About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

'Task Force' Bantu Disiplin Pelajar

IPOH - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak akan berkolaborasi dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan jawatankuasa kecil ‘task force’ bagi menangani masalah jenayah dan disiplin pelajar di negeri ini.

Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Perak, Mat Jaafar Mat Zin berkata, task force yang akan dibentuk itu akan mengenal pasti permasalahan pelajar dan mencari kaedah terbaik untuk mengatasinya.

Menurutnya, kewujudan jawatankuasa itu bermatlamat bagi menghasilkan pelajar cemerlang sekali gus menjadi aset negara.

“Polis ada pendekatannya dan kita pun mempunyai cara kita sendiri jadi, kita mahu gabungkan pendekatan ini unuk membentuk suatu sinergi bagi membantu kecemerlangan pelajar.

“Matlamat kita itu bukan untuk menghukum pelajar-pelajar ini tetapi membina semula jati diri mereka. Setiap murid ada kelebihan dengan kecemerlangan yang tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan JPN Perak bersama PDRM 2019 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Perak, Senior Asisten Komisioner Mohamad Laham dan Timbalannya, Asisten Komisioner Ng Kong Soon.

Sementara itu, Mohamad berkata, kadar jenayah melibatkan pelajar menunjukkan penurunan dua kes atau 1.27 peratus iaitu 155 kes pada 2018 berbanding 157 kes pada tahun 2017.

"Kes-kes yang dilaporkan ini lebih kepada kes buli, mendatangkan kecederaan dan sebagainya.

“Penglibatan mereka dalam jenayah serius adalah terpencil namun, tindakan harus diambil agar mereka bebas daripada perbuatan jenayah, dadah dan mat rempit,” katanya.Sinar Harian

IlyTrolak: "Membawa penglibatan pihak PDRM dalam membantu menangani masalah disiplin di sekolah, telah beberapa kali diusulkan. PPS merupakan wakil PDRM dalam sekolah"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Menteri Pendidikan Selesai 18 Masalah - NUTP

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Sebanyak 18 isu berkenaan masalah di bidang pendidikan termasuk beban tugas guru yang dikemukakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah mendapat komitmen penuh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, serta sudah diselesaikan.

Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata keprihatinan dan tindakan proaktif menteri pendidikan itu antaranya berjaya menangani masalah beban tugas guru, pertukaran guru duka lara, isu pentaksiran berasaskan sekolah, kekurangan guru ganti dan isu penggunaan gajet di sekolah.

"Semasa perjumpaan kepimpinan NUTP dengan menteri pada 9 Julai tahun lepas, sebanyak 41 isu dan cadangan penyelesaian masalah pendidikan telah diutarakan untuk perhatian dan tindakan beliau. NUTP amat berpuas hati dengan sikap terbuka menteri pendidikan yang bersungguh-sungguh ingin membantu.

“(ia termasuk) Isu beban tugas guru, isu sekolah daif, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan menggubal Prosedur Operasi Standard keselamatan dan kebajikan guru ketika membawa murid keluar sekolah bagi menghadiri program rasmi kementerian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya daripada keseluruhan isu berbangkit itu, 11 isu termasuk Dasar TVET Negara dan pendidikan khas masih dalam proses rundingan manakala 12 lagi isu termasuk kekurangan guru bahasa Inggeris masih belum diambil tindakan.

Katanya pihak kementerian juga telah menetapkan agar penyelesaian bagi isu-isu itu dibuat secara berfokus dan berperingkat melibatkan pelaksanaan jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan bagi pelaksanaan jangka masa panjang. - BERNAMA

IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Keracunan Metanol Di Perak: Lima Kematian Dicatatkan

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Sebanyak lima kematian akibat keracunan metanol dicatatkan di Perak sehingga Ahad lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A. Sivanesan berkata kesemua mangsa melibatkan tiga lelaki warga asing dan dua warga tempatan.

"Pihak Jabatan Kesihatan negeri telah menerima sebanyak 13 kes notifikasi kes keracunan metanol di Perak antaranya di Daerah Kinta, Kuala Kangsar dan Batang Padang bermula dari 30 April hingga 12 Mei dan lima daripadanya melibatkan kematian.

Terkini, terdapat dua kes masih dirawat di hospital iaitu masing-masing di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dan Hospital Teluk Intan," katanya selepas menjalankan pemeriksaan di sebuah premis menjual minuman beralkohol di Bercham di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sivanesan berkata, setakat ini, pihak Jabatan Kesihatan negeri telah menjalankan pemeriksaan di 198 premis jualan minuman beralkohol seluruh negeri.

"Empat Notis 32(B) telah dikeluarkan berkaitan kesalahan pelabelan di mana nilai kompaun RM3,000 setiap satu, manakala 13 sampel diambil untuk analisis metanol dan ethanol.

Sebanyak 90 produk minuman beralkohol yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bernilai RM876.50 dirampas," katanya. - BERNAMA

IlyTrolak: "Teguk lagi... nak sangat"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Guru Perlu Bersedia Jadi Ejen Perubahan

PULAU PINANG 13 Mei - Kementerian Pendidikan mahu semua guru bersedia memainkan peranan utama sebagai ejen perubahan dalam menempuh cabaran Revolusi Industri 4.0.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, selain itu guru-guru hari ini juga amat perlu mempunyai daya kreativiti serta inovasi yang tinggi mengikut perkembangan semasa.

Tambah beliau, dalam era globalisasi yang dipenuhi cabaran, guru juga perlu berani membuat pelbagai perubahan bukan sahaja dari segi amalan di dalam bilik darjah tetapi perubahan minda dan juga sikap.

“Sehubungan itu, guru-guru hendaklah sentiasa bersedia dalam menempuhi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan dalam persekitaran yang kaya dengan teknologi maklumat, para guru mesti memainkan peranan sebagai ejen perubahan.

“Begitu juga daripada pihak pengurusan sekolah yang mana budaya teknologi maklumat perlu diintegrasikan dalam setiap pembelajaran di bilik darjah untuk mempengaruhi minat dan keupayaan pembelajaran sedia ada ke peringkat yang lebih berkualiti tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Festival Guru Malaysia 2019 di Spice Arena di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin dan turut dihadiri Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Aminudin Adam.

Menurut Maszlee, pada masa ini banyak pihak bercakap mengenai Teknologi Mudah Alih Generasi Kelima atau 5G.

“Walaupun teknologi 5G hanya akan dilancar dan digunakan secara komersial di negara ini menjelang 2021 atau 2022, saya amat berharap kita dapat bersedia memanfaatkan teknologi ini dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, Maszlee berkata, pihak kementerian juga secara dasarnya bersetuju dan menyambut baik cadangan YGMB mengenai keperluan memperkenalkan skim perlindungan kemalangan berkelompok kepada para guru yang bertugas mengiringi pelajar menghadiri aktiviti luar.

“Saya berharap YGMB dapat mengemukakan cadangan yang baik ini untuk bersama-sama difikirkan mekanismenya,” katanya. - UTUSAN ONLINE

IlyTrolak: "Benarlah bahawa gurulah antara agen perubahan kepada dunia. Dalam semangat perjuangan patriotisme, kumpulan guru merupakan kumpulan penggerak kepada pasukan pejuang tersebut."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

CUEPACS Harap Kerajaan Beri Bonus Sebelum Aidilfitri

PASIR MAS - Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan mempertimbangkan supaya pemberian bonus raya kepada penjawat awam dan pesara kali ini diberikan sebelum sambutan Aidilfitri.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan menghantar surat kepada Perdana Menteri serta Menteri Kewangan agar pemberian bantuan khas itu menjadi kenyataan.

Beliau berkata pihaknya memohon agar setiap penjawat awam diberikan bonus RM1,000, manakala bagi pesara RM500, dan menurutnya bantuan khas itu dijangka membabitkan jumlah lebih RM1bilion.

"Sebelum ini hanya mereka yang Gred 41 ke bawah sahaja yang layak dan kali ini kita tidak mahu ada sekatan, semua Gred 54 ke bawah (seharusnya) layak menerimanya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Imigresen Kelantan dan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Seluruh Malaysia (KPISM) di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah presiden KPISM, Mohd Fauzi Jamaluddin serta Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Azhar Abd Hamid.

Dalam perkembangan lain Azih berkata, berdasarkan aduan yang diterima, beliau mendapati fasiliti di pintu masuk utama negara di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) di Rantau Panjang sudah agak ketinggalan dan perlu pembaharuan.

"Di sini (ICQS) ada 13 agensi dengan jumlah keanggotaan adalah 213 orang dan kita dapati dengan keadaan sekarang di mana jumlah trafik yang keluar masuk semakin banyak memberikan ketidakselesaan kepada anggota yang bertugas di sini.

"Dahulunya keadaan begini mungkin sesuai, namun dengan peredaran masa kita rasakan ia perlu penambahbaikan agar anggota yang bertugas di situ lebih selesa. Di sini kita mahu supaya kerajaan melihat semula soal kebajikan dan keperluan anggota supaya dapat menjalankan tugasan dengan lebih kondusif," katanya.

Jelasnya, kerajaan perlu melihat anggota yang bertugas ini sebagai "orang penting" kepada negara kerana anggota beruniform bukan sahaja menjaga keselamatan kita tetapi bertanggungjawab memberi keselesaan kepada rakyat. - HARIAN SINAR

IlyTrolak: "Lama dah tidak mengharap bonus... Sebab janji tinggal janji"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Kaji Semula Perjanjian Tanam, Galak Peneroka Felda Berdikari - Mazlan Aliman

PETALING JAYA – Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) digesa mengkaji semula perjanjian tanaman semula ladang kelapa sawit dalam usaha menjadikan masyarakat peneroka berdikari dan mengurangkan kebergantungan sara hidup kepada kerajaan.

Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Datuk Mazlan Aliman berkata, langkah itu perlu diberi pertimbangan oleh kerajaan sebagai salah satu cara untuk memajukan tanah rancangan Felda yang kini dibelenggu dengan ketidaktentuan harga sawit di pasaran.

“Amalan sekarang bila saja pokok (sawit) ditebang, mereka sudah sesuai dengan perjanjian tanam semula itu sendiri bahawa mereka akan dapat antara RM1,000 hingga RM1,500 sara hidup dan pendahuluan hasil.

“Felda terpaksa memperuntukkan kos yang begitu besar. Saya yakin dengan kaedah atau model baharu ini tentulah mengambil kira, satu kajian semula terhadap perjanjian tanam semula, akan dilihat semula,

“Selagi perjanjian itu tidak dikaji semula, maka dia jadi statut quo, benda yang sudah ada, maka tanggungjawab Felda, sampai masanya dia kena bagi duit sara hidup, itu tak boleh dielak, kena lihat perjanjian itu,” katanya pada sidang media di Kota Damansara, di sini, hari ini.

Mazlan juga berkata, sekiranya perjanjian itu dirombak, kerajaan perlu mencari kaedah yang lebih sesuai bagi sesetengah peneroka yang memajakkan tanah pertanian mereka kepada pihak ketiga.

“Kalau perjanjian tanam semula dimansuhkan dan diperkenalkan dengan perjanjian baharu ia mesti mempunyai berkaitan dengan isu pajakan atau sewaan tanah.

“Kalau kita kekal dengan statut quo, maka kerajaan terpaksa ambil tanggungjawab ini, kalau tanah itu disewakan atau dipajakkan, saya berpendapat pembangunan semula Felda dalam konteks berdikari itu harus menjadi tumpuan utama yang dimasukkan dalam model baharu,” katanya.

Katanya lagi, sekiranya perjanjian tanam semula itu disemak balik sekalipun, ia tidak bermakna kerajaan lepas tangan terhadap peneroka yang hilang pendapatan sementara.

“Itu bukan bermakna kerajaan akan melepaskan tanggungjawabnya, mekanisme baru kalau kita buat macam pekebun kecil, maka kerajaan berikan dalam bentuk subsidi, input pertanian atau infra jalan pertanian,

“Walaupun kerajaan melepas sebahagian tanggungjawab mereka, tapi kerajaan boleh beri dalam bentuk subsidi dan input pertanian dan itu akan jadi konsep yang menarik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IlyTrolak: "Rentetan ramai yang mencari beliau, kini beliau kembali besuara"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Senarai Exco Baharu Perak Diumum Dalam Masa Terdekat: MB

IPOH – Senarai barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak dijangka diumum dalam masa terdekat, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata senarai nama barisan Exco yang dicadangkan perlu mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah terlebih dahulu.

“Sebelum itu saya perlu berbincang dengan semua pucuk pimpinan parti kompenan Pakatan Harapan dan mendapatkan perkenan Sultan Perak.

“Selepas dapat tarikh dari istana, kita akan adakan majlis angkat sumpah secepat mungkin,” katanya kepada pemberita pada program penyediaan bubur lambuk peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2019 di Dataran MBI di sini hari ini.

Seramai 2,000 kakitangan MBI terlibat dalam program itu dan 1,000 bungkus bubur lambuk yang disediakan akan diagihkan kepada orang awam manakala 2,000 lagi untuk kakitangan MBI.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang berkata, pelabur swasta telah membentangkan perancangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini pada mesyuarat Exco kerajaan negeri, baru-baru ini.

“Perkara itu akan dibawa untuk perbincangan lanjut bersama dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri Perak mengalu-alukan kerjasama daripada pihak swasta untuk pembangunan atau menaik taraf lapangan terbang terbabit. – BERNAMA

IlyTrolak: "Mesti ada yang terasa bahang-bahang kerusi yang akan ditinggalkan atau kerusi baru"