About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Gred Hakiki Guru Besar Wajar Dinilai Semula

KUCHING: Kementerian Pendidikan berpendapat ada kewajaran​​​​ untuk menilai semula jawatan gred hakiki bagi guru besar di sekolah kebangsaan yang disifatkan berada pada takuk yang lama.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata menjadi hasrat beliau untuk melihat gred jawatan berkenaan dapat dinaikkan dari gred DG34 ke gred DG48.

“Memang sudah tiba masanya untuk kita lihat semula gred hakiki jawatan guru besar itu dan ia perlu kita angkat selaras dengan usaha terdahulu menjadikan jawatan-jawatan guru di sekolah rendah ialah guru lepasan ijazah.

“Jadi pada ketika ini ‘logical move’ yang betul untuk mengangkat gred hakiki guru besar. Walaupun pada ketika ini ada guru besar yang sudah menduduki gred DG48 berdasarkan ‘time based - personal to holder’,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan perasmian Konvensyen Pendidikan kebangsaan Kali Ke-25 dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan kali Ke-37 Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMBGM) 2019.

Difahamkan, ketika ini guru biasa yang dilantik sebagai guru besar sekolah rendah akan kekal dengan gred hakiki DG34 yang disandang dan hanya diberi elaun jawatan sebanyak RM200, manakala penolong kanan kekal dengan gred DG32 dan diberi elaun RM60 sebulan.

Ia berbeza dengan guru di sekolah menengah apabila mereka dilantik sebagai pengetua, dinaikkan daripada gred DG48 kepada DG52, dan diberi elaun jawatan RM300 sebulan, manakala penolong kanan akan dinaikkan daripada gred DG44 kepada DG48.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian, Amin berkata, perkara berkenaan sedang dalam perbincangan dan sudahpun mempunyai kertas kerja serta pernah dibawa ke mesyuarat jawatankuasa Kabinet sebelum ini.

“Usaha itu bukan setakat gred guru besar sahaja tetapi merangkumi jawatan-jawatan lain dalam penstrukturan kita,” katanya.

Isu jawatan gred guru besar itu timbul apabila Yang di-Pertua GMGBM, Rustam Affandi Abdul Aziz mengutarakan isu terbabit dalam ucapan aluannya yang mewakili suara guru besar. - BERNAMA

IlyTrolak: "Perkara yang sama pernah diutara semasa Persidangan MGB Negeri Perak, yang turut dihadiri oleh TPM masa itu Datuk Seri Ahmad Zahid bin Hamidi dan Datuk Dr. Amin bin Senin di Ipoh"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Beri Peluang Kepada Korporat Dan Swasta Bantu Pelajar Tidak Mampu Beli Makanan

KUALA LUMPUR: Exco Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk membuka ruang dan peluang kepada sektor swasta dan korporat membasmi masalah pelajar yang tidak berkemampuan makan di sekolah khususnya peringkat menengah.

Menurutnya, berlaku banyak kes pelajar sekolah menengah yang tidak mampu makan di sekolah kerana ketidakmampuan mereka membeli makanan disebabkan oleh kedhaifan keluarga mereka.

Kata beliau, ketika di sekolah rendah pelajar-pelajar ini telah mendapat bantuan daripada kerajaan melalui program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Namun katanya, bantuan sedemikian tidak diperuntukkan di sekolah menengah menyebabkan permasalahan sedemikian berlaku.

“Kerajaan mestilah mengambil serius tentang isu ini kerana ia memberi impak yang tidak baik dan akan memberi kesan kepada masa depan pelajar-pelajar ini.

“Perlu ada usaha-usaha dalam membasmi masalah yang banyak berlaku di sekolah-sekolah khususnya di luar bandar.

“Alhamdulillah, Dr Maszlee sangat tertarik dan menyambut baik cadangan ini,” katanya.

Beliau telah mengutarakan pandangan dan cadangan tentang isu tersebut kepada Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik di Parlimen Malaysia baru-baru ini.

Bagi menarik minat dan kerjasama oleh sektor swasta dan korporat, Hasnul mencadangkan agar pihak kerajaan memberi tawaran tertentu kepada pihak tersebut antaranya pengecualian cukai dan sebagainya.

Hasnul yakin dan percaya, pihak sektor swasta dan korporat akan menyambut peluang dan tawaran tersebut seterusnya berjaya menyelesaikan masalah keciciran itu. - Perak Insights

IlyTrolak: "Dari dulu hingga sekarang, tak pernah dapat bantuan, walaupun kurang makanan"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

3 Produk Makanan Ini Disahkan Merbahaya Oleh KKM

Siapa yang tak suka dengan makanan ringan. Dah jadi kebiasaan bila tengah buat kerja atau tengok TV, mulut tu mesti nak mengunyah.

Pernah tak korang terfikir tentang kandungan makanan ringan yang selalu korang ambil? Sama ada ia baik atau tidak untuk tubuh badan.

Nah, jangan tak ambil peduli langsung tentang perkara ini. Penting untuk korang tahu kandungan sebenar yang ada dalam setiap makanan yang diambil.

Antara produk-produk tersebut adalah:

1. ASAM CELAGI SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan)

2. ASAM MANGGA SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan)

3. NATURAL DRIED SEAWEED mengandungi Kadmium (Perak)

Produk ini telah diambil sampel dan Analisa makmal mendapati mengandungi siklamat pemanis dan kadmium.

Siklamat adalah pemanis tanpa zat yg 30-50 kali manis daripada gula biasa. Manakala Kadmium, cemaran logam yang boleh ada secara semulajadi atau pencemaran dalam proses penyediaan makanan.

Siasatan pihak KKM mendapati bahawa maklumat pengeluar produk ini adalah palsu.

Orang awam yang mengesan produk ini dijual di pasaran dipohon tidak membeli dan perlu memaklumkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman di talian 09-8504243 bagi tujuan rampasan dan pelupusan.

Namun begitu, korang dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan seperti ini kerana ia tidak sesuai untuk kesihatan, terutamanya kandungan bahan pengawet, pemanis dan pewarna yg tidak diketahui statusnya. - Apakes.com

IlyTrolak: "Sebenarnya banyak makanan ringan yang berada di pasaran, boleh memudaratkan pemakannya"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Zikir 1,000 Kali Haram?

Apakah hukum berzikir sebanyak 1,000 kali, ini kerana ada beberapa ustaz menyatakan tidak harus bahkah haram untuk berzikir pada jumlah itu disebabkan tiada dinyatakan dalam mana-mana hadis?

Jawapan: Zikir adalah ibadah yang digalakkan dan dalam al-Quran umat Islam disuruh berzikir dengan banyak. Walau bagaimanapun tidak ditentukan berapakah jumlah banyak itu.

Manakala dalam riwayat hadis, ada bilangan tertentu yang dinyatakan, contohnya bilangan zikir tasbih sebanyak 33 kali selepas solat.

Dalam hal ini, keluasan syariah merangkumi semua pendapat. Bagi pendapat yang menetapkan bilangan sekadar apa disebut dalam riwayat hadis, maka ia adalah pendapat sahih. Ini kerana pendapat sebegini berdasarkan riwayat hadis.

Manakala pendapat yang menyarankan agar berzikir sehingga 1,000 kali pula berdasarkan kepada nas al-Quran yang tidak menetapkan apa-apa bilangan. Maka terserah kepada seseorang Muslim untuk berzikir sesuai dengan keinginan dan kemampuan masing-masing.

Pada pandangan saya, pendapat yang mengharamkan zikir dengan bilangan 1,000 kali agak menyempitkan ruang kehidupan Muslim. Ini kerana bilangan zikir tidak sama dengan bilangan rakaat solat fardu yang memang telah ditetapkan dan ijmak ulama sebanyak itu sahaja.

Manakala bilangan zikir terbuka kepada ijtihad. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita mengamalkan bahawa bilangan zikir yang sabit dalam riwayat hadis adalah bilangan terbaik, namun tidak menafikan keharusan bilangan zikir melebihi bilangan tersebut. - Utusan Melayu

Jawapan Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir Al-Jarumi

IlyTrolak: "Terserah pada diri hendak berzikir berapa kali pun, pegangannya hanya untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Ragam Kakak dan Adik Di Teluk Intan

Hari teringatkan kata-kata Ummi Mariam yang belum menyelesaikan urusan dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Hari ini kena bersegera ke Teluk Intan, sebab itulah pejabat LHDN paling hampir dengan tempat kami ini.

Untuk pengisytiharan hasil ini lebih selesa buat di pejabat LHDN ini berbanding buat secara online. Bawa sahaja bahan-bahan bukti yang ada untuk ditunjukkan selepas pengisian. Di sana ada pegawai yang bertugas.

Selepas itu tak perlu risau dah dengan surat yang datang selepas beberapa tahun diisytiharkan hasilnya.

Tetapi untuk coretan di blog ini, bukan nak cerita tentang urusan di LHDN tetapi tentang kakak dan adik.

Kakak dan adik akan pergi sekali, sebab memang tiada orang di rumah yang akan menjaga mereka.

Tengok sahaja antara sedikit gambar yang sempat dirakam, sebenarnya banyak juga perkara yang dilakukan oleh mereka berdua ni... tetapi terlupa nak rakamkan.

Di sekitar pejabat LHDN Teluk Intan, sementara menunggu, posing-posing sikit

Selepas urusan di LHDN, mereka bersuara "Laparle..." jadi layankan sahaja...

IlyTrolak: "Gelagat mereka kekadang mencuit hati"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Kaji Sebab Nilai Premium Pendidikan Negara Merosot

Oleh Khaidir Majid

qidir@bh.com.my

LAPORAN Bank Negara Malaysia (BNM) yang mendedahkan gaji permulaan siswazah baharu di negara ini merosot sejak 2010 harus dipandang serius. Perkembangan mengejutkan itu membayangkan pendidikan tidak lagi membawa sebarang nilai premium kepada seseorang pencari kerja baharu di negara ini.

Jika sangkaan ini benar dan dibiarkan berterusan, besar kemungkinan pembangunan ekonomi negara akan terencat, berikutan ramai daripada siswazah tempatan terdorong berhijrah ke luar negara. Ini akan mengakibatkan apa yang digelar brain drain

Jika brain drain ini berlaku secara besar-besaran, agak sukar bagi negara untuk membangunkan aktiviti ekonomi bernilai tinggi kerana tidak lagi memiliki kepakaran yang diperlukan.

Tidak hanya itu, lebih membimbangkan daripada brain drain, negara berdepan dengan risiko migrasi ekonomi, seperti dialami beberapa negara Eropah Timur sekarang.

Dalam migrasi ekonomi, oleh kerana gaji begitu rendah di negara sendiri, seseorang siswazah sanggup berhijrah untuk bekerja sebagai pencuci lantai di negara asing yang mungkin memberinya pendapatan yang lebih tinggi.

Usah tunggu sehingga migrasi ekonomi tercetus

Keadaan di negara ini mungkin belum meruncing seperti di Eropah Timur, tetapi kita tidak harus tunggu sehingga migrasi ekonomi itu tercetus. Biarpun fenomena itu belum ketara, hakikatnya negara sudah melihat brain drain berlaku, terutamanya ke negara jiran Singapura.

Bukan menjadi rahsia, ramai daripada pakar pelbagai bidang di republik itu berasal dari negara ini. Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana mengejar peluang untuk meningkatkan kerjaya masing-masing, di samping menikmati pendapatan yang jauh lebih tinggi.

Apa yang kita harus lakukan ialah melihat kepada diri sendiri. Melihat apa dasar dan strategi yang harus diperbaiki agar dapat diwujudkan persekitaran yang menjurus kepada pendapatan yang lebih tinggi.

Berikutan itu, satu kajian menyeluruh harus dilakukan agar punca sebenar kemerosotan gaji siswazah baharu dapat dikenalpasti. Biarpun sejak laporan BNM itu dikeluarkan, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) sudah menafikan gaji permulaan tidak meningkat, kita anggap kenyataan itu sekadar permainan retorik.

Hakikatnya, angka yang dilapor BNM itu adalah tepat selepas mengambil kira kesan inflasi. Berikutan itu, kerajaan harus mengambil serius laporan BNM itu dan melakukan sewajarnya untuk mengekang kemerosotan gaji siswazah berterusan.

Kita berpendapat, antara yang mungkin perlu dilihat secara mendalam adalah dasar pengambilan pekerja asing. Kita tahu kerajaan sudah menyatakan hasrat untuk berusaha ke arah mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.

Tegas tangani isu limpahan pekerja asing

Namun, apa yang kita lihat, kerajaan cepat mengalah sebaik sahaja mendapat tekanan daripada majikan. Misalnya, rancangan menarik balik pembekuan pengambilan pekerja asing khusus untuk sektor borong, runcit dan restoran. Pembekuan itu kini mungkin ditarik balik berikutan desakan majikan.

Ini baru pengusaha restoran, kalau didesak pengilang, sudah semestinya tekanan untuk membuat pusingan U lebih hebat. Sebaliknya, kita harus tegas dalam perkara ini kerana isu limpahan pekerja asing ini berkait dengan kemerosotan gaji siswazah.

Jika terus mudah bergantung kepada pekerja asing, tidak mungkin majikan akan beralih kepada proses automasi. Dan jika proses automasi tidak digunakan, sudah tentu nilai ilmu siswazah merosot.

Sumber: Berita Harian Online | Rencana | Muka 10

IlyTrolak: "Brain Drain adalah satu proses di mana sesebuah negera itu kehilangan pekerja yang berpendidikan, berbakat dan mahir ke negara lain melalui penghijrahan ke seluruh dunia untuk taraf kehidupan yang lebih baik, gaji yang lebih tinggi, akses kepada teknologi yang lebih canggih dan keadaan politikyang lebih stabil"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Mercu Tanda Baharu FELDA Trolak Utara

Sekiranya ketika ini anda melalui hadapan pagar Sekolah Kebangsaan Trolak Utara, pasti anda akan melihat satu mercu tanda baharu telah dibina di lokasi tersebut. Kakitangan Pejabat FELDA Trolak Utara dengan semangat kerjasama dalam proses membina sebuah mercu tanda baharu.

Mercu tanda baharu tersebut merupakan teks TROLAK UTARA beserta dengan logo FELDA. Ini adalah satu usaha untuk menceriakan kawasan FELDA Trolak Utara.

Mercu tanda yang masih dalam proses pembinaan pada 03 April 2019

IlyTrolak: "Semoga bertambah ceria kampungku..."