BANGI, 17 Syaaban 1440H, Selasa – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyambut baik cadangan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Amin Senin untuk menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru, supaya tidak membebankan serta menganggu tugas hakiki sebagai pendidik.Presidennya, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, tumpuan dan masa guru seharusnya diberi keutamaan kepada proses kemenjadian murid melalui sesi bersama pelajar dan ibu bapa.
Beliau berkata, langkah itu juga secara tidak langsung memenuhi aspirasi falsafah pendidikan negara, sekali gus memastikan guru fokus dengan tugas hakikinya iaitu mengajar dan mendidik.
“iGuru berharap pihak pentadbir membuat kesesuaian tugas dengan mengambil kira kesesuaian sekolah masing-masing, tanpa mengorbankan aspek pembangunan duniawi.
“Langkah ini diharap dapat mengembalikan semula guru sebagai superhero dan tidak terbeban dengan hal-hal kerani yang membantutkan tugas utama mereka sebagai seorang guru iaitu mengajar dan mendidik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Amin menasihatkan seramai 10,500 guru besar dan pengetua di negara ini, untuk menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru supaya tidak membebankan tugas hakiki mereka.
Beliau dilaporkan berkata, daripada kajian yang dilakukan, 25 peratus beban tugas guru dikaitkan dengan cara agihan tugas pengetua dan guru besar.
“Guru tidak harus dibebankan dengan kerja pentadbiran yang di luar daripada tugas hakiki, misalnya pembentukan jawatankuasa yang banyak membabitkan guru harus dilihat dan diselaraskan semula,” katanya. - ISMAweb






PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menasihatkan seramai 10,500 guru besar dan pengetua di negara ini menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru agar tidak membebankan dan mengganggu tugas hakiki guru.
- Enjin Boxer 1800cc motosikal cruiser BMW akan tiba pada tahun 2020.




[ANJAKAN 4 PPPM 2013-2025] Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid.

KUALA LUMPUR 19 April - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi melaksanakan ‘cash crop’ (tanaman jangka pendek) dalam usaha memulihkan kewangan Felda.
[ANJAKAN 1 PPPM 2013-2025] Murid perlu mempunyai kemahiran asas seperti mengira dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif agar dapat bersaing di peringkat global.








