LAHAD DATU - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dirotan 22 kali oleh guru kelasnya dengan menggunakan sebatang plastik penyedok sampah di dalam kelasnya hingga punggungnya lebam, Rabu lalu.Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner, Nasri Mansor berkata, pelajar berusia 13 tahun itu tampil membuat laporan polis pada jam 9.56 pagi semalam terhadap seorang guru lelaki berusia 38 tahun berhubung kejadian terbabit.
"Dalam kejadian 11.30 pagi pada Rabu itu, mangsa dipercayai dirotan sebanyak 22 kali di hadapan pelajar lain selepas didapati tidak hadir ke sekolah pada Isnin lalu tanpa kebenaran dan makluman guru kelas terbabit.
"Siasatan awal mangsa mengakui tidak hadir kerana mengikuti bapanya ke Tawau bagi menyaksikan kejohanan taekwondo dan tidak membuat sebarang pemakluman kepada pihak sekolah berhubung perkara itu," katanya, dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

sekadar hiasan
Katanya, mangsa, yang mendapatkan rawatan awal selepas kejadian, mengalami kecederaan lebam di bahagian punggung dan kecederaan tisu lembut.
Nasri, dalam pada itu berkata, guru berkenaan mengenakan denda terhadap mangsa menggunakan batang penyedok sampah kerana terlupa membawa rotan.
Sementara itu, katanya, guru berkenaan belum ditahan kerana siasatan masih berjalan dan selepas kertas siasatan disiapkan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.- Sinar Harian






KUALA LUMPUR 27 April - Minyak sawit Malaysia masih mempunyai banyak potensi untuk cemerlang berbanding pesaingnya seperti minyak kacang soya, sesawi, zaitun dan bunga matahari, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.
KUALA LUMPUR 26 April – BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan portfolionya yang terdiri daripada motosikal premium dan serba dinamik terbaharu daripada segmen motosikal pengembaraan, penjelajahan dan skuter urban.


SEREMBAN 26 April - Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi meneroka potensi dalam pembangunan makanan haiwan berasaskan hampas isirung kelapa sawit (PKC).
BANGI, 17 Syaaban 1440H, Selasa – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyambut baik cadangan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Amin Senin untuk menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru, supaya tidak membebankan serta menganggu tugas hakiki sebagai pendidik.
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menasihatkan seramai 10,500 guru besar dan pengetua di negara ini menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru agar tidak membebankan dan mengganggu tugas hakiki guru.
- Enjin Boxer 1800cc motosikal cruiser BMW akan tiba pada tahun 2020.









