SEREMBAN 26 April - Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi meneroka potensi dalam pembangunan makanan haiwan berasaskan hampas isirung kelapa sawit (PKC).Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, kerjasama itu adalah sebahagian daripada perancangan strategik untuk menembusi dan memperluaskan produk sisa kepada pendapatan.

“FGV adalah pengeluar terbesar PKC dengan menghasilkan 380,000 tan metrik setahun dengan 97 peratus untuk dieksport. PKC digunakan sebagai bahan asas untuk makanan ruminan seperti lembu dan kambing.
“Dengan kerjasama ini kami harap dapat menawarkan makanan haiwan premium pada harga kompetitif dan membantu penternak mengurangkan kos makanan haiwan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas penyerahan dokumen memorandum persefahaman (MoU) dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Veterinar Sedunia dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dataran Nilai di sini hari ini.
Haris Fadzilah hadir bagi mewakili FGV manakala JPV diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir.
Menurut Haris Fadzilah, JPV akan membantu strategi makanan haiwan FGV dalam pasaran tempatan dan antarabangsa, panduan program ruminan berkesan, membangunkan model perniagaan penternakan lembu dan nasihat mengenai geran, subsidi dan insentif kerajaan.
“Tujuan meneroka perniagaan berkaitan lembu ini adalah untuk mewujudkan cabang perniagaan baharu kerana kita bergantung terlalu lama kepada satu jenis perniagaan,” ujarnya.
Katanya, Malaysia mengimport 4 juta tan metrik makanan haiwan pada tahun 2017 dengan nilai RM7 juta dan produk PKC FGV berpotensi membangunkan kebergantungan industri pertanian kepada sumber luar. - UTUSAN ONLINE






BANGI, 17 Syaaban 1440H, Selasa – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyambut baik cadangan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Amin Senin untuk menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru, supaya tidak membebankan serta menganggu tugas hakiki sebagai pendidik.
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menasihatkan seramai 10,500 guru besar dan pengetua di negara ini menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru agar tidak membebankan dan mengganggu tugas hakiki guru.
- Enjin Boxer 1800cc motosikal cruiser BMW akan tiba pada tahun 2020.




[ANJAKAN 4 PPPM 2013-2025] Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid.

KUALA LUMPUR 19 April - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi melaksanakan ‘cash crop’ (tanaman jangka pendek) dalam usaha memulihkan kewangan Felda.
[ANJAKAN 1 PPPM 2013-2025] Murid perlu mempunyai kemahiran asas seperti mengira dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif agar dapat bersaing di peringkat global.








