About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Panduan Memelihara Ayam Kampung Secara Kecilan

PENDAHULUAN



Aktiviti penternakan ayam kampung telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampung iaitu kacukan diantara ayam kampung generasi pertama dengan ayam kampung Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampung adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampung. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampung yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampung dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampung mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampung seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.



TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPUNG



Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampung. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;



  1. Telur dan daging untuk makanan keluarga

  2. Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan

  3. Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.



KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG



  1. Boleh dibiakkan sepanjang tahun;

  2. Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang;

  3. Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had;

  4. Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya; dan

  5. Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.



SISTEM PERUMAHAN



Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah.



1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.

kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat.



Gunakan peralatan makan/minum yang murah.



PEMAKANAN AYAM



Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-



  1. Makanan komersil/dagangan

  2. Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)

  3. Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)

  4. Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)

  5. Makanan Campuran atau Sisa Makanan

  6. Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa

  7. Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek

  8. Ikan baja dan lain-lain



PENGURUSAN



Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)



  1. Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit

  2. Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya

  3. Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu

  4. Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)



  1. Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit

  2. Boleh dilepaskan pada siang hari

  3. Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi

  4. Sediakan sarang bertelur

  5. Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram



PEMBIAKAN



  1. Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli

  2. 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina

  3. Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur

  4. Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan

  5. Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.



KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT



Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-



  1. Warisan

  2. Pemakanan

  3. Pengurusan

  4. Persekitaran

  5. Jangkitan



LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT



  1. Reban sentiasa bersih

  2. Anak ayam bebas dari penyakit

  3. Jauh dari ternakan dan haiwan lain

  4. Pelawat perlu dikawal

  5. Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan

  6. Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit

  7. Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.

  8. Program Pencegahan penyakit



  1. Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)

  2. Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”

  3. Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “



TANDA-TANDA AM AYAM BERPENYAKIT



  1. Kurang nafsu makan

  2. Monyok dan tidak aktif

  3. Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung

  4. Muka bengkak

  5. Berak cair atau berdarah

  6. Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.



JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM



  1. Sampar ayam (ND)

  2. Penyakit Gumboro (IBD)

  3. Puru

  4. Salmonellosis

  5. Pasteurellosis

  6. Lain-lain

Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.





Pemasangan bidai bagi mengelakkan telor terkena air hujan.





Bangsal ternakan ayam kampung yang dibahagikan kepada tiga petak iaitu untuk induk ayam, anak ayam dan ayam dara (dewasa)





Pemasangan pagar tertutup bagi mengelakan kemasukan dan gangguan bintang buas





Anak ayam yang berumur 1 bulan





Anak ayam yang berumur 3 hari





Anak ayam diletakkan dibawah pemanas





Ayam yang berumur 2 bulan



Sumber : HARIZAMBRRY



IlyTrolak: "Ternakan ayam kampung boleh dibuat secara komersial atau hobi"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Majlis Kenduri Aqiqah Nuh Aslah

Nuh Aslah bin Muhammad Asri merupakan cucu emak dan abah yang ke 31.



Nuh Aslah merupakan anak sulung kepada adik bongsu iaitu Muhammad Asri bin Salleh.



Pada 6 Jun 2019, Asri mengadakan majlis kenduri Aqiqah untuk Nuh Aslah.



Perancangan awal, hanya menjemput seisi ahli keluarga sahaja, tetapi atas nama kenduri dan menghormati jiran dan rakan-rakan, maka kehadiran jemputan juga dialu-alukan.

















































Emak dan abah bersama-sama menantu...



IlyTrolak: "Majlis aqiqah untuk anak-anak sendiri sudah selesai, hanya meraikan majlis aqiqah untuk anak-anak orang lain..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

FGV in Talks To Sell RM1bil Plantation Assets in Trurich

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd is in negotiations with seven potential buyers to sell its plantation assets worth RM1bil in Trurich Resources Sdn Bhd – its 50:50 joint-venture company with Lembaga Tabung Haji – by end-September.

Trurich owns two estates, totalling to 42,833ha, in Kalimantan, Indonesia.



FGV chief executive officer Datuk Haris Fadzilah Hassan said the group would sell the plantation estates as a package.







“Three out of the seven buyers are interested in both estates, while the remainder four are interested to buy only one estate.



“Preferably, we want to sell both as a whole,” he added.



Haris said the proceeds from the sale would be used in areas related to the group’s core assets while pointing out that Trurich has borrowings of RM700mil.



FGV is on track to achieve RM350mil proceeds from its divestment of non-core and non-performing assets over the next three years.



Earlier this month, FGV chairman Datuk Wira Azhar Abdul Hamid said that the group plans to liquidate and dispose of its 11 non-core subsidiaries over the next 18 months.



By end-2019, the divestments of three non-core assets with an estimated value of RM150mil are expected to be finalised.



“We hope to register some of the value of the disposal of non-core assets by second quarter or third quarter,” he said



FGV reported a net loss of RM3.37mil in the first quarter (Q1) ended March 31, 2019, compared with a net profit of RM1.12mil a year ago largely due to a sharp decline in crude palm oil (CPO) prices, and lower average selling price in the sugar sector.



On FGV’s strategy to return to profitability after four quarterly losses, Haris said the group would focus on the downstream sector, as CPO prices are low.



From the second quarter, FGV’s downstream business would launch four new products namely mass blended oil, industrial margarine, premium blended oil and coconut milk.



Moving forward, Haris said the company planned to strike a balance of the revenue contribution from both upstream and downstream to a 50:50 ratio by 2021 due to the “abnormal CPO price cycle”.



Currently, revenue contribution of the upstream and downstream sector to the company is 60:40, with the upstream sector contributing a majority of the revenue.



On the CPO prices, he expected it to trade between RM1,900 and RM2,200 per tonne in Q2 on US-China trade war, subdued demand from China, and competition from Indonesia.



Read more at The Star



IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pelajar, Guru ‘Mengamuk’ Bajet Pendidikan Dipotong

31/05/2019 – Beribu-ribu penunjuk perasaan memenuhi beberapa jalan raya utama di seluruh Brazil, bantahan kedua dalam tempoh beberapa minggu susulan rancangan kerajaan untuk mengurangkan belanjawan pendidikan.



Kerajaan Presiden Jair Bolsonaro membangkitkan kemarahan pelajar dan guru berhubung cadangan untuk mengurangkan 30 peratus perbelanjaan untuk beberapa universiti awam pada separuh kedua tahun ini.



Penangguhan biasiswa pascasiswazah untuk pelajar dalam bidang sains dan kemanusiaan turut mengundang kemarahan pelajar.



Menurut wartawan AFP dan media tempatan, bantahan bermula di ibu negara pada sebelah pagi dan mula merebak ke seluruh negara membabitkan kira-kira 100 bandar. Dalam beberapa kes penunjuk perasaan mengawal seluruh bandar.



“Mesej utama adalah, pemotongan 30 peratus belanjawan pendidikan tidak masuk akal dan menjadikan ia mustahil bagi pendidikan tinggi di negara ini,” kata seorang guru Lina Vilela yang turut menyertai tunjuk perasaan yang kebanyakan memegang poster tertulis ‘Buku dan pensel adalah senjata kami’.



Pelajar perkhidmatan sosial, Karina Afonseca berkata, dia membantah tindakan ‘kemunduran intelektual’ Bolsonaro yang boleh memusnahkan Brazil.



“Saya berada di sini berjuang untuk golongan miskin yang berhak mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Saya bimbang generasi akan datang tidak akan mendapat peluang pendidikan seperti yang pernah saya nikmati,” kata Kaio Duarte.



Penunjuk perasaan di Rio de Janeiro, penunjuk perasaan membawa sepanduk menyifatkan Bolsonaro sebagai ‘musuh pendidikan’.



“Kami tidak boleh berlagak seolah-olah semuanya okay – ia tidak okay,” kata pelajar universiti, Isadora Duarte, 24.



Kementerian pendidikan mengeluarkan kenyataan amaran tidak membenarkan guru-guru, pelajar dan ibu bapa mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu ketika waktu persekolahan. – AFP



IlyTrolak: "Tidak berlaku di Malaysia"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Had Laju Diturunkan Sehingga 70 km Sejam

BENTONG 30 Mei - Had laju kenderaan di jalan persekutuan dan negeri diturunkan sebanyak 10 kilometer sejam berbanding kadar biasa selama 15 hari bermula semalam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.



Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir berkata, penurunan had laju berkenaan menyaksikan had laju jalan persekutuan sepanjang tempoh itu 80 kilometer sejam manakala bagi jalan negeri adalah 70 kilometer sejam.



“Ingatlah, apabila hidupkan suis kenderaan, baca doa, ingat had laju kita 80 kilometer di jalan persekutuan dan 70 kilometer sejam di jalan negeri.



“Jika masih ikut had laju lama, bersedialah untuk disaman,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program ‘Coffee Break’ sempena Hari Raya Aidilfitri di Stesen Minyak Petronas Jalan Tras di sini hari ini.



Yang hadir sama Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman; ADUN Bilut, Lee Chin Chen; ADUN Karak, D. Kamachee dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Abdul Razak Jaafar. - UTUSAN ONLINE





IlyTrolak: "Tindakan ini untuk mengurangkan kadar kemalangan atau menambah sumber kewangan?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Peneroka Felda Diluluskan?

KUALA LUMPUR 30 Mei - Selepas ditekan pelbagai pihak, kerajaan akhirnya memutuskan untuk memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidifitri 2019 kepada setiap peneroka Felda yang selalu diterima mereka menjelang ketibaan Syawal.



Utusan Malaysia difahamkan mesyuarat Kabinet pada 29 Mei lalu telah memutuskan pemberian bantuan khas bagi setiap peneroka sebanyak RM300 kepada lebih 112,000 peneroka Felda.



Juga difahamkan pengumuman tersebut akan dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau pulang dari Jepun selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference).



Ketika ini dikatakan tular dalam pelbagai platform media sosial mengenai surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi tentang keputusan tersebut.



Berdasarkan kandungan surat itu, Felda juga dimohon untuk membuat pembayaran tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil kepada peneroka yang terlibat.



“Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) menyarankan supaya Felda membuat pembayaran Bantuan Khas Hari Raya tersebut dan tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dengan kadar segera sebelum sambutan Hari Raya Aidilftri bagi meringankan beban peneroka untuk menyambut Aidilfitri tahun ini,” menurut surat itu.



Berdasarkan kandungan surat itu, arahan tersebut ditujukan kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Dr. Othman Omar bertarikh 30 Mei 2019.



Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan berkata pentadbiran Pakatan Harapan (PH) lebih berhasrat memberi keutamaan sumber bagi menyelamatkan Felda melalui rancangan pemulihan bernilai RM6.23 bilion yang diumumkan di Parlimen pada 10 April lalu berbanding memberikan bantuan kewangan dan kebendaan.



Kenyataan beliau itu mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak memandangkan peneroka kini hidup tertekan akibat kejatuhan harga komoditi.



Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri meminta kerajaan supaya mempertimbangkan rayuan untuk pemberian insentif Hari Raya Aidilfitri kepada peneroka Felda.



Pada tahun lalu, peneroka Felda di seluruh negara menerima insentif hari raya sebanyak RM450. - UTUSAN ONLINE



IlyTrolak: "Bantuan Khas le namanya...."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

IPCMC: KPN Mahu Bela Hak, Kebajikan Seluruh Warga PDRM

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, menegaskan perjuangannya dalam penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah untuk membela hak dan kebajikan seluruh warga pasukan keselamatan itu.



Katanya, beliau mahu setiap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat hak yang sepatut dan setimpal dengan pengorbanan mereka dalam menjalankan tanggungjawab.



Beliau berkata, rakyat berhak memperkatakan apa saja terhadap PDRM berhubung penubuhan IPCMC, namun yang penting bagi dirinya ialah memperjuangkan kebajikan warga pasukan berkenaan.



“Kebanyakan warga PDRM sudah terima (bersetuju dengan penubuhan IPCMC) dan sekarang kita hanya menunggu bentuk muktamadnya.



“Selepas itu, tanggungjawab saya ialah meyakinkan anak buah bahawa apabila IPCMC terbentuk dan undang-undangnya diluluskan nanti, saya akan memastikan PDRM mendapat hak kebajikan sewajarnya,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan rondaan di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, sempena program High Profile Policing (HPP) Ketua Polis Negara, petang tadi.



Yang turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, dan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid.



Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, beliau juga tersentuh dengan keadaan balai dan kuarters polis yang daif berikutan tiada peruntukan membaikinya, manakala anggota pula tiada pilihan melainkan terus tinggal di situ.



“Sejak sebulan lalu, saya turun melakukan tinjauan di balai dan kuarters. Sedih apabila ada kuarters yang bumbungnya bocor di sana sini tetapi tidak mampu dibaiki kerana tiada peruntukan.



“Anggota pula terpaksa berkorban kerana mahal kalau hendak menyewa di luar, terpaksa jugalah duduk walaupun bocor. Itulah IPCMC yang saya perjuangkan.



“Pada masa sama, saya mahu membela warga PDRM yang selama ini tidak mendapat hak sepatutnya kerajaan berikan kepada mereka.



“Dengan gaji RM1,500, anak dua orang, tinggal di tengah Kuala Lumpur... cuba bayangkan,” katanya.



Media sebelum ini melaporkan penubuhan IPCMC akan diteruskan selepas mendapat persetujuan daripada PDRM.



Perkara itu dicapai melalui perbincangan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) dengan 20 wakil jabatan PDRM serta persatuan polis diketuai Abdul Hamid di Perdana Putra, Putrajaya, 10 Mei lalu.



Ketua Pengarah GIACC, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, dipetik sebagai berkata kertas Kabinet berhubung penubuhan IPCMC dijangka dapat dikemukakan selepas Aidilfitri.



Pada akhir tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sebagai berkata kerajaan bersetuju Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) diperkasakan dan dikenali sebagai IPCMC.



Perdana Menteri berkata, IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas yang lebih holistik berikutan banyak aduan diterima berkaitan anggota dan pegawai PDRM.



IlyTrolak: "Teringat dokumen Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.