About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Pembentangan Kertas Putih FELDA

UCAPAN YB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI MENTERI HAL EHWAL EKONOMI SEMASA MEMBENTANGKAN USUL KERTAS PUTIH “KE ARAH KELESTARIAN LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)”



Tuan Yang di-Pertua,



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan sukacitanya saya berdiri di hadapan Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu usul seperti berikut,



“Bahawa Dewan ini,



menyedari akan perlunya diberi penjelasan mengenai isu yang dihadapi oleh FELDA serta pelan pemulihan bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan memastikan kebajikan peneroka terus dibela oleh Kerajaan;



mengambil maklum cabaran dan pemasalahan peneroka, hasil penemuan audit forensik ke atas lapan (8) pelaburan yang dilaksanakan oleh FELDA dan anak syarikat serta prestasi kewangan FELDA, termasuk implikasi perjanjian pajakan tanah, pinjaman kepada peneroka dan pulangan pelaburan; dan



meluluskan dan merestui usaha Kerajaan untuk melaksanakan pelan pemulihan jangka pendek, sederhana dan panjang ke arah kelestarian FELDA seperti yang dibentangkan dalam Kertas Perintah Bil. 6 Tahun 2019.



Bahawa dalam meluluskan Kertas Putih “Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA)”, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama menyokong Kerajaan dalam menjayakan usaha ini.”



Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya bentangkan Kertas Putih “Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA)” untuk dibahaskan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.



Tuan Yang di-Pertua,



PENDAHULUAN



1. Bermula dengan 616 peneroka perintis di Rancangan FELDA pertama pada tahun 1958 di Lurah Bilut, Pahang, FELDA kini telah membangunkan 112,635 peserta di 317 tanah rancangan dengan keluasan 490,000 hektar.



2. FELDA bukan sahaja memenuhi objektif penubuhannya untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar, bahkan kecekapan dan kebertanggungjawaban pengurusan tokoh-tokoh awal FELDA seperti Tan Sri Taib Haji Andak dan YM Raja Tan Sri Muhammad Alias Raja Muhammad Ali telah membangunkan FELDA menjadi sebuah agensi yang mandiri. Namun, tunjang kekuatan yang lalu. FELDA mula merapuh sedekad yang lalu.



SENARIO SEMASA FELDA



3. Jika dahulu FELDA sentiasa duduk di atas khazanah tunai berbilion ringgit, kini aliran tunai FELDA berada pada tahap kritikal. Baki tunai FELDA telah merosot daripada purata RM2.5 bilion dalam tempoh 2007 hingga 2011 kepada hanya RM400 juta pada tahun 2017. Kedudukan baki tunai terus menjunam sehingga RM35 juta sahaja pada 9 Mei 2018.



4. Kekangan aliran tunai ini telah menyebabkan FELDA tidak mampu menampung perbelanjaan operasi, kos penanaman semula dan bantuan serta pinjaman untuk peneroka. Isu defisit aliran tunai ini turut dibangkitkan dalam laporan audit Jabatan Audit Negara sejak tahun 2016.



5. Sebelum penyenaraian FGV, FELDA menjana keuntungan operasi melalui pengurusan ladang komersial milik FELDA seluas lebih kurang 400,000 hektar. Dalam tempoh 2007 sehingga 2011, FELDA mencatatkan keuntungan bersih di antara RM200 juta hingga RM1.1 bilion setahun.



6. Bagi tujuan penyenaraian FGV, FELDA telah menyerahkan pengurusan ladang komersial milik FELDA melalui Land Lease Agreement (LLA) untuk tempoh 99 tahun. Selepas penyenaraian FGV, khususnya mulai tahun 2013, prestasi kewangan FELDA mulai merosot. FELDA melaporkan kerugian secara berterusan sehingga mencatatkan kerugian tertinggi sebanyak RM4.9 bilion pada tahun 2017.



7. Mengikut LLA, FELDA akan menerima bayaran pajakan tanah ladang berjumlah RM248 juta setahun serta perkongsian keuntungan ladang pada kadar 15% setahun sebagai balasan pajakan tanah komersial milik FELDA. Namun, FELDA hanya menerima secara purata RM400 juta setahun daripada FGV berbanding keperluan sekurang-kurangnya RM800 juta setahun untuk mengurus ladang serta menjamin kebajikan peneroka.



8. Penyenaraian FGV telah menjana tunai sebanyak RM10.5 bilion, di mana FELDA telah memperolehi tunai sebanyak RM6 bilion dan baki selebihnya menjadi milik FGV. Perolehan FELDA sewajarnya dimanfaatkan untuk membangun kapasiti masa depan FELDA dan pembangunan ladang serta program modenisasi yang merangkumi teknologi serta R&D. Malangnya, RM1.4 bilion daripada hasil tunai yang diperolehi oleh FELDA melalui penyenaraian FGV telah dibelanjakan untuk membuat pelaburan yang sangat meragukan melibatkan transaksi gelap (shady transactions).



9. Manakala, sejumlah RM2.7 bilion pula telah digunakan untuk meraih sokongan politik menjelang Pilihan Raya Umum.



10. Kedudukan kewangan FELDA bertambah tenat akibat pembaziran berterusan dengan pembelian aset pada kadar yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Sebagai contoh, pembelian Eagle High daripada PT Rajawali Capital International (yang dimiliki oleh Peter Sondakh) pada kadar 96% lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran ketika itu. Pada Mac 2019, pelaburan berjumlah RM2.3 bilion itu hanya mempunyai nilai pasaran RM500 juta.



11. Dato’ Sri Najib Razak yang dikenali sebagai MO1 selepas ini, yang merupakan Menteri Kewangan pada ketika itu, terlibat dalam proses pelaburan ini dengan memberi arahan untuk menyegerakan transaksi tersebut dengan pembiayaan oleh Kementerian Kewangan. Tindakan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab bahkan bersifat jenayah. Kesan tindakan durjana ini menyebabkan FELDA menanggung liabiliti yang tinggi.



12. Situasi FELDA menjadi semakin serius dan parah akibat ‘corporate malfeasance’ atau kedurjanaan urus tadbir korporat.



13. Jumlah hutang FELDA telah meningkat dengan ketara sebanyak 1,100% daripada RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017 berbanding dengan kenaikan nilai aset yang mencatatkan hanya 107%. Manakala, keuntungan FELDA jatuh sebanyak 590% dalam tempoh yang sama. Ini menunjukkan bahawa pinjaman hutang tidak menambah nilai kepada FELDA. Sebaliknya, pinjaman yang dibuat oleh FELDA memberikan impak yang buruk kepada kedudukan kewangan FELDA.



14. Menyedari hal ini, Kerajaan Pakatan Harapan mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan FELDA dari kemelut yang berterusan. Sebagai sebuah kerajaan yang peduli peneroka, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menjalankan kajian holistik tentang kedudukan keseluruhan FELDA dan merangka hala tuju masa depan FELDA.



15. Usaha ini bermula dengan pembentukan satu pasukan khas di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bersama pengurusan baru FELDA dan firma profesional. Pasukan ini memberi fokus kepada penilaian semula kedudukan kewangan, pelaksanaan kajian audit forensik dan pembentukan hala tuju baru FELDA.



16. Dapatan audit forensik menunjukkan kerugian atau penjejasan nilai aset (impairment) berjumlah RM2.2 bilion bagi lapan transaksi urus niaga yang disiasat, iaitu 50% daripada nilai pelaburan asal. Audit forensik juga mendedahkan kepincangan tadbir urus dan kegagalan kawalan dalaman.



17. Audit forensik mendapati konflik kepentingan dalam pengurusan amat ketara apabila Tan Sri Mohd Isa Dato’ Haji Abdul Samad yang selepas ini dikenali sebagai FO1 memegang jawatan Pengerusi dalam FELDA, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dan FGV Holdings Berhad. Pada masa yang sama, FO1 juga memegang jawatan Pengerusi untuk 39 anak syarikat di bawah FELDA dan FGV. Konflik kepentingan bertambah buruk apabila FO1 juga mempunyai kuasa eksekutif sebagai Pengerusi FELDA. Sebagai contoh, pembelian Park City Grand Plaza Kensington di London dibuat oleh FO1 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah FELDA dengan harga yang melebihi kadar pasaran dan gagal mengikut dasar pelaburan yang ditetapkan. FO1 membeli aset ini pada harga RM331 juta sedangkan harga pasaran ketika itu hanyalah RM128 juta.



18. Pengurusan FELDA telah membuat laporan polis terhadap mereka yang terlibat dalam salah laku berdasarkan dapatan audit forensik.



19. Dalam usaha untuk meneliti kedudukan sebenar FELDA, Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan peneroka termasuk hutang peneroka kepada FELDA. Menurut rekod FELDA, baki hutang peneroka telah mencecah RM7.7 bilion pada tahun 2018 yang merangkumi antara lain, kos penanaman semula, Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil.



20. FELDA menghadapi kesukaran untuk mengutip semula hutang peneroka akibat kelemahan proses pengurusan peneroka, kelewatan dalam proses mengemaskini rekod peneroka dan akaun peneroka yang belum dikunci.



21. Kerajaan juga memandang serius di atas tindakan lebih 20,000 peneroka yang merampas kebun dan menghantar hasil kepada peraih dan kilang-kilang persendirian bagi mengelak pemotongan hutang kepada FELDA. Tindakan ini menyebabkan FELDA gagal untuk mengutip semula hutang dari peneroka tersebut. Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada peraih dan kilang-kilang persendirian yang membeli hasil daripada peneroka yang merampas kebun.



22. Untuk menggalakkan peneroka menghantar hasil mereka ke kilang-kilang milik FGV, FELDA dengan kerjasama Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah pun memperkenalkan skim pembayaran tunai dalam projek perintis di FELDA Wilayah Jengka dan akan dikembangkan kepada wilayah-wilayah di seluruh negara.



23. Pada ketika yang sama, Kerajaan mengambil serius di atas aduan peneroka-peneroka berhubung kelemahan pengurusan ladang oleh FELDA Technoplant Sdn Bhd (FTP) yang menyebabkan penjanaan hasil yang tidak optimum. FELDA bersedia untuk melihat kaedah-kaedah penambahbaikan termasuk semakan operasi (operational review). FELDA juga sedang dalam proses menggabungkan FTP dengan Jabatan Perladangan dan Jabatan Hal Ehwal Tanam Semula bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pengurusan, pengurangan kos, mengoptimum produktiviti dan memaksimum hasil kebun peneroka.



24. FELDA turut mendengar rintihan peneroka-peneroka berhubung isu yang berkaitan penyata hutang peneroka. FELDA komited untuk memastikan integriti penyata hutang peneroka melalui proses penambahbaikan penyata tersebut.



HALA TUJU



25. Kelestarian FELDA amat penting bagi menjamin masa depan peneroka. Langkah pemulihan FELDA harus berteraskan usaha-usaha yang lebih gigih dan progresif demi menjamin industri perladangan yang mampan dan melahirkan generasi baru FELDA yang mandiri, kreatif dan inovatif yang berupaya mencipta rangkaian nilai ekonomi negara.



26. Pelan transformasi dan hala tuju FELDA akan memberikan tumpuan kepada penambahbaikan tadbir urus, penstrukturan dan pengukuhan kewangan dan operasi.



Penambahbaikan Tadbir Urus Korporat



27. Tadbir urus korporat yang berasaskan ketelusan dan akauntabiliti begitu penting untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan peneroka serta mengukuhkan kedudukan FELDA. Langkah-langkah yang telah dan sedang diambil adalah:



i. Melantik kepimpinan baharu FELDA yang terdiri daripada golongan profesional, berwibawa dan berintegriti.



ii. Menyusun semula struktur korporat dan pengurusan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan.



iii. Memperkenalkan sistem semak dan imbang bagi mencegah dan menghalang penyalahgunaan kuasa dan salah laku rasuah.



Penstrukturan dan Pengukuhan Kewangan



28. FELDA memerlukan sistem kewangan yang baru dan lestari. Kedudukan kewangan semasa FELDA perlu distruktur semula dengan kadar segera melalui penstrukturan semula pinjaman dengan institusi kewangan dan rasionalisasi aset. Kegagalan menstrukturkan semula pinjaman FELDA akan mendedahkan FELDA kepada pembayaran pinjaman dan kadar faedah berjumlah RM2.5 bilion untuk tahun 2019. Pada tahun 2018, FELDA terpaksa melunaskan RM1.4 bilion bayaran pinjaman dan kadar faedah kepada institusi kewangan.



29. Untuk mendukung usaha FELDA, Kerajaan bersetuju memberi Jaminan Kerajaan (Government Guarantee) bagi membolehkan FELDA menstrukturkan semula pinjaman dengan institusi kewangan.



30. FELDA kini di dalam proses mengenalpasti aset-aset tidak strategik yang berpotensi untuk dicairkan bagi menjana aliran tunai pada nilai yang terbaik.



Tuan Yang di-Pertua,



Penstrukturan dan Pengukuhan Operasi



31. FELDA akan memperkenalkan model baharu pengurusan tanah peneroka melalui sewaan tanah untuk satu tempoh jangka panjang yang munasabah. Model ini akan menyelesaikan isu demografi peneroka dan ketiadaan ekonomi bidangan (economies of scale). Pengenalan model baharu ini akan membolehkan tanah peneroka-peneroka digabungkan dan diusahakan secara cekap, berskala besar dengan ekonomi bidangan yang boleh mengurangkan kos operasi dan meningkatkan produktiviti.



32. FELDA bertekad untuk melahirkan peneroka baru yang mahir dan inovatif bagi meningkatkan pendapatan melalui aktiviti pertanian dan ternakan yang menggunakan teknologi baharu seperti ‘smart farming’ dan ‘precision agriculture’. Usaha ini akan membantu peneroka untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil sawit. Sebaliknya, peneroka mampu menjana pendapatan baru yang bernilai tinggi melalui hasil tuaian dalam tempoh yang singkat. Bagi melaksanakan gagasan baru ini, Kerajaan bersetuju memperuntukkan sejumlah RM1 bilion untuk tempoh 4 tahun.



33. Demi meringankan bebanan hutang peneroka, skim pengurusan aset canggih (SPAC) akan diperkenalkan bagi memberi bantuan yang lebih fleksibel menggantikan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil. Melalui skim baharu ini, peneroka akan menerima pinjaman yang bersesuaian berdasarkan pendapatan mereka. Cadangan skim baharu ini sedang diteliti secara mendalam termasuk libat urus dengan peneroka- peneroka. Sementara proses ini sedang berjalan, FELDA akan meneruskan pembiayaan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil mengikut kadar sedia ada. Bagi tahun 2019, Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM480 juta untuk tujuan pembiayaan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil.



Tuan Yang di-Pertua,



34. Untuk membiayai Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil, FELDA terpaksa menanggung kos kewangan yang besar melalui pinjaman dari institusi kewangan yang mengenakan kadar faedah di antara 4% hingga 6%. Kerajaan lama memindahkan kos ini kepada peneroka dengan mengenakan kadar faedah efektif sebanyak 3.8% di atas Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil. Kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji untuk menghapuskan hutang tidak wajar bagi meringankan bebanan kewangan peneroka.



35. Merasai denyutan nadi peneroka, Kerajaan bersetuju untuk menghapuskan kadar faedah di atas Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil yang dibebankan kepada peneroka. Bantuan Kerajaan ini dianggarkan berjumlah RM2 bilion.



36. Kerajaan juga amat prihatin terhadap masalah perumahan generasi kedua FELDA (Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF)) yang terbengkalai sekian lama tanpa pembelaan daripada Kerajaan lama. Sebagai sebuah Kerajaan yang peduli generasi baru FELDA, Kerajaan Pakatan Harapan bertekad untuk menyiapkan 4,794 unit rumah yang tahap kemajuannya 70% dan ke atas. Untuk tujuan ini, Kerajaan meluluskan sebanyak RM250 juta bagi tahun 2019.



37. Sukacita saya mengumumkan bahawa secara keseluruhannya, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat mengikut keperluan bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif di atas. Sehubungan dengan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri yang telah mengambil peduli tentang masalah peneroka FELDA dan masa depan FELDA.



PENUTUP



38. Saya juga ingin menzahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), Kami Anak FELDA (KAF), Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Koperasi Permodalan FELDA (KPF), Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Pertubuhan Suara Generasi Ke-2 FELDA (SGK2F) dan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang secara aktif memberikan pandangan, teguran dan nasihat dalam program libat urus dengan Kementerian dan juga pengurusan FELDA. Saya berharap usaha Kerajaan ini akan mendapat sokongan dan dukungan daripada peneroka-peneroka FELDA untuk mengembalikan FELDA sebagai sebuah agensi yang mampu mengangkat martabat peneroka FELDA dan menjamin kelestarian FELDA.



39. Saya yakin FELDA mampu bangkit semula. Dengan model baharu, FELDA akan menyuntik tenaga baru dan mengoptimumkan potensi untuk maju dan memodenkan industri pertanian.



40. Wahai peneroka FELDA, Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai keyakinan kepada kalian. Sama- samalah kita bangkit, bersatu dan maju bersama demi kegemilangan FELDA, rakyat dan negara.



Tuan Yang di-Pertua,



saya mohon mencadangkan.



Sumber: Berita Harian



IlyTrolak: "Semoga pemulihan ini benar-benar berlaku dan menguntungkan peneroka.
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Prestasi Kewangan Felda Merosot Selepas Penyenaraian FGV

KUALA LUMPUR 10 April - Prestasi kewangan Felda merosot sehingga mencatatkan kerugian sebanyak RM4.9 bilion pada tahun 2017, selepas penyenaraian FGV Holdings Berhad (FGV).



Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebelum penyenaraian FGV, Felda menjana keuntungan operasi melalui pengurusan ladang komersial milik Felda seluas sekitar 400,000 hektar.



Jelasnya, dalam tempoh 2007 sehingga 2011, Felda mencatatkan keuntungan bersih di antara RM200 juta hingga RM1.1 bilion setahun.



“Bagi tujuan penyenaraian FGV, Felda telah menyerahkan pengurusan ladang komersial milik Felda melalui perjanjian sewa tanah (LLA) untuk tempoh 99 tahun.



“Selepas penyenaraian FGV, khususnya mulai tahun 2013, prestasi kewangan Felda mulai merosot. Felda melaporkan kerugian secara berterusan sehingga mencatatkan kerugian tertinggi sebanyak RM4.9 bilion pada tahun 2017,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika membentangkan Kertas Putih pemulihan Felda di Dewan Rakyat hari ini.



Kata menteri itu lagi, penyenaraian FGV telah menjana tunai sebanyak RM10.5 bilion, di mana Felda telah memperolehi tunai sebanyak RM6 bilion dan baki selebihnya menjadi milik FGV.



Tambahnya, perolehan Felda sewajarnya dimanfaatkan untuk membangun kapasiti masa depan Felda dan pembangunan ladang serta program modenisasi yang merangkumi teknologi serta penyelidikan dan pembangunan.



“Malangnya, RM1.4 bilion daripada hasil tunai yang diperolehi oleh Felda melalui penyenaraian FGV telah dibelanjakan untuk membuat pelaburan yang sangat meragukan melibatkan transaksi gelap.



“Manakala, sejumlah RM2.7 bilion pula telah digunakan untuk meraih sokongan politik menjelang pilihan raya umum,” katanya.- UTUSAN ONLINE



IlyTrolak: "Pegangan sahama untuk peneroka?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Felda: Kerajaan Setuju Hapus Faedah Pinjaman Sara Hidup, Pendahuluan Hasil

KUALA LUMPUR 10 April - Kerajaan bersetuju untuk menghapuskan kadar faedah di atas pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil yang dibebankan kepada peneroka.



Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bantuan kerajaan itu dianggarkan berjumlah RM2 bilion.



“Untuk membiayai pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil, Felda terpaksa menanggung kos kewangan yang besar melalui pinjaman dari institusi kewangan yang mengenakan kadar faedah di antara empat peratus hingga enam peratus.



“Kerajaan lama memindahkan kos ini kepada peneroka dengan mengenakan kadar faedah efektif sebanyak 3.8 peratus di atas pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil.



“Kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji untuk menghapuskan hutang tidak wajar bagi meringankan bebanan kewangan peneroka,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika membentangkan Kertas Putih pemulihan Felda di Dewan Rakyat hari ini.- UTUSAN ONLINE



IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tambah Baik Infrastruktur Antara Agenda Baharu Felda

KUALA LUMPUR 10 April - Usaha untuk menambah baik infrastruktur sosial dan fizikal menjadi satu daripada agenda pemerkasaan peneroka dan generasi baharu Felda.



Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan model Felda baharu berkata, usaha itu adalah bagi menambah baik kualiti hidup peneroka selain meningkatkan taraf sosioekonomi desa.



Katanya, perkara itu dapat dilakukan menerusi usaha untuk membandarkan Felda melalui usaha sama semua kementerian dan agensi kerajaan dalam negara. - UTUSAN ONLINE



IlyTrolak: "Apakah infrastruktur yang akan menjadi perhatian untuk ditambahbaik?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Felda Buat Laporan Polis, Najib Sanggah Dakwaan

KUALA LUMPUR 10 April – Isu berkenaan Felda semakin hangat apabila Pengarah Besarnya, Datuk Othman Omar membuat laporan polis dengan mendakwa ditipu oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembelian 37 peratus kepentingan syarikat Indonesia, PT Eagle High Plantations (EHP) pada harga RM2.3 bilion.



Menurut portal Malaysiakini yang memetik laporan The Edge Markets, Othman dalam laporan polis yang dibuat semalam mendakwa Najib telah mengarahkan Felda melakukan transaksi pada 2015 melalui syarikat tujuan khas (SPV), FIC Properties Sdn. Bhd.



Laporan tersebut turut mendakwa FGV Holdings Bhd., Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) turut diberikan tawaran untuk membeli EHP yang dimiliki Peter Sondakh.



Namun, laporan tersebut mendakwa Felda kemudiannya dipaksa membeli syarikat itu dan Othman menyifatkan pembelian tersebut sebagai berat sebelah kerana hanya memberi manfaat kepada PT Rajawali Group selaku pemilik EHP.



Jelas Othman, hal itu kerana terdapat banyak risiko perlu ditanggung dalam urusan pembelian tersebut kerana EHP tidak memiliki akreditasi Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO).



Malah, Othman mendakwa yang jumlah bayaran untuk memperoleh 37 peratus pegangan dalam EHP adalah 344 peratus lebih tinggi dari nilainya sebenar.



Sementara itu, menjawab dakwaan dan tuduhan dalam isu Felda, Najib menggesa kerajaan untuk mendedahkan perjanjian pembelian saham EHP selepas jawapan bertulis kerajaan PH yang dibentang di Dewan Rakyat semalam membuktikan wujudnya ‘Put Option’.



Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, turut menimbulkan soalan adalah tuduhan beliau menyebabkan kerugian berbilion ringgit tetapi laporan yang terkandung dalam jawapan bertulis semalam adalah Felda hanya menerima pulangan minimum yang tidak cukup tinggi iaitu enam peratus setiap tahun.



“Antara tuduhan dilakukan adalah untung bersih terjamin pada 1.05 peratus terlalu rendah jika dibandingkan dengan kadar 1.10 peratus yang diperlukan. Namun, jika Felda tidak melaksanakan pembelian ini, untung bersih 1.05 peratus itu tidak akan dapat.



“Pakatan Harapan mahu melakukan propaganda di media tetapi ‘kantoi’ dengan sendirinya dalam jawapan bertulis yang dikeluarkan mereka,” kata beliau dalam kenyataan dalam laman Facebook rasminya semalam. - UTUSAN ONLINE





IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Gred Hakiki Guru Besar Wajar Dinilai Semula

KUCHING: Kementerian Pendidikan berpendapat ada kewajaran​​​​ untuk menilai semula jawatan gred hakiki bagi guru besar di sekolah kebangsaan yang disifatkan berada pada takuk yang lama.



Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata menjadi hasrat beliau untuk melihat gred jawatan berkenaan dapat dinaikkan dari gred DG34 ke gred DG48.



“Memang sudah tiba masanya untuk kita lihat semula gred hakiki jawatan guru besar itu dan ia perlu kita angkat selaras dengan usaha terdahulu menjadikan jawatan-jawatan guru di sekolah rendah ialah guru lepasan ijazah.



“Jadi pada ketika ini ‘logical move’ yang betul untuk mengangkat gred hakiki guru besar. Walaupun pada ketika ini ada guru besar yang sudah menduduki gred DG48 berdasarkan ‘time based - personal to holder’,” katanya.



Beliau berkata demikian semasa ucapan perasmian Konvensyen Pendidikan kebangsaan Kali Ke-25 dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan kali Ke-37 Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMBGM) 2019.



Difahamkan, ketika ini guru biasa yang dilantik sebagai guru besar sekolah rendah akan kekal dengan gred hakiki DG34 yang disandang dan hanya diberi elaun jawatan sebanyak RM200, manakala penolong kanan kekal dengan gred DG32 dan diberi elaun RM60 sebulan.



Ia berbeza dengan guru di sekolah menengah apabila mereka dilantik sebagai pengetua, dinaikkan daripada gred DG48 kepada DG52, dan diberi elaun jawatan RM300 sebulan, manakala penolong kanan akan dinaikkan daripada gred DG44 kepada DG48.



Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian, Amin berkata, perkara berkenaan sedang dalam perbincangan dan sudahpun mempunyai kertas kerja serta pernah dibawa ke mesyuarat jawatankuasa Kabinet sebelum ini.



“Usaha itu bukan setakat gred guru besar sahaja tetapi merangkumi jawatan-jawatan lain dalam penstrukturan kita,” katanya.



Isu jawatan gred guru besar itu timbul apabila Yang di-Pertua GMGBM, Rustam Affandi Abdul Aziz mengutarakan isu terbabit dalam ucapan aluannya yang mewakili suara guru besar. - BERNAMA





IlyTrolak: "Perkara yang sama pernah diutara semasa Persidangan MGB Negeri Perak, yang turut dihadiri oleh TPM masa itu Datuk Seri Ahmad Zahid bin Hamidi dan Datuk Dr. Amin bin Senin di Ipoh"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Beri Peluang Kepada Korporat Dan Swasta Bantu Pelajar Tidak Mampu Beli Makanan

KUALA LUMPUR: Exco Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk membuka ruang dan peluang kepada sektor swasta dan korporat membasmi masalah pelajar yang tidak berkemampuan makan di sekolah khususnya peringkat menengah.



Menurutnya, berlaku banyak kes pelajar sekolah menengah yang tidak mampu makan di sekolah kerana ketidakmampuan mereka membeli makanan disebabkan oleh kedhaifan keluarga mereka.



Kata beliau, ketika di sekolah rendah pelajar-pelajar ini telah mendapat bantuan daripada kerajaan melalui program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).



Namun katanya, bantuan sedemikian tidak diperuntukkan di sekolah menengah menyebabkan permasalahan sedemikian berlaku.



“Kerajaan mestilah mengambil serius tentang isu ini kerana ia memberi impak yang tidak baik dan akan memberi kesan kepada masa depan pelajar-pelajar ini.



“Perlu ada usaha-usaha dalam membasmi masalah yang banyak berlaku di sekolah-sekolah khususnya di luar bandar.


“Alhamdulillah, Dr Maszlee sangat tertarik dan menyambut baik cadangan ini,” katanya.



Beliau telah mengutarakan pandangan dan cadangan tentang isu tersebut kepada Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik di Parlimen Malaysia baru-baru ini.



Bagi menarik minat dan kerjasama oleh sektor swasta dan korporat, Hasnul mencadangkan agar pihak kerajaan memberi tawaran tertentu kepada pihak tersebut antaranya pengecualian cukai dan sebagainya.



Hasnul yakin dan percaya, pihak sektor swasta dan korporat akan menyambut peluang dan tawaran tersebut seterusnya berjaya menyelesaikan masalah keciciran itu. - Perak Insights






IlyTrolak: "Dari dulu hingga sekarang, tak pernah dapat bantuan, walaupun kurang makanan"


Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.