About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Pelancongan Pendidikan Semakin Popular di Malaysia - Maszlee

KUALA LUMPUR, 30 Nov -- Pelancongan berasaskan pendidikan (Edu-tourism), yang diperkenalkan pada 2014, kini semakin menarik minat ramai untuk bertumpu di Malaysia, negara yang dilihat bakal menjadi hub buat pelajar-pelajar dari seluruh dunia melanjutkan pelajaran mereka di peringkat tinggi.



Malaysia yang menjanjikan pendidikan berkualiti tinggi dan berpatutan, merupakan destinasi pengajian yang menarik kerana negara ini mempunyai kos hidup yang rendah, tetapi kaya daripada segi budaya dan tradisi.



Selain itu, para pelajar boleh mendapat persijilan pendidikan tinggi seperti diploma, ijazah, sarjana atau kelayakan kedoktoran dari universiti tempatan berprestij di Malaysia, dengan kos yang berpatutan.



Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik berkata Malaysia ketika ini terus menghantar isyarat jelas bagi menarik kehadiran lebih ramai pelajar antarabangsa berkunjung ke sini.



Langkah itu membuktikan bahawa prinsip negara berhubung mobiliti pendidikan tinggi berada di landasan yang betul, dan Malaysia menjadi destinasi pilihan untuk ramai pelajar asing.



“Mobiliti pendidikan tinggi akan terus menjadi agenda utama Malaysia,” katanya di penghujung lawatan kerja beliau ke Paris, Perancis, dan Doha,Qatar dari 12 Nov sehingga 21 Nov lepas.



Menteri itu mewakili Malaysia pada Sesi ke-40 Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di ibu negara Perancis dan Sidang Kemuncak Inovasi Dunia untuk Pendidikan di Doha.



Beliau turut menekankan bahawa Pelan Induk Pendidikan Tinggi Malaysia (10-20 tahun) untuk Pendidikan Tinggi (2015-2025) meletakkan matlamat dengan cita-cita yang tinggi, iaitu menetapkan sasaran jumlah pengambilan pelajar yang besar dan menaikkan ranking institusi Malaysia di peringkat serantau mahupun global.



Sehingga Disember 2018, Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS) melaporkan terdapat kira-kira 170,000 pelajar asing di Malaysia daripada lebih 135 negara.



Ia meletakkan sasaran untuk meningkatkan jumlahnya kepada kira-kira 250,000 menjelang 2025.



"Malaysia kekal sebagai pasaran sumber penting bagi destinasi pengajian yang menawarkan institusi pengajian yang telah dikenali ramai dan juga yang sedang meningkat naik. Kita tahu ramai pelajar antarabangsa memilih untuk belajar di Malaysia kerana ia menawarkan mereka nilai sebenar untuk wang.



"Bagi menarik kehadiran lebih ramai pelajar antarabangsa, kabinet Malaysia bersetuju untuk membuat pindaan beberapa peraturan dan undang-undang tertentu bagi menggalakkan pergerakan dan mobiliti lebih hebat kalangan pelajar antarabangsa, profesor, dan penyelidik, untuk membuat lebih banyak penyelidikan serta menyambung pengajian di peringkat tinggi di sini.



“Kita telah melakar banyak kisah-kisah kejayaan, kerana kita sedang mengikut hala tuju yang tepat ke arah pembangunan. Ini adalah inisiatif negara untuk melahirkan pelajar yang kompeten, dan graduan yang boleh menyumbang kepada pasaran kerja global,” katanya.



Rabu lepas Maszlee berkata ranking Universiti Malaya (UM) naik kepada tangga ke-13 dalam Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings (QS-AUR) 2020, berbanding tempat ke ke-24 tahun lepas.



“Kita mahu wujudkan universiti awam yang kompetetif secara global, dan melahirkan intelektual serta usahawan yang boleh menyelesaikan masalah-masalah sosial di samping menjadi pemangkin kepada perubahan sosial,” katanya.



Sementara itu Maszlee berkata Malaysia sedang menjadi negara pilihan bagi pelabur asing dalam sektor pendidikan tinggi, dan kerajaan sentiasa membuka pintu kepada universiti-universiti asing untuk membuka kampus cawangan mereka di sini.



“Ketika ini terdapat 11 kampus cawangan pusat pengajian tinggi dari United Kingdom, Australia, India, Belanda dan China,” katanya.



Sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mempelawa pelajar asing berpotensi yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran mereka, untuk datang dan manyambung pengajian di Malaysia.



Perdana Menteri berkata Malaysia menawarkan sistem pendidikan swasta dan awam yang berimbang yang telah berjaya melahirkan graduan yang cemerlang dalam kerjaya mereka.



-- BERNAMA



IlyTrolak: "Berfikir sejenak///"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

8 Perkara Dalam Sistem Baru Mata Pelajaran Tingkatan 4 & 5 Tahun 2020

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mulai tahun 2020 nanti tiada lagi aliran sains tulen atau sastera di sekolah bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 di Sekolah Menengah.



Sebagai ganti, pakej mata pelajaran (MP) baharu diperkenalkan oleh KPM berdasarkan minat pelajar serta kebolehan mereka.



Berikut adalah beberapa perkara yang ramai nak tahu tentang pakej mata pelajaran yang akan diperkenalkan mulai tahun depan nanti.



8 PERKARA TENTANG PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 & TINGKATAN 5 MULAI TAHUN 2020



1. APAKAH PAKEJ MATA PELAJARAN MENENGAH ATAS?



Tujuan Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas ini diperkenalkan adalah bagi memberi peluang murid mengenal pasti dan memilih mata pelajaran mengikut kecenderungan, minat, serta kebolehan dengan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Institut Pendidikan Tinggi.



Pakej ini merupakan gabungan mata pelajaran teras, wajib dan elektif yang dibina berasaskan keperluan murid untuk menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi dengan mengambil kira keperluan badan profesional serta laluan bidang kerjaya yang diminati murid.



2. BAGAIMANA MURID MEMBUAT PEMILIHAN PAKEJ MATA PELAJARAN?



Murid memilih berdasarkan minat dan kecenderungan dengan mengambil kira pencapaian murid dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Pentaksiran Bilik Darjah dan Ujian Psikometrik.



Guru kaunseling dan guru juga memainkan peranan membantu murid memilih mata pelajaran yang sesuai.



3. MATA PELAJARAN TERAS, WAJIB & ELEKTIF



Teras – Wajib dipelajari oleh semua murid sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta.



Mata pelajaran Teras adalah:

  • BM

  • BI

  • Matematik

  • Sains

  • Sejarah

  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral



Wajib – Wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan



Mata pelajaran wajib adalah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).



Elektif – Mata pelajaran yang ditawarkan untuk memenuhi bakat, minat dan potensi murid.



Mata pelajaran elektif ini dikategorikan kepada:

  • Bahasa

  • STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)

  • Pengajian Islam

  • Kemanusiaan

  • Sastera Ikhtisas



4. DUA PAKEJ UTAMA – SAINS & SASTERA



Terdapat 2 pakej Mata Pelajaran yang ditawarkan iaitu

  • Pakej STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)

  • Pakej Sastera dan Kemanusiaan



Murid boleh mengambil gabungan daripada Kumpulan Elektif STEM, Pengajian Islam, Bahasa dan Sastera Ikhtisas.



Walaubagaiamanapun, penawaran mata pelajaran ini juga bergantung kepada kesediaan sekolah.









5. PAKEJ STEM



Pakej STEM terdiri daripada 3 kriteria berikut:



A. Mengambil semua mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan



B. Mengambil mana-mana 2 mata pelajaran sains tulen dan Matematik Tambahan DAN sekurang-kurangnya 1 mata pelajaran Elektif STEM Sains Gunaan dan Teknologi ATAU mata pelajaran bukan daripada elektif STEM;



C. Mengambil sekurangnya 2 mata pelajaran elektif STEM Sains Gunaan dan Teknologi atau mengambil mana-mana 1 MP Vokasional (MPV).



6. PAKEJ SASTERA DAN KEMANUSIAAN



Pakej Sastera Dan Kemanusiaan pula terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam, Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas dan/atau SATU mata pelajaran elektif STEM kecuali MPV.



7. BILANGAN MATA PELAJARAN ELEKTIF YANG PERLU DIAMBIL



Penawaran maksimum mata pelajaran elektif adalah 5 mata pelajaran.



8. JUMLAH MATA PELAJARAN DALAM SPM



Murid dihadkan mengambil 10 mata pelajaran.



Namun kelonggaran diberi kepada calon mengambil tidak lebih daripada 2 mata pelajaran tambahan kecuali mata pelajaran teras.



Rujukan lanjut:



Kementerian Pendidikan Malaysia –



Soalan Lazim Berkaitan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas Mulai Tahun 2020.


















--- Sirap Limau



IlyTrolak: "Aku juga bapa kepada anak-anak yang akan memasuki pendidikan menengah atas pada 2021."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Aliran Sains & Sastera Dimansuhkan Mulai Tahun Depan - Teo Nie Ching

Mulai Tahun depan, pelajar yang akan melangkah ke tingkatan 4 tidak akan dibezakan lagi mengikut aliran. Ini bermakna aliran sastera dan sains akan dibubarkan.



Dengan pemansuhan tersebut, pelajar boleh memilih subjek mengikut pilihan masing-masing. Pemilihan subjek bukan lagi ditentukan oleh guru-guru sebagaimana sebelum ini. Guru-guru hanya akan diberi kuasa untuk menentukan senarai subjek yang akan diperkenalkan oleh sekolah berdasarkan beberapa faktor seperti keputusan Peperiksaan Petaksiran Tingkatan 3 (PT3), kemudahan sekolah, sumber tenaga pengajar dan lain-lain.



Kenyataan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menerusi akhbar Sin Chew Daily. Penguguman rasmi akan kami kongsikan kelak.



Menteri Pendidikan, Maszlee Malik sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa, aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia akan digabungkan. Pembubaran ini pada awalnya dicadangkan oleh Jawatan kuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan untuk menambah baik sistem persekolahan di Malaysia.



Dengan pelaksanaan ini, guru-guru dan ibu-bapa diminta untuk membantu pelajar memilih subjek yang tepat mengikut minat kerjaya masing-masing. Pastikan subjek yang diambil akan melayakkan mereka memohon ke kursus pengajian di peringkat pengajian tinggi seterusnya mencapai impian kerjaya kelak. Jangan hanya memilih subjek secara membuta tuli sehingga akhirnya gagal melayakkan diri ke kursus pengajian di universiti kelak.



Sumber: After School





Aliran Sains, Sastera disatukan: Adakah Malaysia bersedia?



KUALA LUMPUR: Selepas keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), kebanyakan pelajar didakwa mengalami masalah apabila diminta membuat pilihan untuk mengambil aliran semasa menyambung pelajaran ke Tingkatan 4.



Hal ini kerana ada pelajar yang bijak dalam subjek Matematik dan Sains tetapi lebih selesa dan mempunyai minat mendalam dalam subjek Kesusasteraan.



Ada juga yang ingin mengambil aliran Kesusasteraan dan Kesenian, namun berminat dalam subjek Kimia.



Bagaimanapun, pemilihan subjek daripada kedua-dua aliran masih belum dibenarkan.



Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada Jumaat lalu mendedahkan aliran Sains dan Sastera di peringkat sekolah menengah di seluruh Malaysia bakal digabungkan.



Idea dan usaha tersebut dicadangkan oleh Jawantankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan sebagai cadangan penambahbaikan sistem persekolahan di Malaysia.



BACA: Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terima lebih 5,000 maklum balas



Menerusi kurikulum baharu yang akan dilaksanakan, kepentingan Sains dan Sastera akan diberikan penekanan dan tidak boleh diasingkan, sebaliknya perlu disatukan.



Keutamaan guru juga akan dialihkan supaya menjadi lebih menyeluruh bagi memberi tumpuan kepada pengajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) akan dikemas kini kepada STREAM termasuk komponen Seni dan Membaca.



Persoalannya, mampukah idea ini direalisasikan dan adakah Malaysia bersedia untuk perubahan ini?



Presiden Persatuan Pendidikan Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Ibrahim Ahmad Bajunid berkata kini tiba masanya untuk mengetepikan sistem pendidikan yang hanya memberi fokus kepada kelulusan peperiksaan bagi golongan elit dan memberikan peluang sama rata kepada semua pelajar, tidak kira aliran.



“Di Britain dahulu, aliran sekolah dibahagikan kepada sekolah akademik dan sekolah komprehensif. Kebanyakan sekolah yang dianggap komprehensif ini meluaskan jurusan.



“Begitu juga di Amerika Syarikat. Walaupun seseorang itu mengikuti program muzik, dia juga boleh memilih kerjaya seperti saintis ataupun angkasawan.



“Namun begitu, sistem di Malaysia yang elita daripada awal sekolah menengah sudah menentukan bahawa hanya mereka yang tergolong dalam jurusan Sains boleh mempunyai pelbagai kerjaya manakala mereka dalam bidang Sastera ‘dihukum sepanjang hayat’,” kata Ibrahim ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.



Tambahnya, penyatuan kedua-dua aliran ini bukan sahaja mampu diadaptasi di negara ini malah mampu membangunkan dan membenarkan pertumbuhan setiap pelajar.



“Tanpa pemilihan aliran awal-awal lagi, pelajar masih berpeluang untuk mempelajari khazanah ilmu yang dianggap penting.



“Jadi, sistem pembelajaran tanpa urusan ini membenarkan pembangunan dan pertumbuhan setiap insan,” tambahnya.



Perubahan sistem pendidikan menengah ini akan memberikan nilai tambah kepada kualiti modal insan dan ia akan mejadikan sistem pendidikan negara ini sebagai antara yang terbaik di dunia.



“Jika cadangan ini diterima dan dilaksanakan dengan betul, sistem Malaysia akan menjadi antara terbaik di dunia.



“Bukan dari segi membanding keputusan peperiksaan tetapi dari segi ilmu watan dan falsafah watan kita sendiri.



“Ia juga dapat mengubah pemikiran dan paradigma masyarakat terhadap penghargaan ilmu yang bukan sahaja untuk peperiksaan tertentu, tetapi ilmu yang merupakan khazanah kita semua,” katanya.



Jika penyatuan aliran sains dan sastera ini dilaksanakan, adakah anda bersedia?



Sumber: Astro Awani





IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Sultan Nazrin: Lepas 62 Tahun, Agenda Perpaduan Masih Samar

Tahap pencapaian agenda membentuk rakyat yang bersatu teguh kepada sebuah negara merdeka yang berdaulat masih samar walaupun telah mencapai kemerdekaan selama 62 tahun, demikian titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.



Terkenal sebagai Raja yang lantang dan tegas membuat teguran jika ada yang tidak kena, Sultan Nazrin bertitah proses membina warga merdeka yang bersatu padu, memiliki satu identiti nasional tidak boleh ditangguhkan kerana ia jaminan kepada kelangsungan kedaulatan negara.



Baginda bertitah sejak merdeka, negara dirahmati dengan pelbagai kejayaan antaranya keamanan dan kemakmuran, hak memilih kerajaan terjamin, pembangunan prasarana pesat berlaku, peluang ekonomi terbentang luas serta rakyat bebas memiliki harta.



"Tidak berlaku bencana alam ke peringkat melumpuhkan ekonomi negara, bekalan makanan mencukupi, program pendidikan pelbagai khidmat sosial disediakan, kebebasan beragama dijamin, rakyat masih bebas bersuara, media terus diterbitkan, keselamatan negara dan keselamatan rakyat dilindungi oleh tentera serta polis.



"Dalam kesyukuran menyenaraikan kejayaan, satu perkara yang tahap pencapaiannya masih samar dan jika tidak segera ditangani berkemungkinan menjadi kelam ialah agenda membentuk rakyat yang teguh bersatu kepada sebuah negara merdeka yang berdaulat," titah baginda pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia, Menjunjung Duli dan Penganugerahan Darjah Kebesaran negeri Perak sempena Hari Keputeraan ke-63 baginda di Istana Iskandariah hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.



Pada istiadat hari ini, Sultan Nazrin berkenaan menganugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Perak kepada 19 penerima, manakala istiadat sesi kedua melibatkan 234 penerima dijadualkan pada 16 Nov ini, juga di Istana Iskandariah.



Selain itu, Sultan Nazrin bertitah slogan dan retorik atas nama kaum serta agama bernada ekstrem dan semakin bergema perlu dihentikan segera kerana ia ibarat bara yang jika tidak dibendung akan menyemarakkan api permusuhan seterusnya membawa kemusnahan kepada negara.



“Negara ketika ini memerlukan paradigma yang progresif yang membolehkan rakyat berasa senang dan selesa, tidak memiliki prasangka dan curiga, sebaliknya berminda terbuka menghargai kepelbagaian yang dikurniakan di bumi ini," titah Sultan Perak.



Dalam titah yang sarat dengan pesanan serta teguran membina itu, Sultan Nazrin berpesan bahawa setiap negara pada setiap masa menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman berbentuk ekonomi, politik, sosial selain ancaman dari luar yang boleh menggugat kestabilan serta ketenteraman.



"Cabaran dan ancaman paling dekat yang sangat kritikal boleh meruntuhkan negara dengan pantas adalah ledakan lava kemarahan sesama rakyat berpunca daripada perselisihan kaum perselisihan agama," pesan Sultan Nazrin.



Sehubungan itu, Sultan Nazrin bertitah bahawa negara ketika amat memerlukan diplomat bagi menjalinkan persaudaraan dengan berpandangan jauh, matang, sabar, tenang dan rasional agar suhu panas dapat diturunkan dan negara dihindarkan daripada bencana disebabkan perselisihan kaum serta agama.



Berdasarkan perkembangan semasa, Sultan Nazrin bertitah agar semua pihak mengingati kembali amaran bekas Menteri Dalam Negeri Tun Dr Ismail Abdul Rahman pada tahun 1960 yang menyatakan bahawa cabaran komunalisme yang boleh memecahbelahkan rakyat tidak boleh diperangi secara bersenjata atau diisolasi kerana ia tumbuh dalam diri setiap rakyat.



"Amaran Tun Dr Ismail amat perlu diperingatkan kembali dalam suasana minda warga berlainan kaum, agama yang kelihatan semakin cenderung mencari perbezaan daripada mencari persamaan, lebih mirip melukis sempadan pemisahan daripada mencari titik pertemuan," demikian pesanan Sultan Nazrin. - BERNAMA



Sumber: Malaysiakini



IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Sebaran Reunion Ambang 50

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak (SEMETRO) sesi tahun 1983 hingga 1987 merupakan pelajar kumpulan pertama bagi sekolah ini. Kini kumpulan bekas pelajar ini akan mengadakan perjumpaan kali ke 4 dengan tajuk "REUNION AMBANG 50"









TENTATIF REUNION AMBANG 50








MasaAcara


BAYARAN PENYERTAAN

Seorang = RM30.00

Sekeluarga = RM60.00



SENARAI NAMA PENYERTAAN

1. Yusof (6 orang) ✅

2. Nizam ✅

3. Rizal/ijai ✅

4. Mazlina ✅

5. Zaanor ✅

6. Hamiza Mat Rabi ✅

7. Rohana ✅

8. Hazrul Riezal ✅

9. Ujang (2 orang)

10. Hamizah Othman

11. Zainab (4 org)

12. Azizah Osman ✅

13. Shafie Said

14. Noraida Jalil

15. Ghazali Wahab

16. Mazlan Abd Hamid ✅

17. Azman Shuib

18. Norzita satar ✅

19. Anis Sofian

20. Zainal Arshad ✅

21. Habibah

22. Haslim

23. Malik

24. Fadzil

25. Ahmad Rodzi

26. Jamil

27. Salman

28. Kamsol Zaidi

29. Saadiah

30. Apai

31. Suhaimi Ismail

32. Suhari Mohamed

33. Hamidza Alias ✅

34. Idris

35. Rohaya ✅

36. Salina ✅

37. Zulaila

38. Shaharudin Zakaria

39. Jaar

40. Anna Masri

41. Fadzil Saad

42. Rahim Sanusi

43. Sayuti

44. Rosnah

45. Atie Husin

46. Rozima Ahmad Zainudin.

47. Rozi Hasan ✅

48. Baharom Kadir

49. Watie

50. Nazri Ariffin

51. Rosmazila

52. Damanhuri Osman

53. Zulkifli Holidi

54. Rohayu Mohamad

55. Raju Balan

56. Shaharudin Othman

57. Mohd Sabri Mohd Sarif

58. Rabina Din ✅

59. Noradnan Mohd Saat ✅ ~ Family (4D/2K)

60. Kazapi



IlyTrolak: "Mengenang masa yang berlalu dan sisa-sisa yang ada..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Guru Bersarapan Bersama Murid Tahun Depan

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Kementerian Pendidikan bercadang melaksanakan program guru bersarapan dengan anak murid pada tahun hadapan.



Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, program itu bertujuan membolehkan guru dan murid berinteraksi dengan lebih berkesan selain mengeratkan hubungan antara pendidik dengan anak didik di sekolah.



“Kebanyakan masa berkualiti untuk diluangkan bersama keluarga adalah ketika makan dan kita cuba untuk mewujudkan suasana tersebut antara guru dengan anak didik mereka di sekolah.



“Interaksi guru dan anak murid ketika makan dilihat amat penting dan bukannya sekadar menunjukkan adab makan yang baik semata-mata. Sebab itu saya selalu galakkan guru makan bersama anak murid,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri tayangan istimewa filem ‘Raatchasi’ bersama warga pendidik di Setia Walk Mall dekat sini hari ini.



Yang turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.



Sementara itu, Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan bercadang untuk mengembalikan semula program TV Pendidikan untuk mengetengahkan guru-guru yang banyak berkorban untuk anak bangsa.



Katanya, program tersebut akan memberi fokus kepada para guru yang mempunyai amalan pendidikan yang baik dan layak dianggap sebagai wira.



“Kita mahu tonjolkan guru-guru ini kepada masyarakat dah saya berharap sekiranya ada ibu-bapa atau pun pelajar yang kenal guru seperi ini boleh maklumkan kepada pihak kementerian,” katanya. - UTUSAN ONLINE



IlyTrolak: "Benar kata Menteri Pendidikan bahawa kebanyakan masa berkualiti untuk diluangkan bersama keluarga adalah ketika makan... Guru juga perlu bersarapan dengan keluarganya di rumah. Dengan pelaksanaan program ini, adakah guru perlu meninggalkan sarapan di rumah dan terus bersarapan bersama-sama murid di sekolah atau guru-guru perlu bersarapan di rumah dan bersarapan juga di sekolah... Manakah lebih penting keutuhan kekeluarga atau guru adalah pelaksana yang berteraskan "Saya yang menjalankan amanah"?. Tolong kaji sedalam-dalamnya perkara ini. Mengapa perlu guru melaksanakan sarapan bersama-sama murid ini? Walhal semasa murid di sekolah, guru sentiasa beramah mesra dengan murid.. sama ada dalam kelas atau luar kelas. Persoalannya apabila melihat ibu bapa yang sibuk bekerja, anak-anak campak beg terus keluarga rumah melepak atau bermain di luar rumah tanpa kawalan daripada ibu bapa atau penjaga... Mengapa peranan ibu bapa ini tidak diberi perhatian???"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pengajian Agama Surau Ar-Rahmah Bulan Ogos 2019

Program pengajian di Surau Ar-Rahmah Kampung Tersusun AA Tin, Sungkai, Perak untuk sepanjang bulan Ogos Tahun 2019.











TarikhMasaPenceramah
01.08.2019 KhamisSelepas Solat MaghribAF Ustaz Rosli bin Iskandar
04.08.2019 AhadSelepas Solat MaghribAF Ustaz Khairuddin Haiyun
05.08.2019 IsninSelepas Solat MaghribAF Ustaz Kamilin bin Asari
06.08.2019 SelasaSelepas Solat MaghribAF Ustaz Munir bin Md Noh
08.08.2019 KhamisSelepas Solat MaghribAF Ustaz Arman bin Yusof
26.08.2019 IsninSelepas Solat MaghribAF Ustaz Fauzi bin Alias


Kepada pihak yang berkesudian untuk memberi sumbangan boleh menyalurkan sumbangan anda ke akaun:

BANK SIMPANAN NASIONAL

nombor akaun:

08240-41-00004797-7

atas nama:

SURAU AR-RAHMAH.


IlyTrolak: ""


Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.