PUTRAJAYA: Seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.JPA dalam satu kenyataan hari ini berkata, Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Kedah, dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences, di Pegula Ice Arena pada 3 Mei.
“Beliau merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh purata nilai gred kumulatiff (PNGK) 4.0,” katanya.
JPA berkata wakil Pennsylvania State University memuji Muhamad Saiful Hakimi atas pencapaian akademiknya, serta kemahiran kepimpinan yang tinggi.

Muhamad Saiful Hakimi kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance di Pennsylvania State University. - BERNAMA
IlyTrolak: "Semoga semakin ramai lagi pelajar Malaysia menempa nama di peringkat sebegini"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





KUALA LUMPUR 8 Mei - Keputusan kerajaan membenarkan penggunaan cermin gelap sepenuhnya pada bahagian cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta belakang kenderaan mampu mengurangkan kadar jenayah pecah kereta.
How Are 5G, Blockchain, And IoT Linked Together?
Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik hari ini membentangkan sembilan teras utama pencapaian setahun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak memegang portfolio itu pada Mei 2018.


PUTRAJAYA 7 Mei - Kementerian Pengangkutan membenarkan penggunaan cermin gelap sepenuhnya pada bahagian cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta belakang kenderaan persendirian berkuat kuasa esok.
KUALA LUMPUR 6 Mei - Demi mencapai sasaran sebagai Negara Membaca menjelang tahun 2030, Kementerian Pendidikan menyasarkan lebih banyak kawasan awam dapat dijadikan tempat membaca.
JOHOR BAHRU 5 Mei - Dewan Muda Johor (DMJ) menghargai usaha kerajaan dalam isu Felda dan mengambil ketetapan bersetuju dengan semangat Kertas Putih Felda, namun pada masa sama mereka melihat ia seperti satu ‘senjata’ politik untuk menyalahkan kerajaan terdahulu.





