About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sambut Kempen #MalaysiaMembaca, Pos Malaysia Buka Sudut Bacaan

KUALA LUMPUR 6 Mei - Demi mencapai sasaran sebagai Negara Membaca menjelang tahun 2030, Kementerian Pendidikan menyasarkan lebih banyak kawasan awam dapat dijadikan tempat membaca.

Ini supaya akses terhadap buku dapat dipertingkatkan sekali gus menggalakkan rakyat Malaysia lebih banyak membaca, sesuai dengan kempen #MalaysiaMembaca dan Dekad Membaca Kebangsaan yang bermula tahun hadapan.

Sehubungan itu, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) bekerjasama untuk mewujudkan sudut membaca di pejabat-pejabat pos di seluruh Malaysia untuk menjayakan matlamat tersebut.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengisi ruang masa yang ada dengan membaca.

“Sebelum ini, tidak ada sesiapa pun terfikir pejabat pos boleh menjadi alternatif kepada peepustakaan dan kedai buku untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti.

“Bunyinya agak ironi, namun mungkin tidak mustahil sekiranya pejabat pos menjadi tempat anak-anak kita mengisi masa dengan membaca buku sementara ibu bapa berurusan di kaunter,” katanya dalam ucapan dalam Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik ITBM-Pos Malaysia sempena #MalaysiaMembaca di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Pos Malaysia, Datuk Yasmin Mahmood; Pengerusi Lembaga Pengarah ITBM, Mazmi Kamal; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md. Najib Syed Md. Noor dan Pengurus Besar ITBM, Sakri Abdullah.

Dalam pada itu, Maszlee turut berharap usaha ini akan diikuti oleh lebih banyak syarikat swasta supaya kempen membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dapat terus disemarakkan.

Kata beliau, setakat ini syarikat seperti Petronas dan QSR Brands (M) Holdings Berhad yang memiliki restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut telah menyatakan persetujuan mereka secara lisan. - UTUSAN ONLINE

IlyTrolak: "Membudayakan masyarakat membaca masa kini, bukan melihat dengan buku atau kuantiti buku yang diusung."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Kertas Putih Tidak Selesai Isu Utama FELDA - DMJ

JOHOR BAHRU 5 Mei - Dewan Muda Johor (DMJ) menghargai usaha kerajaan dalam isu Felda dan mengambil ketetapan bersetuju dengan semangat Kertas Putih Felda, namun pada masa sama mereka melihat ia seperti satu ‘senjata’ politik untuk menyalahkan kerajaan terdahulu.

Menurut DMJ, ia dapat dilihat apabila kertas itu tidak memaklumkan terdapatnya usaha yang dilakukan kerajaan sebelum ini terutama selepas pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda bermula pada Februari 2017.

Sebagai contoh, kata DMJ, dalam isu urus tadbir, Tan Sri Shahrir telah melakukan pengasingan kuasa dengan melantik tokoh korporat bagi menerajui FGV, FIC dan Yayasan Felda, namun ia tidak disebut seolah-olah pengasingan kuasa adalah satu isu baharu yang tidak pernah dilakukan kerajaan sebelum ini.

“DMJ tidak berniat untuk mempertahankan kerajaan terdahulu, jauh sekali untuk menyatakan tidak ada isu salah urustadbir dan sebagainya.

“Namun, jika Kerajaan percaya bahawa terdapat isu salah laku dan salah urustadbir di dalam Felda, maka DMJ mengalu-alukan siasatan dan pendakwaan terhadap pihak bertanggungjawab dengan kadar yang segera,” menurut DMJ dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perkara itu dicapai DMJ menerusi satu sidang khas membincangkan Kertas Putih Felda menerusi usul berbunyi “Bahawa persidangan ini mengambil ketetapan bersetuju dengan semangat Kertas Putih Felda” yang dibahaskan 10 pembahas hampir tiga jam di sini semalam.

Dengan itu, DMJ berpendapat kandungan Kertas Putih Felda dibentangkan kerajaan tidak lengkap dan menyeluruh sekali gus ia tidak menjawab kepada permasalahan utama iaitu menangani kos sara hidup peneroka Felda serta penurunan harga kelapa sawit.

DMJ berkata, isu utama Felda adalah hasil dan hutang peneroka yang mana dua isu utama itu tidak ditangani dengan baik melalui pembentangan kertas putih tersebut, malah kerajaan juga tidak menyatakan mekanisme untuk meningkatkan kembali hasil dan pendapatan peneroka.

“Maklum balas yang diterima adalah pendapatan bersih majoriti peneroka Felda ialah pada sekitar RM600 sebelum ditolak perbelanjaan harian, tekanan dan bebanan itu tidak disentuh dengan baik di dalam Kertas Putih Felda itu,” kata kenyataan itu lagi.

DMJ turut mempersoalkan mengapa di dalam Kertas Putih Felda tidak dimaklumkan mengenai sama ada Model Felda 2.0 seperti diguna pakai di Felda Lurah Bilut akan diteruskan atau dihentikan di bawah kerajaan baharu kerana ia merupakan salah satu teknik modenisasi di dalam rancangan Felda.

Justeru, DMJ mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat Felda dan satu Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen bagi memperhalusi dan menambahbaik Kertas Putih Felda yang dilihat terlalu banyak kelompongan dan tidak menyelesaikan isu pokok Felda. - UTUSAN ONLINE.

IlyTrolak: "Melihat kepada pemulihan untuk meningkatkan taraf hidup warga FELDA"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Perak Perkenal Tiga Kadar Zakat Fitrah

IPOH: Perak memperkenalkan tiga pilihan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2019 iaitu RM7, RM14 dan RM21.

Ketetapan itu dibuat selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memperakui pandangan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak ke-216 pada 16 Januari lalu.

Namun kadar minimum yang perlu dibayar setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah sebanyak RM7.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Mohd Haidi Sulaiman berkata, pembayar zakat fitrah digalakkan membayar melebihi kadar tersebut mengikut beras yang dimakan atas dasar 'tatawwu'.

Menurutnya, kadar bayaran RM14 bagi pembayar yang menggunakan beras wangi, beras putih import, beras perang, beras pulut, herba poni dan seumpamanya,.

"Manakala RM21 bagi pembayar menggunakan beras basmathi, beras Jepun, beras merah dan seumpamanya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Haidi berkata, MAIPk telah melantik seramai 1,897 amil di seluruh Perak bagi memudahkan orang ramai membayar zakat.

Katanya, amil-amil tersebut akan bertugas di semua masjid dan surau di negeri ini.

Selain itu, ujarnya, kaunter sementara dan kaunter bergerak juga akan dibuka di beberapa tempat tumpuan orang ramai sepanjang Ramadan. - ASTRO AWANI

IlyTrolak: "Negeri pertama dengan kaedah sebegini"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

CEFR: Penjajaran untuk PT3 pada tahun ini

PUTRAJAYA 2 Mei- Kertas bahasa Inggeris peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dijajarkan dengan Common European Framework of References for Languages (CEFR) akan bermula pada tahun ini.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, penjajaran CEFR bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula akan bermula pada 2021 manakala, untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijajarkan pada 2022.

Beliau berkata, dengan penjajaran penilaian peperiksaan kertas bahasa Inggeris untuk UPSR, PT3 dan SPM kepada CEFR, murid dan pelajar yang terlibat dapat mengetahui sejauh mana tahap penguasaan CEFR bahasa Inggeris masing-masing.

“CEFR diperkenalkan untuk memastikan tahap bahasa Inggeris kita selaras dengan standard antarabangsa. CEFR berasal dari Eropah merupakan kerangka yang digunakan secara global untuk pelbagai bahasa seperti Arab, Jepun dan Perancis.

“Usaha ini merupakan inisiatif dan tranformasi untuk menaik taraf sistem pendidikan bahasa Inggeris di dalam melahirkan murid dan pelajar serta guru yang lebih berjaya,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, Maszlee menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan kepada tujuh panel pakar Majlis Penarafan Standard dan Kualiti Bahasa Inggeris (MPSKBI) bagi sesi 2018-2020 di kementeriannya di sini.

Menurut Maszlee, ketika ini, murid prasekolah, tahun satu hingga tiga dan tingkatan satu hingga tiga sedang mengikuti kurikulum yang dijajarkan kepada CEFR dan akan diikuti dengan peringkat pendidikan yang lain.

“Kementerian juga sedang membangunkan kapasiti kepakaran untuk menjana pengetahuan dan kemahiran supaya kita boleh menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran berkualiti yang dijajarkan kepada CEFR,” katanya.

Sementara itu katanya, sasaran penguasaan bahasa Inggeris untuk semua murid tahun enam pada 2025 ialah di tahap CEFR A2 manakala, untuk semua pelajar tingkatan lima yang menduduki SPM pula disasarkan berada di tahap CEFR B1 pada 2025.

Dalam pada itu, Maszlee yakin matlamat untuk mereformasikan sistem pendidikan bahasa Inggeris di Malaysia akan tercapai dengan pelantikan Panel Pakar MPSKBI bagi sesi 2018-2020 yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing.- UTUSAN ONLINE

IlyTrolak: "The Common European Framework of Reference for Languages: Learning, Teaching, Assessment, abbreviated in English as CEFR or CEF or CEFRL, is a guideline used to describe achievements of learners of foreign languages across Europe and, increasingly, in other countries"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Dato Seri Ustaz Abu Hassan Din Telah Tiada

KUALA LUMPUR 1 Mei - Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook oleh pemilik akaun Nabil Ahmad.

"Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah," tulisnya.

Terdahulu, Nabil memaklumkan dalam laman sosial itu, Allahyarham telah dikejarkan ke hospital pagi ini selepas rebah dan tidak sedarkan diri setelah solat subuh.

Berita lanjut akan menyusul. - UTUSAN ONLINE

إنَّا لِلَّهِ وَإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُونَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

اَللَّهـُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهُ رَوْضَةً مِن رِيَاضِ الْجَنَّةِ , وَلَا تَجْعَلْهُ حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النَّارِ

[VIDEO] Ustaz Abu Hassan Din terjatuh sewaktu mahu solat Subu

KUALA LUMPUR 1 Mei - Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, 72, meninggal dunia pada kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Menurut anak Allahyarham, Mohamad Yusri Abu Hassan, bekas Penasihat Agama Istana Negara itu terjatuh semasa mahu memakai seluar untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi.

“Lepas jatuh (Allahyarham) terus tidak sedarkan diri. Kemudian kami panggil ambulans dan ketika ambulans sampai dah cuba buat bantuan kecemasan (CPR) sampai ke hospital.

“Tempoh CPR selama sejam (tetapi) tiada apa-apa kesan. Kemudian doktor berhenti (CPR) dan hampir pukul 7.30 pagi, doktor isytihar dia meninggal dunia,” katanya.

Menurut Mohamad Yusri, dia kini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk urusan membawa pulang jenazah.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Batu Muda dan setelah itu akan dibawa ke Masjid Saidina Hamzah di kampung yang sama untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan.

“Seterusnya jenazah dibawa untuk dikebumikan di kawasan perkuburan berhampiran.

“Insya-Allah secepat mungkin, kalau sempat sebelum Zohor (dikebumikan),” katanya.

Abu Hassan merupakan adik kepada dua pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din dan Allahyarham Ishak Din. Kedua-dua abangnya kembali ke rahmatullah pada 2016.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma di Arau, Perlis sebelum ke Sekolah Menengah Agama Arab Alawiyah lalu melanjutkan pelajaran di Mesir.

Selain pernah menjadi Penasihat Agama Istana Negara, Allahyarham turut berpengalaman berkhidmat di Masjid Negara dengan jawatan tertingginya sebagai Imam Besar. - UTUSAN ONLINE

IlyTrolak: "Hilangnya seorang permata Islam"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Ibu MB Perak Meninggal Dunia

IPOH: Ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datin Zaliha Nordin telah meninggal dunia pada jam 7.25 malam tadi.

Menerusi satu kenyataan oleh pejabat Menteri Besar, Zaliha, 79, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Kampung Sungai Rokam, dekat sini.

Katanya, jenazah akan dibawa ke Kediaman Rasmi Menteri Besar di Jalan Raja Dihilir, di sini.

“Tempoh waktu untuk menziarah dan memberi penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Datin Zaliha Nordin telah ditetapkan di antara jam 9 pagi hingga 10 pagi, pada 29 April 2019 di Kediaman Rasmi Menteri Besar.

“Jenazah Allahyarhamah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Al-Khairiah di Kampung Kepayang, Fair Park pada pukul 10.15 pagi untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Khairiah yang terletak berhampiran masjid tersebut,” katanya - Perak Today

IlyTrolak: "Takziah kepada MB Perak dan keluarga"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pelajar Dirotan 22 kali Dengan Batang Penyedok Sampah

LAHAD DATU - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dirotan 22 kali oleh guru kelasnya dengan menggunakan sebatang plastik penyedok sampah di dalam kelasnya hingga punggungnya lebam, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner, Nasri Mansor berkata, pelajar berusia 13 tahun itu tampil membuat laporan polis pada jam 9.56 pagi semalam terhadap seorang guru lelaki berusia 38 tahun berhubung kejadian terbabit.

"Dalam kejadian 11.30 pagi pada Rabu itu, mangsa dipercayai dirotan sebanyak 22 kali di hadapan pelajar lain selepas didapati tidak hadir ke sekolah pada Isnin lalu tanpa kebenaran dan makluman guru kelas terbabit.

"Siasatan awal mangsa mengakui tidak hadir kerana mengikuti bapanya ke Tawau bagi menyaksikan kejohanan taekwondo dan tidak membuat sebarang pemakluman kepada pihak sekolah berhubung perkara itu," katanya, dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

sekadar hiasan

Katanya, mangsa, yang mendapatkan rawatan awal selepas kejadian, mengalami kecederaan lebam di bahagian punggung dan kecederaan tisu lembut.

Nasri, dalam pada itu berkata, guru berkenaan mengenakan denda terhadap mangsa menggunakan batang penyedok sampah kerana terlupa membawa rotan.

Sementara itu, katanya, guru berkenaan belum ditahan kerana siasatan masih berjalan dan selepas kertas siasatan disiapkan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.- Sinar Harian

IlyTrolak: "Dirotan atau dipukul dengan penyodok sampah??? Dah nak=ik hantu kot cikgu ni... Mesti berat kes ni..."