KUALA LUMPUR: Exco Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk membuka ruang dan peluang kepada sektor swasta dan korporat membasmi masalah pelajar yang tidak berkemampuan makan di sekolah khususnya peringkat menengah.Menurutnya, berlaku banyak kes pelajar sekolah menengah yang tidak mampu makan di sekolah kerana ketidakmampuan mereka membeli makanan disebabkan oleh kedhaifan keluarga mereka.
Kata beliau, ketika di sekolah rendah pelajar-pelajar ini telah mendapat bantuan daripada kerajaan melalui program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Namun katanya, bantuan sedemikian tidak diperuntukkan di sekolah menengah menyebabkan permasalahan sedemikian berlaku.
“Perlu ada usaha-usaha dalam membasmi masalah yang banyak berlaku di sekolah-sekolah khususnya di luar bandar.
“Alhamdulillah, Dr Maszlee sangat tertarik dan menyambut baik cadangan ini,” katanya.
Beliau telah mengutarakan pandangan dan cadangan tentang isu tersebut kepada Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik di Parlimen Malaysia baru-baru ini.
Bagi menarik minat dan kerjasama oleh sektor swasta dan korporat, Hasnul mencadangkan agar pihak kerajaan memberi tawaran tertentu kepada pihak tersebut antaranya pengecualian cukai dan sebagainya.
Hasnul yakin dan percaya, pihak sektor swasta dan korporat akan menyambut peluang dan tawaran tersebut seterusnya berjaya menyelesaikan masalah keciciran itu. - Perak Insights
IlyTrolak: "Dari dulu hingga sekarang, tak pernah dapat bantuan, walaupun kurang makanan"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





Siapa yang tak suka dengan makanan ringan. Dah jadi kebiasaan bila tengah buat kerja atau tengok TV, mulut tu mesti nak mengunyah.
Apakah hukum berzikir sebanyak 1,000 kali, ini kerana ada beberapa ustaz menyatakan tidak harus bahkah haram untuk berzikir pada jumlah itu disebabkan tiada dinyatakan dalam mana-mana hadis?
Hari teringatkan kata-kata Ummi Mariam yang belum menyelesaikan urusan dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Hari ini kena bersegera ke Teluk Intan, sebab itulah pejabat LHDN paling hampir dengan tempat kami ini.




Sekiranya ketika ini anda melalui hadapan pagar Sekolah Kebangsaan Trolak Utara, pasti anda akan melihat satu mercu tanda baharu telah dibina di lokasi tersebut. Kakitangan Pejabat FELDA Trolak Utara dengan semangat kerjasama dalam proses membina sebuah mercu tanda baharu.






