KUALA LUMPUR 19 April - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi melaksanakan ‘cash crop’ (tanaman jangka pendek) dalam usaha memulihkan kewangan Felda.Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, projek bernilai RM 1 bilion itu akan bermula dalam masa terdekat dengan melibatkan beberapa jenis tanaman buah-buah serta sayur-sayuran.
“Saya telah berbincang dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimana langkah seterusnya bagi memulihkan kembali Felda dengan mengemukakan konsep ‘cash crop’ bernilai hampir RM 1 bilion.
“Mungkin tahun ini suku daripada jumlah itu (RM250 juta) akan dilaksanakan. Jadi sememangnya kementerian kita saling berkerjasama bagi membantu Felda dan ini satu cabaran besar untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Hari Bertemu Pelanggan MOA Peringkat Lembang Klang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
IlyTrolak: "Termampukah tangan-tangan yang berurat tua itu untuk kembali membanting tulang mengusahakan apa yang disarankan"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





[ANJAKAN 1 PPPM 2013-2025] Murid perlu mempunyai kemahiran asas seperti mengira dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif agar dapat bersaing di peringkat global.



UCAPAN YB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI MENTERI HAL EHWAL EKONOMI SEMASA MEMBENTANGKAN USUL KERTAS PUTIH “KE ARAH KELESTARIAN LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)”
KUALA LUMPUR 10 April - Prestasi kewangan Felda merosot sehingga mencatatkan kerugian sebanyak RM4.9 bilion pada tahun 2017, selepas penyenaraian FGV Holdings Berhad (FGV).
KUALA LUMPUR 10 April - Kerajaan bersetuju untuk menghapuskan kadar faedah di atas pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil yang dibebankan kepada peneroka.




