KUALA LUMPUR 10 April - Prestasi kewangan Felda merosot sehingga mencatatkan kerugian sebanyak RM4.9 bilion pada tahun 2017, selepas penyenaraian FGV Holdings Berhad (FGV).Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebelum penyenaraian FGV, Felda menjana keuntungan operasi melalui pengurusan ladang komersial milik Felda seluas sekitar 400,000 hektar.
Jelasnya, dalam tempoh 2007 sehingga 2011, Felda mencatatkan keuntungan bersih di antara RM200 juta hingga RM1.1 bilion setahun.
“Bagi tujuan penyenaraian FGV, Felda telah menyerahkan pengurusan ladang komersial milik Felda melalui perjanjian sewa tanah (LLA) untuk tempoh 99 tahun.
“Selepas penyenaraian FGV, khususnya mulai tahun 2013, prestasi kewangan Felda mulai merosot. Felda melaporkan kerugian secara berterusan sehingga mencatatkan kerugian tertinggi sebanyak RM4.9 bilion pada tahun 2017,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Kertas Putih pemulihan Felda di Dewan Rakyat hari ini.
Kata menteri itu lagi, penyenaraian FGV telah menjana tunai sebanyak RM10.5 bilion, di mana Felda telah memperolehi tunai sebanyak RM6 bilion dan baki selebihnya menjadi milik FGV.
Tambahnya, perolehan Felda sewajarnya dimanfaatkan untuk membangun kapasiti masa depan Felda dan pembangunan ladang serta program modenisasi yang merangkumi teknologi serta penyelidikan dan pembangunan.
“Malangnya, RM1.4 bilion daripada hasil tunai yang diperolehi oleh Felda melalui penyenaraian FGV telah dibelanjakan untuk membuat pelaburan yang sangat meragukan melibatkan transaksi gelap.
“Manakala, sejumlah RM2.7 bilion pula telah digunakan untuk meraih sokongan politik menjelang pilihan raya umum,” katanya.- UTUSAN ONLINE
IlyTrolak: "Pegangan sahama untuk peneroka?"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





KUALA LUMPUR 10 April - Kerajaan bersetuju untuk menghapuskan kadar faedah di atas pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil yang dibebankan kepada peneroka.
KUALA LUMPUR 10 April - Usaha untuk menambah baik infrastruktur sosial dan fizikal menjadi satu daripada agenda pemerkasaan peneroka dan generasi baharu Felda.
KUALA LUMPUR 10 April – Isu berkenaan Felda semakin hangat apabila Pengarah Besarnya, Datuk Othman Omar membuat laporan polis dengan mendakwa ditipu oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembelian 37 peratus kepentingan syarikat Indonesia, PT Eagle High Plantations (EHP) pada harga RM2.3 bilion.
KUCHING: Kementerian Pendidikan berpendapat ada kewajaran untuk menilai semula jawatan gred hakiki bagi guru besar di sekolah kebangsaan yang disifatkan berada pada takuk yang lama.
KUALA LUMPUR: Exco Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk membuka ruang dan peluang kepada sektor swasta dan korporat membasmi masalah pelajar yang tidak berkemampuan makan di sekolah khususnya peringkat menengah.
Siapa yang tak suka dengan makanan ringan. Dah jadi kebiasaan bila tengah buat kerja atau tengok TV, mulut tu mesti nak mengunyah.





