KUALA LUMPUR 26 April – BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan portfolionya yang terdiri daripada motosikal premium dan serba dinamik terbaharu daripada segmen motosikal pengembaraan, penjelajahan dan skuter urban.Model-model motosikal yang diperkenalkan hari ini ialah skuter urban BMW C 400 X dan BMW C 400 GT daripada segmen Mobiliti Urban serta jentera ‘enduro’ serba boleh, BMW F 750 GS terbaharu dan jentera penjelajah dinamik, BMW R 1250 RT yang terbaharu.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, pihaknya telah menunjukkan kepakaran dalam aspek kebolehpercayaan, inovasi alaf baharu, kejuruteraan yang cemerlang, reka bentuk penular trend serta kaedah pembuatan yang bertanggungjawab dengan portfolio motosikal premium kami daripada BMW Motorrad.
``Kesemuanya ini telah memperkukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam segmen motosikal premium di peringkat global juga Malaysia,” katanya sempena pelancaran motosikal terbaharu BMW C 400 X, BMW C 400 GT, BMW F 750 GS dan BMW R 1250 RT di sini hari ini.
Tambah Hoelzl lagi, BMW Motorrad telah mencatat pencapaian yang mantap saban tahun, lebih daripada seribu motosikal berjaya diserahkan kepada pemilik baharu pada tahun 2018, melakar pertumbuhan sebanyak 7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu Ketua Unit BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley berkata, sejak lebih dari 35 tahun, model GS dan RT telah melambangkan kenikmatan tunggangan serba premium bagi sesi jelajah yang panjang, mahupun perjalanan santai yang pendek, ditujah dengan adrenalin berkuasa tinggi.
``Rangkaian jentera Mobiliti Urban daripada BMW secara alternatifnya dibangunkan sebagai solusi berorientasikan masa hadapan yang sempurna untuk persekitaran metropolitan. Dengan pengenalan empat model baharu tersebut, peluasan portfolio kami tidak mengecualikan sesiapapun kerana ia melengkapi keperluan gaya hidup individu yang mendahagakan pengembaraan dan kemodenan,’’ katanya.
Membuat penampilan sulungnya di Malaysia, BMW F 750 GS dan BMW R 1250 RT terbaharu didatangkan dengan enjin canggih yang disempurnakan untuk mencapai tahap kuasa dan kilas yang lebih tinggi demi pengalaman tunggangan yang luar biasa.

Begitu juga dengan BMW C 400 X dan BMW C 400 GT yang dilengkapi dengan enjin versi baharu untuk tahap mobiliti yang lebih pantas bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan bandar.
Harga atas jalan tanpa insurans untuk BMW C 400 X baharu ialah RM44,500 sebuah, BMW C 400 GT (48,500), BMW F 750 GS (RM71,500) dan BMW R 1250 RT (RM139,500). - UTUSAN ONLINE






SEREMBAN 26 April - Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi meneroka potensi dalam pembangunan makanan haiwan berasaskan hampas isirung kelapa sawit (PKC).
BANGI, 17 Syaaban 1440H, Selasa – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyambut baik cadangan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Amin Senin untuk menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru, supaya tidak membebankan serta menganggu tugas hakiki sebagai pendidik.
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menasihatkan seramai 10,500 guru besar dan pengetua di negara ini menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru agar tidak membebankan dan mengganggu tugas hakiki guru.
- Enjin Boxer 1800cc motosikal cruiser BMW akan tiba pada tahun 2020.




[ANJAKAN 4 PPPM 2013-2025] Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid.

KUALA LUMPUR 19 April - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi melaksanakan ‘cash crop’ (tanaman jangka pendek) dalam usaha memulihkan kewangan Felda.




