan ianya audah tiada. Boleh layari internet untuk mendapat senarai syarikat-syarikat terkini."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Penulisan Kreatif : Cerpen

Oleh: Rejab F.I



A. Mengapa Menulisa / Membaca Cerpen?



  1. Sebagai suatu hobi atau kegemaran - mengisi masa lapang / terluang - terhibur.


  2. Mendapat / memberi pengajaran / pendidikan - mesej yang terdapat dalam cerpen dapat membantu menyedarka pembaca / masyarakat.

  3. Memperkembangkan bahasa, saastera dan budaya bangsa.

  4. Memperkembangkan bahasa, sastera dan bidaya bangsa.

  5. Menghubungkan penulisa dengan pembaca - pembaca dapat meninjau atau memahami pemikiran seseorang penulis.



Apakah Cerpen?



  1. Salah sebuah genre / jenis sastera kretaif, di samping puisi, novel, drama atau teater

  2. Berasal daripada "Cerita Pendek' dipendekkan menjadi cerpen = cerita rekaan - meskipun berdasarkan realiti, akan tetapi ditokok tambah dan ditinggalkan.

  3. Pendeknya sekitar 500 hingga 3,000 perkataan. Ada sehingga 10,000 hingga 20,000 perkataan dikatakan cerpen.

  4. Sebuah cerpen hanya terdapat satu plot, hanya satu atau dua watak utama dikemukakan dalam satu babak kehidupan.

  5. Hanya terdapat satu mesej pokok

    • Latar
      • memberi suasana kepada peristiwa dan pelaku dalam cerpen.

      • tempat - di mana peristiwa berlaku.

      • cara hidup diri watak - pekerjaan, perhubungan dan sikap

      • waktu atau zaman - utuk memperjelaskan peristiwa yang berlaku.

      • suasana / latar belakang - agama, emosi, mental, prinsip dsb

      • berhubung langsung dengan tema dan watak

      • perwarnaan sesebuah cerpen

      Gaya Bahasa
      • alat utama penulisan cerpen - penulis perlu menguasai bahasa dengan baik.

      • gaya bahasa tidak boleh dibuat-buat atau ditiru-tiru

        • berbeza dengan bahasa sehari-hari atau bahasa ilmu pengetahuan.


      • tiga perkara penting bahasa dalam cerpen.

        • pemilihan kata: penggunaan kiasan dan perbandingan untuk menghidupkan imaginasi pembaca.

        • penggunaan ayat: ayat pendek yang bermakna, tanda baca yang sesuai, penggunaan dialog di tempat-tempat tertentu.


      Sudut Pandangan
      • penulis / pengarang tidak terlibat dalam karya - dilihat dari luar "pengkisahan orang yag ketiga".

      • "pengkisahan orang yang pertama" - aku - menjadi watak penting dalam sesebuah cerita.

      Teknik
      • imbas kembali (flashback) - peristiwa yang telah berlaku.

      • imbas muka - gambaran peristiwa yang belum berlaku





TEMA



  1. Anak-anak tidak menghargai kasih sayang ibu bapa - cerpem 'Matahari Di Kaki Langit'

  2. Penderitaan anak ke sekolah, mendapat sipati guru-gruu sekolahnya - cerpen ''Hadiah Hari Guru

  3. Pengorbanan seorang bapa dan kakak sehingga anak / adiknya menjadi siswazah - cerpen 'Memori kehidupan'

  4. Akibat mementingkan kekayaan dan kesenangan suami dan anak ditinggalkan - cerpen 'Mengayam Pelangi'

  5. Kegagalan untuk menjejak kaki di tanah asal keturunannya - cerpen 'Sejalur Sinar Terbenam'

  6. Lima orang pahlawan tanah air berdialog tentag perkembangan negaranya sekarang - cerpen 'Dialog Pahlawan'

  7. Ziarah (unsur kekosongan) ke dalam diri / keluarga yang menghadapi kekosongan hidupnya - cerpen 'Kekosongan'

  8. Kisah 'nyanyuk' seorang ibu tua yang menimbulkan delema hidup anak-anaknya - cerpen 'Nyanyuk'

  9. Keazaman seorang anak muda lepaan SPM sijil dua mengerjakan sawah - cerpen 'Broker'





PERPEN: HADIAH HARI GURU



  1. Tema yang diperolehi daripada kisah sebenar, realiti, nyata - kisah bagaimana seorang murid yang kurang berkemampuan tapi mempunyai azam yang tinggi untuk belajar

  2. Plot - jalinan peristiwa yang sebenar ditokok tambah dengan peristiwa munasabah berdasarkan kehidupan masyarakat masa itu.

  3. Stail / Teknik - terdapat unsur-unsur imbas kembali, menggunakan penceritaan watak dan situasi gerak laku watak sehari-hari di rumah dan di sekolah.

  4. Latar - Disesuaikan dengan alam persekitaran watak - di sekolah, di rumah dan sekitar kegiatan hariannya.

  5. Bahasa - Disesuaikan dengan sebuah cerpen didakti, untuk bacaan kanak-kanak sekolah peringkat atas, guru-guru dan dewasa.

  6. Perwatakan - watak seorang pelajar yang rajin, pembersih, bersimpati dan bersemangat tinggi, akan tetapi hidupnya miskin dan serba kekurangan.



    Disusuli dengan watak seorang guru yang bersimpati terhadap pelajarnya yang kurang berkemampuan, sehingga mendapat pembelaan.





UNSUR-UNSUR YANG TERDAPAT DALAM SESEBUAH CERPEN



  1. TEMA

    • pokok persoalan yang dikemukakan secara konkrit tanpa abstrak.

    • perwatkan yang menekankan tema

    • semua persoalan manusia merupakan tema, termasuk persoalan hidup sendiri.

    • setiap masalah merupakan tema - semakin kuat maslah kehidupan manusia itu, semakin kuat tema sesebuah cerpen.

    • teliti dan fahami setiap msalah itu dengan pengetahuan dna pengalaman yang mendalam

    • juga melalui pembacaan

    • ditokok tambah dan dibuang mana yang tidak sesuai.


  2. PLOT

    • rangkaian peristiwa - disusun dengan sempurna dan menarik.

    • pertalian erat dengan watak secara lahiriah dan batiniah

    • ridak berbelit dan bercabang seperti dalam novel.

    • terikat dengan tema - tidak terpesong.

    • lahir unsur-unsur 'suspense' (ketegangan), puncak, dialog, gerak laku dsb.


  3. PERWATAKAN

    • perlukisan manusia yang menjai pelak dan berperanan dalam sesebuah cerpen.

    • mempunyai keistimewaan dalam kelemhannya.

    • gerak-geri, tingkah-laku, rupa-paras, cara-berjalan, cara bercakap, - termasuk perasaan, cara berfikir, keinginan dan tindakannya.

    • sesai dengan tema atau jalan cerita - jika pelru dihuraikan tentang pekerjaan, umur, pendidikan, dan diberi nama yang sesuai.

    • diberi penyorotan jiwa yang berkesan.

    • Dialog - perbualan watak

    • monolog - bercakap sendirian dengan mengeluarkan suara

    • monolog dalaman / interior monoloq - bercakap dalam hati / tanpa suara.






BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENULIS



  1. Siapkan sinopsis / rangka cerita - setelah mendapat tema.



  2. Pastikan watak - pilih nama watak yang sesuai - catatkan 'perwatakan' watak tersebut secara terperinci - watak antagonis dan protagonis.



  3. Pastikan latarnya - tempat, masa dan suasana.



  4. Pastikan plotnya - secara kronologi atau bukan kronologi.



  5. Pastikan teknik yang akan digunakan - imbas kembali / imbas muka / dialog, monolog, monolog dalaman.




  6. Pastikan sudut pandangan - 'orang pertama' atau 'keiga'.



  7. Pastikan gaya bahasa - ayat pendek-pendek, penggunaan tanda baca, penggunaan kiasan dan perbandingan.



  8. Cara menulis - sama ada draf terlebih dahulu atau ditaip terus berdasarkan sinopsis / rangka cerita.



  9. Pemilihan tajuk - boleh pastikan sebelum menulis, selepas menulis atau dalam masa 'pemeraman'.



  10. Pada masa 'pemeraman' - Disemak / diperbetulkan berulang-ulang kali - taip semula (ditaip jarak dua langkau) - berikan kepda rkan terdekt / keluarga untuk dibaca atau mendpat pandangan / kritikan/



  11. Kiirmkan kepada media yang sesuai;

    • bersama surat lampiran : akui karya sendiri dan beri kebenaran untuk penyuntingan.

    • alamat yang betul dan setem yang cukup.

    • jangan lupa salinan untuk simpanan sendiri.

    • tunggu 2 sehingga 4 minggu (untuk akhbar), 2 hingga 4 bulan (untuk majalah).

    • perlu bersabar - sambil menunggu teruslah berkarya.

    • Selamat menulis.

IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.