PUTRAJAYA 7 Mei - Kementerian Pengangkutan membenarkan penggunaan cermin gelap sepenuhnya pada bahagian cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta belakang kenderaan persendirian berkuat kuasa esok.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, walau bagaimanapun kadar peratusan cermin gelap pada bahagian cermin depan kenderaan serta cermin sisi kanan dan kiri pemandu kekal seperti sedia ada.
Katanya, ia merupakan pindaan ke atas peraturan cermin gelap di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 yang turut meliputi perkhidmatan e-hailing seperti Grab.
“Sehubungan itu, mereka yang ingin menggunakan cermin lebih gelap untuk kanan dan kiri pemandu serta depan kenderaan perlu memohon kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Setiap permohonan yang dikemukakan perlu atas dua faktor seperti keselamatan dan kesihatan dengan kelulusan diambil kira melalui dua sebab berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Di bawah peraturan sedia ada menetapkan penggunaan cermin gelap depan 70 peratus, cermin sisi pemandu (50 peratus) dan cermin sisi belakang dan cermin sisi belakang penumpang (30 peratus).
Pada masa sama, Anthony berkata, kerajaan memutuskan agar bayaran fil RM5,000 akan dikenakan kepada setiap kelulusan yang ingin menggunakan cermin lebih gelap.
Katanya, setiap kelulusan yang diberikan adalah untuk tempoh dua tahun dengan pemandu hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat.
Katanya, namun mereka terlebih dahulu perlu membayar RM50 untuk setiap permohonan.
“Kelulusan akan diputuskan oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPJ yang mengambil kira saman tertunggak dan latar belakang pemandu.
“Permohonan berdasarkan faktor kesihatan seperti penyakit kulit akan dikecualikan daripada sebarang fil dan mereka perlu dahulu mendapat pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan,” katanya.
Menurut Anthony, pindaan peraturan yang dibuat itu menepati piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali gus akan membolehkan orang ramai menggunakan cermin lebih gelap daripada peraturan semasa khususnya kepada penumpang.
Katanya, penggunaan cermin lebih gelap di bahagian kiri dan kanan serta depan pemandu akan menyukarkan pemandangan ketika pemanduan sekali gus mendatangkan risiko ketika hujan dan waktu malam. - UTUSAN ONLINE
IlyTrolak: "Banyak juga syarat yang dikenakan..."

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





KUALA LUMPUR 6 Mei - Demi mencapai sasaran sebagai Negara Membaca menjelang tahun 2030, Kementerian Pendidikan menyasarkan lebih banyak kawasan awam dapat dijadikan tempat membaca.
JOHOR BAHRU 5 Mei - Dewan Muda Johor (DMJ) menghargai usaha kerajaan dalam isu Felda dan mengambil ketetapan bersetuju dengan semangat Kertas Putih Felda, namun pada masa sama mereka melihat ia seperti satu ‘senjata’ politik untuk menyalahkan kerajaan terdahulu.
IPOH: Perak memperkenalkan tiga pilihan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2019 iaitu RM7, RM14 dan RM21.
PUTRAJAYA 2 Mei- Kertas bahasa Inggeris peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dijajarkan dengan Common European Framework of References for Languages (CEFR) akan bermula pada tahun ini.
KUALA LUMPUR 1 Mei - Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi ini.
IPOH: Ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datin Zaliha Nordin telah meninggal dunia pada jam 7.25 malam tadi.





