About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Kementerian Pendidikan Cadang Beri Insentif Kepada Guru Lanjut Pelajaran Peringkat Sarjana, PhD

GEORGE TOWN, 16 Mei (Bernama) -- Kementerian Pendidikan bercadang untuk memberikan insentif kepada guru-guru yang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.



Menterinya Dr Maszlee Malik berkata kementerian akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan itu.



"Untuk jangka masa panjang, kita sedang merangka dan berbincang dengan pihak JPA. InsyaAllah saya juga akan minta pertolongan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan ini," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019, di sini hari ini.



Majlis itu disempurnakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.



Beliau berkata kementerian telah menggariskan beberapa inisiatif jangka sederhana dan panjang bagi menambah baik tugas para guru di sekolah.



Maszlee berkata bagi inisiatif jangka sederhana yang bermula seawal Januari sehingga hujung tahun ini, kementerian telah menyenaraikan beberapa isu antaranya pelaksanaan audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) telah dihentikan.



Menurutnya pihak sekolah hanya perlu melaksanakan audit kendiri bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan masing-masing.



"Fasa semakan dan penilaian kendiri dibuka dua kali setahun iaitu pada bulan Januari hingga Mac (Fasa 1) dan Ogos hingga November (Fasa 2) berbanding tiga kali sebelum ini. Sistem online sentiasa dibuka untuk dikemas kini dan pemantauan," katanya.



Beliau berkata bagi isu pengawasan peperiksaan pada waktu cuti sekolah, bermula tahun ini pengawasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanakan secara dua fasa pada Oktober dan November semasa waktu persekolahan.



Bagi memenuhi keperluan penggantian guru bercuti, cuti bersalin dan cuti sakit melebihi 28 hari, beliau berkata peruntukan sebanyak RM35.2 juta telah disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri bagi membolehkan sekolah menggunakan khidmat guru ganti.



Sementara itu, Maszlee berkata kementerian juga telah mengenal pasti beberapa inisiatif jangka panjang yang melibatkan isu yang lebih kompleks dan memerlukan kajian semula dasar dan peraturan sedia ada, penambahbaikan infrastruktur dan infrastruktur ICT, pengoptimaan perjawatan serta pengisian sumber manusia di sekolah.



"Bagi inisiatif jangka panjang pula selewat-lewatnya akan dilaksanakan hujung tahun ini, beberapa inisiatif telah dirangka termasuklah mengatasi masalah guru terpaksa keluar atas beberapa faktor sehingga menyebabkan mereka sukar memberikan penumpuan dalam bilik darjah.



"Prosedur operasi standard keselamatan guru juga telah siap disemak dan digubal secara menyeluruh, antara inisiatif yang akan diberikan adalah Perlindungan Insurans Guru yang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan," katanya.



Terdahulu, pada majlis itu Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin mengetuai bacaan ikrar. - BERNAMA



IlyTrolak: "Pernah diusulkan pada suatu ketika dahulu... dengarnya dulu dah dihantar ke JPA..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Akta Sekat Peneroka Felda Wariskan Tanah, Kata Pensyarah

PENEROKA Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah mereka kerana undang-undang sedia ada menyulitkan proses pindah milik, dakwa seorang pensyarah undang-undang.



Pensyarah Universitti Teknologi Mara (UiTM) Rohayu Majid mendakwa demikian dengan membangkitkan peruntukan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1967, lapor Berita Harian.





Ketika ini, 40 peratus daripada 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara adalah peneroka asal dan daripada jumlah itu, hampir 79,000 adalah generasi kedua dan ketiga.



Sekatan aspek perundangan itu menyebabkan tiada sebarang urusan jual beli, pindah milik, gadaian, sewaan, hibah dan wasiat yang sah boleh dilakukan ke atas tanah itu, melainkan dengan persetujuan bertulis FELDA. Bagaimanapun setakat ini tiada kelulusan pernah dibenarkan.



Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Dr Rohayu Abdul Majid, berkata kajian pihaknya mendapati sekatan itu menyebabkan urusan pindah milik tanah FELDA kepada waris mereka semakin sukar, walaupun peneroka mempunyai geran hak milik selepas premium tanah dijelaskan sepenuhnya.



Peneroka FELDA berisiko hilang hak ke atas tanah



“Walaupun selepas menerima geran individu, tanah itu tetap tidak boleh dianggap milik mutlak peneroka yang boleh diwariskan secara langsung kepada generasi kedua FELDA.



“Keadaan ini berlaku kerana ada perjanjian di antara peneroka asal dan FELDA yang mengikat kedua-dua pihak, sekali gus menghalang milikan sempurna diberikan kepada peneroka terhadap tanah rancangan yang diusahakan,” katanya kepada BH.



Rohayu berkata, ketika ini sekiranya peneroka meninggal dunia, hanya dua waris boleh dilantik sebagai pentadbir untuk menguruskan harta berkenaan dan status mereka bukan pemilik aset terbabit.



“Status pentadbir ini tidak sama dengan pemilik tanah. Peranannya hanya mengurus harta berkenaan secara saksama di antara waris. Maksudnya hasil yang diperoleh wajib diagihkan kepada waris lain mengikut bahagian dipersetujui sama ada melalui sistem faraid atau muafakat.





Tertakluk kebenaran FELDA



“Segala transaksi membabitkan tanah rancangan juga tertakluk kebenaran FELDA. Keadaan ini membimbangkan kerana tidak ada jaminan bahawa tanah berkenaan akan kekal milik generasi keluarga FELDA dan hak waris hanya sebagai pentadbir, tidak sama seperti pemilik tanah,” katanya.



Rohayu berkata, beliau percaya keadaan ini akan memberi kesan jangka panjang ke atas pemilikan aset warga FELDA, ter utama apabila wujud permintaan pembangunan di tanah rancangan terbabit sehingga menuntut pengambilan tanah.



“Jika berlaku pengambilan tanah pada masa hadapan untuk pembangunan misalnya, apakah jaminan kepada waris yang hanya dilantik sebagai pentadbir ini? Pastinya sebagai pentadbir mereka tidak mempunyai ‘suara’, hak dan kuasa seperti mana pemilik tanah.



“Kita bimbang jika perkara ini berlaku hak waris dan generasi FELDA khususnya dinafikan dan tidak mustahil mereka ini juga boleh terlepas hak milikan terhadap tanah rancangan berkenaan. Sekali pun ada pampasan diberikan, apakah jaminan mereka ini akan menerima pampasan yang setimpal seperti mana pemilik asal,” katanya.



Justeru, beliau berkata, satu penyelesaian terhadap isu berkenaan perlu dicari memandangkan ketika ini FELDA sudah merentasi zaman sehingga sebahagian besar sudah diwarisi generasi kedua dan ketiga.



“Sudah tiba masa penambahbaikan dibuat terhadap GSA bagi membolehkan harta pusaka FELDA diwarisi generasi seterusnya, selaras usaha melindungi hak warga peneroka yang sekian lama mengusahakan tanah rancangan itu,” katanya.



Rohayu berkata, kajian pihaknya mendapati tahap kesedaran dalam kalangan peneroka dan waris mereka berhubung isu pewarisan sangat minimum, malah ada yang langsung tidak mengetahui tanah pusaka FELDA tidak boleh diwarisi secara mutlak kepada generasi seterusnya.



Ramai tak tahu status



“Kajian membabitkan 130 responden peneroka dan waris mereka berusia 18 hingga 50 tahun di FELDA sekitar Kedah dan Terengganu, mendapati kesedaran peneroka dan waris mereka berhubung isu berkenaan sangat rendah iaitu 25.6 peratus.



“Kajian ini merangkumi 35 aspek membabitkan lapan komponen utama termasuk kadar pembahagian, dokumen permohonan, ciri-ciri pemohon yang layak menerima harta si mati, bayaran pemprosesan, sijil pengesahan pembahagian, proses permohonan harta, pembahagian harta dan pemahaman konsep harta tanah FELDA,” katanya.



Beliau berkata, daripada soal selidik berkenaan, hanya sembilan aspek iaitu 25.6 peratus yang diambil maklum oleh responden, khususnya berkaitan dokumen penama (peneroka asal) dan pengesahan ke atas dokumen yang diperlukan.



“Ia lebih kepada perkara asas dalam proses pindah milik memandangkan ada di antara mereka yang pernah terbabit dengan proses pindah milik harta tanah biasa. “Namun tahap kesedaran ke atas perkara ini hanyalah pada paras 30 peratus, sedangkan pengetahuan terhadap bahagian pengurusan dokumen, kaedah pembahagian, akta yang berkaitan, kekangan pelaksanaan serta implikasi pindah milik kurang diambil tahu,” katanya.



Akta wajar dipinda segera untuk lindungi aset



Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1967 yang menyekat milikan mutlak peneroka FELDA ke atas tanah rancangan yang diusahakan mereka, perlu dipinda segera selaras kehendak semasa.



Setiausaha Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), Rauzan Esa, berkata selain memastikan status milikan mutlak tanah diberikan kepada peneroka, pindaan juga perlu untuk membolehkan urusan pindah milik dibuat kepada waris atau generasi seterusnya.



“Umum mengetahui tanah ini adalah aset peneroka, hasil titik peluh mereka yang membayar kepada FELDA melalui potongan hasil ladang puluhan tahun sebelum dikurniakan geran. Berdasarkan rekod, sehingga 2016, hampir 85 peratus atau 92,595 peneroka sudah menerima geran hak milik.



Pewaris bukan pemilik



“Bagaimanapun, ketika ini, tiada hak di sisi undang-undang untuk pentadbir memohon apa-apa tuntutan yang berhak, termasuk mendapat milikan mutlak ke atas tanah rancangan itu, terutama dari segi nilai, kerana pewaris bukan pemilik tanah itu.



“Malah isu ‘pemilikan tidak sempurna’ terhadap tanah FELDA ketika ini juga mencetuskan pemahaman berbeza dalam kalangan pengamal undang-undang itu sendiri,” katanya kepada BH.



Rauzan menegaskan GSA 1967 bukan tidak relevan, cuma beberapa bahagian dalam akta terbabit memerlukan penambahbaikan, terutama dalam isu pindah milik harta pusaka.



“GSA 1967 mengundang masalah selepas peneroka meninggal dunia kerana tanah rancangan tidak boleh dipindah milik. Sebaliknya, dua waris dilantik sebagai pentadbir dan menyedihkan status mereka bukan sebagai pemilik tanah.



“Masalah utama berhubung hak milik tanah FELDA ialah ia berstatus pemilikan tidak sempurna, menyebabkan segala transaksi membabitkan tanah terbabit tertakluk kepada kebenaran pihak FELDA.



“Walaupun geran individu dikeluarkan, ia tetap tidak boleh dianggap milikan sempurna kerana ada perjanjian di antara peneroka asal dan FELDA yang mengikat kedua-dua pihak. Namun, pada pandangan kita ia perjanjian bersifat sebelah pihak.



“Justeru, sebelum pindaan dilakukan ke atas GSA, perjanjian asal di antara peneroka dan FELDA perlu dilihat semula dan saya percaya kebanyakan waris atau peneroka FELDA tidak jelas mengenai perjanjian itu.



“Malah, saya juga percaya tidak ramai peneroka FELDA memiliki surat asal perjanjian berkenaan,” katanya.



Mengulas kepentingan pindaan GSA, Rauzan berkata, ia perlu dilaksanakan segera memandangkan status tanah pajakan FELDA 99 tahun sudah tidak panjang dan ada di antaranya sudah berusia 60 tahun.



“Tempoh status pajakan tanah FELDA hanya berbaki kira-kira 30 tahun. Andai tiada pindaan dibuat untuk menyelesaikan isu tanah pusaka FELDA ini, apa jaminan kepada generasi peneroka apabila tempoh pajakan itu tamat?,” katanya. - BERITA HARIAN



IlyTrolak: "Pernah mendengar situasi ini sejak dulu lagi, tetapi berserah sahaja, kerana tanah itu milik ayahanda dan bonda. Sementara menampung kehidupan duniawi, sebelum ke sana"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pelaksanaan Modul Teknologi Maklumat Dalam Kurikulum Kebangsaan Oleh Pihak Luar Dalam Jadual Waktu Rasmi Persekolahan Di Sekolah KPM

Kurikulum Kebangsan memperuntukkan pelaksaan modul Teknoogi Maklumat dan Komunikasi secara merentas semua mata pelajaran seperti ketetapan dalam spesifikasi KSSR (Semakan 2017) bermula murid Tahun 1.



Arahan pelaksanan ini dikuat kuasakan melalui Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2017 Pelaksaan Modul Teknologi Maklumat dan Komunikasi di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) mulai tahun 2017 bertarikh 6 Januari 2019.



Berikut ialah Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.6 Tahun 2019 Pelaksanaan Modul Teknologi Maklumat Dalam Kurikulum Kebangsaan Oleh Pihak Luar Dalam Jadual Waktu Rasmi Persekolahan Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.





Klik Sini Untuk Muat-Turun


IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

'Task Force' Bantu Disiplin Pelajar

IPOH - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak akan berkolaborasi dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan jawatankuasa kecil ‘task force’ bagi menangani masalah jenayah dan disiplin pelajar di negeri ini.



Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Perak, Mat Jaafar Mat Zin berkata, task force yang akan dibentuk itu akan mengenal pasti permasalahan pelajar dan mencari kaedah terbaik untuk mengatasinya.



Menurutnya, kewujudan jawatankuasa itu bermatlamat bagi menghasilkan pelajar cemerlang sekali gus menjadi aset negara.



“Polis ada pendekatannya dan kita pun mempunyai cara kita sendiri jadi, kita mahu gabungkan pendekatan ini unuk membentuk suatu sinergi bagi membantu kecemerlangan pelajar.



“Matlamat kita itu bukan untuk menghukum pelajar-pelajar ini tetapi membina semula jati diri mereka. Setiap murid ada kelebihan dengan kecemerlangan yang tersendiri,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan JPN Perak bersama PDRM 2019 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sini hari ini.



Hadir sama, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Perak, Senior Asisten Komisioner Mohamad Laham dan Timbalannya, Asisten Komisioner Ng Kong Soon.



Sementara itu, Mohamad berkata, kadar jenayah melibatkan pelajar menunjukkan penurunan dua kes atau 1.27 peratus iaitu 155 kes pada 2018 berbanding 157 kes pada tahun 2017.



"Kes-kes yang dilaporkan ini lebih kepada kes buli, mendatangkan kecederaan dan sebagainya.



“Penglibatan mereka dalam jenayah serius adalah terpencil namun, tindakan harus diambil agar mereka bebas daripada perbuatan jenayah, dadah dan mat rempit,” katanya.Sinar Harian



IlyTrolak: "Membawa penglibatan pihak PDRM dalam membantu menangani masalah disiplin di sekolah, telah beberapa kali diusulkan. PPS merupakan wakil PDRM dalam sekolah"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Menteri Pendidikan Selesai 18 Masalah - NUTP

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Sebanyak 18 isu berkenaan masalah di bidang pendidikan termasuk beban tugas guru yang dikemukakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah mendapat komitmen penuh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, serta sudah diselesaikan.



Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata keprihatinan dan tindakan proaktif menteri pendidikan itu antaranya berjaya menangani masalah beban tugas guru, pertukaran guru duka lara, isu pentaksiran berasaskan sekolah, kekurangan guru ganti dan isu penggunaan gajet di sekolah.



"Semasa perjumpaan kepimpinan NUTP dengan menteri pada 9 Julai tahun lepas, sebanyak 41 isu dan cadangan penyelesaian masalah pendidikan telah diutarakan untuk perhatian dan tindakan beliau. NUTP amat berpuas hati dengan sikap terbuka menteri pendidikan yang bersungguh-sungguh ingin membantu.



“(ia termasuk) Isu beban tugas guru, isu sekolah daif, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan menggubal Prosedur Operasi Standard keselamatan dan kebajikan guru ketika membawa murid keluar sekolah bagi menghadiri program rasmi kementerian," katanya dalam kenyataan hari ini.



Menurutnya daripada keseluruhan isu berbangkit itu, 11 isu termasuk Dasar TVET Negara dan pendidikan khas masih dalam proses rundingan manakala 12 lagi isu termasuk kekurangan guru bahasa Inggeris masih belum diambil tindakan.



Katanya pihak kementerian juga telah menetapkan agar penyelesaian bagi isu-isu itu dibuat secara berfokus dan berperingkat melibatkan pelaksanaan jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan bagi pelaksanaan jangka masa panjang. - BERNAMA



IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Keracunan Metanol Di Perak: Lima Kematian Dicatatkan

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Sebanyak lima kematian akibat keracunan metanol dicatatkan di Perak sehingga Ahad lepas.



Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A. Sivanesan berkata kesemua mangsa melibatkan tiga lelaki warga asing dan dua warga tempatan.



"Pihak Jabatan Kesihatan negeri telah menerima sebanyak 13 kes notifikasi kes keracunan metanol di Perak antaranya di Daerah Kinta, Kuala Kangsar dan Batang Padang bermula dari 30 April hingga 12 Mei dan lima daripadanya melibatkan kematian.



Terkini, terdapat dua kes masih dirawat di hospital iaitu masing-masing di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dan Hospital Teluk Intan," katanya selepas menjalankan pemeriksaan di sebuah premis menjual minuman beralkohol di Bercham di sini hari ini.



Mengulas lanjut, Sivanesan berkata, setakat ini, pihak Jabatan Kesihatan negeri telah menjalankan pemeriksaan di 198 premis jualan minuman beralkohol seluruh negeri.



"Empat Notis 32(B) telah dikeluarkan berkaitan kesalahan pelabelan di mana nilai kompaun RM3,000 setiap satu, manakala 13 sampel diambil untuk analisis metanol dan ethanol.



Sebanyak 90 produk minuman beralkohol yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bernilai RM876.50 dirampas," katanya. - BERNAMA



IlyTrolak: "Teguk lagi... nak sangat"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Guru Perlu Bersedia Jadi Ejen Perubahan

PULAU PINANG 13 Mei - Kementerian Pendidikan mahu semua guru bersedia memainkan peranan utama sebagai ejen perubahan dalam menempuh cabaran Revolusi Industri 4.0.



Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, selain itu guru-guru hari ini juga amat perlu mempunyai daya kreativiti serta inovasi yang tinggi mengikut perkembangan semasa.



Tambah beliau, dalam era globalisasi yang dipenuhi cabaran, guru juga perlu berani membuat pelbagai perubahan bukan sahaja dari segi amalan di dalam bilik darjah tetapi perubahan minda dan juga sikap.



“Sehubungan itu, guru-guru hendaklah sentiasa bersedia dalam menempuhi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan dalam persekitaran yang kaya dengan teknologi maklumat, para guru mesti memainkan peranan sebagai ejen perubahan.



“Begitu juga daripada pihak pengurusan sekolah yang mana budaya teknologi maklumat perlu diintegrasikan dalam setiap pembelajaran di bilik darjah untuk mempengaruhi minat dan keupayaan pembelajaran sedia ada ke peringkat yang lebih berkualiti tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Festival Guru Malaysia 2019 di Spice Arena di sini hari ini.



Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin dan turut dihadiri Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Aminudin Adam.



Menurut Maszlee, pada masa ini banyak pihak bercakap mengenai Teknologi Mudah Alih Generasi Kelima atau 5G.



“Walaupun teknologi 5G hanya akan dilancar dan digunakan secara komersial di negara ini menjelang 2021 atau 2022, saya amat berharap kita dapat bersedia memanfaatkan teknologi ini dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.



Sementara itu, Maszlee berkata, pihak kementerian juga secara dasarnya bersetuju dan menyambut baik cadangan YGMB mengenai keperluan memperkenalkan skim perlindungan kemalangan berkelompok kepada para guru yang bertugas mengiringi pelajar menghadiri aktiviti luar.



“Saya berharap YGMB dapat mengemukakan cadangan yang baik ini untuk bersama-sama difikirkan mekanismenya,” katanya. - UTUSAN ONLINE



IlyTrolak: "Benarlah bahawa gurulah antara agen perubahan kepada dunia. Dalam semangat perjuangan patriotisme, kumpulan guru merupakan kumpulan penggerak kepada pasukan pejuang tersebut."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.